♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 29 Februari 2012

Ibu "amir nak makan maggie..."

Assalamualaikum Semua...

Dah beberapa hari ni amir batuk dan tak lalu nak makan sangat.... tapi semalam sempat lagi tu masa pergi pasar nak cendawan goreng, bile ibu cakap tak boleh jer sebab batuk.. mulalh buat muka kesian huhuhuhu.. sudahnya belikanlah jugak seringgit.. makan pun tak seberapa.. kalau tak seringgit tu sekali hadap jer...

Tibe² amir cakap "ibu amir nak makan maggie" rasa macam terperanjatlah pulak saya dengar.. betul ke nak makan maggie ni??? sebab tak pernah pun masak maggie untuk amir... saya siap tanya pernah makan maggie ke kat rumah ibu shima ke??? (rumah pengasuh) dia cakap tak pernah.. saya tak puas hati tanya lagi.. kat mane pernah makan?? amir jawab sambil buat mata kuyuuu tu.. tengok kat tv hihihihihihi.. tergelak saya.. kuat betul pengaruh iklan kan..

Ok ibu pun kedapur masak.. dengan muka tak bersalah.. masak ikut citarasaku 4 batang cili padi sah²lah maggie pedaskan.. motiff memang takmooo bagi amir makan bebanyak hihihihi.. lagipun maggie kan tak bagus untuk kesihatan...

hamboii bersemangat nak makan sendiri... takmoo ibu suap.....

Sekali hirupp.... macam mammee sluurrpp lah pulak gaya amir....

Siap bebel napa ibu masak pedassss.... air habis dua cawan amir minum hihihihihi....
ibu dengan muka selamba dan tak bersalah.. iye ker?? takdelah.. ibu letak cili sikit jer...
Nasib baiklah amir tak majuk.. sebab ibu tau dia bukan nak makan sangat pun.. nak rasa jer.. biaserlah bile demam ni.. ade jer nampak iklan macam sedapp semua nak makan.. padehal tak lalu nak makan pun....

Hihihihihi.. ni gambar fokus sikit.. dah banyak yang masuk mulut ibu pun... amir yang suap.. ibu pulak.. lawak betullah.. tergelak² ibu.. ayah.. jangan jeles.. sebab amir tak suap ayah...


pssstt... psssttt... gara² tengok gambar meggi masak ketam tekak ni pun tiba² teringin nak makan, sape nak masakkan ni huhuhuhu.... korang pernah cuba x?? sedap tak?? ok tak??? haiisshhh terbayang² ni.. macam manelah rasanya yer.. (^__^)v

Kisah ubat batuk

Assalamualaikum Semua....

Dah beberapa hari ni amir asyik batuk jer.. boleh dikategorikan teruklah jugak macam ade kahak... saya paling risau kalau amir batuk, demam dan selsema.. memang banyak makanan kene pantau... tapi tu lah budak². yang kite tak bagi.. yang itulah yang nak dihadapnya .. yang itulah jugak yang direnggek²kannya... huhuhuhu.....

Dulu pernah sekali masa umur amir setahun setengah demam tak kebah² dengan batuk, kami bawak pergi klinik pakar.. sebab dah pergi klinik biasa banyak tempat tak ok.. bile pergi klinik pakar kanak² barulah okk makan ubat dia... alhamdulillah lps tu lama jugak amir tak demam lepas tu... memang serasi ubat tu... bil pun boleh tahan dekat seratus lah jugak kene masa tu... lepas ni kalau tak ok jugak batuk tu.. barulah bawak pergi klinik, sebab demam dah okkk. lepas makan ubat dan dah bawak berurut demam dah kebah, demam urat agaknya.. penat main basikal... cuma batuk jer yang tak ok lagi...

 Inilah ubat batuk amir minum sekarang.. ubat batuk ni banyak pilihan.. kadang² saya pun susah nak buat pilihan.. paham² jerlah... ade ubat batuk kalau minum terus boleh tidur macam nak bagi rehat... tp tak bolehlah amalkan.. macam bahaya jer....

 Sibuk nak ambil gambar sama jugak.. nak jadi model ubat batuk hihihihihi.....

Kalu ikutkan paduan kat ubat batuk tu.. memang bagus sebab dia pakej untuk demam, batuk dan selsema... kalau batuk berkahak atau sakit tekak memang ok... harap² amir oklah hari ni....

Dulu mak ade jugak bagi petua kalau budak² demam soh rendamkan bunga buah belimbing besi (belimbung yang kecik² tu...) lepas tu.. air dia minum.. baca selawat.. alhamdulillah berkesan jugak.. tapi.. balik kampung baru² ni terlupe lah pulak nak amik huhuhuhuhu....

Kalau korang anak² batuk.. bagi ubat apa?? paling susah dan risau kalau baby batukkan... iyerlah kalau pergi klinik pun doktor tak boleh nak bagi ubat... errmmm..... (^__^)v...

Selasa, 28 Februari 2012

Contest "LIKE DAN FOLLOW" - Gallery aNNA-JuEaNNa

Assalamualaikum Semua.....

jom join contens nak?? macam best jer...

tarikh tutup penyertaan:

29/2/2012
jam 12:00 tengahmalam...
(kalau ada perubahan akan diberitahu kemudian)
 
syarat2 penyertaan..

1. wajib FOLLOW blog GaLLery aNNa-JuEaNNa
2. Wajib LIKe  Facebook "GaLLeRY aNNa-JuEaNNa (bagi mereka yang ada fb)
(kerana tujuan untuk perkenalkan kepada umum tentang GaLLeRY aNNa-JuEaNNa)

Untuk mengetahui syarat² lain bolehlah klik dekat gambar tu... jomlah join ramai² memeriahkan contens ni.. lagi sehari jer.. esok dah tamat tempoh tau... barang² kat Blog GaLLery aNNa-JuEaNNa
cantik² dan menarik.. sampai rambang mata dibuatnya kalau nak membeli....

Dumex chef cilik

Assalamualaikum Semua....

Selamat pagi semua... ingatkan lepas master chef dah habislah pengaruh amir nak main masak².. rupanya tak jugak... lepas master chef jadi dumex chef cilik pulak huhuhuhuhu.... pernah jugak pergi pasaraya amir mintak mainan masak² ni.. tapi saya tak layankan.. bukan sebab dia lelaki tak boleh main masak².. tapi sebab set tu akan menambahkan rumah lebih berserak kalau mainan berterabur.. nasib baiklah amir tak beria² sangat nak soh belikan hihihihihihi.....

Datang balik pengaruh nak main masak² bile puncanya malam tadilah tengok kat astro ria.. kebetulan amir pun liat nak tido malam tadi.. daripada dia layan kartun kat babytv tu jer.. lebih baiklah dia tengok masak² kat dumex chef cilik ni kan...

Sudahnya dia pun sibuk nak masak jugak haihh.. layankan jerlah.. padehal mata ibu ni dah tak boleh nak bukak nak katub jer huhuhuhuhu... jenuh pujuk ajak tidooo takmoo jugak..

 Nampak tak tu.. pensil warna dah jadi sudip uwar........

 Sambil masak.. mata tengok tv dan sambil bebel²... mengalahkan chef wan...

 Fokus sikit apa yang dimasaknya.. nampak tak???.. iyer.. jangan terkejut itu ikan plastik... hasil daripada tangkapan kononnya.. sebab saya ade belikan mainan pancing² hari tu.. batang pancingnya pun dah rosak... 
saya siap tanya amir masak apa tu.. masak ikanlah.. masak asam pedas hihihihihi.. tegelak² saya.. mir kalau masak dalam bekas ni mir kuah pun takde mir.. kan bekas tu banyak lubang bocor... 

hadaoiii mainan bersepah lagi..... nampak tak tu.. koleksi jentera² macam ni memanglah banyak sesangat kat rumah ni.. sebab amir peminat no.1 huhuhu.. tu belum lagi yang besar.. ni pun banyak ayah dah simpan dalam bekas.. letak kat belakang huhuhuhuhu... (^_^)v


Budak² lelaki memang macam ni agaknya kan.. kalau main... suka sepah²... ibu dah tak larat nak cakap soh kemas... kalau yang kecik² ni terpijak memang sakit tau... selalu bile soh amir kemas mesti dia cakap ibu pun tolonglah amir kemas jugak.. sabooo jerlahkan...  

Isnin, 27 Februari 2012

Kek ohh tidakkk... hilang dietku...

Assalamualaikummm Semua....

Kek aiskrim daripada secret receipi buat boss...

Selamat petang semua.. dah minum petang ker?? nampaknya petang ni tak payahlah saya nak beli goreng pisang atau kopok lekor.. sebab opis buat jamuan untuk bos tengah hari tadi.... soo suprise bukan kek jer pakej sekali makan tengah hari....

Hahahahaha... suprise untuk boss.. tapi saya pun menyibuk jugak nak join kan.. bukan join jer.. nak potong kek sesama... opss.. gambar tak boleh dipamerkan atas sebab² tertentu (perasaan jerkan...) gambar tak cantiklah tak bersedia.. malas nak upload.... upload gambar kek jerlah.. kek pun sedappp... kek daripada secret receipi mestilah sedapkan.. kan...

nyum² habis sudah saya makan..... hilang diet tau.. manelah tak kembang badankan.. huhuhuhuhuhu

Selamat hari lahir boss semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki.. jangan pening² layan kerenah kami ni yer... semoga boss lama sikit kat sini...


Happy Birthday Kawan² Alam Maya

Assalamualaikum... Semua....

Salam pagi isnin semua.... dikesempatan ini saya ingin mengucapakan Selamat Hari Lahir buat IntaNBerliaN a.k.a ina yang ke-29 tahun pada 25 Februari 2012 dan BIARKAN BLOG INI BERBICARA a.k.a echa yang ke-27 tahun pada 27 Februari 2012.

Semoga kawan² alam maya saya ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan mencapai impian serta harapannya ditahun 2012 dengan cemerlang, gemilang, terbilang. Mengenali kalian semua walaupun hanya dialam maya.. amat²lah dihargai.. moga perkenalan ini akan disusuli pertemuan yang indah suatu hari nanti jika ada kesempatan... (^__^)v

Takde hadiah istimewa yang boleh disampaikan... sekadar tatapan buat kalian.. lap air liur bebanyak tau.. kalau dekat bolehlah saya belanja...

Hanya muffin simple.. mengantikan kek, kene diet okk.. jangan makan kek banyak².. cukuplah tu kan 3 ketul sorang satu.. ina satu.. echa satu.. dan saya satu... (^__^)v

 Seloyang pizza... saya buat sendiri tau... 

Pencuci mulut mestilah ais krim terbaikkk dengan hiasan yang pastinya mengiurkan ok...

So sweet 
manis dan pahit dalam kehidupan ini... serta asam garam dalam kehidupan yang telah berlaku adalah mematangkan kita... jangan sesekali mudah cair seperti coklat bile di suhu bukan sejuk ok...

Pesana buat kalian semua daripada saya : Semalam adalah sejarah.. hari ini tetap hari ini yang akan berlaku.. dan apa jua yang akan berlaku akan datang adalah ketentuan.. percayalah pada Allah s.w.t. kerana tiada siapa pun yang mampu menolaknya.... peluk kuat² semua dari jauh.. hanya ciuman terbang dapat dikirimkan... ;p


Jumaat, 24 Februari 2012

Intan Berlians First Giveaway

Assalamualaikum Semua....

Salam dipetang hari... dah lama nak join .. tapi tak berkesempatan nak jenguk blog pihak penaja... alhamdulillah akhirnya berjaya juga.. moga jari ini bertuah lah hendaknya....

Mood pun tengah berkobar² nak join Giveaway sekarang ni.... hadiah yang ditawarkan pun menarik² tau... tak percaya tengok kat sini meh cepat tengok hadiah untuk u all ni.


STICKY MODE UNTIL 29/02/2012 

Senarai sponsor untuk Giveaway Intan Berlian:

Blog House of Pines Boutique 
Facebook The Bag Galore 
Blog Gojez Houz 
Blog Butikpinkku 
Blog MIz IrYa Boutique 
Blog Scarf Sweethoney 
Fanpage FashionTwister 
Blog Pretty Lens Store 
Blog Shuhadah Bajuibu 
Fanpage BabyIbu Shoppe 
Blog Coklatmanis2u 
Blog Dewisartworkstation 
Fanpage sukacollections 
Blog Nadi Craft 
Blog Herba Tihara 
Fanpage Moe Closet 
Blog Indiana Boutique 
Blog Cik Pingu 
Blog Qasehnya Rania 
Blog Fieda Rafli 

Barang Terbuang Hasil Lumayan

Assalamualaikumm Semua....

Sape kata barang terbuang tak memberi hasil, banyak hasilnya tau kalau kite pandai... bukanlah nak bangga tapi itulah abah saya... dulu kalau balik kerja ada jer barang yang dah tak berguna kat tempat kerja di bawak balik dan diubah suai olehnya... memang tersangatlah kreatif.... nanti saya buat entry tu.. bukan janji tapi pasti hahahaha.. sebab saya tak berkesempatan nak ambil gambar barang² yang abah dah ubah suai tu...

Baru² ni abah dengan adik lelaki ku yang sulong mengemas luar rumah, banyak sangat barang² dan besi² terpakai kat belakang.. semuanya abah dan adikku kumpul.. untuk dijual.. hasilnya memang lumayan penuh satu lori kawan abah barang terkumpul tu hahahahaha.....

Tak caya ce tengok.. ce tengok gambar yang amir ambil ni.. hahahaha.. ibu pun tak tahu bile masa amir ambil gambar ni... sebab ibu sibuk tengok orang punggah barang² naik lori.. pandai anak ibu ambil gambar ni senyap² yer... sorrylah gambar ni amir ambil dari tingkap jer.. tu yang nampak kabur.. dan pandangan dari rumah atas makkan tu yang nampak cermin tingkap tu...

 Banyakkan.. ni baru sikit.. yang baju oren tu adik lelaki sulong.. perasan muka macam khairul fahmi che mat.. nama jer sama fahmi hihihihihi......

 Tu dia.. botol² minyak penuh setengah lori.. belum lagi botol² clorok.. habis semua adik saya ikat² jadikan satu... memang banyak....

Alhamdulillah.. hasilnya lumyana semua abah jual dapat rm480.00 kalau tak salah.. banyak tu.. terkejut saya.. tapi yang pertama kali jual dulu lagi banyak.. penuh satu lori dekat rm800.00 tau... memang terkejut sangat masa tu... kire rezekilah jugakkan.. hubby pun mewarisi jugak.. rajin jual surat khabar terpakai jer kat rumah tu hihihihihi.... kalau barang² macam ni memang tak sempat kumpul semua dah kene buang siap² bile lori sampah datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...