♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 17 April 2013

MeatBall Homemade Ala IKEA



Pagi² tadi dah kene pergi meeting sebenarnya.. entry² hari ni semuanya entry autopublish, lepas makan tengahari barulah masuk opis.... tersenyum² melihatkan imej baru blog.. comel tak?? comel tak??? warna kegemaranku hihihihihihi ... saya tukar imej sikit, bagi baju baru kat blog ni. Nanti saya up entry yer.. order dengan siapa.. tak bayar lagi ni hihihihihi ...

Korang makan apa malam ni, owhh sekarang malam makan dah tak boleh berat² sangat hubby kata.. okk kita followw jer.. jadual diet hubby tu.. sebab penat² masak takda orang nak makan pun tak bestkan, amir tak sudah² dengan nasi lemak telur mata, jadi balik sekolah siap² dah belikan. 


Meatball Homemade ala² IKEA hahahaha......
sempoiii .... kan... padahal tak pernah makan pun yang ikea jual tu jadi tak tahulah rasanya sama ke tidak.
Makan sambil pejam mata menikmatinya.


 
Ni menu makan malam semalam sebenarnya, ada yang terliur ker??? jangan mintak resepi .. saya bukan kedekut yer.. tapi ini meatball yang dah siap² jual tu saya beli goreng jer kikikikiki .. bukan betul² saya buat uli dan golek² pun, kentang pun goreng yang dah beli frozen punya.  Sos pulak saya guna resepi sos chicken chop mudah tu. Memang membantu... cepat lagi lazatkan.



Bicara Hati : Ngantuk, mahu tidur awal.
















Crazy Orange !!



Kisah jalan-jalan dipetang ahad, sekadar mahu membeli susu tepung amir yang ada offer di Carefour, banayk jugak dah berubah dalam carefour ni lepas di ambil alih Aeon Big, dan banyak jugak barang yang nak dihabiskan stok untuk masukkan stok baru kot sebab ada pembelian contoh antara kami beli pencuci serbaguna cif sebotol rm 5.20 kalau 2 botol rm 7.30.. kan jimat tu... memang jauh beza harganya.. betul² nak habiskan stok sedia ada ni. 


 Bertukar ..... oren, cantik jugak yer...



 Carefour kini lebih dikenali Aeon Big



Nak interframe jugak (walaupun malu sebenanya) masa jalan² tu, tuan tanah pakai shawl oren baru beli kat FB QphatHijabist




Bicara Hati : Berjaya jumpa tortilla akhirnya hahahahaha...... 



Jaga Hati Dan Jiwa








Isu Panas

Sejak akhir-akhir ni banyak sangat orang google cari maklumat ni.. tak kurang jugak komen daripada cik annon pasal bende... saya kongsikan bukan sebab politik yer.. saya kongsikan sekadar apa yang saya tahu sahaja... dan kebetulan amir dapat baucer untuk berbelanja tu... jadi saya kongsikan sahaja di blog untuk makluman saya akan datang juga.





Selasa, 16 April 2013

Kepak Ayam Sedap Lagi Ajaib



Tajuk tak nak kalah hihihihihi ... bukanlah ajaib mana pun resepinya biasa² sahaja, cuma di panggang dengan pemangang ajaib yang baru saya beli daripada langkawi tu sahaja hihihihi... kira merasmikanlah gitu.

Ini Kisah cuti hujung minggu baru² ni.... lepas siap mengemas rumah, tak tahu nak masak apa... jemulah asyik makan nasi sahaja.. lagipun pagi² sarapan hubby dah beli nasi lemak, mujur ada lebih.. makanya amir makan bersuap nasi lemak yang berlebih 3 bungkus ayah beli kunun makan untuk sorang satu... tapi saya kongsi dengan amir sahaja...

Sekadar menghabiskan stok yang mak beri sebenarnya, walaupun saya tahu kepak ayam ni tak elok di amalkan ... sesekali bolehlah kot kan.. kan... lebihan masa buat kenduri hari tu.. boleh tahan banyak jugaklah stok tu bagi kami 3 beranak ni... ;p jenuh jugak nak menghabiskan. Kali pertama masak ayam lada hitam itu pun selepas hampir seminggu ayam dalam peti sejuk, kalau dibiarkan lama takut tak sedaplah pulak rasa ayam tu.


 Kepak ayam yang telah siap di pangang sedapp lagi ajaibb oooooo .. sekejap jer masaknya... nyum²
Resepi biasalah koboi jer.. apa yang ada di dapur
Bawang merah
Bawang putih 
saya tumbuk sahaja kedua dan campurkan kiub ayam bersama sedikit garam, halia habis.. jadi tak letak
Sos tiram
Sos lada hitam
Madu
Lad hitam tumbuk kasar
Saya gaul semuanya sampai sebati dan perapkan... Lepas 2 Jam baru saya panggang



 Sos pulak saya guna yang ini sahaja, tapi sup krim cendawan jenama maggie ni agak masin berbanding cambells yang pernah saya cuba, tapi layan jugaklah dah itu sahaja yang ada.. saya panaskan dan campur sikit sos lada hitam.

Hasilnya super duper....
seperti gambar dibawah ....
pada yang tak sanggup tengok cepat² klik X kat atas sebelah kanan
kikikikiki ... (^___^)v

v




v



v



v




v




v




v
Ada banyak jugaklah saya masak.. siap pulangkan pinggan mek kikikikiki ...





Bicara Hati : Sesekali hujung minggu dapat masak.. semua nak dicubanya, sekadar menghabiskan stok jer pun... 







Keriuhan di Hari Sabtu



Cerita hujung minggu baru² ni, mengambil kesempatan hubby kesekolah dan kami pula tidak balik ke kampung, kepenatan habis mengemas rumah terutama bilik kedua... bilik tetamu, lepas ni bilik tu secara rasminya akan menjadi bilik kegemaran amir.. apa jua aktiviti amir akan lakukan disitu termasuklah barang² permainan pun terletak kat situ lebih memudahkan ibu mengemas.

Oleh kerana bilik tetamu jarang digunakan kami pilih untuk ubah suai, ialah tetamu datang pun jarang².. rasa macam membazir sahaja ada katil king disitu.. amir pun tak mahu tidur kat situ sorang... kalau tak berteman, sudahnya bilik itu hanya akan menjadi bilik hamparan baju bajan lepas diangkat dari ampaian.


 Batal yang sudah lama tidak berjemur.... 
Mahu hilangkan hama ...



Fuhhh lap peluh jugaklah... semua nak dipunggahkan, itu baru kemas bilik dan  mengemas sikit baju² amir yang sudah tidak sesuai, belum lagi baju bilik ibu yang 3 pintu tu ... gegegege.. belum lagi bukak kabinet dapurr.. yang sejak akhir² sudah dikunjungi lipas² huhuhuhuhu .. mujur lipas sahaja, kalau tikus.. pitam ooooo ....

Sedang elok mahu merehatkan badan, kedengaran kekekekekan diluar.. seperti ada yang mengelikan hati.. rupanya mesyuarat tingkap birai yer.. amir dengan cucu² mek sebelah.... penat ibu tak hilang lagi.. amir suarakan hasrat.. ibu lama atif tak datang rumah kitakan.. dia dengan kakak nak main kat rumah ibu.. bolehh lah.. bolehh lah..... penat ibu tak hilang lagi anak oiii... tapi saya bagilah kebenaran juga... cuma sebelum tu siap pesan awal² jangan buat sepah sangat.. janji awal memang lah semuanya ok.. sekali masuk 4 beradik dah tak hinggat dah pesanan ibu.


Muka tak bersalah.. bila kawan² dah balik dia duduk dalam kotak tu, ibu.. suruh kemas.. kejap lagi.. kejap lagi katanya... melayan kan kartun dulu...



Seronok jugak dibuatnya walaupun penat, bila nak masak dengar suara budak² main kat ruang tamu dan bilik.. terasa keriuhan macam punya anak ramai pula.. hahahahaha .... Tapi bila mereka balik nak makan tengahari ... memang terasalah sunyinya balikkan.. tingal kami dua beranak jer.




Bicara Hati : Anak² jiran korang pernah tak datang rumah main??







Rezeki Di Luar Jangkaan



konfius kejap.. salah tengok kehapa ni, ni kes tengahari semalam masa bukak akaun nuffnang ada 2 cpuv tengah menari² kat blog ni.. yang lagi buat konfius sebab minggu lepas bukak nampak 05 April tu jer.. kan saya ada buat entry pertama kali dapat cpuv takda pulak yang 18 Mac ... tapi semalam bukak ada yang 18 Mac ni... 

Kalau memang rezeki saya alhamdulillah... terima kasih nuffnang sebab sudi bagi iklan Sunsilk Sleek .. tapi tu lah.. dah sebulan menari² ni baru tahu macam mana... 





Bicara Hati : Syukur Alhamdulilla... ada juga rezeki berblog.







Isnin, 15 April 2013

The Hottest Thing From Korea



Blurr rasanya hari ini.. tak tahulah kenapa, hormon tengah tak berapa stabil agaknya huk.. huk.. huk.... atau ini semua poyooooooo monday blues, masih terasa keseronokkan 2 hari bercuti dirumah dengan serupa macam tak bercuti sahaja mengemas rumah dan memasak kikikikiki ..;p

Apa yang 'hottest' sangat tu.. hahahaha... apa lagi, tengahari tadi... menu makan tengahari lain daripada yang lain.. kebetulan keluar nak beli barang sikit, lepas tu pulak kawan bagi tahu dia lapar sebab tak makan daripada pagi tadi.... saya pulak tidaklah lapar mana.. tapi kalau dah petang mungkin lah kot baru lapar .... sedang memikir² mahu makan apa.. kawan saya ajak makan KFC yang baru ni ... 'hot dari korea gitu' sesuailah dengan tuan tanah ni yang suka melayankan cerita korea.


KFC Perisa Baru


Korang dah makan ker??? Pada saya oklah.. biasa jer.. dia macam ayam pedas kfc yang biasa kita makan tu.. cuma bezanya atas ayam tu diletakkan sos macam dalam gambar kat bawah ni dan bijan sekali, rasa sos tu macam manis² gitu.. ayam tu.. dah memang pedaslah sebab 'spicy'kan. Saya ingatkan ayam tu tadi bersadurkan/bersalutkan rempah apalah sampai rasa macam pedas kat kora kikiki.. dah nampak depan mata baru paham.. dan yang penting dah rasa.... okklah boleh cuba lagi kalau ada yang belanja.. sebab yang ini pun kawan saya belanja kikikikiki (^___^)v

Sebenarnya dah jarang makan KFC sekarang sejak keluar ni amir suka sangat makan nasi ayam atau nasi goreng cina itulah makanya dah jarang makan KFC, Mc D atau lain².




Bicara Hati : Balik ni mahu buat meatball ala ikea hihihihihi ... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...