♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Isnin, 30 September 2013
Buntu
Majalah Aulad menarik bagi pelajar prasekolah macam amir
Bahagian matematik, yang inilah amir selak dulu .. memang mina mengira ibu tak boleh kata apa.. memang ikut ayah ni.. anak ayah katanya...
English pun ada .. kalau suai kenal macam ni amir memang sukaaalah sangat.. cuba suruh baca, ngeja .. mulalah bua muka bohsan dia ....
Ruagan jawi pun ada .... termasuklah bahasa arab.
Dengan hanya bayaran majalah ni sebulan rm 3.00 saya rasa saya berpuashati sangat, janji amir pun suka.. dalam tu pun ada macam² lagi sebenarnya aktiviti .. ada lirik lagu jugak, cerita pendek .. berbaloi²lah kiranya.. jimat pun jimat dengan satu majalah macam² boleh di kongsikan.. kalau beli satu buku jer.. satu aktiviti sahaja .. amir mudah jemu ... kalau macam ni .. warna warni .. dia pun suka.
Keputusan peperiksaan amir dah keluar, dah amik pun kad kemajuan kat tadika.. ada kesempatan saya kongsikan .. banyak yang perlu di perbaiki dan di tambah baik tahun depan ... untuk usia 5 tahun pada saya ok sangatlah tu .. walaupun sejak dah pandai berkawan ni .. cikgu cakap amir suka main.. kadang hilang tumpuan ... bab yang ni tak boleh nak kata apalah.. memang pesen dia.. kalau tak kenal orang dia diam jer.. dah kenal.. banyaklah ceritanya.
Bicara Hati : Tak tahu lagi amir sekolah mana tahun depan, ibu masih buntu buat keputusan.
Sabtu, 28 September 2013
Lagu kanak - kanak semakin di lupakan
Jumpa lirik lagu ni kat majalah aulad ... bila nak menyanyi dekat amir rasa macam jangal sangat .. dah lama kan tak dengar lagu ni .. lagu kat radio mana ada lagu kanak².. budak² pun lagi sinonim dengar lagu merapu zaman sekarang .. kalau nak dengar lagu kanak² ni selalunya kat tadika, kat sekolah ....
Suka jugak dengar lagu kanak² islamik.. macam² sekarang ada banyak pilihan ... kadang dengar jugak amir menyanyi sorang² lagu hanana .. lepas u dia tak tahu lerik .. dia bantai jerlah dok bunyi melodinya...
Bicara Hati : Nak cari CD lagu kanak², pasang kat kereta best jugak layankan.. kan...
Jumaat, 27 September 2013
Elak mengantuk di petang hari
Dia Buat Perangai Lagi
Petanda Anak Cergas , Pastikan Juga Cergas Rohaninya
Khamis, 26 September 2013
Minum Ephyra Sebelum Tidur
Ni minuman yang saya amalkan sebelum tidur dah hampir sebulan ni, alhamdulillah bangun pagi cergas sangat dan sentiasa bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan esoknya.. jarang lesu lagi .. (^____^)v
Menu Pasar Malam
Ni cerita semalam masa balik kerja, amir kata lapar .. lama tak makan nasi lemak ... iyerlah dah beberapa hari ni dia asyik makan laksa jer... takmoo nasi ... tetiba pulak semalam mintak nasi lemak.
Sebab amir jer yang nak makan nasi lemak jadinya singgahlah pasar malam ... senang cerita .... jadi menu semalam ialah menu pasar malam sahaja wiwiwiwiwiw .....(^____^)v
Dan paling teruja pergi pasar malam semalam (tapi saya singgah balik kerja masa petang) saya jumpa kuih tepung gomakkkkkkk hohohohoho.. sukanya ya allah.. kalau boleh nak beli banyak ... tapi sebab tak tahu lagi mak cik ni buat sedap tak saya amik 3 sahaja .. 2 saya makan, 1 bagi hubby rasa.. sebab hubby kata dia tak pernah makan langsung.... 2 biji apam.. semuanya 5 ketul rm 2 senang.
Tepung gomak besar, sedapp jugak.. dalam dia inti kacang hijau ... nasib baiklah sedapp mak cik ni buat.. minggu depan boleh beli lagi .. hihihihi... tu pun kalau mak cik ni ada lagi , saya beli ka pasar taman perwira .. dekat dengan rumah jugak .. tapi jarang pergi kat sijangkang nun....
Apam balik beli seketul rm2.50 kegemaran amir jugak .... bukan amir jer.. kegemaran kami 3 beranak jugak hihihihihihi .. tapi sekarang inti apam balik tak semeriah dulukan... nasib baiklah yang saya beli semalam ok.. kacang banyak.. jagung pun banyak.. sedapp.. cuma berminyak sikit.
Inilah budak mengidam tu.. nak makan nasi lemak katanya.. nasi lemak biasa jer.. ibu gorengkan telur kat rumah, nak jugak yang ibu gorengkan telur hihihihihi .. anak².
Bicara Hati : boleh dikatakan hampir semua juadah, menu kat pasar malam naik harga, sebab naik harga minyak kot kan ... huhuhuhu ... banyak naik rm 0.50
Langgan:
Catatan (Atom)