♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 15 Ogos 2012

Koleksi sampul duit raya tahun 2012

  
Masing² dah tukar duit raya, lagi² duit raya baru kan.... tapi sampul dah ade belum hihihihihi.. tahun ni alhamdulillah banyak sampul free duit raya dapat, shopping sana sini semua bagi sampul.

Antara koleksi sampul raya yang kami dapat tahun ni ....

Pasaraya econsave masa beli barang dapur awal ramadhan hari tu .. awal² lagi dah dapat hihihihihihi ...

Ade kempen belian air twister pek berkembar di carefour semua pun dapat sampul free....
hubby beli 6 pek .. dapat sampul pun banyak ....
jadi tahun ni tetamu datang rumah kami hidang air twister (kalau ade yang datanglah.. kalau tak kami jerlah yang habiskan)

Sampul duit raya daripada petronas masa isi minyak kereta.

Sampul duit raya daripada Ambank memang setiap tahun dapat sebab kami renew roadtax bulan 8, bulan nak raya hihihihihi ... kalau raya awal mungkin dah tak dapat lagi (^____^)v


Tengah musykil mane gambar sampul cimb bank dengan upin ipin yang dapat dari carefour .. ni mesti amir ter'delete' sebab semalam sibuk tengok gambar kat kamera. Korang dah ade sampul duit raya belum?? mesti lagi banyakkan.. macam² koleksi ... saya punyer biaser² jer...
 
 
Bicara Hati : Setiap sampul yang ade corak berlainan kami akan isi jumlah wang yang berlainan, jadi mudahlah kalau nak agih²kan nanti takdelah keliru .. hihihihi.. itu jerlah motif kami ade sampul duit raya banyak² ....




Selasa, 14 Ogos 2012

Gantung kuali - Iftar di Chicken Rice Shop

 

Alhamdulillah dah 25 Ramadhan, cepatnya masa berlalu .... boleh dikatakan sepanjang berpuasa ni banyak yang kami berbuka makan kat rumah jer.. kalau kat luar rumah pun.. kat kampung jerlah hihihihihi ....


Tapi minggu lepas kami sempat berbuka diluar ... yang sebenarnya secara tak sengaja pun ... kami terbaca iklan kat surat khabar ade offer susu amir kat carefour .. ape lagi sepantas kilat kami pergi carefour bukit rimau .. itu jerlah pun yang dekat dengan rumah ni ... tapi dah name pun offer mestilah stok terhad .. hampa satu pek pun takde tau .. licin.. kosong jer kat bahagian susu tu ....


Dah alang² kat luar tu .. hubby ajak jerlah berbuka kat luar .. saya setuju jer ... lagilah suke tak payah nak masak²kan.. kan... ;p Amir?? lagi lah berganda² suke .. sebab dapat berjalan²... bile hubby suruh order mulelah kalut tak tahu nak order ape ... sebab tak reti nak order hihihihi... tu yang hubby soh order sy belasah jer.. nak pakej mkan 2 orang untuk set ayam percik kelantan .. hihihihi..  menu dia ok... cume crs ni kadang-kadang masin sikit huhuhuhuhu.. lagi-lagi sup.

Kami berbuka kat chicken rice shop carefour bukit rimau jer .. auuummmmm ..... yang kelakarnya tak puase takde pun nak makan kat situ .. bile nak buka boleh pulak nak makan kat situ. (^______^)v

Antara menu² yang saya order ayam percik kelantan, hari tu tertengok kat blog anje.. terliur macam sedapp jer.. memang sedapp pun.. amir punyerlah memuji² cakap sedapp.. sebab tak pedas memang selera dia lah (mentang² ibu dia tak pandai masak rendang)
tahun lepas pun iftar dengan proton kat chicken rice shop jugak tapi kat bukit tinggi. 
 
 Lepas shopping, dah makan .. haruslah berurut hihihihihi ..... dah macam acara wajib pulak... 


Bicara Hati : Semalam patutnya iftar kat hotel premium dengan kawan² opis takde rezeki nak join, tibe² bapak mertua hantar munjung makanan hihihihihi... murah rezeki gantung kuali lagi.




Terima kasih kawan 1

  

Alhamdulillah dapat lagi satu kad raya .. suprise ... memang suprise sebab tak tahu pun nak dapat kad raya lagi. Seronok rasanya dapat kad raya ni mengamit memori masa dolu² hihihihi ....

 Terima kasih kek da a.k.a pnstoberi.blogspot.com
sebab bagi kad raya ni .. siap ade key chain terengganu lagi .... 
anak saya sibuk dok tanye sape bagi ibu surat .. nape amir tak dapat pun ...
bile saya jawab peminat ibu yang bagi ... terus merajuk ... takmoo kawan dengan ibu ...
ade² jerlah amir ni (^___^)v


Bicara Hati :
Pada pemenang² kuiz A'Famosa saya pos hadiah sekali dengan kad raya.
Harap² semua dah sampai dengan selamat ... 
Pada yang bagi saya kad raya pun semua saya dah balas semalam
ade sape² lagi nak bagi kad raya ker?? (perasan²...) tak pastilah sempat balas tak huhuhuhuhu ....





Isnin, 13 Ogos 2012

Sesak

 

Hujung minggu yang memenatkan hari sabtu cari kerepek hampir semua kedai dah habis hihihihi.. dan sesak, dari kedai fazz, kedai ros, kedai jaez semua pun kami pergi (salah sendiri beli lambat²) mak kerepek pisang nanti akak carikan kat kedai mane² yer kalau ade .... ;p Kesian amir sampai tertidur dalam kereta kepenatan .... sudahnya masa cari baju adik amir tidur dengan ayah dalam kereta.

Hari sabtu  balik kampung, buka rumah mak sukelah amir dapat tidur rumah embah ... malam sebelum tu adik saya tidur rumah ... suke betul dia. (ade kisah yang tak best jugak .. anak jiran hampir² tersepit tangan kat pintu pagar rumah)

Ahad sambung pergi GM pulak kunun² nak cari seluar amir lagi, sekali semua size pun takde payah nak cari... Orang punyerlah ramai ... sesak sampaikan berlaga² .. sane lelong sini lelong ... pandai²lah nak shopping, jangan terpengaruh sangat...  sudahnya ibu tudung lelong sehelai rm 20.00, beli sticker bling² nak tampal kat baju raya dengan butang baju melayu ayah (^____^)v.
 
Lepas pergi GM, sambung ke Carefour bukit rimau pulak nak beli biskut raya ade offer rm 9.00 sebalang dengan tujuan nak buat hamper bagi kat abang dengan akak ipar sebab tak sempat nak masak² bagi makanan punjungan kat mereka hihihihihi.. alasan jer tak sempat ehh. Terima kasih semalam sebab akak ipar dengan abang ipar bagi makanan punjungan sedap².... tambah menu berbuka dan bersahur hari semalam.

Antara juadah yang akak ipar bagi .... rendang ayam
sungguh pun seketul sampai ke sahur tak habis makan hihihihihi ...
 
Pagi ni hadoilah sesaknya jalan raya erkkkk... ape kene semua orang dok naik kereta ni .. memang jem sampaikan kereta tak bergerak dari depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah ... haru betul dibuatnya. Nasib lah pagi ni ... punch lambat .. aku tak bersalah dah keluar rumah 6.45 pagi ... sampai opis 7.55 macam cacing kepanasan dok dalam kereta.
 
 Jerebu pagi ni makin teruk , jalan jem , hadoilah .... sampai sakit kepala dibuatnya .....


Bicara Hati : Pasang radio asyik lagu raya jer keluar ... keje masih banyak tak siap lagi ni .. mood dah nak raya jer... ;p


Sabtu, 11 Ogos 2012

Terima kasih kawan

 

Terima kasih ch@, sangat² hargai pemberian ini .. sungguh pun kite tak pernah bersua ... tapi saya tahu kamu lalu lalang kesini .. cuma tak tinggalkan komen jer.. kan.. kan.. kan ... hihihihihihihi

Tak sangka dapat kad daripada cha, hasil tangan yang sangat kreatif, halus mulus gambar ketupat .. owhhh rindunya nak makan ketupat .. mak dah lame tak buat .. sebab raya sekarang mak lagi suke buat lontong daun pisang makan dengan kuah daging kacang atau ayam kicap .. nyum².....

Pecah kaca 
Pecah gelas
Kalau sempat 
Saya balas
hihihihihihi .... (^______^)v 


Bicara Hati :
Kali terakhir dapat kad raya masa bertunang dulu hubby bagi .. siap ade duit dalam tu rm5.00 duit baru masa tu... ;p rasanya lepas² tu memang dah tak dapat kad, lagi² dah kerja ni .. ramai yang suke sms malam raya.




Jumaat, 10 Ogos 2012

Selagi tak raya ....

 

Petang ni kene ambil adik kat asrama, almaklumlah dekat jer pun dengan opis ni .. seronoklah amir malam ni ade kawan nak main kat rumah .... sebab adik tidur rumah saya ... esok barulah balik kampung kot (macam jauh kampung tu )hihihihihi...

Esok insyaallah operasi sambungan nak pergi beli kerepek kat tempat biasa kat banting jer pun .. dekat dengan rumah, lepas tu nak singgah beli baju bajan adik pulak.. mak dah pesa suruh belikan.. nani ade pulak yang guling² tak berbaju ;p

Kasut amir pun tak beli lagi.. sebab.. sebab ibu rasa macam takmoo belikan kasut nanti amir takmoo pakai macam sebelum² ni .... tapi tibe² sejak akhir² ni dia sibuk nak kasut sarung achaner tu haihh....
 
Apelah nak masak petang ni .. goreng ikan cencaru cicah kuah asam sedapp agaknya kan (nak bakar buat berasap² rumah jer buat pe.. gorengkan senang).. masak lemak sayur tauge .... tibe² kalau mood berubah sampai rumah .. ayah belikan siakap 3 rasa kat kedai depan bungkus .. hari tu masa mertua datang tak sempat nak jamah sangat .. juadah pun banyak masa tu .... ni ade adik kat rumah ... bolehlah habiskan kot .... nak masak.. bahan² macam tak cukup jer...
 
3 pasang baju jer dah habis dekat rm 100.00 pingsan ibu ..
nasib baik ayah yang bayar hihihihi....
baju pilihan amir sendiri .. dah tentu²lah tak berkola..
hadoilah sibujang ni.. bilelah nak berkemeja....


Bicara Hati : Nape lah mood tak mari² ni .. nak beli baju sendiri .. baju hubby dengan anak² semua dah ade ... ;p tadi pergi GM pun tak beli ape ... 




 
 

Hadiah dari kawan alam maya

 
 
Dihari dan bulan yang mulia ni terlebih dahulu saya mohon maaf pada kawan² blogger yang telah lama mengirim hadiah² ni .. tapi baru ni saya berkesempatan publish (^_____^).

Saya sangat² suke dan hargai pemberian ini, dah lame tak dapat hadiah² macam ni .. suke kalau boleh nak loncat² ... senyum jangan katalah sampai lebar mulut ni.

Jom tengok ....

 Dapat fm cameron higland daripada h-n-i.blogspot.com a.k.a cik mot
Dah lame sangat dapatnya, maafkan saya cikmot yer.. jenuh cari fm ni rupenya terjatuh dari laci kat rumah ... 
anak saya buat main agaknya saya tak perasan .. 
kalau tak kemas rumah sebelum puase hari tu .. memang tak jumpe²lah fm ni huhuhuhuhu

Suke² dapat hadiah ni dapat dari herbatihara.blogspot.com a.k.a kak tiha 
kerana saya jadi top komen kat sana, alhamdulillah ini kali kedua saya dapat.
saya dah gantung pun pewangi ni kat bilik saya hihihi.. harum bau lemon.

Dapat hadiah saguhati dari www.lidarahim.com
Teruja saya dapat ketip kuku dan baucer diskaun rm300.00 untuk beli PB
eheemmm.. eheemmm...... macam tau² aje tengah serve PB hihihihihi.....
nasib baik takde tamat tempoh cume kene beli dekat lida jer, insyaallah akan dipertimbangkan ....


Bicara Hati : Saya dapat kad raya daripada ch@ suke².. cantik hasil tangan cha sendiri, tak sangke saya masuk senarai jugak daripada 40 orang yang cha nak bagi (^_______^)v






Khamis, 9 Ogos 2012

Kelebihan malam lailatul qadar

 



Bicara Hati : Rindu pergi terawih zaman sekolah menengah, zaman belajar dan zaman bujang ... sejak ade anak ni memang tak berpeluang nak pergi solat terawaih kat masjid atau surau lagi, niat dihati nak bawak amir pergi terawih tahun ni pun tak kesampaian sobb.. sobb.. sobb .....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...