♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 22 Mac 2013

Sikap ibubapa Beri Kesan Pada Anak






 Jangan marah atau salahkan anak ketika mereka gagal atau buat silap (manusia biasa tidak lepas daripada menghadapi kegagalan dan melakukan kesilapan) sebaliknya terangkan dengan baik bahawa kegagalan dan kesilapan ialah peluang untuk kita belajar.

Tunjukkan dan didik anak bagaimana cara untuk menghadapi kegagalan dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Mungkin ibu bapa boleh berkongsi pengalaman sendiri dengan anak-anak.

Ceritakan kepada anak bahawa orang-orang yang hebat juga pernah gagal dan membuat kesilapan.



Kadang-kadang kita tidak menyedari tindakan kita menegur anak boleh dikategorikan sebagai mengkritik atau melabel. Anak-anak yang melakukan kesalahan memang perlu ditegur tetapi teguran kita hendaklah teguran yang membina . Bayangkan setiap hari, di pejabat kita dikritik oleh boss kita dan dilabelkan sebagai lembab..apa perasaan kita? Andainya kesilapan kita ditegur secara berhemah dengan memberi motivasi dan kata-kata positif, tentu kita lebih berkeyakinan untuk menjalankan tugas...



Ibu bapa cemerlang akan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendidik anak-anak dengan baik...

Dalam proses kita membetulkan tingkah laku negatif anak-anak terutama anak-anak remaja, elakkan daripada...
  • menjatuhkan air muka mereka
  •  mendedahkan aib mereka kepada orang lain
  •  menegur mereka di hadapan kawan-kawan/orang lain
  • menasihati mereka secara terbuka

Sumber : FB ibubapacemerlang



Bicara Hati : Makin anak membesar makin cepat mereka memahami persekitaran.. apa yang didedahkan di depan mata itulah yang mereka contohi ...






Khamis, 21 Mac 2013

Mengorat Cara Moden



Tu.. dia tajuk tak menahan mengorat cara moden, ni semalam lah tertengok cerita kat tv3 tu.. kalau tak silap tajuknya Rindu Bertamu Di Abu Dhabi .... tak pernah tengok sangat pun cerita ni.. semalam tertengoklah pulak.. tu pun sambil² melipat baju bajan.... 

Gelihati pulak rasanya tengok cara Adam (betul ke nama tu eh.. kot salah maaf yer..) nak mengorat fatin, elok terlanggar kat airport.. lepas tu.. hp fatin pun jatuh dan pura² Adam amik nak cuba guna call hp tu.. nasib baik okk katanya.. rupanya dia call nombor hp dia sendiri.. nak dapatkan nombor hp fatin tu kikikikiki ... bagus jugak yer.. tektik tu.. manalah tahu ada kawan² yang bujang kat luar sana nak mengorat bolehlah guna teknik ni.. tapi kalau hp canggih sekarang ni jatuh takut dah terburai jer.... padam terus skrin tu... silap² tak dapat no hp.. pitam kot nak kene bayar ganti rugi...

Orang dulu pakai surat jer.. kan.. kalau duduk jauh²... bercinta ni...
Kalau yang sekampung tu.. main² hon motor kot.. pakat jumpa kat rumah kawan² kunun² stady...
Kalau yang dekat sebelah rumah pakat ketuk botol jer.. hihihihihi.. ada ker?? buat macam tu....
Sekarang susah rasanya.. banyak guna sms jer.. lagi cepat...



Bicara Hati : Menyesal pulak tertengok ... rupanya suami dia si firdaus tu menipu isteri kata pergi london sebenarnya balik tanah air nak tengok nenek dia sakit langsung meninggaldunia... kesian isteri dia .. tengah sarat mengandung pulak tu.... 







Kurangkan Kencing Manis Masa Mengandung



Puaslah saya dok google sana seni.. mencari resepi yang boleh menurunkan kencing manis masa mengandung. Puncanya bila adik saya kene tahan kad wad sebab kencing manis... capaian ujian darah dia mencecah 13 fuhhhh tinggi tu .. getar bibir nak menyebutnya.. apatah lagi adik saya kan.. sebab tak pernah merasai situasi itu.... jauh sekali duduk kat wad lama²kan.. cian dia sampai cakap.. traumalah nak tidur.. dengar bunyi ambulans... alahai.. sabar yer dik.. dugaan mengandung tu... moga dipermudahkan saat melahirkan nanti...


Peria goreng tepung


Akhirnya terjumpalah satu blog ni kata peria boleh mengurangkan kencing manis ok, saya call mak.. mak pun apa lagi buatkan adik air peria campur epal hijau sikit... saya pulak gorengkan peria katak ni dengan tepung.... kami usaha² jer.. maklumlah bukannya ada kencing manis .. cuma kene masa mengandung ni .. manalah nak ada pengalamankan.. walaupun doktor dah bagi adik diet diabetis tapi bila ujian darah tahap kencing manis adik masih 6 atau 7, tu yang kene cucuk insulin... muka dah toyekk jer.. nak balik rumah....

Alhamdulillah ... lepas makan dan minum air peria ni bila ujian darah turun 4, tu pun semalam mak buatkan air mengkudu... adik saya dah redhoo jer... tak boleh nak mengelaklahkan... sebab diet kat hospital ni.. sama jer.. macam tak diet .. sarapan pun bagi roti jugak, tengahari pun makan nasi siap lauk nanas.... tapi semua tu bukan tak boleh makan.. boleh jer.. cuma jangan banyak sangat.. kalau tak makan takda tenagalah nanti...



Bicara Hati : Kalau kawan² ada petua lain jangan lupa kongsikan kat ruangan komen...









Massimo Roti Favorito



Roti kegemaran amir yang baru, sejak akhir² ni alhamdulillah.. ragam kesekolahnya dah berkurangan.. amir lebih teruja dengan latihan sukan yang dah bermula.... walhal sukan lagi sebulan.

Kalau dulu amir payah nak mandi pagi sekarang, kejut sekali pasang tv dia dah ok.. terus mandi... cuma dia akan mintak singgah ke gerai untuk nasi lemak telur mata dan saya akan suapkan sebelum dia pergi sekolah.. iyer suapkan dalam kereta jerlah kami dua beranak bersuap suap hihihihihi.... 5 suap dah cukup banyak.... sekadar buat sarat sebelum sarapan disekolah pukul 10.00 pagi.


Bekalan roti amir kesekolah pagi ni buat kesekian kalinya...


Sepatutnya hari ni saya kene pergi mesyuarat nunn di hulu selangor, gigihlah saya pesan kat amir bangun awal hari ni.. pada guru taska pun saya dah kabarkan yang saya akan hantar amir awal ke taska mungkin sebelum mandi.. dan mohon mereka mandi ditaska.. sampai macam tu sekali saya mengaturnya...

Hubby okk jer.. sepakat kami bangun awal, lepas azan tunggu hubby habis solat terus kami gerak keluar rumah.... sepauh jalan menuju ke hospital jalan jem seteruknya, tapi hubby kan super duper... pandai cari jalan alternatif... sampai opis pun sebelum pukul 7 belum ada orang.. pandang kanan kiri.. aikk.. mana bos ni.. kata nak pergi meeting, sms kawan seangkatan yang akan pergi sama tanya kat mana??? glupp mendengar kawan bagi tahu mereka dah pergi .... saya terkedu benggong kejap.. sebab tak jauh pun mereka bergerak tu... baru beberapa minit jer bergerak.. haihhh saya tahulah tempat tu jauh.. tapi saya pun duduk rumah jauh.. daripada opis susah payah saya aturkan jadual 5 minit pun tak boleh tunggu ker????!@$%$^%^ okkk .. saya tahu.. awak boss... walaupun bukan big boss.. tapi saya tahu.. awak memang big dari saya.... (dah tak pasal kene taip entry emo pagi²) terkilan tau... dengan orang macam ni.... kawan seangkatan saya yang pergi tu pun macam terkedu jer ....

Eh² sorry .. bukan tadi nak tulis pasal roti amir ke... ;p



Bicara Hati : 









Saya nampak jambu tak... 
dah kene tinggal possing²lah sorang² dalam opis...







Rabu, 20 Mac 2013

Sakitnya Melahirkan Zuriat




Bukan semua orang di beri peluang merasainya, dan bukan juga semua orang diberi peluang merasai berulang kali .. jadi hargailah pengorbanan ibu dan isteri kita sewaktu melahirkan....

Semasa dalam pantang hargailah isteri.. beri mereka makanan yang berkhasiat supaya dapat memberi susu pada anak yang berkhasiat juga.... mesti isteri akan rasa lebih dihargai dan terharu ....

Janganlah menjauhkan diri daripada isteri sewaktu isteri dalam pantang.. maklumlah suami ni bau jamu kan mual pulak, kalau menjauhkan diri kuatir isteri meroyan dan kesunyian... maklumlah dalam keadaan pantang ni banyak juga dugaannya.. bukan sewaktu mengandung sahaja... trauma maa melahirkan pun mesti tak hilang lagi ....


Bicara Hati : sakit sewaktu melahirkan itulah yang menghauskan dosa wanita... kerana berjuta² urat yang terputus...

Kalau Dah Jodoh



Tergelak dibuatnya melayankan topik semalam, sunnah nikah kalau tak silap.... tapi ramai muda mudi sekarang tak mahu nikah alasannya nilai hantaran tinggi... tak mampu ... cara ustaz menyampaikan buat saya tergelak pulak... tapi janganlah sampai kita tak mahu berkahwin kerana menganggap sebagai bebanankan... kita jugak digalakkan mencarikan jodoh buat orang lain ... kalau itu boleh mengeratkan silaturahim dan lebih menyucikan perhubungan dengan perkahwinan.


Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri (^____^)
Suka layan ceramah ustaz kazim ni kat astro, sempoi dan banyak yang ada kebenarannya berlaku... dalam diri .. kata² sindiran yang lebih berbaur teguran sebenarnya.. bila dengar mesti tersenyum sendiri....


Sumber : Rahsia Rumahtangga Bahagia
FB : Ustaz Mohd Kazim Elias

Diet Ditengahari



Jarang sekali dapat peluang menjamah makan ditengahari, sebab pagi mesti sarapan walaupun kadang kala lambat ambil .. terus ambil menu berat.....

Sampaikan ada yang kata.. diet tengahari ker?? bukan diet sebenarnya lebih pada... cukup²lah dah makan berat pagi.. melainkan.. pagi ambil 3 in 1 sahaja ... terpulang pada perut masing² kan....



Rezeki mek sebelah bagi lauk ikan ... jangan di tanya bila .. saya sendiri dah lupa.. dan yang pasti pinggan tu tak berpulang lagi gegegegege.. dan  yang pasti juga lauk ikan ni sedapp.. ada rasa masam² nanas.. seyes terliur dibuatnya.. amir siap puji sedapp.. maklumlah ibu tak pernah masak gaya gini.... 



Buntu memikirkan petang ni mahu masak apa.. memulangkan pinggan mek sebelah... dalam peti sejuk pun ada wrap, boleh rasanya kalau nak buat wrap gulungkan.. tapi inti sardin jer.. hahahaha.. bantailah .. itu pun kalau jadi.. bolehlah pulangkan pinggan mek sebelah... nak masak lain takda stok.. habiskan stok yang ada dulu sementara gaji nanti....




Bicara Hati : Pening cari tortilla tak jumpa² wrap pun ala² macam tortilla ker??? dah belasah dah buat pizza ranggup guna wrap tu ...



Hadiah FM Daripada Sweetmama



Seorang yang sangat peramah itulah yang cuba ku gambarkan kreteria dirinya, punya senyuman yang lebar  bila lense kamera dituju padanya, sekilas punya karektor seperti ku.. mesra kamera (hahah perasan nak jugak kata mesra kamera tu) tulah yang boleh digambarkan tuan empunya blog sweetmama a.k.a Kak eija.

Bermula sejak bila sering berkunjung kerumahnya (blog) saya sendiri pun tak pasti.. tapi semakin kerap kesana.. seperti punya tarikkan magnet.. dilayan mesra oleh tuan tanah juga... jika ada pertanya di komen pasti akan dibalas... jika terlepas entry pastinya ada kunjungan maraton.. sungguh pun kemesraan kami hanya di dunia blog sahaja.... tapi terasa seprti telah lama mengenalinya.

Terlalu teruja bertanya meninggalkan komen sehingga lupa dan alpa... menjadi pengomen tegar di blognya gegegegege... dan teruja sangat bila tuan tanah sudi memberikan FM vietnam seperti di bawah ini, maklumlah kak eija kan baru balik daripada vietnam. Teruja sebab tak pernah pergi sana.. jadi bila letak kat peti sejuk rumah tu bolehlah jadi inspirasi kan.. kan... ;p


Terima kasih kak eija FM ni macam pemandangan krabi kan... bayangkan macam kat tepi laut dia... 



Bicara Hati : kak eija sila update perkembangan.. lama menyepi .... rindu.. nak baca akak bebel dalam blog.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...