♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Selasa, 8 Oktober 2013
Mesin Basuh Dah Servis Baik Pulih
Isnin, 7 Oktober 2013
Kemana Hilangnya Sikap Perikemanusiaan
KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.
Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.
Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.
Terkenal sikap suka 'perang besar'
Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.
“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.
“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.
Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.
"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.
Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.
“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.
"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.
Anak-anak tak banyak karenah
Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.
"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.
“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.
Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.
“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.
********************************************************************
Tak paham kenapa ada orang macam ni, tak sakit ke masa bersalin ... takda perasaan ker?? allahuakbar .. biar susah macam mana pun anak² adalah rezeki allah ...
Buah Kiwi Dan Aiskrim Kombinasi Yang Sedap
Nak buah jus sendiri, blender khas takda.. tapi pernah jugaklah saya belasah pakai blender cili tu.. ermmm rasanya tak besttt ok... kita lupakan, jadi kita gunakan alternatif beli bliss buah epal kiwi sedappppnya... kalau boleh botol besar ni takmoo kongsi dengan amir kikikiki .... sebab yang minum ni amir pun suka.
okk dah² ni nak cerita buah kiwi dan kombinasi aiskrim jer... kang jadi merapu semua cerita buah kiwi nak di masukkannya.. dulu tak suka .. sebab bukan jer mahal.. sebab buah tu berbulu dan masam (jadi korang tahu tak mitos napa amir tak suka kan), tapi sekarang memang suka makan.. bukan takat buah kiwi .. kiwi kering un saya suka hahahahah .. sejak terbaca kawan kongsikan kebaikkan buah kiwi ni tahun lepas terus gigih makan tau hihihihihi .... tak dapat setiap hari seminggu 2 kali pun ok.. janji makan dalam seminggu.
Bicara Hati : Dulu tak suka, sekarang jatuh cinta .. dan Sekarang??? kiwi kering pun saya makan tau.. jadi kudapan kat opis .. sedappnya ... nyum².. (^____^)
Ahad, 6 Oktober 2013
Bila Orang Gaji Buat Perangai
Sabtu, 5 Oktober 2013
Riadah Dengan Amir Hujung Minggu
Kami hujung minggu baru ni sempat jumpa adik dengan adik ipar janji nak jumpa kat Pantai Morib terus senang.. suka rizqi dapat jalan².. sebab kelanang (rumah adik ipar) dekat sangat dah nak ke Morib ni.. jadinya .. kami makan² jerlah kat situ .. dan kunun² nak tengok matahari terbenammm.. sudahnya melayan rizqi.. sampai tak perasan matahari terbenam kikikikiki ...
Tempat solat kat Pantai Morib pun dah bersih jadi tak kisahlah lepas beriadah tu boleh solat kat situ .. selesa pun selesa berbanding dulu... lepas makan terus solat dan barulah balik rumah.
Puashati dapat berjalan amir ahad tu, cuma tak dapat main layang² jer.. sudahnya layang² dah beli tu main kat padang depan rumah jer kikikiki (^____^)v
Jumaat, 4 Oktober 2013
Cara Anak Meluahkan Perasaan
Anak-anak yang berusia 3-6 tahun, mereka masih dalam keadaan fantasi dan realiti yang hampir serupa. Di mana mereka melihat dunia sebenar sebagai dunia fantasi mereka. Ini menyebabkan mereka selalu meluahkan apa yang mereka fikir dan rasakan sehingga membawa kita penat mendengar celoteh si bibir kecil ini.
Mereka ingin meluahkan apa yang mereka rasa kepada kita kerana mereka meletakkan kita sebagai tempat utama untuk berkongsi rasa sama ada melalui lukisan atau pun perbualan.
Sumber : FB Liyana Malek
Sokong sangat² dengan kata² ni, tahu tak amir walaupun dia tak minat mewarna.. tapi dia minat melukis .. yang gelihatinya kadang² permintaan diluar jangkaan .. imaginasi diluar kawalan... mana tak nya dia akan melukis lori sampah, helikopter, kapal terbang ... kadang² kapal layar ... tapi cikgu pernah puji amir tau .. cikgu kata amir ni terlebih kreatif jugak.. contohnya cikgu suruh lukis pasu bunga .. dia akan lukis siap dengan pokok bunga sekali.. siap ada daun.. pokok tu memang akan ada bunga sekutum.. kadang cikgu gelak jer.. sebab imaginasi dia di luar jangkaan.... termasuklah lukis kapal layar .. siap ada orang dalam tu.. siap ada air laut .. ada awan.. ada burung .... cikgu senyum jer.. saya lagilah tersenyum.. sebab dah kat rumah pun dia memang buat macam tu.. lagi² kalau dia melukis lori sampah (anak korang ada terpikir nak lukis lori ni) siap lukis gambar orang bawak lori tu.. siap lukis sampah yang bertimbun.. macam² lagi imaginasi dia tau...
Selain tu amir dia jenis kalau nak luah perasaan ke apa ke semua dengan saya .. dia banyak bercerita .. kadang² mulut dia bercakap alahai sampai naik pening nak cari jawapan... baru² ni jer dia berani luah / bercerita dengan ayah dia ... (lumrah anak² memang akan lebih rapat dengan ibu) .. sampaikan cerita cikgu² dia pun dia nak cerita .. macam gosip² kepoci jer.. tau...
Bicara Hati : Tengah pikir nak buat aktiviti apa hujung minggu ni.. sebab mungkin tak balik kampung... (^___^)v
Mood Lesu Amir Di Pagi Jumaat
Tiada Ketenangan Jika Ada Kebencian
Langgan:
Catatan (Atom)