♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 3 Disember 2014

Biskut Almond Dan Kacang Gajus : Kudap² Petang Hari



Assalamualaikummmm ... alahai kerja banyak lagi nak semak ni .. mata pulak dah berpinar² nengok nombor lahai .. lahai .... masa² ginilah waktu ngantuk tahap maksimun kalau letak bantal dah tentu² pilih bantal mentido ....

Pada mata ngantuk .. teringatlah pulak biskut beli dengan cosway ni hah!! ... masa beli hari tu ada offer 2 kotak rm 16.00 .. sekotak rm 8.90 kot.. sajalah beli sekotak ... ni baru lah sempat nak bukak merasa.


Biskut almond kacang gajus ... siap sedia untuk di makan.







Dalam gambar kemain gah warnanya kekuningan sekali bukak .. biasa jer.. rasa dia .. ermmm sedapp lemak² manis dan masin gitu .... tapi banyak kali dah ngap ni cam muak pulak ..... kikikikiki ... (^____^)'


Sesejak jadi ahli cosway ni ada biskut offer suka jugak beli.. kudap² buah² kering dia pun sedappp .. bulan ni ada offer 2 bekas rm 4.00 (@@)v ohhhmaiiii murahnya .. nanti nak belilah buat kudap² .. sedapp tu ....





Bicara Hati : Hati gundah gulana asyik balik lambat jer kat rumah, kat opis bizi ... balik lambat tak boleh nak melayan amir main basikal .. basikal pun dah takda angin....




















Jumaat, 28 November 2014

Jangan Mudah Cemburu



Jangan pernah mudah cemburu dengan apa yang orang lain miliki ... sebab kepayahan yang di lalui sebelum mendapat kejayaan tak semua orang tahu.

Setiap kejayaan mesti ada usaha .. setiap usaha yang gigih pasti akan berjaya bila kita sabar untuk menanti dan ikhlas dalam berusaha.




Kata² semangat ini bukan saya tujukan pada sesiapa .. cuma untuk menjadi peringatan buat diri ... bila kita lihat orang lain berjaya ... ambillah inspirasinya .. janganlah memandang daripada sudut negatif atau pemikiran yang singkat .. maksudnya.. mungkin kamu kenal orang itu selepas dia berjaya .. selepas di mewah .. selepas dia punya segalanya ... tapi mungkin kita tidak pernah tahu kepayahannya sebelum mendapat semua² itu ... mereka² yang memberi semangat, mereka² yang dijadikan inspirasi ..... siang malam tanpa jemu mereka berusaha .. sentiasa memandang kehadapan .... nak menjadikan kesusahan lalu sebagai satu titik tolak untu cabaran hari depan.


Salam pagi jumaat semua .. dah masuk 5 safar 1936H masa memang sangat cemburu, jadi hargailah masa yang ada ... janganlah asyik cemburu melihat kejayaan orang lain .... (^___^)v






Bicara Hati : Cemburu itu tanda sayang, jika dilihat daripada sudut yang betul ... 






Rabu, 26 November 2014

Seharian Ke Theme Park Legoland




Assalamualaikum ... Bila cuti sekolah akan bermula , mesti semua orang dah terpikir² nak bercuti kemana².. dah google sana sini tempat nak bercuti ... iye tak?? samelah aku pun berangannnn je lebih nak pergi sana sini .. tapi sudahnya korang tau je lah .... tak kemana pun, simpan je lah duit dalam sampul , kumpul dan kumpul dengan tujuan khas untuk percutian .. dan tetiba ni hah!! kami sekeluarga sampai legoland dah wakakakakaka ... (gelak jahat). 


Ok sebelum aku mulakan entry panjang berjela perjalanan kami ni .. (penat karang 4 hari 4 malam) jadi korang yang memang mencari info bolehlah gunakan panduan ni ... tak banyak sikit pun harap membantu, jadi entry ni memang berjela .. sebab tak kosaaa nak buat banyak part (tapi tak tau lah kot tetiba ada entry tips dan bajet pulak) dah penat aku karang, dah jangan tetiba korang komen .. bape tiket masya ? masya tdo hotel legoland tak ?? masya seronok tak kat water park??? memang masya markkk korang komen gitu yer .. sebab tak baca entry mainnn komennnn sajokkk .... huhuhuhu .. kalau takmoo baca klik siap² X tau ... sebab entry ni penuh cerita dan gambar² , korang layankanlah gambo² kami 3 beranak ni hihihihi ...;p








Ok .. yang sebenarnya percutian kami ke theme park legoland ni tak di sengajakan, yupss .. kami hanya ke theme park sahaja .. itu pun dah seharian wehhh seyes besar sungguh legoland theme park ni .. memang berbaloi²lah dengan regenya yang kemain mahal tu .. kan ... tapi sebab kami melalui rombongan sekolah .. adalah pakej² khas yang ditawarkan, tapi untuk korang yang berminat bolehlah rujuk ke laman web legoland sendiri untuk tempahan. Macam yang pakej sekolah hubby ni 10 murid dapat sorang cikgu free (maknanya seorang cikgu tak perlu bayar, jadi kalau ada 80 murid pergi dalam 2 bas ada 8 guru tak perlu bayar) ... dalam kes tak disengajakan ni .. amir memang hubby nak bawak dah bayar siap² dengan pakej makan ... tetiba² last minit hubby kata bas masih kosong , tanya aku nak ikut ke tidak .. haihhh dah meroyan² tak dibawak .. haruslah aku nak join kikiki .. tapi aku tak tau hubby bayar berapa sebab aku ikut jer kuikuikuikui ... ;p yang pasti dalam pakej ni ada kupon makanan rm 15.00 sorang .. hubby dan amir dapat .. ibu tumpang 2 tangan kikikiki .... >__<













Berkumpul kat sekolah dalam pukul 3.00 pagi sepatutnya dah bertolak .. tapi sebab bas lambat pukul 4.30 barulah kami bertolak .. sampai legoland lebih kurang 10.15 pagi .... (jauh tak .. jauh tak.. korang kiralah bape jam eh) dengan 2 kali berhenti ... solat, mandi, sarapan dan ada anak² murid nak terkucil ...







Memasing tekun baca peta nak pergi mana dulu hihihihi .... walapun dalam peta tu nombor kecil sebelah kiri, tapi pada aku baik korang mula masuk dan terus kekanan .. lagi² kalau bawak budak² ... dan budak² ni kemahin teruja, amir korang jangan cakaplah .... dah macam hapa jer... tidur malam pun tak boleh tak sabar² nak sampai legoland tu hahaha.... 







Peraturan nak masuk legoland ni pada aku tak ketat sangat, maksud tak ketat tu dia takda nak selongkar beg sangat pun.. tak taulah sebab masuk ke theme park atau sebab bawak budak sekolah .. kalau setakat nak bawak beg isi botol air, baju² (sebab dalam theme park pun ada mainan yang ada air) , roti, nuget semua tu dia orang okeyy jer bagi masuk ... senang cite barang dalam beg dia tak selongkar pun.. tak taulah kot korang menjinjing beg plastik bawak bekal , dia tak bagi masuk ... so far yang aku tengok pelancong letak kat stroller makanan dengan air mineral okey jew... boleh masuk lepas scan tiket tu, lagi pun dia orang pun paham .. panas bakk hanggg wehh dalam legoland tu ... dah penat jalan mesti haus .. setakat makan roti ape de hal kan.














Okkk .. hasil sana sini info sebelum pergi legoland (dah pandai dah google sekarang cari info cuti²) lepas scan tiket kalau nak pergi toilet .. boleh pergi dulu sebelah kiri .. tapi lepas tu korang mulakan perjalanan kesebelah kanan yer.. apa² pun belah kanan lagi elokkan kalau nak mulakan sesuatu .. (^___^)v  walaupun ikut dalam peta nombor kecil belah kiri. Sebab apa kena mula belah bermula belah kanan bila kita masuk .. kita akan jumpa tempat driving school .. tempat kering ... Tempat belah kiri main bot dalam air , nanti kalau dah basah² payahlah nak main .. mainan yang kering, kat sini kalau budak seusia amir memang sukalah nak drive.. siap amik gambar lagi tau nak buat lesen, lepas tu ada taklimat .. dah dengar taklimat barulah drive ... dia orang asing umur untuk budak² drive seawal 3 tahun pun boleh kat drive junior.















Banyak sangat tempat, tak tau nak mula daripada mana lepas tu .. amir dah teruja nak naik bot, nak naik keretapi .. yang aku gelihati tu.. anak murid hubby sudah bertempiaran .. tak terkawal.. mujo sempat bagi taklimat .. sebelum scan tiket .. lepas dapat kupon makanan semua hilang bayang bawak haluan masing²... jam menunjukkan 10.30 pagi .. sesi berkumpul semula jam 5.30 petang, pukul 6.00 petang theme park tutup. kooooo rasa cukup tak masa tu ... wehhhhh nampak macam lama.. sekali dah main .. itu ini .. begitu .. begini sedar² dah pukul 2 petang hahahaha ... ;p














Seorang ayah yang gayat, akan rasa tercabar dengan anaknya kalau tak sama² join aktiviti yang ada hahahaha ... gelihati aku sebab amir kemahin teruja semua nak main... semua nak naik .. sila percaya amir naik rollercoaster (pusing² bak hang .. pening, gayat .. 3 beranak jer .. dah macam kami sewa benda tu) .. kita orang pergi hari persekolahan 06.11.2014 .. kat legoland tak ramai orang pun.. nak main pun tak perlu beratur panjang ... tu yang seronok ... bila nak turun.. semua yang tunggu macam terkejut sebab kami 3 beranak je yang naik .. kikikiki ...;p .. menjerit² ibu sorang .. amir banyak pejam mata .. ayah cakap kuikuikui .. baru dia tau .. nak naik benda tu seram.. kalau tak asyiklah sibuk mengajak naik.. hubby pun memang penakut .. kat sini ada 3 jenis rollercoaster kalau tak silap .. tapi kita orang naik satu jer... itu pun yang sederhana panjang .. tapi mencabar. Sebab?? sebab kita orang tak jumpa jalan masuk yang rollercoaster pendek .. mungkin masuk daripada pintu padang pasir .. mungkin kami terlepas.. sebab ayah pergi toilet masa tu ... lagi satu yang dekat dengan kawasan bot air tu ... dia rollercoaster yang duduk berdua tu ... cam kereta kabel pun ada tapi pusing² menyeramkan wehhh.....















Dalam pukul 12 lebih, perut dah mula berkeroncong adehhhhh .. mujo dapat kupon rm 15.00 sorang, ibu takda.. amir dengan ayah jer dapat .. itu pun dah cukup sangat 2 kupon rm 30 hinggit, untuk memula makan .. kami beli set burger ni.. amik size dewasa.. kena tambah harga rm 15.00+7.00 = Rm22.00 tak termasuk cukai huhuhuhu .. tapi kenyang.. seyes berger tu kita makan separuh .. separuh lagi sambung makan kemudian .. sebab amir sibuk nak naik menara ala² taming sari .. pergilah 2 beranak tu .. ibu makan sorang² berger ni kuikuikui ..... amir sempat jugak ratah kentang dan minum air. Kat dalam legoland ni tak banyak tempat makanan dan tak banyak pilihan .. yang pertama kita orang jumpa lepas kawasan bomba .. belah kanan kat belakang ... dekat dengan toilet .. daripada situ sebelah korang boleh nampak orang main water park. Yang kedua area sebelum naik roller coaster .. yang ada banyak Halloween.












Sementara hubby pergi toilet sempatlah ibu dan amir possing² dengan unta ni ... unta pun penat dah duduk ... kuikuikuikui ..... belakang unta tu tempat roller coaster kot ... kita orang tak masuk dalam tu sebab penat sangat dah.. amir ajak duduk ... ibu dia pulak sawan amik gambar asyikklah nak bergambar .. dan nak amik gambar hahahaha ...;p












Kepochi sungguh tau amir nak naik tram ni .. eh² tram ke train .. belasahlah ... terkedek² dia berjalan .. tapi seronok jugak .. dapatlah rehatkan kaki sikit ... lepas naik bot kita orang naik tren ni ... almaklumlah dah google siap² sebelum pergi .. jadinya aku dah boleh bayangkan tempat ni .. tq blogger² yang bagi info berguna sangat² kat blog masing².







 





Lepas dah makan barulah aku sambung balik berjalan .. amir dan hubby dah selamat naik menara yang ala² taming sari tuh .. adoi anak² memang camtulah dia nya pun .. tak sabar nak teroka semua yang ada dalam legoland tu .... aku pun jalan je lah sorang sekali nampak zirafah tersepit besar ni hah!! kuikuikui .. sebelah zirafah ni ada surau ... aku call hubby .. hubby ajak masuk tgk filem pendek 3D ... gigih le aku cari panggung tu mujur sebelah bangunan zirafah ni jer ... sempatlah sama² join hubby dengan amir tengok movie... seyes koo cam real jer siap ada hujan ada salji bagai .. tang hujan tu tak menahan sebab air bebetul yang turunkan... ala² gerimis gitu.. tidaklah sampai basah kuyup.












Meh interframe sikit sebelum movie mula .. sebab nanti lampu dah padam tak boleh nak bergambooooo .... (^_____^)v cermin mata ni pinjam jer.. sebelum keluar letak balik kat dalam bakul yang disediakan sebelah pintu.












Kat dalam legoland ni ada satu tempat tu dia orang buat cam lego² tersusun bentuk bangunan, cantik sangat .. ada menara klcc, menara berkembar, masjid .. ada macam² lagilah bangunan kebangaan negara .. nampak real sangat tau ... senang cite berbaloilah dengan harga tiket yang korang bayar tu.. dengan luasnya .. dengan macam² aktivitinya memang seharian tu penuh aktiviti kat theme park ni... berhadapan dengan lego² ni bangunan star wars pulak ... terus masuk hujan dah nak turun .. sempatlah tengok wayang pendek sebelum jalan² dalam tu ...












Dalam banyak² part kat bot ni .. yang pusing² ni hubby dah serender terbaring kat kerusi kepenatan kuikuikui .. amir pulak dah mengalah bateri energizer tenaganya oiiiiii sudahnya aku ternampak anak² sekolah hubby mintak tolong dia orang layankan amir ... aku tengok dari luar sambil snap dan rakam gambar² masa main bot pusing² ni... depan bot ni ada satu lego sotong bapak besarrrr .. tapi sebab dah hujan lebat tak dapat nak amik gambar ... berkali² amir main bot ni .. sampai dah hujan barulah dia turun... mujolah anak² murid hubby rajin melayankan dia ...










Dan salah satu yang aku suka kemudahan dalam legoland ni toilet memang bersih.. mungkin sebab kita orang perg tak ramai orang .. surau pulak aku jumpa ada 2 satu masa kat pintu masuk sebelah kiri sebelah kedai makan ..... satu lagi dekat dengan lego zirafah tersepit tu ... dia kat tengah² kawasan.. kiranya kalau korang nak solat zohor dah tengah² berjalan tu takda masalah .. tempat pun bersih .. siap ada karpet boleh rehat .. telekung pun bersih dan tersusun.








Bicara Hati : Tak sangka sangat sampai legoland.. salunya tengok orang pergi .. sendiri dah pergi ... teruja dia lain macam.

















Selasa, 25 November 2014

Tepu : Pepatung Masuk Opis



Tu dia .... lama kemain tak up entry baru bizi katanya .. kehulu kehilir je lah pergi bertandang rumah orang, rumah sendiri orang bertandang .. dok lahhh tengok entry lama kuikuikuikui .. jangan marah .... terima kasih pada yang meneka kami ke legoland .. betullah tu sebab saya update kat ig.

Tepu pulak rasanya nak mengarang entry yang dah tertunda² ni .. pasrah je lah ye .. kang kot tetiba ada publish entry sebelum puasa pun ada hahahaha (^___^)' kalau malas update blog memang saya update kat ig jer ... yana ibuamir meh follow meh (perghhhh cam retis je poyonya mat gebu dengan abg ben pun dah follow tau)



Sebagai melepaskan rindu kawan² dekat tuan tanah kedaung (ada yang rindu ker.. ) meh layan sekeping gambar terbaru tuan tanah kedaung yang makin gebus gebasss ni kuikuikui bersama pepatung kat bahu .. kemahin lagikan tajuk entry pepatung masuk opis .. kerongsang je pun.... ;p propa sangat ko kan masya ....





Bicara Hati : Cuti Sekolah dah mula .. tapi kami sekeluarga memasing tak cuti kemana pun ibu kerja, ayah bizi buat jadual sekolah untuk tahun depan .. amir dah mula kelas celik jawi ermmmm ...











Khamis, 13 November 2014

Ce teka Ce teka Saya Kemana ???



Assalamualaikummmm ..... dan salam sejahtera ....

Fuhhhhhhhhhh bersawang blog tak sempat publish entry muahahahahaha ..... kalau dah masuk oktober ni .. dah nak pertengahan november dah pun memang bizi giler lah jawabnya kat opis ni .. jangan giler sudah ....

Ce teka .. ce teka ... amir kat man ni??? hok aloh .. lama tak muncul tetiba dok tayang anak bujang bertenggek atas unta ... bikin panas jer kan. 




Hai kawan² ibu .. ibu kitew bizilah ... dia banyak kerja , apa kata hari ni .. tengok gambar kita yang terbaru ni .. hensem tak ... tekalah amir kemana??? Mana tau ibu kita baik hati .. murah rezeki .. kalau betul dia bagi hadiah ... tengoklah unta ni .. dia kata kita berat, padahal ibu kata kita dah kurus.. achaner tu .. sapa yang tipu ni.. unta ke ibu ...




Bicara Hati : Gunakan sedikit masa untuk keluarga, rasa lebih dihargai ... rasa sangat berkualiti .. itulah tanda nikmat di syukuri. Amin ...












Jumaat, 7 November 2014

My Boy , My Love , My Soul



Assalamualaikum .... salam jumaat .. cepatnya minggu ni berlalu .. tahu² sudah jumaat .. 2 hari menyepi ... kebizian ... bizi menghargai masa dengan My Boy, My Love, My Soul ..... (^____^)v

Ada kesempatan akan ku coretkan di sini sebagai kenangan yang indah .. ada beberapa entry yang telah lama ku draft , iya ku draft sahaja .. berkira² untuk publish .. takut² salah tafsir di anggap bangga diri ... padahal biasa² sahaja ... walhal sebagai kenangan diri ku di blog.



Satu pencapaian yang ibu sendiri tidak mampu lakukan pada usia ibu seusianya sekarang .... ibu terharu .. ibu bersyukur .. ibu sebak .. moga satu permulaan ini akan menjadi permulaan yang terbaik .. dan berjaya hadapi cabaran yang lebih besar di masa akan, cabaran yang lebih besar bakal ditempuhi bermula tahun depan.



Salam Jumaat , selamat bercuti .. hargai masa² hujung minggu bersama keluarga ...





Bicara Hati : Entry penuh minggu depanlah yer... ni baru intro .. kemain intro kan ..... kuikuikuikui ....









Selasa, 4 November 2014

Kelebihan Berkongsi Rezeki Dengan Keluarga



Assalamualaikummmmm ... daripada kecik abah memang tak pernah nak manjakan kita orang dengan benda² yang mewah, kalau ada kelahiran pun kadang² tak wish ... ada rezeki lebih abah akan belikan makanan sahaja sama ada seguni durian, ketam, kerang atau apa² jer lah .. lepas tu mak masak special makan ramai² berkumpul, kfc??? ntah tak hinggat pernah ke tak abah beli makan reramai ... kelupaan pulak .. yang pasti raya memang kita orang adik beradik tak pernah pun abah bagi duit raya .. abah kata nak duit pergi beraya .. kumpul duit sendiri huhuhuhuhu .... gigihlah mengayuh basikal sekampung, tapi .. aku percaya satu .. sikap tegas abah tu buat aku lebih hargai setiap rezeki yang aku perolehi sekarang. 

Jauh disudut hati ini tak pernah lah pulak aku nak berkira untuk berbelanja kalau ada rezeki lebih memang keluargalah keutamaan kami. Jom layan apa menu kami malam 2 minggu lepas .. hubby belanja ... wiiii happy sangat² (^_____^)v





Rezeki makan malam baru² ni .. saja nak merasa kedai baru bukak dekat pekan nun ... takda jauh sangat pun .. keluar daripada kampung sikit jer.... Menu malam tu kami amik pakej jer siakap 3 rasa, ketam poktek, ayam goreng kunyit, kangkung goreng belacan, paprik, air satu jug dan nasi 2 mangkuk besar makan untu 7 orang .... harga semuanya rm 79.90 .. memang kami amik pakej sahaja.. patutnya ada lala .. tapi sebab bukan musim lala .. jadinya kangkung goreng belacan dan paprik tokey kedai bagi lebih 2 bekas .... bertabahlah kami nak makan anak beranak ... 







Sementara tunggu makanan sampai .. meh kita possing² dulu hihihihi .. dengan muka aku yang tak semenggah itu di malam hari .. mujo tudung dan baju padan .. kalau tidak tu .. pepl pun ku gabung sahaja dengan tudung biru wakakakaka ... dah macam hapa jer ... 




Tq hubby belanja kami sekeluarga malam tu .... nanti lain kali ibu belanja pulak eh .... yang sebenarnya amir meragam malam tu ... nak pujuk dia lah ni tu yang hubby ajak makan kat luar .. kat kedai baru ni.. dah alang² tu ajaklah mak dengan abah dan adik² beradik kita ... tapi adik perempuan kita tak dapat join .. suami dia tengah mabukkkkk ... opsss .. tahun depan keluarga adik nak bertambah ahli .. hihihi .. meriahlah raya kami nanti ... isteri ngandung suami adik yang mabuk teruk huhuhuhu ... cian dia ...





Ini adik lelaki saya yang bongsu ... tengah melayankan ragam amir ... nak wish good luck sekali kat adik saya (cam lah adik baca blog ni) wish good luck for final exam spm, do the best ... u cant do it .. eh² tetiba keluar bahasa jawa pulak nak wish wakakakaka ... ;p




Percayalah ustaz saya masa sekolah dulu pesan kalau kita ada rezeki lebih belanja keluarga ... insyaallah rezeki yang kita dapat lebih berkat dan akan bertambah² .... kemudian barulah belanja orang lain .... apa pun rezeki kami jugak .. kalau amir tak meragam malam tu .. takdalah makan kat luar hihihihihi .. tq hubby .. sayangg ketat² eh² tetibakan .. dah belanja terus sayang lebih ... ketat.






Bicara Hati : Tetiba terbayang sedappnya kalau dapat makan satay kajang kambing kat bkt tinggi tu ... ada orang kata sedapp .. ntah tak pernah cuba lagi.








Isnin, 3 November 2014

Rahsia Di Sebalik Rasa Pavlova Yang Sedap





Assalamualaikummmmmm ... Selamat menyambut awal muharran 1436H dan 10 muharram .... tiada rasa yang mengembirakan .. melainkan rasa syukur yang tidak terhingga di dalam hati. Yupsss hari ini 10 muharram 1436H , tak sempat nak buat entry pada 1 muharram hari tu ... kira jumudlah hari ni sekali ... tahniah dan syukur buat rakan² yang berpuasa semalam dan hari ini ... aku??? (@@) tak dapatlah rasanya .... marilah manfaatkan diri pada hari ini dengan berzikir .. insyaallah allah permudahkan hajat kita.


Rezeki dapat makan pavlova ni hari jumaat minggu lepas kawan opis belanja .. kemahin besarrr lagi .. meriah melimpah ruah buah²an atas tu.. sampaikan krim pun tak nampak dah daripada atas. 



Sambutan di opis tahun ni ala kadar sahaja, macam biasalah hari jumat lepas dah adakan ceramah .. ramai jugaklah yang dapat join ... itu pun dah rasa syukur .. sesekali bila kita diberi peluang hadir ceramah² agama ni hati rasa lebih tenang sahaja. Malam tadi patutnya hadir ceramah di surau kg, tapi hubby penat .. tak menyampai hati pulak nak ngajak paksa²kan ... baik dia berehat jer .. kebetulan ipar duai datang rumah mak mertua .. mengemas.. dah lepas maghrib barulah balik.. jadinya tak dapatlah nak dengar ceramah.







Bila korang padang pavlova yang meriah macam ni .. apa yang korang rasa, ok pada yang tak pernah makan ... saya bagi tahu rasanya yer.. dia rasa tepung bawah tu ranggup jer.. mudah berderai.. dia bukan macam kek atau biskut pun ... lepas tu rasa krim yang lembut dan buah² tu tengoklah pada buahnya macam stoberi tu masam, anggur hitam manis, anggur hijau masam sikit .. tapi rasa² itu semua lah yang membuat pavlova tu jadi tak muak ... jadi korang bayangkanlah kehidupan seharian kita yang macam tu .. ada rasa masam, lemak, manis .. mungkin sedikit kelat² buah freshh gitu .... yang menjadikan kehidupan kita lebih sempurna ... sesempurna rasa pavlova .. hahahaha gitu .. kemahin masya kan simbolik sangat makna di sebalik rahsia pavlova yang sedap. Dah jangan korang ingat masya nak kongsi resepi .. kosalah haiiihhh nak buat... kalau nak makan beli jer salunya.. tapi .. jarang beli pun.. salunya budak² opis ni beli kita join makan jew hahahahaa ... ;p






Bicara Hati : Yang tak sabar nak tunggu 5 nov ni jeng jeng jeng ..... nantikan update di ig wakakakaka (gelak jahat)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...