♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 6 Februari 2015

Awal Bulan Februari



Entry panas minggu ini huk huk huk huk .... senin kemahin ramai yang cuti ... bersambung² memasing ye cuti hari wilayah dengan thaipusam.. tapi selangor bukan wilayah .... tu pun ada yang pakat sambung cuti, tapi cuti aku tak lulus.. jadinya datanglah opis.. walaupun tak sihat.. lagipun minggu sebelum tu dah MC. Memang dugaan betullah baru ni demam dekat 2 minggu kot pakej demam, selsema dengan batuk... sampai kawan² aku dah ucap tahniah hahahaha ... kemahin korangkan.. aku aminkan je dalam hati ..... (^___^)'





Baik je demam .... kena sakit gigi, hohohoiiiiiii hazabnya hurabi .... dah lama kot tak kena.. kali terakhir gigi berlubang dulu sakit .. lepas makan antibiotik dah okey.. kali ni kena gusi .. tapi gigi okey.. tahap sakit lagi seriau wehhh berdenyut² .... 3 hari ku tahan hazab .. ingatkan boleh baik pantang tak minum ais... oic .. memang tak boleh ni masuk hari ke tiga terus beli ubat hurix ni .. alhamdulillah makan 2 biji dah okeyyyyy ..... Kalau setakat sakit jer takpe ni sampai berdenggung kat telinga .... macam masa demam tu hari bukan takat demam siap sakit kepala berdenyut kemata .. riso jugak kot denggi... mujur makan ubat klinik baikkk.





Ni kisah pagi tadi ... daripada semlam lagi dia dah bagi tahu .. ibu esok ada sambutan maulidurrasul .. kena berjalan keliling sekolah ... dulu amir demam tak rasa pun kan ibu .. masa kat tabika lama .. (adehh yang demam tu 2 tahun sudah kot.. rasanya tahun lepas kat tabika kemas dia join.. dengan ibu sekali) anak² sabar je lah .... kisah yang 2 tahu sudahnya di ungkit8 yang dia demam sambil baca selawat.

Seronok sangat amir pagi tadi .. balik ni bertabahlah nak dengar cerita dia... sempatlah sarapan spageti goreng oblong kambing hahahah koooo mampu .. pepagi telan spageti .. alhamdulillah sejak amir sekolah ni memang sarapan awal kat rumah ... tapi amir takmoo bawak bekal.. dia nak makan je kat rumah... sekolah rehat lambat .. jadi kalau sarapan tu terisilah perut dia... makin kurus tengok amir.. tapi caya tak dia timbang berat dia 28kg gegegegege ... ;p

Okkk bye.. sambung lain entry hihihihihi .. wa bizi .. wa bizi .. kalah menteri oooooo .. bulan depan audit nak masuk.






























Rabu, 4 Februari 2015

Dia Jarang Merajuk





Hihihihi ..... tq .... ni yang tambah sayang .. walaupun blog ni macam milo suam² kuku ....




Isnin, 26 Januari 2015

Terlayan Suamiku En Sotong



Sinopsis Novel Suamiku Encik Sotong, Gambar novel Suamiku Encik Sotong, Penulis novel Suamiku Encik Sotong: Syikin Zainal, Harga novel Suamiku Encik Sotong: RM25.90, Jumlah halaman novel Suamiku Encik Sotong 624 muka surat, Blog novelistar Syikin Zainal penulis novel Suamiku Encik Sotong, Komen pembaca novel Suamiku Encik Sotong, drama TV3 Suamiku Encik Sotong

Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.


Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.


Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.


Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?


“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish


“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - EricaKredit: Suamiku Encik Sotong


Novel Suamiku Encik Sotong bakal diadaptasi ke dalam drama Astro Ria. Drama ini mula ditayangkan 27 Oktober 2014. Menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai watak utama, dan juga Amyra Rosli. Jangan lupa, saksikan drama hebat ni di kaca tv u olls.



Saksikan drama Suamiku Encik Sotong
Hari: Isnin Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135



*********************************************************************************


Terlayanlah jugak cerita ni ... walaupun kadang² ada watak yang cam pftttttt adehhhh kakunya, cam tak bestt jer nak tengok.. mujurlah sharnaz dgn amyra tu berlakon best gelak² layan sharnaz dalam cite ni .. kemahin lembut dia kan.... ada kata ceritanya cam tak elok... untuk masyarakat tonton .. pada kita terpulanglah pada penilaian sendiri ... 





Bicara Hati : Banyak cerita adaptasi lovel jadi drama dan filem, tak sempat baca novel layanlah drama hihihihi ...










Jumaat, 23 Januari 2015

Doakan Saya




Allahuakbar pepagi masya dah buat tajuk entry suspenkan ..... sebenarnya hari ni rasa nak sujud syukur berkali² .... hari yang sangat² istimewa buat saya .. sebab tu lah saya mohon kawan² yang baca blog ni doakan saya ..... janganlah pikir yang bukan² pagi² jumaat ni.


Sebab apa doakan saya sebab hari ni adalah ulangtahun kelahiran saya yang ke-32 tahun, dah jangan korang nak kata muka ni muda ... berat pun dah cecah 5 angka .. tak jumpa nombor 4 dah sekarang ni huhuhu .... bertambahnya umur ni saya harap moga sentiasa di berikan kesihatan yang baik, bersyukur dengan apa yang saya miliki, moga sentiasa dimurahkan rezeki ..... Aminn .. Aminn ....






Meh belanja sekeping gambar ulang tayang kuikuikui .. terima kasih mak lahirkan saya di dunia ni .. saya syukur sangat atas nikmat ni.. sekarang saya pulak berpeluang jadi mak ... alhamdulillah nikmat yang tak semua orang perolehi ... barulah tahu jerih perihnya menjadi ibu dan mendidik anak serta isteri kan ....







Semoga hidup ini lebih diberkati dan warna warni ... macam gambar cup cake ni hihihihi .. biasalah dalam kemanisan pastinya ada jugak yang pahit .. itu lumrah dalam kehidupan ... sebab daripada situlah mematangkan diri kita.


Doakan saya yer .... Terima Kasih Semua ..... 



Bicara Hati : Hubby tanya nak hadiah apa .. bajet dah ada ni .. tetiba blurr pulak .. bagi idea plssss  .....


Khamis, 22 Januari 2015

Cara Pujuk Anak Ke Sekolah



Dah seminggu lebih masa berlalu rupanya sesi persekolahan bermula, syukur sangat² kat selangor ni takda masalah banjir .... dan ibu lagi banyak² bersyukur amir tak meragam .. semalam 20 januari berakhirlah sesi orentasi bagi tahun 1 kat sekolah amir. Jadinya bermula hari ini cikgu dah bagi jadual waktu dan dah mulalah sesi pembelajaran.


Tertarik nak buat entry sebab ada ibu bapa yang google (agaknyalah .. takkan belum jd ibubapa pulak kan nak amik tahu) mengenai cara pujuk anak ke sekolah ... dan carian ni selalunya memang aktif bila awal tahun mula buka sekolah .. itulah yang aku perasan.. sebab awal tahun lepas pun ada jugak carian ni datang kat blog kita.. walaupun kita tak pernah buat entry ni. huhuhuhu ... ;p






Kalau anak korang masih meragam nak pergi sekolah, pandai²lah korang amik hati .. pujuk .. tapi jangan manjakan sangat. Percayalah mereka sangat berdikari cuma belum biasa dengan pendedahan disekolah.. atau mungkin tak biasa lagi dengan kawan² sekeliling ... pikir yang positif okkkeyyyyy .... cikgu² kat sekolah semuanya terlatih .... mereka akan membantu kalau ada anak yang menangis takmoo sekolah.


Saya kongsikan sedikit tips / petua yang saya gunakan sebelum amir masuk sekolah , ini berdasarkan pengalaman saya yer ... saya harap membantu buat kawan² juga bagi anak² yang akan masuk darjah 1 atau akan bersekolah : -



* Dedahkan seawal mungkin dengan persekitaran sekolah, mulakan dengan hantar ke taska (seawal usia tu terpulanglah umur 4 atau 5 tahun ikut kemampuan)


* Bagi ibu bapa yang tak berkemampuan hantar ke taska awal, boleh gunakan kaedah biasakan diri buat anak bersosial, bersosial maksudnya bawak anak pergi playground , bawak pergi ke tempat yang ada ramai orang macam pasaraya .. biarkan dia bermain .. lepaskan.. sambil pantau pergerakkan dia... tengok riaksi dia.. sama ada nak pegang buju baju kita .. atau nak bermain... dan pandai terokai diri bila jumpa ramai orang.


* Pastikan bila masuk tadika 6 tahun sekolah yang kita pilih akan ada kawan² yang akan bersekolah sama pada darjah 1 nanti, lagi bagus kalau dapat masuk pra sekolah di sekolah yang sama .. maksudnya darjah 1 nanti akan bersekolah disitu... sebab dah kenal kawan² yang akan sama² belajar.


* Dedahkan akan pada tempat sekolah yang mereka akan belajar (yang ni bukan sahaja elok untuk anak yg akan sekolah darjah 1 .. kalau nak sekolah tadika pun okey) maksudnya bawak dia jalan²/ lalu sekitar tempat dia akan bersekolah nanti .. bagi tahu kat sini dia akan bersekolah.. nanti anak² akan jadi teruja.


* Bagi tahu kat anak situasi yang akan berlaku kat sekolah, akan ada kawan, akan ada cikgu, kena ikut peraturan ... dan terapkan dalam diri anak² kita kena belajar / menuntut ilmu untuk kebaikkan diri dan kehidupan di masa akan datang.


* Pastikan anak tidur awal bila mula sesi persekolah bagi mengelakkan waktu pagi dia meragam .. dan buat perangai takmoo sekolah.


* Pesan dengan anak² berkawan dengan semua orang , jangan sesekali bergaduh ... (yang ni memang puaslah ibu dok berzikir) sebab amirkan anak tunggal dia tak biasa berkongsi barang² milik dia.. risaulah kot ada kawan menyakat nak pinjam barang dia marah kawan dia... saya bagi tahu kawan pinjam takpa.. jangan sampai hilang.




Oklah itu jer tips yang saya gunakan .. bagi pendedahan awal dekat anak mengenai sekolah dan persekitaran serta suasana bersekolah .. insyaallah .... akan membantu... maklumlah ibu amir ni susah nak cuti awal tahun lagi² kerja bahagian kewangan kan... akhir tahun lagilah dah tentulah cuti kena beku pfttttt jadi inilah pilihan terbaik yang saya lakukan supaya anak tak meragam bila mula sekolah... ditambah pulak kerjaya hubby sebagai guru memang susah nak cuti kalau sesi persekolahan dah bermula.


Insyallah kalau kena cara pujukkannya anak² ni akan mendengar kata, boleh jugak bagi ganjaran kalau nak .. macam belikan sesuatu untuk menghargai dia sebab dia bersekolah ... tapi janganlah bagi mainan .. bagilah yang berfaedah macam botol air ke, beg sekolah dengan gambar kegemaran dia atau apa² je ganjaran yang bersesuaian. (tapi bab ganjaran ni saya tak suka gunakan ... tapi hubby suka.. dan selalunya memang berkesan kat amir) mihmihmihmih ....





Bicara Hati : Kemahin sebab cemerlang tahun lepas hubby bagi amir basikal baru ... nanti ada masa ibu upload gamba basikal tu .. hihihihihi (^____^)v


















Rabu, 21 Januari 2015

Berganda - Ganda Setiap Minggu








Cuaca kat luar panas terik semacam sejak sekolah ni .. tapi bila angin bertiup sejukk je rasa .. cuma bahang panas tu memanglah buat kepala naik pening, mata pun pedih ... semacam ... allahuakbar ... moga diberikan kesihatan yang baiklah hendaknya.. gagah ni .. kena gagah.

Takmoooo tulis panjang sebab terkedu bukak akaun nuffnang da berganda² cpuv datang ... syukur jugak masih punya rezeki walaupun tak dapat nak update blog setiap hari .. tapi cuba mana yang termampu untuk membebel , merapu kat blog ni hahahaha .. pasrahlah korang baca .. (^___^)v

Kalau korang nak tahu info lanjut kliklah iklan tu tau ... lol ada jugak cpuv jan dah kredit kuikuikui .. tak tahu pun kewujudannya... apapun alhamdulillah dengan rezeki yang ada ni .. yeahh dah 3 angka bolehlah cash out ... eh² nantilah tunggu manyak lagi .. hahaha .. lol 3 angka je pun bukan 3 ratus ... ;p




Bicara Hati : Rezeki allah itulah .. ada dalam pelbagai bentuk, hargailah dan syukuri segala nikmat yang diberikan. 












Selasa, 20 Januari 2015

Mengidam Char Kotiaw Katanya ....


Bila tekak tak lalu nak makan nasi ... bila perut meragam asyik membuang² adehhhhhh .. ni memang kes haru .. kes haru dibuatnya... nak makan pun jadi cam fobia takut membuang² semahunya .. dah macam membazir jer ..... hubby tanya nak makan apa pun semua geleng ... ate yang tak makan aku .. takkan 2 beranak tu pun tak makan jugakkan kuikuikuikui ....

Oleh yang demikian (haha dah macam buat surat pulak ayat ni) hubby ajak makan char kotiaw ... dah lama mengidam nak makan kat tekak ni tau ... lagipun dah lama tak makan yang sedapppp char kotiaw ni kadang senstip ada org jual rasa hangit ngeeee .... choiii potong selera.




Mengiurkan tak .. hihihihi penuh sepinggan kuah dia ... adalah udang 3 ekor kot dalam tu ... memula cam tak berani nak makan .. tapi kot tak makan ni.. bila lagi nak merasa hahahaha .. dasar sangatkan .... jadi bacalah doa banyak² dengan harapan tak sia² kena membuang ... pftttt .... sua kat amir .. dia geleng kepala ... takmoo makan.. dia rasa sikit jer.






Kat kedai ni banyak menu sebenarnya .... tapi semua pun tak membuka selera ni .. layan char kotiaw jer... itu pun sebab hubby kata sedappp rugi tak makan.. kemahin kan baikk punya meracun. Kedai ni area jalan hj sirat kat bt belah sana tu ... kat kedai ni ada orang jual berger bakar tau.. tapi takdalah nafsu nak makankan.. lagipun masa ni kedai burdger tu baru nak bukak ... jadi tak sempat nak order.







Anak² memula sua geleng kepala .. dah nak habis barulah sibuk nak merasa... tengok tu.. kemahin lagi hirup kuah dia.... macam sedapppp sangat je kan. Kalah orang mengidam makan char kotiaw tu ... pada tekak aku biasa je rasanya ... takdalah yang istimewa sangat pun .. sebab kuah dia cair sangat huhuhuhu ... tapi kalau teringin makan okeyy jew .. sebab rasa dia okeyyy serba serbinya cuma kuah jer melimpah ruah.





Bicara Hati : Bila cpu mabuk masuk sepital pasrahlah lepas ni tak dapat update blog huhuhuhu .. sehingga cpu sembuh.

Khamis, 15 Januari 2015

Kali Pertama : Saya Murid Tahun 1



Kemahin gitu tajuknya ... kali pertma : saya murid tahun 1, yupsss yang tahun 1 nya amir .. yang kali pertamanya ibu yang menghantar hihihihi (^____^)v

Teruja dibuatnya nak menghantar amir ni, nak tengok reaksi kawan²/ anak² orang lain macam mana .. ada ragam ke tidak ... ada drama lagikah walaupun dah tahun 2015, dah banyak pendedahan sekarang ni ... anak² ramai dah mula sekolah seawal usia 4 tahun.. jadinya bila dah banyak pendedahan .. banyak jugak perubahan .. dah takda anak² yang menangis guling² takmoo di tinggal... itulah yang di ucapkan oleh guru besar sekolah amir .. jadi .. bagilah kepercayaan pada guru² untuk menjaga dan mendidik mereka disekolah ... kerana disekolah adalah amanah dan tanggungjawab guru pada murid .. lapang dada dengar cikgu cakap gitu masa taklimat darjah 1. (Walapun dalam hati sebak jugak rasa) .. walaupun ada je murid² yang meleleh airmata ... kena tinggal.






Hari pertama sekolah ibu hantar, ibu cuti 2 hari memang nak uruskan amir.. baik sekolah kebangsaan mahupun agama.. maklumlah ayahnya cikgu jadi memang tak cutilah kan ..... sebab ayah pun nak uruskan murid sekolah ayah.

Sampai sekolah 7.15 pagi .. amir kemahin semangat lagi .. tengok senarai nama pelajar amir terus ku bagi beratur kelas 1 ibnu jauzi .. warna hijau ... muka dah tak berapa nak senyum sebab takda kawan yang sama kelas.. baik masa tadika mahupun kelas celik jawi ... aku biarkan je dulu ... takmoo bagi mood dia jatuh lagi .... perhati je daripada jauh ... tak lama tu .. ada jugak kawan rupanya dia... eh² sama kelas dengan anak akak sepupu yang mak jaga... eloklah tu ... tak sempat aku nak baca semua senarai tadi... cari nama amir je .. dah jumpa terus tuju dewan perhimpunan, eh² ada jugak aidil kawan amir masa celik jawi.. terus amir senyum lebar dah jumpa geng. Ibu pun risau jugak kot dia moody .... banyak urusan nak buat hari pertama tu ....





Halooo belanja sekeping gamba kemahin smart lagi pakai tali leher.... smart ke.. tak berapa sangatlah sebab balik sekolah.. tapi masih mampu senyum oklah tu ..... 

Urusan hari pertama tu memang buat kelang kelibut sikitlah .. mana kami nak dengar taklimat, lepas tu amik buku teks anak ... bayaran yuran² (untuk taq nama, buku panduan, pin taq darjah 1, tai .. haihhh memacam lagilah termasuk PIBG) Pfttt semuanya habis RM 75.00 Hinggit .. Buku² sebelum ni hubby belikan kat koperasi habis RM 97.00 .... DAH SETEL SEMUA LEGA IBU ....... cikgu bagi tahu amir orentasi sampai 20 januari .. lepas tu barulah exam menentukan kelas semula .... sekarang ni duduk kelas yang belum di nilai lagi kebolehannya... maksudnya cikgu campur² lagi dengan pelajar yang dah pandai membaca, pandai mengeja dan yang belum pandai membaca.

Masa aku tengah sibuk nak mengamik buku teks amir hubby pun sampai ... rehat katanya sempat lagi singgah sekolah amir ... teruja nak merasa jugak tengok anak masuk sekolahkan.. agaknya takda kelas kot lepas rehat.. ateeeeeee dah dia buat jadual.. pandailah dia menyusunnya kuikuikuikui ...;p lepas amik buku teks tulah aku uruskan yuran² amir .. hubby tolong pegang buku teks.. amir dah rehat nak masuk kelas.... kemahin lagi amir dapat geng siap beli makanan kat kantin .. hadoilah anak.. sungguh² kamu buat ibu sujud syukur.. sebab pandai berdikari ... walaupun kamu beli keropok jer .... kat rumah dah makan nasi goreng... 





Jadual aku pun dah berubah sejak amir sekolah ni .. bangun memang awal kena masak sesiap lauk ... tapi gambar ni lauk untuk hubby asam pedas ikan jaket .. kemahin bergelimpangan bendi dalam tu.. ikan sekor jer... hubby kepala montot untuk aku wakakakaka ...;p amir punya lauk telur puyuh masak kicap .. bawakkan bekal kerumah mak .. senang takut mak tak sempat masak melayankan kerenah anak buah aku iqy tu ... tapi amir dah pesan.. ibu tak masak pun takpa .. nanti amir soh embah masak nasi goreng planta .. sedapp makan panas²... anak² bagilah semangat kat ibu kamu ni nak masak .. hubby pulak jenis tak berkisah.. apa aku masak itulah dihadapnya... allahhh hero² ibu buat ibu sujud syukur banyak kali .. terima kasih allah atas kurniaan ini .... sebab sangat memahami.... selagi mampu .. selagi kuat semangat ni.. ibu masak yer.. yang penting sarapan dua beranak ni nasi goreng ... tak pun apa² jelah yang frozen beli siap² senang cam pau, popia, karipap.. tinggal goreng jer... 


Alhamdulillah amir tak meragam masuk darjah 1 ni, risooolah jugak kan ... korang pun tahu tahap manja dia tu camna kan masa kecik².. mungkin jugak pendedahan awal kami bagi dia ketadika dan mula bersosial memudahkan semua urusan ni... kalau ada geng dia okeyy jer.. tu pun berbuih² mulut ni pesan jangan main jer.. atau borak je dalam kelas.. nanti cikgu marah.





Bicara Hati : Tiada apa yang mengembirakan hati seorang ibu, bila anak yang dikandung mula pandai membaca, mengaji, mengira, iqamat dan mula belajar solat.. sejuknya perut ni.. sayunya jauh disudut hati ni.. ya allah inikah anak yang ku kandung semakin membesar kamu MUHAMMAD AMIR HAZIM BIN MASNIZAM   (^____^)v moga menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat amin....















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...