♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 1 November 2011

Cendawan Goreng SEDAPPP.....

Nak tergelak ibu dibuatnya bile teringatkan petang semalam.. balik kerja ibu gorenglah cendawan untuk amir.. kebetulan ade satu bungkus jer dalam peti sejuk tu... punyerlah amir suke.. habis dihadapnya sendirian.. sedappp... eemmm sedapppnya.... berulang² dia cakap sambil mengunyah... ayah dengan ibu dapatlah jugak merasa sikit hihihihi.. kalau lambat memang kempunanlah....


Kebetulan ade kawan bagi tepung goreng serbaguna ini, pertama kali cuba... ok juga sebab ada serbuk Lada Hitam sekali dalam tu so.. xdelah muak sangat.. garam pun tak payah tambah.. taburkan tepung ni jer.. memang serbaguna betullah.....





So inilah hasilnya.. dan ini jerlah yang sempat ambil gambar.. dah banyak yang masuk mulut amir hihihihi....




eemmmm sedappnya... sempat lagi nak possing si bam bam ibu begitu berselera dibuatnya....

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN AIR ZAM ZAM BERBANDING AIR LAIN


Assalamualaikummmm semua.....


Tinggal lagi beberapa hari akan tiba Hari Raya Haji, penerbangan Ketanah suci juga telah berakhir.. kini semua umat islam mula berkumpul di Mekah untuk menunaikan Haji, moga mereka mendapat Haji yang Mabrur. AMIN. 


Bila ke Mekah pastinya Air Zamzam akan dibawa pulang sebagai buah tangan bagi mereka yang pulang daripada haji, tapi sekarang Air zamzam dah tak perlu nak tunggu mereka balik haji lagi, baru nak terbang air zamzam dah akan dipos kepada mereka yang menempah dan terus dihantar kerumah dengan selamat mengikut tempahan.


AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat. Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan sepertisabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.




FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
  • Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah. 
  • Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  • Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah
  • Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
  • Antara mata air syurga.
  • Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  • Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  • Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  • Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  • Minuman orang mulia (al-abrar). 
  • Menambah kekuatan badan.

Kalau ade yang memberi air zamzam ni.. memang saya suke simpan dirumah dalam botol khas, kemudian akan bagi amir minum kalau dia tak sihat... 

2 Bulan Yang Terakhir Sebelum 2012

Assalamualaikumm semua......

Cepatnya masa berlalukan.... hari ini dah 1 November 2011, lagi 2 bulan dah masuk tahun baru pulak 2012. Sinonim dengan tahun baru mesti azam barukan.. walaupun kt umat islam ni lagi beberapa hari nak sambut Awal Muharram itulah tahun baru kite yang sebenarnya... (^___^)v.

Azam² tahun ini semua dah tercapai ker??? saya?? satu azam jer yang tak tercapai tahun ni.. nampaknya kenelah bawak ke tahun depan.. tapi takpe itu semua kuasa Alah.. kami hanya mampu berusaha dan terus berusaha.. moga akan tercapai.... mesti tertanya-tanyakan azam ape.. azam nak bagi amir adiklah hihihihihi.. amir pun dah 3 tahun, kesian dia dekat rumah main sorang-sorang.. ibu dengan ayahlah kene layan main same-same, kalau dia boring layan kartun jerlah... dah jemu semua² tu.. dia tidur.. ;p


Isnin, 31 Oktober 2011

Murahnye Rezki Hari Ini ... Dapat 'Goodies' Pulak...

Assalamualaikummmm..... Semua....

Alhamdulillahh.... murahnya rezki hari ini.. bile dah ptg dapat 'goodies' pulak... tadi dah makan KFC hihihihihi.....   cantik, menarik, Daboommmm wallahh.... Terima kasih Alina (Si Mak Yong) maklum jerlah tengah sarat mengandung 4 Bulan sekarang ni.. Berseri² muka sekarang, Rezki mereka setelah anak yang sulung 7 tahun, anak yang kedua pulak keguguran.. ini barulah dapat rezki mengandung lagi..... opss.. melalut sudahh.....


Cantikkan.... Suke warne² macam ni sekarang.... 
Sesuai x kalau nak beli warne langsir ala² warne dan corak macam ni.. dengan tema dinding warna biru laut....


Goodies ni dia bagi sebab kami temankan dia beli baju hari jumaat tu.. baju nak pakai pg majlis kawin sepupunya, kebetulan goodies ni ade lebih mase dia pergi kenduri kawin rumah sepupunya .. jadi dia bagilah kami.... 

Lunch KFC

Assalamualaikummmm... semua......

Selamat petang semua... pagi tadi lemau nak mulekan keje.... ptg pulak mengantuk dah lepas makan tengah hari hihihihihi..... alasan jerkan....

Menu ape makan tengah hari tadi.. saya???? kami kebetulan ade kawan nak belanja hari ini... KFC, makan jerlah kan.. rezki kawan naik pangkat.. tapi sedih jugak sebab kene berpindah opis huhuhuhu.....


 Wahhh.. Banyaknyer......




 Chesse Wedges.. yang ini paling suke ni.. kalau makan KFC 




 Hamboiiii.. sakannye.. kawan-kawan nak makan lapar yer.......



 Nak masuk juga interframe....... (^___^)v



Yang ini saya punye.. hahahaha.. penuh sepinggan licin saya habiskan..;p


Terima kasih pada kawan kami yang sudi belanja tu.. tapi dia takde dalam gambar ni.. dia dah makan awal lapar sangat katenye hihihihihi.... semoga En. Alias akan dimurahkan rezki lagi ... nanti bolehlah belanja lagi.

Fakta ke Auta : BAWANG GORENG SEGERA

Asssalamualaikummm semua......


Salam pagi isnin, bile hari baru.. minggu baru walaupun hari ini hari terakhir bulan Oktober mood lemau jer kan... hihihihihi... biaserlah mood baru nak start enjin ni... 


Saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua pagi ini, saya sendri pun tak pasti sama ada Fakta ataupun Auta.. tapi tak salahkan kite kongsi bersama untuk pengetahuan....  


" Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja."

Takut pulak bile bace bende ni... sudahlah kite ni memang suke beli bawang goreng segera, bukan ape senang dan mudah lagi² kalau masak sup.. memang bawang goreng sentiase ade jer dalam stok peti sejuk tu... kalau dah nak habis .. cepat jer kite membeli yang baru hihihihi.... nampaknye bermule dari hari ini.. saat ini saya kenelah berhati².... tak bolehlah nak beli bawang goreng sesukahati lagi huhuhuhu.... kenelah rajinkan diri goreng sendri (^___^)v









terliurnye tengok bawang goreng macam inikan.... lihat sahaja boleh tau mesti ranggup hihihihihi......


Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi semoga lebih berhati-hati.

Ahad, 30 Oktober 2011

Hampir 10 Tahun Tak Kujejaki

Assalamualaikummm semua......

Ingat tak hari itu saya ade bagi tau yang saya kene kursus.. satu hari sebelum cuti Hari Depavali... Nak tau tak  kite kene pergi kursus dekat mane??? dekat Hotel Cristal Crown, Port Klang.... Hahahahaha... lame tak pergi hotel tu.... banyak cerita sebenarnye dekat Hotel tu.. bukan cerita ape.. dulu pernah kerja sekejap dekat situ.. sementara nak tunggu keputusan SPM keluar hihihihihi...... tak lama pun dalam 2 buan jer.... 



 Masih same.. tak berubah lagiiii.......


Memang tak disegajakan pun dapat kerja dekat situ... kebetulan hotel tu nak pakai pembantu tukang masak... kite pulak dengan kawan baik kite jie memang tengah nak cari kerja.. tak sangkalah pulak dapat.. main terjah jer kami mase tu..... Dema kate nak pakai pembantu Chef sempena bulan ramadhan ni... oklah tu.. dapat jugak duit poket nak raya nanti hihihihihi...... stakat pembantu chef jer kan.. potong-potong sayur, potong buahh.. itu jerlah yang kami buat.. masuk keje pukul 3.00ptg balik pulak pukul 11.00 malam.. setiap hariii kecuali selase kami cuti... memang dalam sejarahlah buka puase dekat hotel selalu dengan family jer... mase tu baru 17 tahun. sayu jer.. dengar lagu raya... bayangkan malam raya pun kami kene kerja tau.... memang kenanganlah sangat-sangat dekat hotel tu.... apepun memang pengalaman yang cukup indah ......


Gambar google jer ni......


Kursus petang tu habis awal pukul 3.30ptg dah habis, patutnya habis pukul 5.00 ptg... habis kursus... hubby amik terus pergi rumah akak ipar pulak dekat Batu Belah sebab nak hantar anak buah .... nanti sambung cerita kerumah akak ipar yer... macam-macam hal kikikikikiki... ;p

Episod Baru Bermula.....

Assalamualaikummm semua..........

Setelah hampir seminggu kami dihantar ke kampung... akhirnye hari ini pulang kerumahhhh hoyeeahhhh... hoyeeahhhhh..... Membuka pintu rumah dalam keterujaan dibuatnye.... hihihihihihi.....

Sangat-sangatlah teruja melihatkan cat baru warna rumahhhh.... berakhirlah sudahhh hijau yang mendamaikan.. kini berubah kepada biru yang lebih menyamankan, menyejukkan.. keredupan mata memandang.... seperti ditepi lauttt hihihihihi... bayangkan jerlahhh... (^___^)v

Tak sempat lagi nak upload gambar warne rumah yang baru... ini pun baru lepas mop lantai, walaupun hubby kate dah mop tapi.. kt nak mop jugak lagi sekali hihihihihi..... sementara amir tidooo boleh lah buat...





Terima kasih sangat-sangat pada abang ipar dengan ank buah yang sudi menolong hubby cat rumah... sebab tulah kami kene duduk kampung, ukan ape.. hubby xnak amir kacau.. nanti memang tak siap-siaplah mengcat tu.. kalau dengan amir kan.... dan terima kasih jugak hubby sebab cuti seminggu ini dimanfaatkan mengecat rumah.. maklum jerlah raya hari tu tak sepat nak buat.... raya haji pun ok jugakkan cat baruuu.... mood dalam rumah pun baru jer..... nak tukar perabott baru opsss.... kenelah kumpul bajet dulu... ini pun warne langsir macam dah tak sesuai jer.... dengan warne cat rumah yang baru hihihihihihi.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...