♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 12 Mei 2013

Pertama Kali Hidung Amir Berdarah Masa Tidur



Panik dibuatnya tak kala.. mata sedang lena terlelap jam menunjukkan 2.30 pagi, anak tiba² merenggek mahukan susu... dan hidung berdarah keluar dengan lajunya... mata terpejam pulak tu. Sebenarnya ini kali pertama berlaku tau .. sepanjang aku besarkan amir ni ... dengan erti kata lain sejak amir lahir .. ini lah kali pertama... kejadian berlaku rabu malam khamis baru ni.

Sebenarnya dah beberapa hari amir mengadu .. mata dia gatal, aku risau jugak sebab doktor pernah maklumkan amir ada masalah sikit .. hidung sensetif dengan habuk.. dengan erti kata lain macam nak kena resdung .. kalau dibiarkan takut melarat boleh kene asma pulak... padahal kat rumah sofa dah letak luar, tidur pun kadang² jer pakai toto.. sarung tilam jangan katalah sekerap mungkin kita ni tukar .. kalau boleh setiap minggu tau ... memang berhati²... sebab tak nak amir di jangkiti konjuktivitis.



Gambar tiada kaitan tapi mahu letak juga... amir sedang tekun mewarna... sudah pandai pegang pensil warna dengan betul, sudah pandai membeza²kan warna² yang sesuai mengikut gambar .. satu perkembangan yang positif ... maklumlah anak lelaki yang manja kan..



Okk sambung balik .. saja masukkan gambar selingan, sebab pertama kali terjadi ... hidung amir berdarah ni .. memang paniklah dibuatnya tau... yang aku ni .. memang lah panik, hubby pun macam bangun terkejut dibuatnya.. bila aku bagi tahu hidung amir berdarah .. pada mamai bertanya tu ... dia pun duduk .. tengokk jer aku dudukkan amir.. sambil dongakan kepala amir menghala keatas.. darah kat hidung pulak mengalir laju .. macam tak nak berhenti .. mata amir pulak terpejam... jer mengantuk. Sempat buatkan amir susu ... amir pun elok jer.. tidur mata tak bukak.. banyak tahi mata pulak keliling mata tu ... memang panas dalam agaknya badannya.. sebab terasa nafas dia panas sangat.

Sudahnya aku tak boleh nak sambung tidur ... risaukan hidung amir ... baring sambil mengadap muka amir .. tak perasan bila terlelap .. sedar² dah pukul 5.00 pagi .. hidung amir pun dah takda darah.

Esok pagi² kene bawak adik pulak pergi klinik, nasib baik adik ok.. ingatkan nak bawak amir sekali .. dah dia bekuu takmmooo turun kereta pergi klinik .. nak ketadika.. memang tak kekliniklah pagi tu ... tapi tak melarat pun.. alhamdulillah amir dah ok.. amir kuatkan.

Kat bawah ni saya kongsikan tips dan info serta langkah kecemasan kalau anak² hidung berdarah, haihh selama kita tak pernah nak amik tahu pun.. bila dah jadi .. barulah terpikir sana .. sini .. dok cari info :

  • Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
  • Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
  • Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.
  • Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
  • Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
  • Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
  • Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
  • Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.

Rawatan bergantung pada sebab-sebab:
Rawat masalah yang berkaitan.
Nasihatkan supaya berhenti mengorek hidung dan menghembus hidung dengan kuat.

Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, pakar bahagian telinga, tekak dan hidung akan memberi rawatan mengikut keadaan seperti membuat sumbatan pada hidung, penggunaan bahan kimia/ubat-ubatan tertentu untuk menghentikan perdarahan.


Harap takdalah yang memudaratkan ... biasa jer... maklumlah pertama kali kan.. mestilah risau dibuatnya...




Bicara Hati : Terharu amir buat kad hari ibu, bawak balik daripada sekolah .... nanti ada kesempatan nak abadikan kat blog.





Sabtu, 11 Mei 2013

Rezeki RHB Debit Mass Usage



Alhamdulillah .. kali ni ada rezeki lagi dengan RHB pulak ... moga lamalah menari hendaknya dekat blog, kalau tak silap saya RHB Debit Mass usage ni ada buat pertandingan mencari sapa yang berbelanja sekurang²nya rm 30.00 sudah layak untuk masuk bertanding dan ada peluang menang .. lebih kurang macam tu lah.. kalau ada kawan² yang ada kad bank RHB Bank bolehlah join.. kalau nak tahu maklumat lanjut.. nampak iklan kat blog saya pasal RHB tu bolehlah klik. Hadiah pun lumayan dan menarik tu .... saya takda akaun RHB.

Iklan ni saya perasan menari kat atas header nun... seronok betul dia menari² kat situ tau ... pandai pilih tempat.. bukak blog nampak dia dulu ...(^___^)v



















Jumaat, 10 Mei 2013

Bersalah dalam menulis blog



Tajuk mesra seo ker?? tak kot kan.. tapi tak tahu lah kalau ada yang google jumpa pulak .... ruang kerja gelap, tapi ada hati melayan blog kengkawan kejap ... walaupun tak elok nak membaca dalam gelapkan... sebab sayang punya pasal nak bw blog kengkawan kan hihihihihi.. gunakan kesempatan yang ada waktu rehat yang panjang ni, malas nak keluar rasanya.. di tambah cuaca kat luar yang terik... yang sebenarnya bukan malas apa.. nanti kalau keluar ada jer.. yang nak di beli nya.. nafsu .. nafsuu... tak nak ...



Lepas bw kawan² sajalah bukak ruangan 'stats', fuhh lap peluh kejap ... banyaknya negara singgah kat blog ni... (perasan.. orang lain lagi banyak kot) ni tak banyak mana pun.. tapi .. pada saya banyak.. iyerlah saya ni manalah ada kawan² kat luar negara.. kecuali kat jepun tu.. yang tu memang ada.

Apa yang dia orang cari ni?? rasa macam bersalah pulak dalam menulis blog, iyerlah orang mesti nak cari maklumatkan.. saya pulak menulis ikut sukati jer.. susunan ayat pun sukati .. bahasa pun bahasa melayu .. dah kalau yang datang singgah daripada turkey,sweeden poland tu haihhh .. korang terjemah lah yer.. apa yang saya tulis tu kikiki ..;p apalah agaknya yang dicari yer??? bila buka ruangan 'post' tu rata² mencari resepi dan tips ... resepi dahlah saya tulis koboi jer.. gegegegege .... tips pun macam petua ata cara² amalan yang biasa² jer ...










Sebelum Bulan Rejab menjelang





Salam pagi jumaat 29 JamadilAkhir 1434H
Penghulu hari, dan penghulu bulan islam jamadilakhir sebelum kehadiran bulan rejab.
Sangat indah harinya... sangat indah .. bersyukur di beri nikmat ini (^____^)




Jumaat penghulu segala hari, walaupun ada yang kata ahadlah penghulu hari kerana kita akan mulakan dengan isnin, tapi pada saya jumaat ... (^____^v

Alhamdulillahh ... masih dipanjangkan umur, moga panjangkan umur untuk bertemu bulan rejab yang akan bermula esok.. syaaban dan ramadhan yang bakal menjelang.

Di kesempatan ini saya memohon maaf kepada rakan² blog dan kepada sesiapa sahaja yang membaca entry² di blog saya.. dan yang rajin berkunjung kesini, komen atau pemerhati dan pembaca dalam diam disini ... semoga apa yang saya tuliskan tidak menyinggung hati kalian tanpa sengaja atau secara tidak sengaja .. maafkan saya yer...

Selamat bercuti hujung minggu, selamat hari ibu .. semoga semuanya selamat.... tak pastilah ada entry lagi tak selepas ni tuan tanah bz tak sudah².. nak siapkan laporan pulak ... okk.. tuan tanah nak pergi mendengarkan tazkiran di pagi hari jumaat ni sempena kehadiran bulan rejab ... 



Bicara Hati : Terlupa pagi ni ada tazkirah .. mestilah ada makan free ... semalam termasak spageti lebih  bawaklah bekal pagi.. sapa nak habiskan ni .... huhuhu ...



















Khamis, 9 Mei 2013

Menu maggie citarasa sendiri





Jarang - jarang , kadang - kadang , memang pun.. stok 5 bungkus sebulan belum tentu habis.. ntah memang jarang masak... kecuali hubby, suka sangat makan.. salah isteri jugak.. pagi² tak sempat nak masak.. jadi hubby balik makan tengahari maggie jerlah dihadapnya.. itu jer yang ada dalam laci.. kikikiki .... oic membebel pulak...

Ni masak maggie citarasa saya hahaha .. sukati jer kan.. bendi saya letak dalam tu.. korang pernah buat.. dulu hubby macam pelik, lagi² saya suka masak letak cili, bawang merah kecik, bawang putih, halia dan telur... maklumlah pengemar sayur macam saya ni.. dalam maggie sesekali masak pun saya nak letak... kalau ada sawi pun saya letak jer... terung pun jadilah atau buncis hahaha... pelik x?? tak kot kan.. ok.. jangan gelakkan .. memang tak kelakar pun... tapi semangkuk ni .. sebab jarang² masak.. makan 3 beranak.. memang buat bergaduh lah ..;p









Terima Kasih Ina a.k.a intaNBerlian




Taip laju².. tak sempat lagi nak bw rumah kawan², cuma nak ucapkan terima kasih pada ina sebab buat entry  esp shaklee semalam malu pulak saya sampai ina buatkan entry.... kat sini saya nak ucapkan terima kasih sangat² pada yang sudi komen di entry tu.. membantu saya menjawab persoalan dihati selama ni... terima kasih semua... (^____^)

Hari ni kelangkabut sikit.. pagi tadi pergi hantar adik ke klinik kesihatan .. alhamdulillah takda masalah kandungan dia.. cuma minggu depan akan scan lagi sekali ... sebab kes kencing manis tu.. adik saya mungkin akan bersalin awal di paksa masukkan kat ubat kat bahagian tutttt..... ngeri pulak dengar tadi.. tu baru dengar .. belum sendiri rasa.. tapi.. takkan baby tak keluar pulakkan ..

okklah.. nak sambung kerja balik... dah membebel pulak pasal adik... 



Bicara Hati : Hati risau kejadian malam tadi.. takut berulang gegege.....










Rabu, 8 Mei 2013

Halfmoon yang mengoda hatiku .....



Sila pejamkan mata ..... tahan nafsu huhuhuhuhu ..... 
uwarrr tak bolehhlah ... memang mengoda betul dibuatnya ..... macam mana ni .. kata dah berjanji dengan diri sendiri tak mahu beli online bulan ni... sebab dah beli sesuatu reward buat diri sempena hari bu hahahahaha ;p









Bicara Hati : pada bz² mata tu sempat lagi tengok kan.. kikikiki ;p









Datang dengan tema tanpa sengaja


Masa bujang kalau nampak merah oic rasa macam.. garangnya warna ni.. takuttt nak pakai.... seyes memang takda koleksi baju merah, ni semua lepas kawin baru mula pakai tau.. sebab baju² t-shirt hubby banyaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk warna merah gegegege .... kereta pun merah tau.. macam ferrari tu hah tapi bukan kereta ferrari lah... ;p lepas amir lahir lagi lah ibu sakan beli baju anak warna merah hahahahaa ....  bukan t-shir jer merah, topi, baju jalan, baju tidur, tuala.. haihh semualah... sudahnya amir pun sekarang garang macam rimau... eh² ada kene mengena ker?? tak kot....

Sebab tuan tanah kedaung masih bz jomlah layan gambar sekeping, 2 keping eh² 3 keping ni cukuplah dulu .... nanti tak bz tuan tanah kedaung melawat kawasan (eh² macam menang pilihan raya pulak kikikikiki )


Sempat possing² amik gambar kereta, korang tahu tak.. jalan jem nak pergi kenduri rumah kawan kita tu huhuhuhu ... haru betul, sudahlah jalan banyak tutup... sebab pilihanraya tu.. sebab ada orang lain pun buat kenduri kat lorong yang nak masuk kerumah kawan saya tu.... 
opss.. sila abaikan ternampak baju yang tergantung kat belakang tu...







Kunun nak muncung moody.. tapi.. macam ceria pulak gambar ni hihihihihi ..... kembang hidung ..;p






Kami yang datang sama tema tanpa sengaja gegegegege.. amir siap tanya napa ibu tak pakaikan amir baju merah huhuhuhuhu ... pipi ku.. pipi ku.... nampak tembam sungguh pakai udung ni grrrrrrrr ...;p


Bicara Hati : 05.05.2013 sempat pergi 2 jemputan perkahwinan, lepas mengundi sempat lagi tengok anak kawan yang baru lahir.. alahai comeyyynya baby girl ... sudahnya malam tidur awal .. tak tunggu keputusan PRU keluar sampai habis.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...