♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 20 Jun 2014

Majlis Kesyukuran Di Pejabat




Alhamdulillah hari jumaat yang hanya lagi 2 kali akan menjelang ramadhan opis pula buat majlis kesyukuran dan tahlil. Majlis sederhana sahaja biasa kami² kat pejabat ni lah yang memeriahkan ... dan rasa syukur sangat² masih ada majlis macam ni .. jadinya kami masih berpeluang untuk mengirim tahlil buat arwah² kawan dipejabat yang dah pergi selamanya dan ahli keluarga.

Al-fatihah buat mereka semua moga rohnya di cucuri rahmat dan tenang disana. Amin.

Lepas majlis selalunya adalah jamuan sikit .. dan salunya kami kumpul² duit buat macam ni ... jadi takdalah pihak yang terbeban nak menanggung .. lebih pada ke ikhlasan dalam memberi.














Rabu, 18 Jun 2014

Majlis Kesyukuran Di Rumah



Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang walaupun ada sedikit kurang disana sini. Pfttt ... perancangan awal cuti 12-13 jun di tukar ke 11-12 jun sebab ipar duai dah datang rumah 11 jun, mujur bagi tau awal² sempatlah tukar masa isi borang cuti, takkanlah orang dah datang rumah kita .. kita takdakan... macam x patut jer... dan tak pasal² mc 13 jun kepenatan, sakit perut tak boleh nak jalan .. penat angkat barang² agaknya .. ipar duai pun masih di rumah masa tu .. rasa macam bersyukur sangat² sebab mereka membantu daripada mula sampai habis majlis.
Sebenarnya majlis kesyukuran lebih kepada merangkumi banyak perkara dan kebetulan pulak 12 jun 14 syaaban dan hari khamis malam jumaat 15 syaaban .. malam nisfu syaaban jadinya kami sepakat buat kenduri kesyukuran sikit sempena masuk rumah baru, petang tu sambut bestbay boy sekali, malam lepas maghrib ada bacaan yassin 3 kali adik beradik anak beranak semua dengan keluarga mertua ... abah tak dapat join pergi surau .. sebab nak jemput orang surau datang kenduri lepas isyak kat rumah dan kenduri tahlil.

Jom layankan beberapa keping gambar yang sempat di ambil masa potong kek ulang tahun kelahiran Amir.



Kek pilihan kali ni Batman, memang sesuailah dengan amir boboi kan .. kan ... kot letak princess kang haru pulak hahahahaha .... sebenarnya kek ni tempah .. dan tak berapa nak suprise sebab amir macam tau² jer saya tempah kek untuk dia .. dia ikut sekali ... dengan orang yang tolong jahitkan langsir kat rumah baru tu ... langsir simple jer.. yang penting bertutup ... sudahlah hantar lambat .. nak cepat pulak tu .. mujur di layan tau.. tq akak tukang jahit.




Sempat jugaklah deko² belakang tu ... kawan opis tolong printkan sebelum cuti hihihihi tq sangat² nadia, tolong buatkan untuk ahkak ni .... petang tu adik ipar dengan adik saya yang tolong gunting dan gantung kat dinding tu ... simple tapi amir teruja sangat².. siap letak belon lagi .. itu yang saya suka ... baju batman lama jadi pilihan .. takda baju² baru, baju dia dah lama kot dia pakai masa umur 4 tahun sampai sekarang dia pakai.. muat lagi .. berbaloi² beli mahal sikit.. warna tak mudah luntur walaupun kerap pakai dan basuh.




hahaha.. sila abaikan tangan ibu yang macam lipas kudung tak reti diam .. dengan mulut jugak yang tengah memebel sebab bebudak dah teruja nak potong kek batman tu .. dok cuit² lambang batman tu hahahaha ... gelihati betul dia buatnya .. tapi sempat senyum bila adik panggil nak snap.




Tak dapat nak feelling comey ayu .. baju pun tak sempat tukar wana kuning huhuhuhu ... mujur warna tudung kuning, sebab orang² dapur dah panggil nak mintak barang ngeh .. ngeh .. ngeh .. tak dapat nak possing sakan tau ... ini jelah gambar bertiganya .. tak berapa nak comeyy.. takpalah yang penting momen itu takkan di lupakan.. sangat² indah.




Selamat hari lahir anak ibu, moga mejadi anak yang soleh, membesar dengan sihat dan juara dalam segala hal ... ketua yang baik dan menjadi contoh buat adik² insyaallah aminnn ...




Majlis malam sempat snap ini selepas solat maghrib ada bacaan yassin anak beranak .. banyak gambar tak sempat nak rakam .. bizi kekdahnya wehhhhh .. sampaikan orang bungkus nasi ambeng pun tak sempat nak amik gambar .. arghhh sweet sangat² momentum tu tau .. melayankan mak cik² (adik beradik mak) dan ipar duai berborak sambil bungkus nasi ambeng langsung terlupa nak amik gambar huhuhuhu ..;p




Ni menu tengahari makan nasi ... menu petang satu pun tak sempat snap .. kuih koci tu mak mertua buat pagi tu dengan mak cik² (adik beradik mak hihihihi ) ... koci segitiga daun pisang ni memang popular di kalangan orang jawa ... kali ni buat koci pulut hitam (alahai sorrylah sesangat tak dapat nak kongsikan momentum membuatnya) sebab saya tengah bizi tolong akak ipar buat kerja huhuhuhuhu ..... yang pasti kuih koci tu sedapp sangat.



Rasa bersyukur sangat² majlis dah selesai, ramadhan pun tak lama lagi ... majlis kecik² jer kami jemput sedara mara dan orang kampung jer kenduri malam.. jiran² lama pun tak jemput .... kawan² saya pulak yang mana terdekat tu ada jugak jemput, tapi biasalah hari bekerja susah sikit nak datang ... takpa nanti kita jumpa tergeda² yer ... 

Terima kasih sangat² pada semua yang banyak membantu, maklumlah rumah baru ni .. banayk kelengkapan tak cukup lagi .. pfttt .. lepas ni buat goodies untuk tabika pulak .. insyaallah khamis depan sambut di tabika pulak... moga dipermudahkan .. maklumlah puasa dah nak dekat ni riso jugak kot tak sempat buat .. amir dah teruja nak potong kek dengan kengkawan .. saya tak berani janji lebih²...




Bicara Hati : Ada rezeki lebih kongsikanlah sedikit dengan mereka yang layak menerimanya .. insyaallah akan ada keberkatan rezeki itu di dalamnya, kerana setiap rezeki yang kita perolehi .. ada juga rezeki orang lain.












Isnin, 16 Jun 2014

Resepi Mudah Cheese Leleh Yang Sedap Lagi Meletopppp



Apa menu berkeju lagi??? apa cheese ... eeeee ... masamlah .. eeee muaklah, ok .. dah korang yang tak suka mesti cakap macam tu .. tapi tekak jawanies ni .. tetiba meluap² asyik nak makan cheese .. memang bagi hadap dia lupa istilah diet kikikikiki ...;p


Sebelum saya kongsikan resepi nak ucap terima kasih banyak² kat mak kutu ting tong a.k.a murni mak aiman dan afia, pada tengah tekak ni teringin nak makan menu ada cheese dia kongsikan resepi super duper senang ni ... memang teruslah buatkan .. hihihi ... tak tahulah pasal apa baik demam hari tu asyik makan cheese .. ni saya buat bulan lepas hihihi.. sorry kek pun dah habis baru nak update.




Bahan² yang super duper mudah :

Kek oren yang dah siap beli kat pasaraya (ikut citarasa koranglah nak perisa apapun)
Susu Penuh krim
Cheese krim
Susu Pekat Manis
Cheese Mozarilla / Cheese Cedar yang dah berparut




Sebab saya suka cheese kek yang ada layer .. (2 lapisan) jadi saya potong kek tu hihihihihi ....) saya suka oren sebab ada rasa masam² sikit.. jadi tak muaklah kalau makan nantikan ... sebab cheese kan tak berapa masam sangat kalau dah campur dengan susu .. 




Satukan cheese semuanya sebuku (kalau korang pakai tartura yang kecik tu .. semuakan yer) campurkan susu manis suku sahaja (terpulang ikut citarasa masing².. saya tak suka manis sangat jadi saya letak sikit jer), susu penuh krim sebotol tu saya semuakan .. pukul sampailah sebati tau .. tau ... kalau nak masam dan tak muak boleh perahkan lemon ataupun 2 sudu sunquick itu pun dah sedapp ....




Kemudian letak kek selapis dalam tuperware dan letakkan cheese yang dah di pukul sebati tadi .. letak atas tu ... sampai penuh.. kemudian letak kek yang lagi satu .. letak cheese yang dah dipukul sebati tadi .. kemudian taburkan cheese mozarilla bagi mengiurkan.. saya ni sebab nak habiskan stok mozarilla yang dah lama tu .. saya taburkan ikut suka suki senang hati .. goyang kaki .. sambil telan air liur dibuatnya tau.. sebab masa ni kan.. saya dok bayangkan sedappnya.. tak sabar nak makan.




Perghh sangat² mengiurkan .. kan .. kan.. puashati rasanya dapat buat sendiri .. beli kemahin mahal sangat²kan.. mungkin sebab harga cheese kan mahal .. jadi tak bolehlah salahkan penjual .. mereka pun nak unung, tapi sejak dah pandai buat pakai kek beli ni.. senang pun senang.. takda beli dah hahahaha ...;p




Alhamdulillah dapatlah 2 bekas tupperware... jadilah kan... beli kek satu ketul dapat dua bekas .. siap layer² lagi cheese kek leleh ai tau .. hahahaha .....




Opsss.. nak jugak tayangkan macam mana layer tu.. tapi sorry tak berapa nak nampak pulak .. jangan lupa dah siap kek tu masukkan dalam peti sejuk dulu .. 2 jam pun takpa dah boleh makan .. tapi nak lagi bagus .. bua malam terus simpan esok pagi atau tengahrai dah boleh makan weeeeeeeeeeee ..... (^____^)v








Sedang gigih membalas jejak



pfttt 2 hari cuti, sehari mc 39 komen masuk .... orang lain beratus kot tak heran .. tapi ni rasa syukur sangat².. tq kengkawan .. tengah gigih nak balas jejak ... yang tak tinggal jejak pun saya singgah hahaha... sementara mood kerja pun semuanya dah setel, tunggu big² bos sign jer .. bolehlah kita bw sekejapkan .. sesambil tu hahahaha ...;p



Alhamdulillah cuti menyelesaikan urusan kenduri kesyukuran di rumah baru .. nanti stori mori eh ... gambar pun tak banyak, mana yang ada je lah.. tuan tanah kedaung bizi wehhhhhh ... tuan rumah katanya kan .. macam tak jejak lantai je rasa tau jumaat tu .. tu yang mc, dengan perutnya meragam.


 

Khamis, 12 Jun 2014

Belanja Di 2 ply


2 ply ni nama kedai, pertama² kalinya tak tau nak bayangkan apa bila sebut 2 ply??? jual apa?? harga macam mana??? ermmm semua kedai pun barang dah naik kot.. jadi bijak² sendirilah yer.. nak berbelanja.... tapi rasa berbaloi² jugak belanja kat sini tidaklah terlalu mahal .. dah tidaklah terlalu murah.. tapi kalau nak beli borong memeng murah dan berbaloi²....



Model teruja dok sorong troli kikikiki ...


Apa yang ada jual kat sini kebanyakkan barang polistrin, plastik, tong air yang besar tu pun ada .... dan yang penting bahan² kuih pun ada .. nanti kan nak raya bolehlah beli kat sini borong banyak² berbaloi² sikit.

Kita orang pergi yang dekat klang jer .. area pasar borong pasar besar kat klang tu .. kalau daripada klang yang lepas klang prade ... masuk kanan dia area² pasar borong tu .. tapi pasar borong kanan sebelah kanan.




Bicara Hati : Bijak berbelanja .. pembeli bijak hihihihi .... ;p











Rabu, 11 Jun 2014

Nak Kulit Cantik Macam Shila Hamzah Katanya .......



Baru berjinak² cuba .. dah seminggu lebih .. harap adalah perubahan .... hihihihi ... tak dapat muda macam shila .. macam che ta pun okkkk .... dah berumur masih nampak muda kan ...

Yang sebenarnya kulit takda masalah apa pun .. cuma nak beralih angin jer dengan produk tempatan ... produk yang sebelum ni guna daripada sekolah menengah dulu hihihihi .. saja nak tukar .. harap serasi lah.













Selasa, 10 Jun 2014

Giveaway Beads & Pearls June 2014



Macam menarik jer .. macam best jer.. lama dah tak join GA ni .. rasa tetiba macam nak join pulak .... 
Jom ramai² memeriahkan .. manalah tahu ada rezeki menang bolehlah gayakan shawl raya nanti.... klik kat link yang saya kongsikan yer kalau nak join.



http://nadirahbtmohamad.blogspot.com/2014/06/giveaway-shawls-lace-beads-pearls-june.html

http://nadirahbtmohamad.blogspot.com/2014/06/giveaway-shawls-lace-beads-pearls-june.html














Kenangan Sukan Tahunan Tabika Kemas Amir Di Kampung




Sebenarnya sukan ni pada 18 mei 2014 hari ahad, gitulah... hari sebelum tu ada gotong royong ... kami ni pertama kali nak join kot .. teruja lah sikit... korang bayangkan .. mana nak pergi gotong royong tabika, mana nak tolong mak masak kat rumah sebab adik buat jamuan.. mujurlah kami ½ hari sahaj gotong royong tak sampai petang pun.





Dulu² hubby pun tabika kat sini gitulah kekdahnya mak amir tak da masuk tabika ni hahahaha ... mak amir kan pandai .. iyolah tu.. kalau pandai dah jadi pegawai atasan dah .. ni pagar dawai bolehlah ... opsss ;p



Oklah nak dijadikan cerita pagi tu kami sampai lambat, majlis nak mula 8.30 pagi kot tapi kami pukul 8 baru sampai ... amir dengan tak dapat bajunya lagi .. dengan hubby pun tak dapat baju ajk lagi .. pagi tu dapat terus tukar ... jam² tu kat dalam tabika, ishhlah pengurusan dia lambat dapat baju tu.. patutnya boleh dapat hari sebelum tu.. kami pulak balik awal.. takpalah .. janji dapatkan.



Dah biasa dah kalau sukan ni selalunya join dengan orang² kemas kampung jugak dok gotong royong .. hari tu siap ada rawatan percuma bagi penduduk untuk ujian kesihatan cek darah, kencing manis, darah tinggi dan gigi .... budak² yang cek gigi siap dapat buku mewarna lagi .. amir habis sukan terus pergi jugak dengan kawan².. terkedu saya tau² dia dah tunjuk buku mewarna tu... saya barulah nak mengajak dia.. risoo kan dia takut .. berani dia pergi sendiri .. bila saya tanya doctor kata apa.. dia kata takda apa gigi amir ok jer... ibu @#$% iye ke budak ni?? maklumlah gigi amir tu ada lubang².




Ayahkan ajk jadi kenalah jadi pengadil .. mujur ibu bukan ajk jadi bolehlah ibu snap gambar sana sini hahahaha .... banyak perubahan yang amir alami bila bersekolah kat tadika kemas ni ... sukan pun takda kat dewan kat lapangan sepak takraw kat dewan orang kampung kikikiki . saya gelihati sebenarnya bila amir bagi tahu nak sukan .. mesti seronokkan ibu macam kat al-hufaz dulu .. cikgu kata kat dewan.. dia dah dokk membayangkan macam kat tadika lama tu siap ada tikar .. takda maknya mir nak macam tu.. kat sinilah best nanti tahu depan lagi best tau kat padang rumput.. barulah mencabar kikikiki ....;p





Ni sebelum mula acara sempat lagi suruh amir possing ... amir rumah pepel .. eh² pepel lagi .. tapi baju biru tua pfttt apa pun tak boleh tau .. gelihati bila nak sokong amir bukan panggil warna rumah sukan .. panggil nama jer...




Dalam banyak² acara rasanya tarik tali paling mencabar sekali .. dan paling riuh suasananya .... jangan kata yang menarik tali.. ni yang menonton pun pakat jerit sampai sakit tekak... amir paling besar duduk depan dengan harapan boleh tarik kuat membantu yg lain.. dapat nombor dua jadilah ... 

Banyak jugak acara hari tu saya masuk kikir kelapa gunakan sudu garpu .. mencabar hokeyy... tak menang pun tapi saya suka cabaran tu .. tak pernah buatkan kikiki... hubby pulak masuk acara bawah ajk baling kelapa dekat botol ala² macam bowling kampung gitu ... gambar kat tab tak download hihihihihi ....




Ala .. nombor dua jer .. jadilah mir senyum sikit .. yang penting kita enjoyyyyy kan.. habis sukan sampailah sekarang amir asyiklah cakap seronok sukan kat tadika ... dia teruja dalam banyak² acara tu .... memang semuanya acara yang dia ak pernah tengok jauh sekali nak buat.. tu yang teruja lebih.




Gambar kenangan dengan ajk dan anak² tadika .. meriahkan.... sampai tak muat nak amik gambar .. mana yang masuk je lah yer... hahahaha ... habis sukan lebih kurang pukul 1 tengahari ... amir pun dah penat sangat² sampai suruh amik gambar lepas u takmoo bagi kerjasama tau ....




Yeahhh nak jugak letak gabar yang dah berpeluh² ni ... amir memang tak bagi kerjasama dah ... murah rezeki kami hari tu memasing dapat hadiah .. saya pun bertuah dapat nombor dua menang teka biji betik hahahaha .. tak pernah²nya saja masuk suka² dapat hampir tepat pulak .. itulah rezekikan.... hubby dapat hamper kat sebelah tu ... syukur sangat² bolehlah buat kudap² kat rumah baru .. ada pun lagi tak habis² kami makan 3 beranak.




Bicara Hati : Akhir bulan ni ada rombongan pulak pergi pusat sains... alahai camne ni nak join ke tidak, hubby dah tentu² tak dapat join sebab cikgu buat masa hari sekolah.. ermmmm










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...