♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 4 April 2014

Special Reward Buat Diri Di Secret Recipe



Bila kawan² opis jadi mak buyung, bila tekak kawan² opis mula mengidam yang bukan²... takmoo nasi katanya .. nak menu yang berlainan dan luar biasa .. amboi .. jangan anak lahir luar biasa nafsu sudah yer kikikikiki ... pitam kang asyik nak layankan.

Mujur mengandungkan amir dulu tekak ni ok jer... asal ada depan mata ngap, yang pelik² tak pernah pulak nak teringin makan.. western paaallliiinggggg tak boleh masuk kot .. nasi ok jer.. kalau boleh nasi lauk ikan bilis jer nak dihadap dengan kicap huhuhuhu ....

Amboi mukadimah kemainkan.. macam ko yang mengidam eh masya, oklah sebanarnya saja nak cerita ni kisah jumaat lepas ... memasing baru lepas gaji kan ... tu nafsu lain macam ... reward buat diri katanya  .. kalau dengan hubby memang takkk di layannya nak makan kat SR ni maklumlah tekak kampung katanya, poyo jer... padahal kalau isteri masak hubby ngap jer ... berani tak makan siaaappppp.

Jadi mak buyung kat opis ni cadang nak makan kat SR, kunun²nya lah .. yang sebenarnya nak makan benda lain.. tapi sebab dah sesat barat .. kosa nak cari tempat tu .. kami pilih makan kat SR sahaja.

Moh ler jamu mata yer ...



Ni menu kawan saya spagetti carbonara .. terbaik.. sedapp jugak, tak pernah saya makan kat SR




Yang ni pilihan mak yong .. amboi kemain penuh cheese melimpah ruah .... lasagna ... terbaikk koo sampai tak habis yer mak yong senak masuk perut.




Opssss.. yang ni tuan tanah blog yang punya, sebab saya tak reti masak spagetti olio ni, jadi saya pilih lah spagetti olio seefood kalau tak silap ... ok lah.. rasanya .. tak terlalu muak sebab ada serbuk cili .. tapi tulah.. kemain besar² sotong tu tau...


Air yang kami pilih epal asam boi kalau tak silap.. perghhh mantapppp seyes air tu .. sedapp sangat² .... tak tipu.. kena dengan tekak saya .. tak tahulah orang lain.. tapi pada saya kena sangat dengan masa apple dan jeruk tu ... tapi jeruk tu tak mampu saya nak makan .. mau pejam mata ... sebab kawan saya kata mashammm dan ohsemmmm sangat.

Sesekali bolehlah makan kat SR ni, kalau selalu pingsan oooo harga dia kan mahal .... jumlah semua yang kami makan ni RM 74.00 kalau tak silap, kami makan kat Tesco extra Bukit Tinggi jer, sekarang dah baru.. deko pun lain sikit.. tapi tulah macam terkurung pulak.. korang kalau bawak anak.. silalah bertabah yer.. depan SR ni  Toys r Us hohohohohoho >___<





Bicara Hati : Sedapnya makanan kat SR ni, tak berani nak order yang makanan dalam mangkuk besar.. kemain besar mangkuk .. kang tak habis membazir ...














Khamis, 3 April 2014

Cinta Pertama Sukar Di Lupakan



Ramai kata cinta pandang pertama sukar dilupakan, cinta pertama itu umpama nyawa .. maklumlah itulah bermulanya detik dan bibit² mengenal erti cinta betul tak??? betul tak??? masa ni barulah tahu istilah rindu ... terngiang² apa yang diperkatakan.


Amir?? yups amir... cintanya pada sekolah lamanya memang sukar dilupakan... dah macam cinta pertamalah kiranya, 3 bulan perkembangan disekolah baru ni .. mulutnya masih tak lepas mengukapkan.. ibu ... ibu ingat tak kawan amir nama dia rahman ... ibu ingat tak torek... habis semua nama kawan² disekolah lama akan disebut. Bulan pertama di sekolah baru.. hampir setiap hari dia protes.. ada jer yang tak kena .. ada jer yang di adukan di telinga ini .. sampailah saya dapat tahu dia dilantik menjadi ketua kelas .. yupsss.. ketua .. korang bayangkan sikap dia yang manja tu .. tetiba kena jadi ketua... nak suruh kawan buat itu ini .. jangan bising, jangan gaduh.. sedangkan hatinya juga melonjak² mahu buat perkara yang sama.




Anak yang manja, yang suka makan nasi goreng ayam dan yee mee sizzling kalau makan kat luar ...



Orang kata cinta pertama memang sukar dilupakan.. sekarang saya percaya, cinta amir pada tadika lamanya.. pada kawan² lamanya.. suasana di sekolah .. persekitaran seharian di sekolah memang banyak membantu perkembangan dia.. itu aku tak nafikan... yupsss.. memang aku akui sangat²... hati dan jiwanya .. kerana kat situlah dia mula bijak bersosial, kat situlah dia mula kenal erti tidur berkelompok.. berkongsi permainan dan buku² bacaan, kat situlah dia tahu batas² aurat.. lelaki dan perempuan tidak boleh idur bersama (dan selalu dia pertikai kenapa ayah boleh tidur sebelah ibu)

Lepas cuti sekolah ni dah jarang dengar amir merungut atau mengadu tak suka kesekolah... sebab amir bagi tahu sekarang pagi² ada belajar baca doa solat dhuha, baca nama² allah ... pakai baju sukan ada cara amik air sembahyang .... nanti cikgu bagi tahu nak belajar solat, sebenarnya itulah jiwa amir .. sebab setahun kat tadika lama dulu dia dah terbiasa pagi² ada baca zikir².. dia macam pelik bila kat tadika baru ni takda tu semua. Allahhuakbar ... terharu ibu dibuatnya .. walaupun kadangkala suuh solat ada je alasan ciptaan nak melambat²kannya.

Satu je harapan ibu, ibu buat yang terbaik buat amir ... ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak ibu .. moga suatu hari nanti menjadi insan yang berguna.

Mesti ada yang ingat saya nak kongsikan cinta pertama saya .. ishh.. issshhhh .. kisah lama jangan dikenang² kat blog ni bahaya .. bahaya .. cari nahas namanya .... cerita yang sekarang sahaja sudah baik (bajet kooo pernah bercinta ke dulu masya ooooiiii jeng .. jeng.. jeng.... )



Bicara Hati : Hari ni meeting kat luar, yahoooo keluar opis ... lihatlah dunia luar..









Rabu, 2 April 2014

Oat Krunch



Tak tahu nak makan apa tengahari .. mehlah layan kudap².. tak sudah² dengan kudap² masyakan.. daripada pagi tadi dok layan kudap², memang stok kudap² ada je dalam laci senang.. dah kalah poket doraemon... tapi kali ni oat tau.. sedappp.. dulu²kan asal sebut oat ohmaaaiiiiiii dah buat muka sebab tak sedap.. tapi sekarang dah banyak pilihan rasa oat.. biskut macam ni siap ada coklat sapa tak nak.. sedappppp tu hihihihihihi ...

Biskut pun biskutlah janji boleh makan (^____^)v





  

Kacang Teratai



Korang pernah dengar kacang teratai, aku jangan kata dengar .. tak tahu langsung pun teratai tu ada kacang kikikikiki .. haru toi ...

Baru² ni, masa cuti sekolah adalah kawan opis ni pergi vietnam .. bawaklah balik kudap² kacang teratai ni.. fuhh seyes... mengoda .. walaupun rupanya biasa jer macam kacang yang lain jugak... tapi bila gigit tu sedaplah tak keras sangat... ada rasa macam lemak sikit².. tak berapa nak lemak macam kacang botak yang warna kuning yang selalu makan tu. Tapi memang sedapp tak muak dimakan.






Inilah rupa kacang teratai bakar, kawan saya kata dia bakar.. bukan goreng tau... jangan tanya camna dia bakar.. aku tau ngap jer hahahaha ...;p kawan saya beli kat vietnam.. kat sini mana nak jumpa pun saya tak tahu.. nak jumpa pokok teratai pun payah... 








Nilah pokok teratai yang kat dalam lubang² u lah biji teratainya...






Antara khasiat biji teratai .... banyak jugak khasiatnya.. rugi saya baru tahu biji teratai ni boleh di makan ... 






Bicara Hati : Opis sunyi bagaikan dilanda todak ...













Selasa, 1 April 2014

Roti Tuna Letak ' Cheese Cheedar ' Senang Dan Sedap


Kegemaran baru katanya .. kalau boleh sekarang ni amir nak makan roti bakar jer, tak kisahlah dalam tu letak apapun.. yang penting roti bakar .. memang berselera dia makan, baik letak kaya .. letak cheese dengan tuna macam ni lagi ligat dia makan.... tapi kalau garing sikit macam ni.. kadang takmoo makan.. dia suruh saya potong tepi² tu.... takda maknanya ibu nak potong .. ibu makan keliling tu hihihihihi .. barulah amir makan.


Mengoda tak .. mengoda tak ... ni kalau makan setiap hari mau berlemak² badan mak amir hihihihihi ....


Bagus jugak selera amir dah berubah ni, saya bukan apa risau jugak kalau dia asyik makan telur jer.. sebab telur sekarangkan ayam cucuk sana sini ... tak elok sangat unuk kesihatan. Jadi bila saya buat menu ni.. tak sangka pulak amir suka... jadi berbaloi²lah usaha ibu dan doa ibu .. supaya amir kurang makan telur.

Resepinya senang jer, saya gunakan roti keping, tuna dalam tin jenama tak ingat dan keju. Memula sapu tuna dekat roti kemudian lapiskan keju dan tutup dengan roti dan bakar.. ikut korang nak garing ke tak nak... saya okk jer.. janji tak rentung. 

Selamat Mencuba (^____^)v


Menu ni sesuai sarapan pagi dan minum petang, amir pun tak kisah asal saya buat dia makan jer.. ayah amir lagilah suka.. tak payah makan nasi hihihihi ...




















Satu Dalam Beribu .. Terima Kasih Sahabat


Ada rombakkan besar² dalam kelas, memasing muka toyekkkk .. cikgu ni kenapa suka buat macam ni tak sukalah.. tak sukalah.. nanti tak boleh borak dengan geng, amboi kemain ko kan ada geng yer kat sekolah .... padahal masa tu baru darjah 6. Sinonim sangat cikgu sekolah dulu² zaman saya.. tak tahulah sekolah lain, tapi sekolah saya tu cikgu suka tukar²kan tempat duduk kalau yang suka bersembang ni .. kalau perempuan dok sebelah lelaki.. kalau lelaki duduk sebelah perempuan ... motipnya nak kurangkan bersembang dalam kelas... hahaha berjaya jugak objektif tu tapi selalunya 3 hari jer.. lepas tu ok jer.. baik lelaki baik perempuan ... boleh aja borak.

Tapi syukur sangat² dalam part ni barisan kami 3 perempuan 1 je lelaki .. ada 4 meja .. yang lelaki tu pulak sebelah kanan saya .. memula tu cam eeeee.. kenapa cikgu bagi dia duduk sini ni .. dah lah dia nakal suka buli orang .. tak sukanya .. mujurlah hanya sekolah kebangsaan sahaja ... tapi paling best kawan yang cikgu tukarkan sebelah kiri ... yupsss.. yang sebelah kiri tu... percaya tak hikmahnya sampai sekarang kami jadi kawan baik .. iye .. kawan baik .. walaupun dah beranak pinak.

Fuhh kemain panjang mukadimah koo yer masya .... satu²nya sahabat saya daripada dulu, kini dan selamanya ... kamu sangat² memahami jiwa ini, pandanganmu, nasihatmu .. sentiasa menjadi pendengar yang setia ... apa jua yang kita kongsikan bersama susah senang dulu² sampailah sekarang punya haluan sendiri.. punya keluarga sendiri, tapi masih berhubung .. tambah² punya pelbagai cara untuk memudahkan kami berkomunikasi .... kamulah yang banyak menjadi pendengar setiaku .. apa jua masalah yang ku hadapi .. terima kasih kawan kerana sampai sekarang sudi mendengar keluhan hati ini ...




Baru belajar² print screen, memorinya gambar masa kat klcc tu kan, pergi naik putra .. ko lah penunjukk arah ... sakan bergambar .. lepas tu nak cuci jenuh tengok filem mana satu gambar yang cantik.





Kalau nak cerita pasal ko kat blog ni rasanya 4 hari 4 malam 4 page pun tak katam kot, sebab banyakkkk sangat nak ceritakan ... ko pun tahukan zaman² kita lepas spm dulu nak cari kerja.. kerja poyo² jer kat hotel bajet jadi pembantu tukang masak, kunun² nak mintak pembantu kemas bilik .. jadi pembantu tukang masak pun okey... yang penting dapat gaji .. ko lah yang banyak bagi nasihat masa kita nak kawin dulu, kata² ko.. buat kita bersemangat tq jie .. tq sangat² ... bila kita redha dengan hati insyaallah allah akan berkati setiap yang kita lakukan.




Selamat hari lahir sahabatku jie pada 1 April moga dipanjangkan umur... diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki ... terima kasih kerana menjadi sahabat yang cukup memahami diri ini, rindunya nak jumpa.. nak peluk sakan.. nak borak sakan ... isu semasa pun bleh jadi bahan .. nasi lemak pun boleh buat gosip kikikikiki ...>_____<






Bicara Hati : Tiada istilah april fool ....





Jumaat, 28 Mac 2014

Klinik Homeopathy Di Shah Alam


Semuanya berpunca secara tak sengaja bila kawan saya yang mengandung kat opis ni batuk tak henti².. katanya malam lagi teruk .. bila mengandung pulak tak boleh makan ubat batuk sebarangan takut kesan kat baby.

Oleh sebab inilah saya di ajak oleh kawan saya ke klinik homeopathy ni, kunun² di ajak .. sekali ko terjebak beli jugak vitamin kat situ .. seyes owner dia peramahhhhh yaaa amat .... korang kalau pergi tak paham atau nak tanya pasal apa² jer keraguan boleh jumpe owner dia.. memang owner dia ada jer kat klinik tu.. nama dia Dr. Radziah.

Dah alang² sampai dan jumpe doktor radziah ni teruslah tanya pasal amir yang alahan pagi² mudah bersih macam resdung .. tapi akan baik dengan sendirinya bila dah siang sikit .. jadi dokor pun sarankan beberapa ubat/ vitamin untuk amir .. semudah itu tanpa bawa amir.. yang penting semua ubat² dia takda dadah yer... maklumlah sekarang ni kena berhati² sikit... pasal vitamin² ni.. lagi² ubat batuk.




Antara rawatan² yang diberikan, kawan saya yang snap .. maaflah tak dapat nak snap semuanya... kalau berminat boleh pergi terus kat klinik dia.. belakang restoran hakim seksyen 7 ... itu tradmark yang kita orang gunakan.







Antara ubat² yang ada di klinik.. yang pasti semuanya bebas dadah ....






Ubat/ vitamin yang saya beli untuk amir ... vitamin resdung, batuk, selsema dan IQ dan bukan amir jer boleh makan.. kami seisi keluarga pun boleh makan ... kerana vitamin di klinik homeopathy sesuai untuk peringkat umur atas nasihat doktor yer... korang jangan main beli jer... kena dapatkan nasihat daripada klinik radziah dulu ... iyelah mana tahu korang ada terjumpe vitamin ni dijual oleh pengedar² klinik homeopathy korang main makan jer... pastikan yang asli.. dan mereka yang memang terlatih daripada dr radziah.







Sebelum balik sempatlah kami abadikan gambar bersama² dengan doktor radziah, allahuakbar peramah sungguh doktor ni ... satu soalan korang tanya .. panjang lebar doktor terangkan... dan kat sini saya dapat ilmu baru .. saya tanya jugak maklumlah saya dah 6 tahun cuba untuk tambah zuriat lagi, doktor nasihatkan jangan makan tom yam .. ohhhmaiiiiiiii saya baru tau perencah tom yam sebenarnya ada satu bahan yang sangat² tajam dan tidak elok untuk perut.. fuhhh korang pun tahukan masya ni peminat tegar tom yam .. camne nak hilangkan ni.. kenalah gigih lepas ni masak tomyam perencah sendiri.. dan elakkan makan tom yam di kedai² terutama tom yam daripada negara² jiran sob sob sob..... pok tek ke, namfon ke .. ape² jerlah pffftttt >____< ada jugak makanan² lain tapi yang itu memang saya dah sedia maklum... iye masya tau .. korang pun makan.. elok jer subur beranak pinak.. tapi ingat yer... lain orang lain antibodinya.. lain orang lain hormonnya.. sebab ada orang mengandung makan tapai pun okeyy jer... tapi .. ada orang jangan kata tapai ... udang galah pun atau betik boleh jadi punca keguguran... oklah.. masya dah bebel kang lagi panjang lebar jadinya... padahal nak kongsikan pengalaman pergi klinik homeopathy jer.








Bicara Hati : Teruja nak pergi jumpa doktor lagi bila ada kesempatan... dan kelapangan.. banyak lagi nak tanya.


















Khamis, 27 Mac 2014

Memori Nasi Goreng



Dulu²kan asal cuti sekolah, perkara pagi hari lepas bangun tidur.. lepas solat.. kunun² nak sambung tido, jangan harapnya.. mau lah kena jerit dengan mak kat telinga.. untung² kena jerit.. kalau kena siram air sebaldi .. memang malam tak tidoo tilam lah jawabnya... sendiri cari pasal.

Jadi ... tugas saya mestilah buat sarapan untuk adik².. yups, kata kakak yang sulungkan.. kenalah belajar masak .. mujurlah adik² kategori pasrah menu yang akak dia masak .. walaupun nasi makan dengan kicap telur/ikan masin... jarang dia orang nak komplen... malahan makan dah macam menu tu sedap sangat kalah siakap 3 rasa.

Dan .. dan .. paling memori bila buat sarapan nasi goreng, hahaha.. nasi goreng tu dah kira special tau.. belum lagi nasi lemak ... maklumlah dulu²kan masa kecik² ni dengan tak reti masaknya .. dengan kehidupan kami yang serba kekurangan .. kalau sarapan nasi goreng tu.. rasa dah sedap sangat dan punya banyak tenaga nak buat kerja lepas tu hihihihi ....


inilah rupa nasi goreng tu .. hihihi nak tau resepinya ker??? ... malu nak kongsikan sebab simple sangat ... dan yang paling mudahnya semua bahan saya hiris² jer... takda tumbuk² guna lesung ... mak kata pagi² jangan bising adik kecik lagi.. nanti adik bangun merenggek, kang silap tumbuk terpercik kata mata pulak cili tu.. saboo je lah kan dengan mak, kalau saya terhiris jari takpa.. luka sikit jer.. huhuhuhu ...



Memorinya nasi goreng ni sampai sekarang adik² saya suka request nak makan, dan jangan tak tahu.. adik² saya semuanya tahu masak nasi goreng ni.. termasuklah adik² saya lelaki yang 2 orang tu.. dah jadi macam makanan kegemaran dia orang pulak.

Cara masak nasi goreng yang mudah dan sedap ni ialah 5 cili padi, 2 bawang merah, 1 bawang putih (semua hiris halus²) ikan bilis segenggam, nasi, garam, kicap, telur dan minyak. Tumiskan cili, bawang dan ikan bilis.. naik bau.. pecahkan telur hancur²kan dia... kemudian masukkan nasi dan taburkan garam .. curah kicap ikut citarasa nak gelap atau tidak.. dah siap... memang sedapppp .... mudah je kan.


Itu je lah resepinya mudahkan ... baru ni adik lelaki saya request nak sarapan ni.. tu yang rasa memori sangat tau nasi goreng ni, padahal adik tau je masak .. saja lah tu rindu air tangan akakkkk dia ni.





Bicara Hati : 2 hari bawak bekal nasi goreng hihihihihi ...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...