Assalamualaikumm Semua....
Salam pagi jumaat.. cepatnya masa berlalukan... tau² dah hari jumaat, seronoknyalah jadi budak²kan.. tak payahlah nak pikir masalah.. mereka dengan dunia mereka yang sentiasa ceria macam takde masalah jerkan...
Amir ni cucu sulung sebelah saya... stakat ni bukan sulung jer.. memang baru cucu tunggal belum ade sepupu lagi.. maklum jerlah dalam family saya sorang jer yang dah berkahwin.. tapi kalau sebelelah suami amir dah jadi cucu yang ke sepuluh hihihihihi... ;p
Oleh kerana cucu sulung atuk selalu lah manjekan amir ni.. ade jer barang baru yang atuk nak hadiahkan, memanglah rasa bersyukur sangat.. tapi kadang² takut sangat sebab amir akan pikir dia manja dan semua keperluan serta permintaan dia mesti ditunaikan.. memang bermula sekarang banyak yang kami pantau supaya dia tak berlebih² nak meminta² kalau pergi berjalan mahupun masa shopping...
Opss.. dah terlebih membebel ni... cuma nak tunjuk atuk baru belikan badminton baru untuk amir, dan setiap kali ajak main mesti amir akan cakap amir jadi Datuk Chong Wei yer.. ibu nak jadi ape?? ayah nak jadi sape?? hihihihihi... kami tergelak² jer...
Tersenyum lebar amir dapat hadiah badminton baru (^__^)v
Semalam petang bukan main sakan lagi dia main kat luar dengan ayah... sampai berpeluh².. seronok tengok amir macam tu.. barulah dia membesar dengan sihatkan... dapat turunkan berat badan sikit.. hahahaha.. ayahlah kene rajin melayan.. walaupun main tak terror mane setakat nak keluarkan peluh bolehlah....
