♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 13 April 2013

Ayam Masak Lada Hitam


Hujung minggu yang mendamaikan, sejuk rasanya hati petang semalam bila balik kerja hubby dah lap kipas angin di ruang tamu dan bilik bacaan hubby buat kerja, sakitt mata oooooo kalau baring pandang kipas berhabuk ni huhuhuhuhu ... nati mintak tolong hubby risau hubby penat.. sudahnya hubby macam paham² jer apa yang ibu rasakan hihihihihi .....

Masak apa hari yer, hujung minggu jarang² sekali kat rumah.... kalau boleh nak masak special sikit.. kalau bolehlah.. tapi dah kalau 3 beranak jer.. yang makan... tak payah special sangatlah ... habiskan stok yang adooo dalam peti ais sudah hihihihihihi...... 

Ini saya nak kongsikan menu petang semalam yang saya masak, sempoi.. super duper... maklumlah hubby kata tak makan lagi, siap² dah dimasakkan nasi.. ayam pun dah siap berendam, tapi tak reti nak mask lauk lah tu.... patutlah bukan main rajin lap kipas.. nak amik hati ibu rupanya.... okk.. ting.. idea super duper.. pantas ayam masak lada hitam sudah... ni pun sebab baru tengok blog kak yatie sinar kehidupan... dan kebetulan bahan² ada kat rumah cuma saya ubah suai ikut bahan yang ada dirumah sahaja.


Kepak Ayam Masak Lada Hitam



Bahan-Bahan
Kepak ayam
Serbuk kunyit
Garam
minyak masak secukupnya
Lada hitam-kisar kasar
2 biji tomato- belah 4
1 labu bawang besar-potong bulat


Bahan HirisBawang besar
Bawang putih
Halia


Bahan Sos
Kicap manis
Sos lada hitam
1/2 cawan air


Cara Menyediakannya.
Kepak Ayam di bersihkan dan gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
Masukkan lada hitam kasar.
Masukkan ayam yg di goreng tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu dan sikit kiub ayam knoss.




Resepi Asal : Klik Sini 




Super duper senangkan idea ni... hujung minggu macam ni pun boleh masak, budak² pun suka tau.. sebab ala² macam masak kicap gitu, tapi.. amir dah kenyang dia takmmoo makan.. masa saya masak semalam jadi.. tak salahlah ibu letak lada hitam lebih.. memang sedappp....






Bicara Hati : ikutkan hati nak bakar kepak ayam macam ala² kenny rogers gitu guna pemangang ajaib, mesti ajaib rasanyakan.. kan.... tapi sebab nak cepat tu yang masak macam ni jer... 












Jumaat, 12 April 2013

CPUV Pertama Dihari Jumaat


Setelah bertahun² menulis, akhirnya CPUV pertama singgah juga di blog masya yang picisan ni macam nak lompat bintang sampai syiling rasanya (hahah over tak??).... Bukan sahaja CPUV pertama ditahun 2013 tapi memang CPUV pertama sepajang menulis blog.... alhamdulillah rezeki hari jumaat, bila saya bukak akaun nuffnang pagi tadi macam nak kerooo mata tak percaya.. sebab dah lama tak bukak, iyerlah asal bukak jer.. takda CPUV kan lama² malas nak bukak kikikikiki ...;p


CPUV pertama yang singgah di blog saya ialah CPUV Samsung Note 2 warna merah jambu, harap² lama lah kamu menari² di blog saya ni .. memang mata ni.. dah jatuh cinta tengok handphone samsung tu tau.. lagi² warna merah jambu yang sangatlah lembut.. macam tau² jer saya tergoda melihatnya.

CPUV pertama dah seminggu rupanya menari² dalam blog, hari ni baru tahu sebab baru bukak akaun nuffnang.... amaun pun tak tutup bukan bertujuan menunjuk² yer sekadar tanda ingatan sahaja.. walaupun tak banyak... tapi menjadi inspirasi saya untuk terus menulis (^____^)v

Orang lain mungkin dah berderet² banyaknya dah 2013 tak heran pun jauh sekali nak buat entrykan... saya yang baru dapat satu dah nak hebohh siap buat entry kikikikiki ...;p biarlah orang lain kan.. ini blog picisan saya.. kisah suka duka kisah hati saya, terima kasih pada kawan² yang sudi membaca dan memberi sokongan selama ni.


Bicara Hati : Tak sia² update bio blogger hihihihi....

Salah Pahaman



Salah paham, salah pahaman atau salah pemahaman sebenarnya .... entahlah sama sahaja kot maksudnya...

Sejak akhir² ni emosi kat pejabat sering terganggu, entahlah kadang² jauh disudut hati kalau diberi peluang untuk berhenti rasanya seperti mahu berhenti sahaja.

Rasanya aku bukanlah kategori menyebokkan hal orang lain, jauh sekali mulut yang suka nak bercerita hal orang .. tapi itulah.. bila ada orang lain yang mendapat khabar angin dan tidak bertanyakan asal usul sebenar sekadar membuat tuduhan membabi buta buat hati saya mudah sensetif. Mudahnya orang itu mempercayai apa jua yang disampaikan... Sabarkan diri..... sabarlah.. wahai hati ..... 





Suasana kerja sebenarnya mempengaruhi juga kerja kita, kalau orang sekeliling dah tak boleh nak memahami kita, apatah lagi big boss kan... 

Sejujurnya kawan² kat opis semua pun baik² sahaja, tidak ada yang membuatkan hati terluka cumanya.. cumanya insan yang seorang itu sahaja.... ada sahaja yang tak kene dimatanya mengenai diriku... aku sedar aku ni bukanlah orang yang baik.. apatah lagi yang kita lakukan boleh diterima oleh semua orang dan mampu memuaskan hati semua orang, tapi entahlah .. hatiku rawan dibuatnya... seperti mahu berubah angin.. mungkin kerana sudah 8 tahun disini.



Bicara Hari : Tengahari rehat yang panjang, mahu tidur atau ke satu untuk merehatkan diri...
 





Kerenah Anak Dalam Kereta



Mendengarkan suaranya pagi hari menyanyi² sambil mendengarkan radio itu sudah membuatkan senang dihati ibu dan tanda amir sudah sihat, berbanding 2 hari berlalu.. pagi yang suram.. tanpa suaranya. Pagi yang sepi tanpa bebelannya....

Ibu kona kiri ibu.. kiri... sudah pandai menunjuk arah mana laluan untuk mengelak jem, gelihati aku kadang²... itu belum lagi kalau tiba² buat muka sayu.. ibu amir laparlah... amir nak makan nasi lemak pagi ni.. dengan telur mata lembu (hahaha.. masa dulu² pertama kali dengar macam nak tergelak bila amir sebut mata lembu, sebab selalu saya panggil telur mata jer).... okk kalau jam menunjukkan masih awal, memang lepas pergi opis ibu thumprint terus pergi beli nasi lemak dulu.. dan air horlikcs suam bungkus menjadi kegemaran. Tapi kalau dah lambat... roti krim sahaja.. itu pun amir dah cukup gembira, alhamdulillah.. dipermudahkan dan tidak cerewet.

Mood pagi tadi... rajin pulak siap suruh bawak buku bacaan, tapi dalam kereta memang dah mula bekalkan buku bacaan ni.. sementara jalan jem layanlah amir membaca giu².. takdalah dia bosan sangat.... kalau tak mulut amir asyik becok dok bercerita lori itu lah, kontenalah, kereta powerlah... emmm.. macam²lah... kadang saya naik jenuh menjawab soalan yang sama.


Ni mood pagi tadi sempat amik gambar masa dia membaca... walaupun tak lancar lagi.. tapi dah boleh membunyikan itu sudah cukup buat gembira hati ibu ni ....



Bebas kedepan, kebelakang itulah kerja amir... kalau dalam kereta... kalau mood baik pagi hari.. mahu juga dia pakai tali pinggang, kalau mood dia tak baik... baring jerlah kat kerusi belakang tu.... cium ayah cium ibu.... sambil bagi tahu.. sayang ibu buat muka manja lepas tu dia sambung tidur huhuhuhuhu ....



Bicara Hati : Malam nak tidur tak sudah² berulang kali baca kisah nabi yusuf, dah hafal dah nama nabi² siap menyanyi² lagi...


Khamis, 11 April 2013

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com



Mood kelaparan dipetang hari, haihh peliklah sejak akhir² ni asal petang jer mudah lapar... kenapa pulak yer... tekanan darah rendah ker??? 

Nak mengadap blog pun tak larat, tapi singgah jugaklah rumah kawan² dikasihi.... dan tertarik dgn GA kat bawah ni.. macam menarik jer... jomlah join.. klik pada gambar yer...










FM Langkawi Dari Ayue


Pertama kali singgah di blog, banyak betul resepi² yang ditayangkan.. maklumlah tuan tanah kedaung ayu suri rumah sepenuh masa.... dan resepi² yang dikongsikan juga kebanyakkannya mudah² belaka... sesuailah buat saya ni.. yang tak berapa nak pandai memasak guna penimbangkan kikikiki ...;p


Alpa selalu kerumahnya.. lama² tuan tanah kedaung bertukar tajuk blog kepada Cerita Hati , bermulalah episod dan kisah anaknya adam yang sangatlah comel, bijak pulak tu... dari situ mulalah rajin komen dan selalu bertandang.. biasalah bila kisah² dan ragam anak ni.. memang cepat jerlah nak komennya.. lagi² kalau yang mencuit hatikan.. Sudahnya tak sangka pulak menjadi pengomen tegar di blog ayue hihihihihi....


Ayue bermurah hati beri FM daripada langkawi kebetulan suami ayue baru balik outstation kerja kat sana.. suka².. macam nak lompat rasanya... sebab fm ni lain daripada koleksi yang saya ada... yang ini gambar helang.


 Terima kasih ayue, terharu dibuatnya.. sebab tak sangka dapat hadiah daripada ayue.. gara² selalu komen kat sana.... semoga perkenalan ini akan diberkati dan berkekalan selamanya....





Cantiknya kan...warna biru.. feberat kaler tu hihihihihi ...
Hubby senyum jer.. bila saya tunjuk fm ni.. sebab sejak rajin berblog ni makin bertambah koleksi.


Paling saya suka singgah blog ayue ni bila ayue buat entry dan bercerita mengenai homeschool untuk anaknya... ayue kan suri rumah jadi bila masa dengan anaknya banyak.. dia gunakan aktiviti macam ni dengan anaknya untuk berlajar.. teruja saya baca tau... iyerlah saya ni malam jer.. dapat join amir buat kerja² sekolah atau main² dengan anak, kalau diberi peluang macam ni mestilah banyak lagi masa dan aktiviti kita boleh buat dengan anak²kan.. masa di isi dengan lebih berfaedah sesuai untuk tumbesaran minda anak.


Pada sapa² yang belum kenal dengan ayue, bloglah pergi ke blog ayue http://ayueazruladam.blogspot.com selain menambah kenalan.. bolehlah kongsikan pengalaman mendidik anak kan.


Bicara Hati : Tekak makin perit, balik ni mahu cari buah kembang semangkuk.







Emosi




Salam pagi Khamis.. Cepatnya masa berlalu sekarang ni...








Rabu, 10 April 2013

Mood Tak Sihat



Tiga hari ni hubby yang akan hantar saya ke tempat kerja, dan kemudian hantar amir ketaska pula ... Jadual macam biasalah haruslah di susun sebaik mungkin supaya tidak menganggu perjalanan.

Mood hari pertama hubby hantar ketadika amir agak muncung kerana tak dapat nak singgah kedai mamak beli horlicks suam bungkus dulu .. sebelum ketadika. Bukannya banyak pun amir akan minum .. tapi cukuplah mengalas perutnya... anak² begitulah kerenah kadangkala.. bila ibu mahu bancuhkan yang 3 in 1 sahaja tak mahu pula.

Sejak malam tadi lagi amir dah mengadu sakit kaki kanan, kepenatan agaknya sejak akhir² ni dah kerap buat latihan sukan, kebetulan badannya pun suam² macam mahu demam... dan mengadu sakit tekak. Pagi ni pun amir mengadu sakit perut dan tekak... hubby kata dia muntah tadi.. turun kereta huhuhuhu.... Dah sms cikgu suruh pantaukan keadaan amir, call pengetua tanyakan keadaan dia dalam pukul 9.00 pagi, pengetua bagi tahu amir dah okk.. sedang makan.. hari ni amir cuti ketadika hanya duduk ditaska sahaja. Harap tak melarat.

Nampaknya malam ni pun macam masih tak selera sahaja amir nak makan .... jangan kata amir.. tekak saya pun dah mula semacam ni... kering, nak selsema dengan batuk jugak agaknya.



Bicara Hati : Patutlah berat hati nak pergi persidangan di Penang, Patutlah berat hati nak pergi kursus di Johor ... (isu johor ni jadi bualan hangat di pejabat) rupanya amir tak sihat.. naluri ibu kan.. bila berat sahaja hati.. pasti ada sebabnya.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...