♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 14 Januari 2015

Throwback Disember : Edisi Kenangan Bergambar Bulan Terakhir 2014


Assalamualaikummmmm ... dah ½ bulan rupanya berlalu 2015, barulah berkesempatan nak update throwback Disember kuikuikuikui ..... Sebelum gambar² ni di peram lebih lama dan terlupa gitu jer... lebih baik abadikan kat blog .. sebab salah satu azam baru bila blog tak update akan ada entry bergambar throwback hihihihihi (^_______^)' jadi pasrahlah korang bila baca blog ni berderet² gambar je banyak... lagi² sekarang ni masa memang terhad nak update blog, tapi bw ada je masa nyelit² .. bila guna pc.

Sebenarnya banyak gambar nak upload kali ni untuk throwback disember.. tapi tu lah.. ada pulak yang dah terdelet kat tab ni.. jadinya mana yang sempat je lah upload.. lain² aktiviti semua upload kat ig hihihihihi .... 





Alhamdulillahhhh sepanjang disember tu amir masuk kelas celik jawi, hihihi sempat ayah candid masa hari terakhir balik daripada kelas celik jawi .. tahun ni .. insyaallah kat sinilah amir akan belajar sekolah agama tahun 2015, sekolah KAFA .. dekat je dengan rumah .. memudahkan atuk nak hantar... amik sekolah petang ayah amik.








Rezeki orang memberi berbudi kita berbahasa... bila dah memberi sama²lah merasa.... ni kisah anak buah sambut ulang tahun kelahiran katanya pada 7 Disember, hubby dah niat dah nak belanja anak buah yang sorang ni sebab masa hubby kena jaga exam upsr hari tu tidur rumah akak ipar dan pinjam kereta anak buah ni ... tu yang dapat rezeki elaun tu hubby belanja makan steambot ni .. sedappp wehhhh kat the captain, jalan meru je pun... kalau tak sebab nak belanja anak buah ni ... takdalah kami makan steambot kat situ huhuhuhu .. kesiaaannnnn (^____^)v nanti ada masa kita review yer ....









Bulan disember hari tu haihh musim tengkujuh betul².. sana sini hujan, mujurlah tak banjir tau .... pagi petang siang malam hujan .. rasa cam nak berselubung jer.... baju² pun tak kering².. sudahnya belilah ampaian baru .... tidaklah besra mana tapi cukuplah untuk menambah tempat ampaian ..... nak pergi dobi yang siap kering terus lipat tu tak ngeti nak guna.. tak sempat² nak menyinggah pun iya jugak .... sudahnya hubby belikan ampaian ni. 





Berzikir² mahukan ganjaran sebab berjaya dapat nombor 1 dalam tadika, mula ada keberanian bila di pentas ... mula pandai bergaul dengan kawan².. sudah pandai kamu yaaa mahukan ganjaran.. anak²... berkali² hubby berkira² ... berkali² jugaklah memujuk hati .. sudahnya tercapailah jugak impian amir itu .. mahukan basikal baru. Jangan tak tahu ayahnya satu klang pusing cari kedai basikal .. sampailah terjumpa kilang basikal di klang ... dengan harga mampu milik barulah ayahnya belikan .. sudahnya oleh kerana harga kilang .. bukan sahaja amir yang dapat basikal baru .. sekali dengan hubby terjebak beli basikal baru mueheheheheh ... (^_____^)v






Seminggu masuk kelas celik jawi, cikgu tadika buat reunion .. hamboi kemahin .. cikgu dah rindu anak² muridlah tu .. hihihihi .... cikgu janji nak belanja KFC Punya seronok budak² ni dapat berkumpul semula .. sampai ada yang tanya esok ada datang sekolah lagi ke cikgu makan KFC ... hihihihihi ...;p





25 Disember yessss....... setiap tahun kita orang akan peruntukkan masa untuk bbq dengan kengkawan geng suke² 83 hihihihihi .... masa ni lah nak gosip²... karok² tidak ler... sore tu kalau sedapp takpa .. ni setakat panggil hujan abaikan ... muehehehehe .... lagipun sesekali jumpa.. dah tentulah masa terhad yang ada tu digunakan sebaik mungkin untuk borak² hihihihi .... 







Bulan disember baru ni .. ulang tahun kelahiran mak .. alhamdulillah mak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik .... harap sangat moga mak sentiasa sihat hendaknya.. dan mengecapi nikmat bahagia dalam usia 50 tahun ni... aloh² awet muda sungguh mak kitew kan .... dah kenapa gambar kita orang kemahin halus mulus kulit tu.... bukan sebab 360 kamera perfect yer... (tab kt tak berapa nak cangih pun) teknik pencahayaan barangkali .....








Bicara Hati : Syukur amir tak meragam dah masuk darjah 1, nanti sambung stori pasal amir pulak.














Rabu, 31 Disember 2014

Hari Potensi Tabika Amir : Edisi Throwback


Bahahahaha ... tergelak jap, sebab ibu amir ni terlupa publish entry ni .... adehhhhh masalah hingatan sungguh sekarang ni .... ni faktor umur atau faktor persekitaran ni kuikuikuikui....

Oklah sebab edisi throwback .. gambar je lah banyak ... sebagai kenangan di dalam blog ni .... sayang sangat kalau tak kongsikan, walaupun risau jugak orang kata bangga sangat dengan anak .. adehhh janganlah gitu .. ini je lah satu²nya anak saya pun sekarang ni .. haruslah saya kongsikan kenangan ni kat blog kesayangan ni... kat ig memang dah lama kongsi, cuma kat blog je tak kongsikan lagi.

Ceritanya satu hari sebelum puasa tu hari .. hahahaha .. betapa lamanya terperamkan, edisi kejadian sebelum puasa lagi.. haih raya pun dah lepas.. apatah raya haji .. krismas pun dah lepas ibu amir baru publish .... wakakakaka ... dahsyatkan... entry terperam giler lama.

Kejadian kat pejabat KEMAS Daerah, awal pagi kami dah bertolak tau.. berkumpul kat tabika ... ni kali kedua amir kesini.. ibu kali pertama... kali pertama amir datang sebab tercalon sebagai pelajar cemerlang peringkat adun kalau tak silap ... daripada 5 pelajar mengikut tabika peringkat adun masing² .. alhamdulillah amir dapat nombor 3 ... jangan tak tau no 1 dan 2 pelajar perempuan yang menang.. itu biasalahkan dominasi mana² perempuan lebih menonjol .... amir kalah bab komunikasi sosial .. dia kan pemalu ... mana nak bercakap sangat .. melainkan orang yang dia kenal. No 3 pun ibu dah syukur.. sebab keberanian dia menonjol lebih daripada rakan² pun dah buat ibu terharu... usaha lebih sayang .. tahun depan dah tak boleh malu².. ramai lagi kawan²... tu gambar ayah tengah bagi semangat kat amir hihihihihi





Sebenarnya untuk hari potensi ni amir tercalon sebagai hafazan .... dan kebetulan hadiah bagi tokoh pelajar pun diberikan sekali .. dua² pun amir dapat nombor 3 jadilah ... sebagai kenangan amir masa tabika kan ... korang tengoklah muka kepenatan dia tu .. ibu je yang ober senyum.. dia dah penat sangat tunggu lambat sangat habis.. sebab ada macam² lagi pertandingan masa hari potensi tu ....





Satu pencapaian baru buat amir sebab berani menghafaz surah kat depan tu ... ibu tahu kamu takut, ibu tahu kamu berdebar .. tapi kamu nak jugak menonjol .. kamu sangat lain daripada usia kamu 3 tahun kebawah .. alhamdulillah sujud syukur ibu .... kamu banyak berubah bila mula sekolah .. mula kenal erti berkawan baik, mula kenal erti berdikari dan mula kenal erti ingin dihargai .... korang pun tahukan amir ni tahap pemalu dia hurabiiiiiiii kalau kami pergi mana² tu asyiklah nak pegang buju baju aku hah.. ko tak pitam ... tu yang rasa terharu .. amir sekarang dah tak macam tu.





Ni cikgu tabika amir... alhamdulillah banyak membantu amir memperbaiki bacaan ... banyak bagi sokongan moral ... sampailah  cikgu kata amir ni kat rumah je manja kot.. kat sekolah ok jer jadi ketua .. pfttt iye lah kot budak² memang macam tu .. dengan ibu ayah kemahin manja dia kan.. kadang² makan pun nak bersuap.. kat sekolah.. ok je makan kongsi dengan kawan².





Bicara Hati : Piala tu ibu letak kat depan tv jer, hihihi takda tempat nak simpan... asal tengok jer jadi terharu.. asal tengok jer jadi sebak.. cam tak caya .. setahun ni banyak jugak pencapaian amir.


















Isnin, 29 Disember 2014

Bantuan Mangsa Banjir




Assalamualaikum .... Sejujurnya banyak info² yang dibaca di fb buat hati rasa sayu dan sebak .. apatah lagi di ig .. macam² gambar yang dikongsikan.... hari ini nasib mereka.. nasib kita sendiri disini .. akan datang siapa yang tahu ... tahun 2014 memang betul² tahun dugaan agaknya.

Marilah kita membantu mangsa² banjir dengan sekadar yang termampu ... walaupun pelbagai usaha dilakukan ... walaupun pelbagai bantuan dihulurkan .... masih lagi banyak yang tidak mencukupi ... bukanlah tamak .. tapi terlalu ramai mangsa .. memang lebih banyak keperluan di perlukan .. apatah lagi bila laluan highway menuju ke pantai timur dah di tutup ... jadi kita gunakanlah cara lain supaya kita juga mampu membantu mereka yang di dalam kesusahan .. Allahuakbar sebak rasanya hati.



Satu-satunyaaa kumpulan persendirian yang sangattttttttt aktif membantu mangsa banjir di Kelantan adalah dibawah naungan Dr.Raja Shamri. 




Transfer sumbangan korang ke akaun Maybank suami aku, Nik Asyraf Syafiq bin Nik Azizan, 153010538403. tak kesahhh berapa nilai dia. kita kumpulkan jadi satu. insyaAllah kita bantu setakat termampu. korang jangan risau, wallahiiiiiiiii. walillahi. satu sen aku takkan guna duit korang untuk kepentingan aku. ni semuaaaa untuk mereka yang perlu. korang boleh ikuti semuaaa perkembangan banjir yang rasanyaaaa tak masuk tv kotttt hanya di facebook Raja Shamri,percayalah. :) semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua. Amin.


Saya copy petikkan ni daripada blogger nadiafarhida.com




Walaupun saya tak kenal siapa mereka di alam nyata .. tapi saya percaya dunia maya, dunia blogger ini memang membuatkan kita mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain... moga sedikit bantuan yang dihulurkan .. mampu meringankan beban pada yang lain. Insyaallah .... Allah sentiasa permudahkan niat yang baik ... 







Bicara Hati : Cukup²lah viral yang bukan² di fb, ig dan wassup ... naik berasap hati dibuatnya grrrrr ...   (^_______^)'















Jumaat, 26 Disember 2014

Throwback NOVEMBER - Random Cerita Bergambar Sebagai Kenangan




Assalamualaikum .... Gambar banyak tapi tak sempat transfer huhuhuhu ... adalah sikit kat tab ni, jadi kongsikanlah kat blog sebagai kenangan terindah ... takdalah terkilan kang kot hilang.

Bulan sebelas baru ni rumah mertua ada buat kenduri ... meraikan ahli baru dalam keluarga .. alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.. selepas melalui perlbagai liku dan dugaan .... di duga dan di uji .. hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan di pilih .. percaya ... percayalah ... kerana pastinya ada hikmah yang tersembunyi.




Sorry gambar kat tab banyak gegar, tapi nak jugak kongsikan kat blog, ni masa majlis nikah ... sebenarnya semua orang pakai t-shirt merah ... tapi aku sempat tukar baju hahahaha.. badan dah berpeluh tiak kot .... 




Ni pulak masa majlis bertandang kerumah lelaki .... cantik sangat baju dia orangkan.... di tambah dengan cuaca panas hohohoiiiii bertambah berpinar mata tengok.





Balik daripada menghantar pengantin tu elok jer kami melepak kat aeon big bukit tinggi .. memasing nak luruskan pinggang kuikuikuikui ... penat hohoiiii .. masa bulan november jadual kita orang memang penuh .. bukan takat hari minggu ... hari biasa pun ada jer nak buat.. rumah pun dah macam tongkang pecah ....





Pada² sibuk tu.. sempat jugaklah kami ke MAHA , Dan buat pertama kalinya aku ke MAHA tu ... memang padat orang wehhhhh ... amir pulak meragam.. nak naik bas.. orang kemain ramai .. cuaca mendung huhuhuhu .... kesian kat dia.. tak dapat naik bas mengamuk².. tidaklah sampai guling².. tapi muncung boleh letak baju kot huhuhuhu ..... sudahnya sempat pg kat iks dengan kawasan buah² tu jer ...





Penutup November tu .. Pengantin dah sepakat nak belanja kami semua adik beradik, jadinya semua pun berkumpullah kat kedai pilihan pengantin ... Alhamdulillah .... kenyang.. santaklah perut .. sekali sambut ulangtahun kelahiran mak mertua pada 30 November tu ... tapi kita orang sambut lambat sikitlah ... sebab pengantin buat makan² ni 2 Disember kalau tak silap. Apapun semua dah selesai.. syukur dengan rezeki yang allah bagi .. moga adik ipar akan lebih dimurahkan rezeki .. alhamdulillahhh dengar kabar tahun depan ada ahli baru .. wah² ... berjaya jugak bawak hasil daripada krabi wakakakaka (ops... tergelak besoo pulak)






Hobi baru amir .. hobi ni hobi lama .. tapi dah lama di lupakan.. dek kesibukkan ibu dia yang tak sempat nak melayan hihihihi .. beli lagi 3 ekor ikan baru huhuhu .... tu dia tak menyabar² asyiklah dok pegang lepas beli tu ... sampailah kerumah sibuk dok bercakap dengan ikan ... hubby letakkan dalam balang aquarum kecik.. letak kat depan meja belajar dia ... sukalah dia .. sambil buat kerja.. sambil layan ikan² tu .. siap ada nama lagi ...





Oklah dah banyak sangat gambar throwback tu .. nanti ada kesempatan kongsikan lagi .... jom layan kudap² buah² kering cosway ni .. sambil buat kerja .. pfttt .. rehat pun serupa tak rehat .. gitulah kalau hujung tahun ni .... 






Bicara Hati : Lepas ni kalau rajin nak buat throwback setiap hujun bulan ... saja letak gambar² kat sini sebagai kenangan, sebab tak sempat kadang² nak mengarang.










Isnin, 22 Disember 2014

Kelas Celik Jawi : Aktiviti Cuti Sekolah


Assalamualaikummmmm .... Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah ni jadual amir penuh, jadi tidaklah dia bosan asyik nak tengok tivi kat rumah tu kan. Sebab cuti sekolah ni sebelum darjah satu tahun depan KAFA ada buat kelas celik jawi kat kg, amir dia masih tak berapa nak pandai sangat baca jawi ni.. tapi mengaji tu dia dah oklah .. alhamdulillah ...

Kelas bermula 1 Disember.. tak sempat ibu nak publish entry tu... dan minggu ni dah minggu yang terakhir rupanya .. rabu ni kelas akhir amir ... lepas krismas dah takda kelas dah.







Kemahin semangat lagi dia.. masa hari pertama ke sekolah .. yang sebenarnya saya nak daftarkan amir aktiviti kat masjid yang macam usrah tu.. ada belajar solat semua... tapi tak sangka pulak ada kelas celik jawi ni untuk darjah satu .. mujo tak daftar lagi kelas usrah tu huhuhuhu .... Bayaran untuk kelas celik jawi ni rm40 hinggit jer .... jadilah .. janji masa terluang ada jugak pengisiannya walaupun kelas ni ½ hari sahaja.. pukul 8 pagi - 11 pagi dah balik.




Alhamdulillah hampir sebulan belajar ni .. teruja ibu tengok amir dah boleh sambung² menulis jawi.. walaupun tak kemas.. tapi masih boleh baca... Cuma dia masih terkial² nak menulis nama sendiri dalam bahasa jawi hihihihi .... saya siap pesan .. takpa.. nanti lama² oklah tu.. tulis je bahasa melayu tau kalau rasa tulisan tak betul lagi ...




Bertuahnya amir boleh belajar jawi awal, masa ibu dulu masa darjah 1 barulah belajar menulis jawi ni.. ibu pun kadang pelik camna ibu boleh pandai baca.. kuasa allah kan.. lain zaman lain cara didikkannya.. lain pendedahannya.. sekarangnya semuanya satu langkah kehadapan.














Bicara Hati : Dengar kabarnya pendaftaran sekolah agama kafa tahun depan untuk darjah 1 makin mahal pftttt ... kalau ikutkan nak jer masukkan SRA (Sekolah Rendah Agama) tapi ... jauh sangat .. takda sapa nak amik amir nanti.. kafa ni dekat sikit.. takda pilihan lah jawabnya.






Jumaat, 19 Disember 2014

Persiapan Sekolah : Baucer Tawas RM 50 Hinggit


Muka ada senyuman lebar disitu hahahahaha .. pasrahlah amir glamour kejap kat blog ibu dia ni .. memang asyik cite pasal dia je pun ... Alhamdulillah baru² ni kami dapat lagi sms daripada TAWAS, Rezeki amir agaknya dah masuk ni 3 kali kot dapat .. tapi yang kali pertama tak pergi .. kali kedua kami pergi shopping dekat dengan rumah jer.. sebab dapat kat grand union, tapi yang kali ni jauh sikit kat Giant Banting .. lagi jauh sebab kita orang dah pindah kampung pftttttttt ......



Ada orang tanya baik kat opis mahupun kat kampung camna amir boleh dapat yer.. anak saya tak pernah pun dapat .. dah sudah ... bukannya saya ada orang dalaman pun kat TAWAS tu .. tapi mejoriti yang baya amir.. kalau daftar mesti merasa baucer ni ... kecuali yang tak daftar dan berlainan tahun kelahiran .. setakat ni kalau lahir 2008 mesti pernah dapat baucer ni walaupun sekali .. lagipun baucer ni bukan dalam bentuk tunai .. dia akan bagi pas ni bila kita bagi tau kita dapat sms daripada Tawas ... dan staff tawas akan bagi tau jumlah kita boleh berbelanja .. macam kali ni amir dapat rm 50 hinggit sahaja .. jadilah ... 






Oleh kerana keperluan baju kami dah beli .. alat tulis belum beli lagi.. jadinya baucer ni kami gunakan untuk beli alat tulis (salunya borong kat mydin subang sekali untuk barang hubby) ... ok ler tu kan rm50 hinggit cukuplah .. lebihnya bayarlah sendiri ... lagi pun baucer ni bukan dapat tunai .. korang beli je barang , nanti adalah staff tawas tunggu kat kaunter bayaran dia akan sentuhkan baucer tu ... lepas dah habis kira semua perbelanjaan .. yang baki tu kena bayar sendiri ... itu jer.... dah kata bagi untuk anak kan.. jangan lah korang beli yang bukan² pulak.





Bicara Hati : Lega allah permudahkan semuanya.. nanti stori mori aktivi amir cuti sekolah pulak.









Khamis, 18 Disember 2014

Persiapan Sekolah : Beli Barang / Baju Sekolah Amir Tahun 1


Assalamualaikum .... banyak ragamnya sekarang ni, dah pandai nak hadiah kalau berjaya buat sesuatu .. contohnya macam baru ni dapat cemerlang akademik kemahin lagi nak basikal baru .. hamboi .. pitam ibu ko mir .. satu²lah yer... kita beli dulu keperluan sekolah ni .. ini yang penting.


Sebagai seorang yang bijak berbelanja .. cecehhh .. bijaklah sangat yer.. biar jimat janji jangan sampai kedekut katanya .. marilah kita membeli ikut kemampuan diri ... walaupun anak sorang jer.. dan satu²nya yang akan bersekolah tahun depan macam² faktor aku kena amik kira untuk keperluan amir ni. Ni baru membeli baju sekolah .. belum lagi keperluan alat tulis ... (mujur dapat baucer tawas nanti kita stori mori yer) dan keperluan yuran serta buku² lain .. hohoho semua tu percayalah amir usia 3 tahun ayah dia dah amik kira tau .... hahahaha (^______^)'




Kita orang beli baju² sekolah amir semua kat sini .. termasuklah kasut sekolah sekali 2 pasang (tapi ibu meronta² nak beli kat BATA.. ayah amir booo layan ), ada satu dah memang dari tabika ... skrg masih guna untuk kelas celik jawi. Pasaraya MU ni dekat je dengan opis saya, nak di jadikan cerita masa awal bulan hari tu .. hubby anto kerja .. balik tu hubby bawak amir teruslah menyinggah beli senang nak ukur size baju², seluar, baju sekolah agama 3 pasang, beg dan lain² lagi kat sini.. harga pun berbaloi .. dan yang penting kualiti kain tu memuaskan hati ni... tahan lasak .. tapi riso jugak kot tahan 5 bulan jer.... ngeee.. maklumlah anak lelaki kan.








3 Pasang baju sekolah kemeja
2 seluar biru tua
3 Pasang baju sekolah agama
2 Pasang sampin
2 t-shirt
2 seluar sukan
2 beg sekolah (1 sekolah pagi/ 1 sekolah petang)
2 Pasang Kasut (1 pasang rm 8.90)
stokin 3 pasang
Kapur kasut (1 pek ada 2 botol)

Total perbelanjaan RM 267.90
Sebuntil beg hitam dia orang bagi hihihihihi ..... tak masuk palstik dah.. banyak sangat tu.. dapat beg free warna hitam ....





Sesi membasuh baju² semua dah siap pun.. tinggal sterika je nanti .. kasut sekolah belum basuh lagi.. nanti nak dekat sekolah barulah basuh dan kapur.



Alhamdulillah kelengkapan baju² dah selesai .... tinggal sediakan duit yuran dan keperluan buku² pulak .... perancangan awal tu sangat pentingkan, bagi kita orang ni yang sibuk bekerja ... hujung minggu ada kelapangan memang cepat² kena cari apa yang patut ... kalah nak menyambut baby baru tau ... sebab kalau nak menyambut baby boleh serve dulu .. tapi kalau persiapan sekolah ni.. waktu macam ni je pun ada jual baju² sekolah banyak.. cuma kenalah bijak memilih .. nanti tak musim persiapan .. pasrahlah kot nak membeli lagi kan.... 

Saja beli baju² lebih.. bukan membazir ... senang kot hujan ke hapa .. lagipun kat rumah ada jadual basuh baju baju .. sehari basuh sehari melipat .. sehari basuh .. sehari melipat... kot tak sempat melipat.. memang bertabahlah kena lipat 2 kali basuhan ngeee ~~~~




Bicara Hati : Macam tak percaya lagi 2 minggu amir nak sekolah darjah 1.






Isnin, 8 Disember 2014

Mana Nak Cari Bateri ... Kalau Bateri Kong



Pfttttttt sangat tau .. ni kisah ahad lepas, hadoilah ... dia menjadi lagi .. dia menjadi lagi .. tanpa hint tetiba nak start kereta tak boleh .. tak keharu namanya ... tapi mujurlah jugak kat rumah .. kalau dah kemana² tetiba berhenti kan ke lagi haru .... sebab dah bersiap nak pergi kenduri dan nak pergi beberapa tempat lain.... alamatnya larilah masa kita orang dah rancang daripada awal huhuhuhuhu ... itulah namanya kita merancang Allah jua yang menentukan.

Apa yang korang pikirkan kalau jadi macam ni ... kalaulah kat tepi jalan hishh camnalah yer.. sudah ler memang drive pergi balik kerja sorang² sekarang ni .... mau buntu jap tepi jalan tu tau... Alhamdulillah ni pengalaman kali kedua.. hari ahad jugak .. jadi kita orang dah tau sapa yang boleh tolong ..... sapa lagi kalau bukan bateri century , dah tak risau dah bateri century banyak membantu  huhuhu ..... korang sediakan jer lah duit yer... paling mahal cas RM 330.00 .... tahun lepas RM 310.00 termasuk kos dia dorang servis.. harga batery tu rm 250.00 sahaja kalau tak silap ... dah naik harga kot.





Kita orang memang dah sediakan bajet siap² untuk bateri ni .. sebab dah tau dah salunya paling lama tahan pun setahun setengah .. tahun lepas tukar dalam bulan februari ke mac, kira jimat jugaklah ni boleh sampai akhir november .... hihihi .. gambar ihsan daripada abam amir .. kemahin dia sibuk amik gamboo orang tu datang.


Korang kalau bateri kong jangan cuak tau .. call je centery bateri ni .. nanti dia orang tolong .. sebab dia orang boleh je datang kat mana² .. ikut agen yang terdekat berada ... mahal memanglah mahal sikit ... tapi kalau terdesak.. takda pilihan .. ini jelah yang terbaik.

Yeahhh kereta dah on barulah boleh mulakan perjalanan .. kul 11.40 pagi barulah kami gerak ..... huhuhuhu ... asalnya nak keluar awal tak jadi ... melintang pukang kita orang tau kejar masa .. 





Bicara Hati : Harap² tahun depan tak tukar bateri .. mungkin 2016 bulan mei kot baru tukar hihihihi ...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...