♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 12 Januari 2016

Tahun Kedua : Sesi Persekolahan Di Sekolah Dan Pengalaman Baru Buat Amir Hazim



Alhamdulillah tahun ni dah tahun kedua amir hazim sekolah rendah, ini maknanya dah darjah 2 ... ibu tengah biasakan diri dengan jadual sekolah amir yang bertukar sesi sekolah agama waktu pagi dan sekolah rendah kebangsaan waktu petang ... confuse jugaklah 4 hari ni asal nak bagi baju pakai waktu pagi mihmihmihmih .... 


Oleh kerana jadual sekolah agama amir pagi, jadi sekarang ibu lah amik alih untuk menghantar amir pulak .. kalau tahun lepas amir pergi sekolah dengan hubby jer .... waktu keluar rumah masih sama.. cuma bezanya kenalah amir ikut ibu pergi rumah embah dulu hantar barang² untuk sekolah nanti dengan baju kemudian barulah ibu hantar amir pergi sekolah.


Bila dah tahun kedua ni dah takdalah masalah sangat dah ada pengalamankan berbanding tahun lepas.. cuma sekarang sekolah agama tak boleh bayaran yuran waktu pembelajaran hari pertama kena bayar waktu 11 pagi hingga pukul 2.00 petang iaitu sesi balik dan sebelum waktu belajar bagi pelajar petang masuk pfttt pasrahlah mak kooo mir kena bayar kul 11 tu mujo sorang kalau 4 orang, mau 4 kali beratur mihmihmih ... ;p



Putera yang tegas, cermat, bijak dan teliti itulah satu²nya putera ibu .. maksud disebalik namanya. Dah takda nak berdrama pagi hari buat masa ni masih bersemangat lagi ... sebab dah lama tak sekolah rindu kengkawan lah tu .. tu semangat lebih.


Balik² daripada sekolah amir pagi tahu sekolah kebangsaan dia kena jadi ketua kelas .. mulalah aku pasrah kena dengar dia bercerita takmoo jadi ketua kelas ... masih lagi kedengaran jugak keluhan² dia minggu ni kena angkat buku cikgu .. kena suruh kawan dia .. amir penat sangat ... hahaha.. macam² lagilah dia membebel aku layankan je lah.. sebab amir memang rapat dengan aku pun kalau ada masalah berbanding ayahnya.


Sesi pembelajaran pun dah bermula .. maklumlah jadual waktu dah terima .. boleh dikatakan seminggu lebih sekolah ni .. lepas dapat buku aktiviti .. memang banyak je kerja sekolah dia setiap malam .. sebab tu masa cuti hari tu hubby bagi dia kebebasan sikit tak mendesak sangat cuti sekolah baca buku. Kemain kan.. cuti sakan ... mendapatlah dah sekolah ni memang balik penat, malam ngaji .. lepas siap kerja sekolah .. pukul 10.00 malam paling lewat tidur.



Bicara Hati : Mujo buku teks semua dah siap balut, tinggal buku aktiviti je belum balut lagi .... Dah mula sekolah ni, mulalah jadual masak aku semula di pagi hari hihihihi 























Rabu, 6 Januari 2016

Tahun Baru Kami


Dah plan dalam kepala 3 hari cuti tahun baru memang tak kemana sebab nak fokus kemas rumah dan persiapan sekolah amir isnin nanti.. jadi taknaklah cuti 3 hari yang tinggal masa tahun baru tu penuhkan aktiviti nanti takut amir kepenatan pulak nak ke sekolah. Korang jangan tak tau malam tahun baru tu amir dah tido sebelum habis berita lagi .. memang takda maknanyalah kami nak tengok bunga api.. jadi mari tonton tv sahaja mihmihmihmih.

Petang tahun baru tu adalah keluar jugak pergi taman alam impian main belon jer pun... sebab pagi tu aku kemas rumah je.. lagipun jumaatkan masa terhad kalau nak keluar kemana.

Esoknya lagi sakan aku kemas rumah segala langsir semua bukak ... karpet semua anto basuh kat dobi layan diri .. jimat masa.. wangi pun wangi ... karpet biasa je pun rumah tu.. bukan ada karpet turki pun ... kalau karpet turki memang tak bolehlah basuh kat dobi layan diri... puas rasanya hati dapat tukar langsir baru (opsss bukan langsir baru.. langsir sedia ada jugak cuma tukar² yang bilik pulak letak luar .. yang kat luar letak kat bilik kihkihkihkih) .. tu yang hutungnya rumah hubby buat tingkap bilik sama besar sama banyak dengan ruang tamu .. jadi pusing² langsir tu jugak.. bukan orang tau pun.


Tapi kan.. pada² seronok dan teruja mendobi tu... ada yang sedih jugak.. masa kami nak balik rumah tetiba kereta kena sondol dek motor aduhhhhhh .. masa² ni lah pun nak berkiyumnya huhuhuhu .. sedih sangatlah jugak... mujolah montot yang berkiyum kalau yang depan lagi haru wehhhhhh ..... pasrah ler aku bawak kereta macam tu.. mujo masa kejadian hubby yang bawak. balik tu hubby betulkan bonet belakang tu.. mujo boleh sambung .. tak kena cermin kereta.. kalau tak memang naya lahhhh .... (^___^)'





Hubby pujuk hati .... takpalah nanti tak yah bayar duit kereta.. betulkan kereta je.. akhir bulan ni.. kita orang memang bayar lebih duit kereta selama ni ... kita orang tak report pun .. tengah berkira² nak mintak ganti rugi ... kat kampung masa kena sondol ni.. aku dah le lapar masa tu.. siap beli lauk nak makan ... bila jadi camni .. terus tak lalu makan ... mengeletar terkejut huhuhu ...




Bicara Hati : Bukan hari ni hari tanpa kata ke?? alah.. aci bebel jelah ye.. dah lama tak meluahkan perasaan ni.








Rabu, 30 Disember 2015

Prestasi Merosot Tahun 2015



Aku tak tahulah apa punca utamanya blog ni makin merudum ... mungkin salah satunya sebab faktor waktu sekarang dengan kekangan kerja jadinya rehat memang takda masa nak menjengah kengkawan punya blog.. asal rehat mata ni kuyu je mau tidur ...  kadang baca sekali lalu jer.. tak sempat nak komen .... lagi² sejak cpu masuk hospital hari tu.. segala format² data ... semua hilang ... memang mood menulis blog pun terus hilang.

Aku rasa entry paling sadis tahun bila tak cecah 50 entry pun sepanjang setahun ni ooooiiiiii memang haru betul ni, yang ini pun entry pertama bulan disember 2015.







Dan rasa bersalah lebih² bila mood kelaut nak menulis cpuv blog datang mencurah².. ya allah rezeki apakah ini?? nampaknya kena gigihlah aku menulis blog lagi .. sebab cpuv yang datang ni macam satu penghargaan dan pemberi semangat jugak ... rasa macam bersalah pulak bila ada iklan datang ke blog kita tapi kita tak buat entry baru .... memang syilling² jerlah hasilnya kan .... sebab takda entry baru .. harapkan entry popular je lah orang dok google datang jenguk blog.







Sepanjang tahun ni jugaklah paling banyak aku cash out, 4 kali tu hahahaha .. kiranya satu pencapaian baik jugaklah buat diri ni pada tak sempat nak mengarang entry baru .. tapi masih ada cpuv ..... walaupun tak sempat buat entry baru .. tapi sempat jer cash out nuffnang hahahaha ... asal dah boleh cecah nak cash out .. amaun takdalah riban² pun ... sebab aku memang kategori tangan gatal sikit .. cepat je nak cash out .. takdanya nak tunggu lama. hahahaha ..... 





Akhir sekali terima kasih sangat² pada kawan² yang bertanya kabar .. ada jugaklah yang aku dah terpublishkan .. sepanjang aku jarang ada entry baru ni .. sorry sangat² kalau korang lalu lalang dok masih entry lama .. takda perkembangan baru. Sebenarnya aku banyak update kat ig je sekarang .. tu yang bila nak mengarang entry amik masa sikit mihmihmih .... (^____^)v Terima Kasih sekali lagi yer ...









Bicara Hati : Selamat Tahun Baru, moga tahun 2016 memberi sinar yang lebih baik berbanding tahun² sebelumnya ... Insyaallah ....

























Jumaat, 20 November 2015

"8th Anniversary GiveAway!".



Mihmihmihmih ... rindu kt eh cik sue .... memang banyak benda nak cite kat blog tapi kekangan masa sangat² sekarang nak menaip entry aduhhhh camnelah nak buat tu ....

Tapi sebagai tanda sokongan dan nak jugak kulit gebu cam cik sue.. saya join giveaway ni .... happy anniversary awakkk.. moga kekal hingga jannah .. Amin ... (^____^)v








Giveaway ini akan berlangsung daripada 20.11.2015 hingga 25.11.2015 11:59 malam.







Khamis, 22 Oktober 2015

Erti Penghijrahan



Alhamdulillah selamat tahun baru semua ... maknanya kita dah berada di tahun baru hari ni ikut kalender islam .... iaitu Bulan Muharram.


Korang pernah tak cuba atau paham apa beza bulan muharram ni dengan bulan lain, kenapa muharram di pilih sebagai permulaan tahun baru dalam islam... kenapa bulan muharram bulan yang istimewa salah satunya bulan yang dilarang melakukan perang ..... selain kita di galakkan berpuasa, Oklah kita kongsikan sikit yer ilmu yang kita tahu ni ... kalau ikutkan maalhijrah ni ialah perpindahan nabi muhammad dari kota mekah ke kota madinah .. tapi yang sebenarnya perpindahan tu / penghijrahan tu berlaku bulan rabiulawal ... Bukan bulan muharram ... tapi sahabat baik nabi yang telah mengkaji dan dipersetujui oleh nabi memilih bulan muharaam sebagai permulaan awal tahun hijrah kerana selepas bulan umat islam mengerjakan haji .. iaitu pada bulan zulhijjah .. simbolik sangatkan maksud tersiratnya.... jadi kita sebagai umat islam ni .. kenalah paham maksud sebenar kenapa awal muharram di pilih sebagai tahun baru hijrah.





Alhamdulillah hari ni pulak dah hari tasu'a esok hari asyura .... selamat berpuasa pada yang berpuasa hari ni dan esok ... moga apa yang dihajati akan di makbulkan. Aminnn.....




Bicara Hati : Rindu bubur lambuk asyura .. alhamdulillah semalam dah dapat makan, orang surau hantar ke rumah. 







Selasa, 13 Oktober 2015

Meriahnya AidilAdha Di Kampung




Sebelum menjelangnya lepas asar ni tahun baru untuk esok (sambutan maal hijrah) moh leee kiranya kita kongsikan sedikit kemeriahan raya haji tu hari .. edisi throwback sudahlah .. dah ketinggalan keretapi ni .... sayang rasanya tak kongsikan kenangan raya haji kali ni .. 



Tahun lepas raya aidiladha kami biasa² sahaja sebab mertua pergi ke tanah suci dapat panggilan haji, tahun ni alhamdulillah dapat meraihkan bersama .. dan rezeki mertua ada lebih buat qurban lembu seekor.



Sehari sebelum raya tu, aku tak cuti pun.. walaupun cuti sekolah sebab hubby kata cuti jumaat jelah.. buat qurban pun hari sabtu .. aku okey jew.. selamat cuti boleh simpan.. walaupun cuti tak berapa nak hado kikikiki ;p Malam raya tu aku kat rumah mak.. tolong masak² lontong, kuah kacang, dengan ayam masak kicap jer ... siap tido rumah mak bawak baju raya siap² kooo merasalah tidur rumah mak malam raya tu .. tq hubby .... bagi pelepasan .. almaklumlah rumah sendiri dengan rumah mak dah dekatkan.. jadinya amir salu takmoo tidur rumah mak, malam raya tu elok pulak dia nak tido... pagi raya hubby datang .. bawak amir pergi solat ... 







Kami pagi raya tu .. bersiap² pergi rumah mertua lepas tu embah .. lepas tu hubby dengan amir ronda kampung pergi masjid tengok orang lapah daging lembu qurban. (Tema pink belacan sebenarnya .. tapi dalam gambar nampak macam terang sangat) mata pun dah tak nampak senyum pipi kemahin tembam nau sekarang muahahahaha .. senang hati.. tido dalam takda yang ganggu dah ....







Lembu kan dia macam tau² je nak kena qurbankan .. ya allah sayu tengok tau .... sudahlah malam raya dengan raya haji pertama tu hujan.. kesian tengok ... kita dalam rumah pun kesejukkan ... apatah lagi dia kat luar tu.. elokk je tak bersuara ... kita pulak yang risaukan dia ...












Aku rasa part paling sayu .. kalau tak kuat iman .. atau rasa kasihan korang janganlah tengok lembu kena sembelih... jujurnya amir memang jenis lemah semangat .. lagi² bila baca takbir, 3 tahun sudah kalau tak silap kita orang sampai pergi darusyifa berubatkan amir .. sebab tak tahupun rupanya dia lemah semangat ... tu yang lembu ni nak kena sembelih .. walaupun kat sebelah rumah dia tak tengok.. elok jer dia kat dalam rumah .... dah sembelih.. tengah lapah .. barulah dia tengok ... mulalah tanya macam². Pening ibu ni nak menjawab....











3 serangkai bile balik kampung .. hamboii kemain merah korang yer.. macam berjanji pulak.. diii kejar dek lembu baru tahu ....











Alhamdulillah merasalah makan sup tulang lembu fresssssshhh terbaikkk dari ladang wehhhh .. pening kepala hirup kuahnya .... nanti ada kelapangan sy kongsikan resepinya yer .. nak bagi daging cepat lembut ...






Alhamdulillah sesi sembelih oleh tok imam, melapah dan menimbang selesai untuk pembahagian semua ... di bantu adik beradik dan orang kampung serta jiran² tetangga yang dekat. Rasa syukur sangat allah permudahkan semua niat mertua ... kami anak² dan menantu ni membantu mana yang perlu sahaja, yang penting orang tua happy hajat termakbul .... dan rasa syukur jugak sebab beberapa hari hujan, alhamdulillah bau darah lembu dan lembu takdalah sangat kat sekitar rumah.. risau jugakkan ... mujur allah turunkan hujan .. walaupun lepas tu kemain tebal jerebu sampaikan nak bukak tingkap pun pikir banyak kali.



Alhamdulillah jugak tahun ni meriah daging lembu kat rumah ramai yang bagi daging qurban ... tulang pun ada lagi.. tak sempat nak buat sup .. esok cuti bolehlah kita menghirup sup tulang muehehehehe ...




Bicara Hati : Rezeki yang sikit bila di kongsi berama² terasa berkatnya pemberian allah.









Selasa, 15 September 2015

Beralih Bulan Dah .....



Beralih bulan dah masya oittt dari syawal ke zulhijjah.... bersawang blog dibuatnya .. huwarrrgggghhhhhh tak tahulah nak nangis ke .. nak senyum kelat ke .. nak berkerut dahi ni ... tetiba cpu buat hal kat opis .... teruslah blog pun menyepi ... di tambah² selama sebulan ni kena buat kerja kat pejabat orang lain ... lagi haru ... iye buat kerja di pejabat orang lain .. amboi dah macam nak pindah pergi pejabat lain pulak kekdahnya..... bertabahlah hati .. cabaran bila kena pergi opis orang ni walaupun disediakan tempat tapi rasa macam tak seronoklah kan .... (^______^)' rasa macam tak best.




Sepanjang tak bukak blog beberapa minggu tu ... rasa macam kelautlah jugak ko.. datang kerja tak boleh bukak komputerkan, ke cam haru gitu ... serba tak kena di buatnya... kalau dah bukak blog tak boleh .. buat kerja nak menaip surat pun tak bolehkan .. jadinya masa ni lah sibuk buat 5s Muahahaha... ;p

Korang rindu tak ??? lama tak update ni .. ke korang tak rasa apepun.. huargghhh lagi nak nangis guling² .. ceh .. cam hape je kan.. ko bajet ko retis ke masya ada yang nak rindu² ni... drama sangat hokey.

oittt aku rasa mukadimah aku dah meleret ni ... sebenarnya nak cerita beralih bulan dah masuk zuhijjah kot, last entry pasal syawal .. hahahaha .. ni dah nak masuk raya haji kooo .. tok sahlah cerita pasal raya lagi dah basi... macam² berlaku sejak akhir² ni kan ... lagi² bila dikejutkan dengan kren jatuh / tumbang .. ramai jemaah malaysia cedera .. ada jugak yang meninggaldunia.. harap keluarga mereka tabah hadapi semua ini ... berat kita mendengar perkabaran ni .. berat lagi sayu hati family yang menghadapi. Aku rasa banyak² video paling meremang bila tengok video masa kilat² sebelum kren tumbang ada kuda terbang tu.. ya allah meremang bulu roma dibuatnya. Dengan malaysia tengah jerebu macam ni .. dengan jepun tetiba banjir ... rasa takutt sangat tetiba hati rasa kerdil .. allahuakbar.

Ada yang puasa ke hari ni.. selamat berpuasa hingga 9 zuhijjah, hari wukuf di arafah .. moga allah makbulkan doa semua ... pada hari dan bulan yang baik ni insyaallah ... Amin ....

Okk bye .. nanti sambung story mori lagi ... cpu dah okey ... nak buat kerja .. banyak surat² tetangguh ni .. sudahlah hilang semua format dalam komputer .. tak memasal kena cari balik data² yang hilang .. huhuhuhuhu .....





Bicara Hati : Esok cuti yeah .... bolehlah relaks² kat rumah, jerebu elok dok rumah je.. kurangkan aktiviti luar .. 








Rabu, 19 Ogos 2015

Kemeriahan Beraya Di Pantai Timur



Hamboi kemahin .. gitu tajuknya, sebab cam tak kena jer .. kalau nak cakap beraya ke pahang raya ketiga sebab dah habis syawal muahahahaha .... Tahun ni kami beraya ke pahang, kira aci pantai timur jugaklah tu kan ... walaupun kat jengka je pun ... 

Sebenarnya kita orang ni jarang bapak mertua ajak pergi beraya ke pahang ni .. salunya balik johor ... tapi sebab tahun ni dah takda sapa dah kat johor tu .. abang ayah mertua baru je meninggaldunia awal tahun ritu .. makanya kami akan beralih angin raya seterus²nya bermula tahun ini akan kepahang sahaja .. selain sekinchan.

Awal jugaklah kita orang bertolak pagi tu .. dalam pukul 5.30 pagi .. solat pun kat petronas karak tu ... sebab takut jalan jem tu bapak mertua ajak keluar awal, alhamdulillah kul 9 lebih kami sampai ... tu mujo tak jem tau .. balik??? hohoi jangan cakaplah kematu montot .. nak hala ke tol tu huhuhuhu .... 


Kami tema pink hihihihihi.. sukelah kitew tahun ni somi kita nak melaram warna pink ... alhamdulillah sampai² kami di jamu nasi lemak. Yang sebenarnya .. kami ni nak pergi ziarah mak cik ni sebab anak dia tak sihat, kiranya dugaanlah buat mak cik somi tahun ni 2 orang anaknya masuk hospital daripada mula ramadhan sampailah raya hari tu .... raya mereka pun tak berapa nak meriah .... tapi biasanya belah sini raya aidilfitri memang tak berapa nak meriah sangat... berbanding raya haji.





Sebab dah tahu jalan balik akan jem teruk, masa kami pergi hospital temerloh .. balik hubby lalu jalan kampung sampailah karak ... nak masuk tol kat highway bentong tu barulah keluar ... kat pekan karak tu.. area masjid tu meriah kemahin orang jual durian .. lepas pekan tu pun meriah .. tapi susur belah kanan lah ... kami borong masa kat pekan tu jer.. tu pun dah penuh bonet kereta.. sudahlah kami kali ni naik kereta comel jer ... pasrahlah bau durian tu ... 





Sakan memilih durian ... kalau tak silap sekilo 3 hinggit kot .. lupelah dah lama sangat ... tapi seyes cakap puashati sangat dengan rasa durian tu ... sudahnya lepas makan .. 2 minggu anak beranak demam .. somi paling teruk sampai batuk dan hilang suara .... berlarutan ... sebab dia belasah makan lagi banyak daripada kami ni .. kami yang makan sikit ni pun demam perit tekak huhuhuhuhu ...




Sesekali beraya ke pantai timur redah jem ni ... merasa jugaklah keluahan orang lain balik beraya tempuh jem.. jujur cakap tak kuat iman hohoi... kot nak memulas sakit perut memang hazablah ... alhamdulillah pukul 10 malam sampai rumah sebab singgah rumah akak ipar dulu kat batu belah ..... makan² lepas tu barulah balik tidur.. esoknya sambung beraya rumah embah saya pulak kat sekinchan .... pfttt penuh kan jadual kami ... raya pertama baraan kat kampung, raya kedua baraan orang² kampung lelaki .. yang ketiga ni ke pahang, ke empat pergi sekinchan ... raya kelima kemas rumah .. berehat kununnya sebab esok nak kerja dan sekolah memasing .. tapi memang taklah .. ada jugak kami keluar beraya sekejap petang tu (^_____^)v






Bicara Hati : Seronok tengok amir membesar dapat jugak beraya jumpa sedara mara atuk dia dengan embah dia ... sakan dia berjalan, mujo raya kali ni demam dia tak melarat sangat .. kami² je yang teruk ...


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...