♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 16 Oktober 2013

Mood Pengantin Baru Di Aidiladha




Jenuhlah hubby dok melayankan kerenah isteri ni pakaikan inai kikikikiki .. hubby jangan marah ... tetiba mood nak pakai inai datang ... dah lama tak pakai ... 20 jari sudahnya berinai pagi ni ...;p

Yang nak tergelaknya pasal apa hubby yang mengeletar tangan .. hadoilah... pakaikan 5 jari sebelah jer pun sebab saya dah pakai sendiri sebelah kanan ... dan kaki, mana boleh nak pakai lagi jari sebelah kiri .. tu mintak tolong hubby.. lepas tu dia dok tersenggih²...

Inai ni bagus kan pakai kalau jari yang ada masalah kuku .. kalau pakai kat rambut pun ok... lebih selamat dan terjamin, tak tahu tips nak bagi inai nampak merah.. saya pakai warna biasa² jer.. jadilah .. kot merah sangatkan macam pengantin betul.. amikk mood pengantin sudahlah... ;p

Stok inai ni mintak kat akak ipar tau .. terbaik daun inai tumbuk pakai lesung.. kot pakai blender lici kat rumah tu.. mahuu pijar tangan wehhh jangan nak cari pasal .. bukan blender jer bau inai .. nanti habis tangan panas dan pedas kikikikiki ...;p













Selasa, 15 Oktober 2013

Juadah Aidiladha Kami Buat Yang Dikasihi



Kampung tak jauh mane pun, pusing-pusing masih kat sini jugak hihihihi.... 

Alhamdulillahhh raya qurban tahun ni dapat cuti lagi walaupun takda ahli keluarga yang tumbangkan lembu untuk qurban... Janji dapat berkumpul dengan keluarga itu dah satu kepuasan didalam hati rasanya.... Walaupun dirumah mertua... Kejap lagi kalau rajin nak pergi bawak amir tengok orang qurban lembu dan pergi rumah buyut amir kat kampung jugak... Satu kampung lain kawasan jer...

Sebelum balik kampung sempatlah saya masak juadah sikit, ini kali kedua saya buat rendang untuk mak, mertua dan buyut jer.... Sorryyy morrryyyyy ipar duai nak rasa meh datang rumah mak meh.... Takda maknanya nak hantar kerumah kikikiki.....

Semalam dah hantar rumah mak, mertua dan buyut... Hari ni dsh habis dah... Kita layan juadah mertua pulakkkk (",)


Nasi himpit dan rendang ayammmmm terbaikkkk sedappp amir dok puji... Tapi pedas sikit... Dan serai macam tak berapa nak hancur... Blander problem kah??? Huhuhuhuhu.... Penat blander serai tau... Padahal nak rendang 2ekor yam jer pun....



Pertama kali buat marriee cheese sedapppppnyaaaa hahahaha parasan, tapi amir puji... Memang sedap.. Hubby kurang minat.. Dia suka kek batik marie.. Jadi kenelah buat keduanya... Barulah puashati..




Juadah yang simple sahaja.. Janji semua suka, sebenarnya nak buat opia nestum... Bahan dah ade.. Tapi kemas rumah punya pasal... Penat.. Hilang mooda nak buat ..... Huhuhuhuhu....

Pada kawan2 yang tak dapat cuti balik kampung... Jangan sedih2.. Selamat bekerja semua.... Salam Aidiladha..... Jom tengok bape ekor lembu qurban tqhun ni....









Isnin, 14 Oktober 2013

Raya Haji Pun Ramai Buat Biskut





Nampaknya mood raya haji pun ramai yang suka buat biskut.. lagi² biskut yang senang macam popia nestum ni kan.. rugi rasanya kalau tak buat hihihihi....

Kami dah becuti.. yahoo... ni entry autopublish...















Sabtu, 12 Oktober 2013

Kegelapan Dan Kepanasan


Sedang lena tidur di malam hari tiba2 Terasa gelap dan sesatk nafas fuhhhhh panas jugak dah sudah ni mimpi ke realiti ni... Kat dunia ke dah kat mana ni .... Sayup2dengar suara jiran pun meriuh ... 

Terus kejutkan hubby.... Letrik takdalah rupanya... Pukul berapa ni sunyi sepi... Lama dah tak berlaku macam ni tiba2jer .... Jam menunjukkan pukul 3.15 pagi. Mujurlah kat rumah ade stok lilin.. Hubby pasang lilin dan hidupkan lampu spotlight yang ala2 macam nak pergi menoreh kikikikikiki..... Pasang lampu tu terang sikit sampai ke pagi... Amir dah berpeluh siap2 bukakkan baju dia... Kepanasan... Berpeluh2mujurlah hari ni bercuti.

Gambar sibujang malam tadi sebelum tidur, kebetulan ambil gambar ... Dia dah nak tidur sambil malayan tibi masa ni.



Ingatkan pagi ni bagun letrik dah ada.... Emmmmm lambatnya nak betul balik.... Sudahnya buat sarapan siang sikit, nak pergi kedai pun mesti letrik takda sebab satu taman takda letrik ni.... Jadi tak payah nak cipta alasan masak sudah.... Yang takda letrik bukannya gas kikikikiki..... ;p

Sekarang dahhhh okkk pukul 10 lebih baru ada, tu pun amir dah mula membebel kepanasan mintak tolong kipas.... Naik lenguh tangan.....



Bicara Hati :  Ni baru panas dunia huhuhuhu......





Sarapan Untuk Tenaga Seharian





Ada yang kembang tekak tak tengok telur setengah masak macam ni??? kalau tengokk jer memang kembang ... sebab saya pun tak pernah makan kat kedai telur macam ni.... kalau temankan kawan² makan .. ade order telur macam ni.. dia nak makan saya yang tutup muka dulu huhuhuhu ... jadi jangan tengok sangat kikikiki .. meh telan terus hahahaha ... sedapp terbaikk dari ladang (walaupun ini bukan telur ayam kampung) huhuhuhuhu ... dan saya lebih suka buat sendiri kat rumah, ami pun suka.. hari tu masa demam saya bagi dia sarapan ni.. sebab tekak dia tak berapa nak selera awal pagi.. awal pagi jerlah.. lepas tu pukul 10 pagi dah mintak nasi dah.

Mitos ada orang kata jangan amalkan makan telur separuh masak macam ni nanti senang tumbuh bisul gegegegege .. (bisul tu dia macam bekak benjol.. yang ada nanh berdarah tu) tak tahulah mitos tu kebenarannya sejauh mana.

Okkk hujung minggu santai² saja, kemas rumah macam biasa .. sebelum balik kampung.. nak rayooo nak rayooooo .. isnin alhamdulillah dapat cuti, pada kawan² yang masih bekerja bertabah yer.. ;p







Jumaat, 11 Oktober 2013

Pilihan Yang PERTAMA Atau TERAKHIR





Biarlah menjadi cinta terakhir, walaupun bukanlah pilihan terakhir .. ingat tu.. bukan pilihan terakhir yer.. percaya pada qada & qadar .. insyaallah kebahagian akan datang dengan sendirinya.... insyaalah jauh lebih sempurna. (^_____^)v

Yang paling best bercinta selepas berkahwin adalah yang terbaik .. insyaallah kerana segalanya halal ....























Hak Seorang Wanita Yang Mahu Bersalin






Tak nak taip lebih².. takut menguris hati banyak pihak, cuma bila pagi ni bukak fb terjumpa post ni saya ingin kongsikan bersama.


Kalau di beri pilihan .. buatlah pilihan yang terbaik.. kerana disitu juga aurat kita... tidak wajar rasanya dikongsikan pada orang yang tidak sepatutnya, jika berkemampuan pilihlah hospital, doktor yang sepatutnya .. yang layak, Ramai di luar sana doktor wanita juga berkebolehan, berkelayakkan ... cuma mungkin ada di kalangan kita yang tidak berkemampuan, kerana pilihan terletak ditangan kita sendiri... 


Sekadar renungan di pagi jumaat yang mulia ini (^___^)v














Khamis, 10 Oktober 2013

Pemandangan Yang Sejukan Mata Dan Hati












Saya tahu pokok yang mula² jer.. bunga kertas .. yang kedua dan keiga tu tak tahu pokok bunga apa kikikikiki (^_____^)v

Melayankan hati ni .. tengok pokok² ni sejuk mata hati.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...