♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 27 Mei 2013

Ikan Pari Bakar Bendi



Tengahari jarang dapat keluar lunch, hari ni pulak hubby hantar .. jadi tak payahlah nak buat muka sedih sangat kalau tak dapat makan hihihihihihi ... buat muka happy² giyomi sudah ... walaupun perut yang lebih giyominya.

Tiba² teringatkan lauk ikan pari bakar bendi ni .. tapi beli yang ni .. tak berapa ummmpphhh sangatlah kesedapannya... bumbu² (bahan²) dia macam tak meresap lagi dah dibakar .. sebab itulah saya kata kurang ummpphhnya.

Rasa macam tetiba² nak makan ikan pari bakar macam ni .. kat mana yang sedapp yer.. area klang ni ... alahai² tekak, ini bukan mengidam .. ini namanya bahang nak puasa dah terasa ... sebab bila puasa nanti tak berkesempatan nak makan macam ni .. walaupun banyak jual makanan kat baazar belum tentu lagi sempat pergi ke baazar.


Kanak - Kanak pun ada toksin dalam badan



Puas google sana sini .. boleh ke kanak² menggunakan pelekat toksin, puas jugak pikir boleh ke tak seusia amir ni menggunakannya..... haihh apa ke lupa .. baik tanya pada penjualnya kan.... bila tanya pada kawan saya yang jual ni .. dia bagi tahu boleh, kalau korang tak tahu .. yang korang mengandung dan pakai pelekat ni pun masih selamat .. selagi kandungan tu bawah 3 bulan. oohhh pahammm kan.....

Puncanya macam ni, kenapa saya nak bagi amir pakai pelekat toksin ni, amir ngadu sakit kaki .. puaslah saya sapu bam .. saya bawak urut dia mengadu sakit kaki .. bila saya kebas ker?? dia tak tahu nak jawab .. kebas tu macam mana.. tak ke buntu ibu ni ....

Oleh kerana saya dengan hubby selalu pakai pelekat toksin kalau kaki kebas, jadi nak bagi lah amir cuba.... hubby kalau suruh makan ubat ni dia macam penakut sikit ... walaupun dia tak cakap .. tapi saya tahu .. macam mana saya tahu .. adalah ... hihihihihi .... sebab tu lah hubby pakai pelekat toksin ni .. memang membantulah kurangkan sakit kaki hubby, korang bayangkan kalau mengajarkan memang banyak masa berdiri .. jadi kalau dah 5 hari berdiri tu paham² jerlah.... 


Sorry auntie .. amir tunjuk kaki amir hihihihi ....
sebenarnya amir dah tidur barulah saya pakaikan.. esok paginya dia bangun terus tak mengandu sakit kaki lagi .. berkesankan...


Kalau tak silap saya banyak produk tiruan kat luar sana, jadi kalau nak beli kene berhati²lah yer.. saya pun beli online sahaja, yang tiruan tu kalau tak silap.. bila kita gunakan air suam dan lekapkan pada pelekat tu .. pelekat toksin tu jadi hitam (saya tak pernah cuba.. saya baca carian google dari situ dapat info)

Kalau korang berminat nak membeli bolehlah beli dengan ros yer.. berhubung terus dengan dia lebih mudah, saya bukan di bayar .. saya sekadar berkongsi pengalaman saya ... sahaja. Lagi pun saya rasa ros jual paling murah setakat ni .. dan saya puashati sangat .. penghantaran pun cepat.

Marilah buang toksin dalam badan pelekat ni memang membantu .. kalau korang takut nak makan ubat.







Bicara Hati : korang bayangkan kalau umur dah 30 tahun toksin tak pernah keluar daripada badan korang fuhhh .. mesti warnanya hitam pekat gegegegege ...... geli kan.. 






Sabtu, 25 Mei 2013

Pesta Buku Selangor 2013

Kalau fiesta buku kat PWTC dah lama berlalu .. kali ni ada fiesta buku kat selangor pulak, dekat jer.. kat shah alam pun .. saya nak pergi .. saya nak pergi ... tapi hujung minggu ni bz.... nasib baiklah seminggu harap sangat dapat pergi, nak tengok apa yang menarik.


Jadual dan Aktiviti Semasa Fiesta Buku Selangor 2013



Bicara Hati : Entry auto publish .. tuan tanah kedaung dah balik kampung ...









Jumaat, 24 Mei 2013

Elakan Daripada Rezeki Tak Pernah Putus



Allah berikan rezeki dalam pelbagai bentuk, hargailah apa jua rezeki yang diperolehi .. dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik .. diberi keluarga yang punya sifat kasih sayang yang banyak .. itu semuanya ada rezeki ... nikmatilah dan hargainya .... jika mahukan rezeki yang lain, bermohonlah agar dipermudahkan .... untuk memperolehinya.. dan berusahalah ... kerana tanpa usaha tiada kejayaan yang mampu di perolehi.

Kata² semangat di bawah saya titipkan buat diri dan juga kawan².. sama² kita renungkan... sama² kita hayati ... insyaallah.. ada kebenarannya.











Apa jua rezeki yang kita perolehi jangan juga dilupakan pada kedua orang tua kita yang membesarkan kita daripada kecil, sekecil mana pun rezeki yang diperolehi kongsilah bersama mereka.. kerana barakah dan keberkatan doa kedua ibu bapa sangatlah mustajab.

Janganlah membazir² ... pada perkara² yang tidak bermanfaat buat diri sendiri mahu pun anak².

























Khamis, 23 Mei 2013

Sambutan Hari Guru DiSekolah Amir



Sambutan hari guru yang sepatutnya di raikkan pada hari selasa 21.05.2013 di ubah pada hari ini 23.05.2013, sebab minggu ni minggu peperiksaan .. jadi mereka tundalah .. hari ni 'last paper' pendidikkan islam.



Boleh tahan jugak subjek exam amir ni tau .. ada kreativiti, bahasa melayu, jawi, sains .. matematik dll patutlah lama periksanya sampai 4 hari. Mujurlah dia tak mengadu .. bukan².. setakat ni kalau ditanya semua pun ok.. semua pun boleh jawab .. semua pun takda masalah .. harap memang betullah, anak bertuah ni kan... memang macam tu senang jer dia menjawab.. takda nak pening² .. jujur katanya. hihihihi .. teringat zaman sekolah dulu budak² lelaki bukan kisah sangat pun pasal exam ni, tapi kalau budak perempuan memang pulun betullah baca buku. oic cerita exam pulak ....




Terima kasih cikgu, tanpa cikgu .. saya tiada disini...


Semalam ambil amir kat sekolah cikgu bagi tahu hari ni ada sambutan hari guru .. ibu bapa di suruh sumbangkan sedikit makanan... tak kisah pun kuantitinya... bila dah last minit macam ni.. mana pulak ibu nak tempah kuihkan, atas permintaan dan idea amir ibu buatlah donut... donut koboi jer pun... tak berlubang, habis dah pagi² nak menguli dan mengoreng .. ibu buat ala cekodoh lepas tu potong dua... memang nampak banyak .. penuh sebekas bulat. (fuhhh mujurlah amir tak suruh buat apam beras, ibu tak katam ilmu lagi ni)


Donut bergula, macam biasa gula tabur golek sukati .. jadi memang tak berapa nak sebati....
Hadiah untuk cikgu² amir termasuk cikgu taska... pengetua punya yang bekas biru gelap tu ... harap mereka sudilah terima hadiah tak seberapa ni ... nak cari yang lain tak sempat.


Lupa nak ambil gamba amir pagi tadi, teruja betul dia nak pergi tadika hari ni .. walaupun amir tak bapa nak sihat sejak akhir² ni.. cuaca panas ni .. batuk dengan selsama.



Bicara Hati : 
Ni coklat hubby dapat masa hari guru .. mais sangat, amir tak suka .. elokkk jer dalam peti sejuk.



Buku Cerita Para Rasul



Hari ni kalau ikutkan hari ke empat amir periksa, alhamdulillah .. cikgu bagi tahu mula² jer amir macam blur .. masuk hari kedua dan ketiga semalam .. amir dah okkk ... amir tak biasa tu dia macam blurr sikit bila kene menulis tanpa meniru kawan² agaknya... periksa kan tak boleh meniru.

Sekarang, sejak dua menjak ni.. nak tidur mesti amir suruh bacakan buku cerita .. paling dia suka buku nabi yusuf, tak sudah² dia kata nabi yusuf tu hensem dan baik hati. Setakat ni amir ada 2 koleksi buku nabi, nabi yusuf dan nabi ayub.

Kali ni saya belikan buku baru .. buku nabi sulaiman pulak, teruja jugak dia dengar .. saya belikan masa balik kerja terus singgah kedai.. saya saja bua suprise kat amir .. amir teruja .. nak baca.. terkial² lagi .. tapi dah boleh bunyikan.. oklah tu..


Nabi sulaiman dan Ratu Balqis




Belakang buku tu ada nama² nabi, jadi mudahlah kalau amir menghafal saya tengok.. sebab amir suka sangat hafal lagu² nabi dan rasul ni...



Bicara Hati : Saya beli ikut kemampuan saya jer.. saya beli satu, satu.. dah habis baca.. saya beli lain.. kadang².. dah habis baca pun amir tak tidur lagi hahahaha .. sebab buku ni tak tebal mana pun.








Rabu, 22 Mei 2013

Tiba² tekak teringin nak makan kuih ni




Alahai petang yang panas, bukan panas diluar sahaja.. menjangkau kedalam opis ni hah... kan seronok macam ni .. kalau dapat menjamah kuih tepung gomak ..(gambar ihsan google) mana nak mencari ni huhuhuhu ....

Dulu kat opis selalu order kuih ni kalau ada mesyuarat pagi, sedappnya.. tiba² teringin pulak petang² ni .. bukan mengidam apa pun.. cuma teringin nak makan jer.. lama dah tak makan.














Elakkan Diri Daripada Berperasaan Begini





Apa agaknya kucing tu pikir yer ... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...