♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 10 Januari 2013

Promosi Tiket Air Asia Percuma untuk 10,000 orang

  


www.airasia.com





SEPANG, 7 Jan – Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.

Berita Bertarikh Pada 7 January 2013 8:31 PM



Teringin sangat nak naik kapal terbang, tak pernah pun pergi bercuti naik kapal terbang.... hubby bila nak bawak ni.. pergi sarawak ker?? pg sabah ker???.. hubby kan dulu belajar kat sarawak... jomlah jalan² sana nak??? sambil kenyit² mata.. (^____^)v



Bicara Hati : Kesiankan... orang lain tak heran pun.. dah banyak kali naik huhuhuhuhuhu.......





Suka Komen Di Blog

  


Kalau ada yang perasan dan suka komen diblog saya, mesti perasan yang saya tak publish komen kawan² bermula 1 januari 2013, motiff dan sebab musababnya saya nak cari pengomen tegar diblog saya sepanjang tahun 2012.


Alhamdulillahh akhirnya.. saya berjaya juga cari akhirnya ... blog saya pun jarang berupdate, ikut mood tuan tanah kedaung ni lah.. kalau rajin tak banyak kerja banyaklah entry.. tapi kalau sibuk memang satu entry jer hihihihihihi.... tu pun kadang² tak berupdate pun...


Oklah jom tengok sapa yang suka komen tu... ting.. ting.. ting... nama 5 blogger yang bertuah itu ialah.... sila buka mata besar² ok.. laporkan diri cepat.. hihihihihi.....



5 blogger yang suka komen dan bertuah



Harap mereka semua berbesar hati untuk menerima hadiah tak seberapa daripada saya.... hadiahnya biarlah menjadi rahsia sehinggalah... abang posmen hantar kerumah kawan² yer... 


Harap semua cepat².. melaporkan diri dengan memberi alamat pada email saya nowzyana@yahoo.com
Pada yang tak bertuah jangan sedih² insyaallah.. ada rezeki kalian di lain hari... Apapun saya ucapkan terima kasih sangat² sebab sudi datang ke blog saya dan sudi bagi komen serta pandangan yang bernas buat saya.. sayang semua.....



Bicara Hati : insyaallah.. ada suprise buat kawan² dipenghujung januari nanti (^___^)v

Alamak!!!! Banyak Toksin Dalam Badan

  

Kejap² rasa mengantuk, kejap² menguap.. kejap² sakit badan ... haihh manja betul badan ni kan.. mana tak manja dah jarang bersenam... asyikk duduk jer... kikikikikiki .....

Rasanya saya pernah kongsikan gambar ni rahsia sihat dan awet muda , yupss.. walaupun saya tahu muka ni tidaklah awet muda mana pun hihihihihihihi..... yang penting mencegah lebih baikkan daripada dah dapat penyakit.

Salah satu sebab kenapa badan mudah lemah dan mengantuk ialah sebab toksin. betul ker??? manelah toksin tak banyak.. dah kalau makan pun semua jenis yang bergoreng mestilah berminyakkan...

Jomlah kita buang toksin sama² dalam badan, cara yang kami selalu lakukan mudah jer.. pakai pelekat toksin sebelum waku tidur... nanti masa bangun tidur barulah buka memang cergas jer.. masa tau.... (^____^)


HERBAL DETOX
Baru² ni saya cuba jenama yang ni.. ok juga tau.. berbaloilah dengan harganya RM 35.00 ada 10 pelekat dalam tu.... 10 pelekat = 5 pasang (iyerlah kaki kitakan ada 2)




HERBAL DETOX sesuai untuk:



1. Menurunkan berat badan
2. Sembelit,nafas dan badan serta kaki berbau
3. Mempunyai tekanan kerja yang tinggi, selalu terkena radiasi
4. Berdiri dan berjalan dalam waktu yang lama
5. Leher,bahu,pinggang dan kaki berasa sengal dan sakit
6. Kedua kaki penat dan lenguh



Fungsi-fungsi HERBAL DETOX
1. Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
2. Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
3. Mengurangkan sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
4. Menormalkan tekanan dan aliran darah
5. Menguatkan sistem imun badan
6. Melegakan sakit tumit & tapak kaki
7. Mengurangkan sembelit, kembung perut
8. Membantu masalah jerawat/resdung
9. Mengurangkan diebetes, kegemukan
10. Mengatasi masalah sukar tidur
11. Penggunaan ubat yang berpanjangan
12. Bekerja dgn bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
13. Menyegarkan badan ketika bangun dari tidur
14. Mengurangkan sakit gout, sendi dan sesuai untuk perokok



AMARAN:
1. Untuk Kegunaan luaran sahaja
2. Jangan tampal pada kulit yang alergi,luka dan mata
3. Jauhkan dari kanak-kanak





Saya pakai sekali jer... tu pun dah rasa ok, yang lain hubby habiskan.. jadi stok dah habis huhuhuhuhu...



Hubby kan bekerja banyak berdiri dan berjalan, jadi kaki dia memang mudah lenguh waktu malam... tu yang dia pakai lebih banyak daripada saya, Alhamdulillah lepas gunakan produk ni dah ok sikit.. walaupun tak guna setiap malam.. tapi hubby akan guna seminggu sekali sekurang²nya... jimat tenaga isteri ni tak payah mengurut sangat hahahahaha....





Bicara Hati : Saya beli online jer kat Ayu Beauty Health jom beli amalkan gaya hidup sihat.








Rabu, 9 Januari 2013

Menu Kegemaran Makan Di Luar

  

Sepingan memang akan order untuk dia seorang sahaja.. jangan nak kongsi²....
Kebiasaanya akan habis... pelawa makan lain memang tak nak ini jerlah yang dimintaknya selalu ....

Bicara Hati : Mula menerapkan dan mendidik amir tak mahu makan KFC, McD dan adik beradiknya.. harap ibu pun kuat iman dari tergoda.... tibe² peru lapar .. tadi luch tak makan pun..

Minggu Akhir Episod Adam Hawa






Akhirnya cerita ni akan sampai juga ke penghujungnya... dan sepanjang tempoh tu jugak.. tak sempat nak melayan sangat hihihihi...... kejap layan .. kejap tak.. kejap tertidur.. tu belum amir pakat dia jer nak tengok kartun kegemaran dia, pakat dengan hubby layan bola lagi .. sudahnya.. mak ni tidur hihihihihi ....

Akhirnya happy ending jugakan... salah satu sebab suka layan cerita ni kira dia tontonan umum lah juga, sebab part yang romantik tu takdalah keterlaluan .. jadi kalau ada anak² nak tengok pun kita tak rasa malu berbanding dengan Filem yang AA belakon sebelum ni adaptasi daripada novel juga tu...

Azie kawin dengan Johan oklah tu kan, dee pulak keguguran ... iyalah asyikk dok cabul cakap tak mau anak tu.. kan dah memang tak dibaginya betul (haihh itulah orang tua kata kata² tu satu doa), Akhirnya ain berjaya melahirkan baby.. so sweet.. baby ape eh??? tunggu jerlah malam esok episod akhirnya yer... tapi macam ada gaduh² sikit jer.. berebut nak tengok ain bersalin ke.. hapa tu eh... (maklum lah tak baca pun novelnya hihihihihihi).. harapkan melayan kat tv jer.. sebab mata ni asal bukak novel jer.. menguap mengalahkan hapa.. memang dah lama tak baca novel...



Bicara Hati : Dah habis ni ... Lepas ni cerita apa pulak yer???


Bertukar kepada TABLET

  


Jenuh nak melayan dia main.....

Lepaskan keinginan yang membuak².....

  Layankan bowling guna tablet sudahnya sekarang hihihihihihihi .....



Bicara Hati : Amir yang mudah jemu bila main sesuatu di tab, sudahnya ayah carikan game bowling bagi dia main....




Selasa, 8 Januari 2013

Takde iDEA


  
Stok lauk pauk penuh dalam peti sejuk, tapi... idea nak masak hilang huhuhuhuhuhu ..... hadoilah.. manelah hilangnya kamu... atau sebenarnya tekak ni dah jemu masak.. ataupun dah jemu makan.. eh² boleh pulak macam tu kan...

Sekilo stok udang hubby beli kat kawan dia .... besar pulak tu... tapi tu lah dah besar sangat ni liatlah kan.. bila dimasak.... 

Idea ... Idea... Nak buat apa ni???? Sambal amir tak makan, masak lemak.. hadoilah.. dah selalu sangat jemu.... Ada juga yang goreng tepung jer nanti sudahnya hihihihihihi.....




Bicara Hati : Kosong .. kosong .. kosong ....

Hidung untuk bernafas

  

Kisah hari pertama masa disekolah, ibu pun sajalah tanya kat amir belajar apa hari ni? masa dalam perjalanan balik dalam kereta tu ibu tanyalah amir.... sebab ibu tak dapat cuti (sebak kejap) boss bagi pelepas masuk lewat pun dah cukup bagus.. lagipun tadika amir dekat jer.. alhamdulillah amir pun okk dan tak meragammmm ....


Amir belajar apa hari ni???

Ntah... cikgu tunjuk gambar orang lelaki tak pakai baju ... 

ibu blur kejap.. erkk apa yang kamu belajar ni nak oiii... gambar orang tak pakai baju

Pastu cikgu tunjuk kepala , mata , hidung , telinga .......

owhhhh cikgu ajar mengenal tubuh badanlah tu....
okkk.. mata untuk apa sayang??

apa ibu ni panggil amir sayang.. amir kan abang .. mata untuk melihatlah ibu .....

Mulut...

Bercakap...

Okk... untuk bercakap .. perkara yang baik tau ... kita kene hormat orang tua.. kalau cakap dengan orang tua kenelah lemah lembut ....

Baikk ibu ... baikk bosss ..... (sambil sengih)

Hidung untuk apa???

Apa yer... amir buat muka blur???

Hidung untuk menghidu bau... cium bau busyuk atau wangi ...

Bukanlah ibu... bukan menghidulah... tadi cikgu ajar macam ni.. sedutt.. macam ni sedut.. sambil mengempiskan hidung...

Dah sudah.. apa pulak maknanya yer... owhhh hidung untuk bernafas....

haaaaaaaaaa.... betullah tu.. untuk bernafaslah ibu.. tadi cikgu tak cakap pun untuk cium bau busuk atau wangi 

erkkk????? !@#$%^^& 



Agak haru jugaklah ibu kalau jadi perselisihan pendapat macam ni.. sebab amir akan bagi tau yang cikgu ajar tu lah betul... jadi kenelah saya terangkan selain daripada bernafas hidung jugak untuk mencium bau²an wangi atau busuk.. barulah amir paham...


Gambar tak kene mengena dengan entry ....
Sekarang dah musim balikkan buah ngaku.. bolehlah buat kerepek.. amir suka sangat...


Bicara Hati : Mata mengantuklah pulak.. huhuhuhuhu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...