Bicara Hati : Alhamdulillah ahirnya ade juga rezeki kami nak merasa shopping bonus daripada yawas ni ...
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 17 Oktober 2012
Selasa, 16 Oktober 2012
Calon Masterchef yang tercicir
Hihihihihihihi .. tajuk tak menahan.....
Bantai gelak jerlah yer.....
Mesti korang tertanya²kan sapelah calon yang tercicir tu .....
Jangan nak buat muka pelik sangat yer... saya acah jerlah...
Oklah ni kisah petang semalam ....
semalamkan seharian tak masuk opis, penat sangat tau ade nak kene hadiri taklimat kat luar ni... tapi takpe.. makan free okkkk² suke....
Jadi bile dah penat mood memang kelaut ke sungai lah nak masakkannnn kann....
jadi lepas amik amir kat tadika semalam saya singgah gerai tepi jalan dekat dengan sekolah amir beli laksa bungkus dan ABC (^____^)v kunun² menu makan malam lah tu.. sebab mak mertua ade bagi sukun ahad tu.. so bolehlah goreng.....
Balik rumah pun bagi tau hubby hari makan sukun goreng jer yer.. dengan laksa.... ke.. ayah dah makan???? dok senggih².. tak jawab pun saya tanye dah makan belum errrmmmmm.....
Sekali pergi dapur nak masukkan laksa kat pinggan, ternampak kuali bertutup macam ade sisa makan kat keliling..... jeng.. jengg.. jengg... ayah masak ker??? hahahaha... owwhhhhhhh... suprise ehhh...... patutlah tanye tak jawab dok senggih²......
Jom tengok bawah supriseee...... hubby masak (memang jarang² berlaku hokeyyyyy .... takpelah takde deko² macam masterchef, dah masak pun dah cukup baik)
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Nasi goreng special katanya.....
semua rencah dalam peti sejuk dimasukkan ayam cincang, udang, sayur campur hihihihihihi
rasa???? okkklah tak pedas sebab ayah masak ikut citarasa amir kot (tapi amir takmoo makan dah kenyang cian ayah) saya pun makan paksa²kan diri.. sebab nak makan laksa hihihihihihi .....
Bicara Hati : Ayah jangan majuk tau.. hari ni masaklah lagi.. mesti ibu habiskan ....
Kata - kata semangat buat diri sendiri
Memberi maaf pada orang lain yang buat kesalahan, walaupun ianya sukar dilakukan tapi insyaallah boleh... janji ikhlas dan mengambil masa.....
Insyaallah.. bermohonlah dan berdoalah.... moga Allah memperbaiki diri kita setiap masa
Bicara Hati : Semua orang pernah melakukan kesilapan, tapi percayalah ... jangan kite mudah menghukum insan lain yang melakukan kesalahan..... biarlah allah itu maha mengetahui segala²nya...
Isnin, 15 Oktober 2012
Doa elak sifat pemalas dalam diri
Bile dah lama bercuti mesti mood nak bekerja tu kelautkan... hari isnin macam ni takmoo malas².. semangat² ehh.... baca doa ni insyaallah... tak malas .. tak blues.....
Saya siap print tampal depan pc hihihihihi......
Bicara Hati : Hari ni seharian tiada kat pejabat, ade kerja kat luar yang perlu disiapkan... entry ni autopublish...
Ahad, 14 Oktober 2012
Tuan Putera mahu berendam sepuasnya
Kebtulan ade promosi dekat tesco 2 minggu sudah kot...
ibu belikanlah untuk amir RM 16.00 rasanya .. tak hinggatlh bape....
Oklah tengok size sedang elok letak kat depan rumah tu...
Memula jer mandi sorang .... anak jiran dengar amir jerit-jerit dok buat kuat lentang, segala kuak.. jalan itik bagai... dia orang pun joinlah amir sekali .... dah berendam takmoo naiklah pulak....
Sabtu, 13 Oktober 2012
Sarapan Berkhasiat
Inilah sarapan berkhasiat tu ....
tengok tanda harga pun tak buang lagi ..
beli pek ekonomi jer... RM 2.75
pek percubaan, rasanya ni makan 3 beranak seminggu .. sebulan pun belum tentu habis.
Jumaat, 12 Oktober 2012
Fenomena hujan lebat luar biasa bakal berlaku di Klang
KLANG: Penduduk Klang dan Pelabuhan Klang dinasihatkan bersedia
berikutan kedatangan fenomena ‘Astronomical Tide’ yang membawa hujan
lebat luar biasa yang dijangka melanda kawasan berkenaan dalam masa
terdekat.
Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri berkata, fenomena yang menyebabkan perubahan cuaca itu dijangka berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini.
“Fenomena ini dijangka mengakibatkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah hingga 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.
“Sehubungan itu, penduduk diingatkan supaya berwaspada dan membuat persiapan awal. Pada masa sama mereka juga dinasihatkan memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku itu,” katanya.
Beliau berkata, kawasan bandar Klang berada di kawasan rendah dan berisiko kepada banjir. Katanya, MPK akan melakukan pemantauan dan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena berkenaan.
Beliau berkata, setiap jabatan yang bertanggungjawab juga sudah bersiap sedia dengan kepakaran masing-masing bagi menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku nanti.
“Penduduk juga perlu memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan di
tempat masing-masing termasuk menyelenggara longkang secara sistematik
supaya bebas daripada masalah longkang tersumbat akibat
sampah,” katanya.
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 03-33716044, 03-33714404 jika berlaku sebarang kejadian kecemasan berhubung fenomena ini.
Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri berkata, fenomena yang menyebabkan perubahan cuaca itu dijangka berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini.
“Fenomena ini dijangka mengakibatkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah hingga 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.
“Sehubungan itu, penduduk diingatkan supaya berwaspada dan membuat persiapan awal. Pada masa sama mereka juga dinasihatkan memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku itu,” katanya.
Beliau berkata, kawasan bandar Klang berada di kawasan rendah dan berisiko kepada banjir. Katanya, MPK akan melakukan pemantauan dan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena berkenaan.
Beliau berkata, setiap jabatan yang bertanggungjawab juga sudah bersiap sedia dengan kepakaran masing-masing bagi menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku nanti.
sampah,” katanya.
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 03-33716044, 03-33714404 jika berlaku sebarang kejadian kecemasan berhubung fenomena ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10
Sumber : myMetro.com.my
Bicara Hati : Minggu depanlah yer .... Ya Allah lindungilah kami ...
Khamis, 11 Oktober 2012
Harapan seorang ibu
Sesuatu yang menyeronokkan untuk kite buat dalam hidup ialah bile kite buat bende tu dengan ikhlas dan penuh dengan sikap semangat dan teruja bersama insan² yang kite sayang.....
Buat sesuatu untuk anak, nampak anak senyum dan mule bijak berkata² dan menjawab setiap pertanyaan memang menyeronokkan (skema dak??? ayat x menahan) tapi itulah perkara yang paling saya suke buat bile dengan amir.... ade jer ceritanya.. tapi kalau dengan orang yang dia tak kenal dia tak berapa nak bercakap sangat (haihhh pemalu tak sudah² ikut peragai sapelah tu)
Sejak amir sekolah ni pagi² dan balik kerja ibu dah tak boring sebab ade jerlah cerita amir kat dalam kereta tu .. hari ni ustazah ajar ni lah.. teacher marah lah.. teacher garanglah... cikgu ujie baikk... (merujuk pada cikgu taska dia...) mestilah cikgu ujie baik... kalau amir baik.. itulah kata² saya.... cikgu lain pun baik.. kalau nak pandai mesti kene dengar cakap cikgu .. jangan melawan... itulah yang selalu saya sematkan dalam diri dia...
Lebih mudah menguruskan amir sekarang sebab dia dah nak pakai uniform tadika tanpa banyak tanya dan soal, pergi tadika pun dengan semangat sebab dah ramai kawan.. ade jerlah nama kawan baru dia akan sebut syakir, daniel kembar wadi wafi .... kadang² saje saya sakat.. takde kawan perempuan ker mir?? asyik lelaki jer nama yang amir sebut.... perempuan main dengan perempuanlah ibu .. kikikikikiki .....
Baru jer melewati minggu peperiksaan.. tak harap sangat pun dapat keputusan cemerlang, amir boleh menulis dan mewarna dengan baik pun ibu dah ok sebab baru 2 bulan sekolahkan, amirkan special kes.. orang lain sekolah awal tahun amir bulan 9 baru masuk tadika .... minggu ni ujian lisan/hafazan ... tapi amir mane tau menghafaz sangat stakat al-fatihah, doa makan, doa tidur tau lah dia... tahun depan barulah ibu akan bertegas kalau dia masih lagi tak pandai menulis dan membaca (^____^)v
Senggih tak sudah dah dapat bende ni.. sebab dah lame dia dok mintak ayah belikan tak tahulah kategori ape ipad, note atau tab
semua² pun boleh panggil kot sebab touch screen ... tapi bukanlah jenama samsung, jenama ape ntah
Ayah belikan masa melayan kerenah amir demam klik sini
Kebetulan ade offer .. hubby kata murah bolehlah buat main² amir jer.. bukan untuk hs pun... offer pun tapi rm300.00 lebih juga tau .... ngee~~~
(sorry kalau dengan ibu nangis pun belum tentu ibu belikan)
Dah macam lappy jer saya tengok, tapi tu lah asyik dok layankan lori sampah jer.. saboo jerlah.. tv sekarang dia dah tak heran dah.... ibu nak layan korea sampai lebam mata pun takpe ....
psstt.. anje a.k.a mamy damia balqis jual lagi murah tau ... klik kat pc tablet for kids cheaper kalau nak tahu lebih lanjut.
psstt.. anje a.k.a mamy damia balqis jual lagi murah tau ... klik kat pc tablet for kids cheaper kalau nak tahu lebih lanjut.
Bicara Hati : Keputusan periksa pun tak keluar lagi .. amir dah dapat hadiah lagi ape kes.....
Langgan:
Catatan (Atom)