♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 18 Januari 2013

Kelebihan Surah Al- Kautsar

 


Kita selalu menhafal surah² yang mudah, tapi tak pernah terpikir sebenarnya setiap surah mempunyai kelebihan sendiri ..... setiap ayat² al-quran sebenarnya ada kelebihannya sendiri.... 

Suka sangat dengar bile  bawak kereta nak balik rumah mulut amir mula menghafal surah² yang ustazah ajar kat sekolah.... tapi kalau kene hangin tak tentu hala dia... jangan kata menghafal surah.. tibe² disambungnya lirik lagu .. saboo jerlah.... memang agak penat jugaklah nak pantau bab tu .. kadang² bile saya betulkan boleh pulak dia bagi tahu ustazah baca macam tu lah ibu .... @#$%?????




Tadi ada bukak kat FB Rahsia Surah Al-Kautsar:-

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.



Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Bicara Hati : Jumaat yang agak layu .. mungkin sebab mood nak cuti esok nak berkobar² membayangkan nak mengemas rumah....





Mulia Dan Terpuji

    



Salam hari jumaat, pantas masa berlalu dah hari jumaat, juga hampir ke tengahari .... mata mula mengantuk bila perut kekenyangan huhuhuhuhu .....

Jahat dibalas dengan jahat, nauzubillah itu adalah dendan namanya moga kita tidak tergolong di kalangan yang sebegitu......

Kebaikkan dibalas kejahatan, selalu jugak melihatnya didepan mata, tapi percayalah jauh disusut hati mereka yang ditindas dizalimi doanya mudah dimakbulkan Allah.. jadi janganlah kita membuat kejahatan atau menindas dan menzalimi orang lain .... kerana kita sendiri juga tak suka dizalimi kan...

Moga hari jumaat yang mulia ini kita muhasabah diri dan melakukan perkara yang mulia dan terpuji .... agar hidup lebih dirahmati dan diberkati Amin ....



Bicara Hati : Mohon agar hati sentiasa tenang agar diri sentiasa dilindungi ....




Khamis, 17 Januari 2013

Bintang Nuffnang

  

Listen .. listen .... listen ... hahaha.. terjebak jugak .... Bintang² berkelipan .... Menyinari diangkasa sana .. macam tu ke lagu amy mastura hihihihihi .. lupa lirik pulak....

Tertanya² dibuatnya .... bile korang nak update serve .. ada nampak tak bintang macam ni kat akaun nuffnang kat sebelah kanan tu .. korang punyer bape bintang?? dan sebenarnya bapa bintang yang betul eh.. sebab rasanya iklan² kat blog tu .. memang dah letak betul hihihihihihi ..... kalau saya salah bagi tahu.. kalau sapa tahu pasal ni bagilah tahu juga kongsikan dengan saya kat komen ....



Kan saya ada bagi tahu hantar tiket kat nuffnang hari tu sebab tak pernah dapat CPUV, tapi email saya pulak buat hal .. tak boleh bukak hadoilah.. macam mane ni?? nak tukar email lain.. dah cuba hantar lagi tiket kat nuffnang kata saya nak tukar email lain tapi macam takda respon jer... takkanlah saya nak buat akaun nuffnang baru pulak kan.. macam mane pulak dengan jumlah dalam akaun ni huhuhuhuhuhu .. saboo jerlah.. haru betull... sudahnya.. tak tahulah nuffnang ada balas apa² tak kat email saya tu .... sebab nuffnang ni saya pakai email lain dan memang jarang bukak inilah bahananya...


Bicara Hati : Buntu tak tahu nak buat apa dah...

Pakaian Istimewa



Alhamdulillah .. mood hari khamis yang ceria ..... amir lagi lah terlebih cerianya, walaupun sejak sekolah ni kadang² asyik ngompol jer huh!!! agaknya sebab kat sekolah main, berlari, meoncat sana sini.... 

Hari ni mood ceria masing² pakai uniform sendiri ibu dan ayah dah semestinyalahkan.. amir pun sama juga lagi² hari khamis amir special sikit kat tadika kene pakai pakaian sukan macam dalam gambar ni ... sebab hari khamis selalunya ada aktiviti riadah sikit kat luar.. bukan luar mana pun.. luar tadika tu jugak hihihihihihi ... kira ada senam² sikitlah untuk kecergasan minda budak² ni....

Okk.. kalau sempat nanti saya kongsikan antara aktiviti tu .... 


Muka ceria amir nak kesekolah..... macam² aksi ...



Amir kata amir suka baju ni sebab ada warna hijau hahahahahah... kalau boleh nak pakai setiap hari... senang hati ibu amir kat sekolah pun tak banyak ragam, cikgu kata dia ok.. dah pandai berdikari .. bile cikgu pesan budak² ni lepas makan dan minum cawan kene basuh sendiri.. pinggan kertas buang.. sampai kerumah amir praktikkan nak basuh cawan sediri kat rumah.. tapi .. kat rumah singki tinggi sikit.. dah dia semangat sangat .. saya tolonglah jugak angkat dia.. kalau dia nak basuh cawan.


Bicara Hati : Pagi ni sarapan ditaja .. yeahhhh murah rezeki ... ada makan² kat opis.


Rabu, 16 Januari 2013

Pencuci Mulut Yang Menyelerakan

  



Selipar Refleksologi









Selasa, 15 Januari 2013

Kering Tiada Setitik

  


Kisah petang semalam, tak kala mendapat kekuatan untuk berpuasa sunat.... maklumlah bulan bertambah bulan silih berganti .... bila diberi kudrat dan kesihatan yang baik haruslah ingat pada yang esa.. jangan sesekali mudah lupa...

Okkk petang semalam memang keletihan sangat, dalam kepala dok pikirlah nak buka apa puasa ni nanti.... seyes tak larat sangat... tibe² otak berpikir ligat buat steambot ok ni... alah makan 3 beranak jer pun ala.. kadar sudahlah.... pakai periuk nasi hihihihihi......

Semangat bagai nak rak ok.. sekali sampai rumah, hubby bagi tahu air mati gegegegege... hilang mood terus dibuatnya.. terus baring, jangan kata nak masak.. nak bancuh air pun hilang mood huhuhuhuhu .....

Apa nak jadilah ni.. sejak akhir² ni.. rasanya makin parah air kat kawasan rumah tu.. memang kerap sangat takdanya... hubby bagi tahu nasib baiklah sempat basuh baju sampai kering huhuhuhuhu .... haru betul .... inilah bahananya kalau isu air jadi isu politik, malas nak cakap lebih².... kita pengguna lah yang jadi mangsanya....


Rezeki ...
Nasib baiklah semalam kawan opis pulangkan bekas bagi spageti .. buka ni jerlah.. ni pun kongsi 3 beranak tau ... nak keluar... pun takda mood nak bersiap .... sudahnya hubby bungkus burger jer kat kedai depan rumah tu...



Harap hari ni adalah air kat rumah, jangan buat hal macam semalam lagi.. malam tadi pun dekat pukul 10 kot baru ada air kat singki dapur tu.. air kat bilik air memanglah sentiasa ada sebab air tangki adakan... tapi kat dapur memang air yang terus daripada pili luar tu huhuhuhuhu .....

Balik ni mood berkobar² nak buat steambot hubby pun tak sihat .. amir pun suara dah mula garau...


Bicara Hati : Hari ni makan spageti lagi kat opis.. ada kawan bawak jugak.. hahahaha... murah rezeki.. amin...





Mahu perawan sentiasa



Sibuk membalas jejak kawan² pagi ni.. sudahnya tak berkesempatan nak update entry sendiri.. walaupun banyak entry dalam draft tapi.. takda idea nak menulis ayat.. apatah lagi nak mengarang, jadi.. hari ni saya kongsikan info baru jus yang baru saya cuba.... tajuk kemain propaganza kan.. mahu perawan sentiasa.... tak menahan tu...

Okkkk.. kalau minggu lepas saya dah kongsikan saya guna pelekat toksin Herbal Detox dan hasilnya memang superbbb dan sangatlah menyegarkan.. kali ni saya nak kongsikan pulak kelebihan minum Jus Perawan ... mahu kelihatan perawankan.. haruslah cuba hihihihihihi .....

Ini adalah kali pertama saya cuba, sebab ramai juga kawan² yang dah mencuba hasilnya memang baikk untuk kesihatan dan dalaman kita kerana jus ni tidak menggunakan perasa atau warna tiruan.. segalanya memang asli... owhh masa mula² cuba memanglah kembang tekak mahu telan.. tapi dah seminggu alhamdulillah makin serasi ... kasi senyum sikit (^_______^)



Perkara paling ketara yang berlaku dalam perubahan diri ialah bangun tidur jer rasa segar sebab minum jus ni digalakkan waktu pagi dan sebelum tidur.... tapi saya minum sebelum nak tidur jer... pagi tak sempat hihihihihi... nampak noooo jimatnyakan...

Setakat sebotol baru cuba ni... perubahan yang lain saya alami amat kenelah jus ni dengan namanya tu.. tu tu.. jus perawan, memang kita akan rasa macam perawan jer tau... ketat jer.. kat bawah tu hihihihihi... (tutup muka malu)

Jom saya kongsikan kelebihannya .. memang banyak sangat kelebihannya tau .... dan paling teruja bile dia menyuburkan rahim dan peranakan wanita terutama bagi mereka yang sukar mendapatkan zuriat.. oklah tu kan.. tak salah mencuba.


JUS PERAWAN PLUS COLLAGEN D'HERBS

Khasiat Juice Perawan D'Herbs :

1) Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
2) Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
3) Menyuburkan rahim & peranakan wanita ( baik untuk yang sukar mendapatkan zuriat).
4) Menegang & mencerahkan kulit.
5) Melambatkan proses monopous.
6) Memberikan tenaga & memperbaiki sistem dalaman wanita.
7) Meningkatkan sistem imunisasi.
8) Mengurangkan senggugut.
9) Mengeratkan hubungan suami isteri
10) Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.
11) Sesuai untuk gastrik.
12) Boleh diminum walaupun dalam pantang.
13) Memperbanyakkan air susu.


Kandungan Juice Perawan D'Herbs:
Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Acai Berry, Kurma, Madu, Roselle, Delima, Kolagen & Air Bertapis.

Cara guna :
1) Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.
2) Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.
3) Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.


Rasanya macam mane yer???? rasanya memang asli... terasa manjakani, kacip, madu dan warna pulak memang neutral.... takda warna tambahan jauh sekali perisa tambahan ... tapi pada tekak saya ni macam rasa roselle sebab ada buah roselle kan dalam tu tak tahulah nak cakap macam mane.. lupelah pulak nak ambil gambar. Saya beli online segalanya dihujung jarikan di Like FB Ayu Beauty Health


Bicara Hati : Agak bape lama lah habisnya sebotol tu yer.. maklumlah... minum pun sehari sekali hihihihi.. patutnya 2 kali sehari kan.. barulah mujarab.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...