♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 17 Jun 2013

Ikan Bakar Cara Pemangang Ajaib





Mengiurkan tak??? abaikan ada warna hitam² tu.. tapi itu lah yang membuka selera tau ... sebab walaupun dia hitam macam tu .. tapi tak hangit pun sebenarnya hihihihihi ...

Sejak ada pemangang ajaib ni, banyak jugaklah menu yang saya masak ni cepat siap.. dan jimat masa.. bukan sahaja jimat minyak dan tenaga kikikikiki .... yang penting sedappp.... (^___^)

Nak resepi?? hahaha.. bakar ikan koboi macam ni.. malu pulak nak letak resepi, tapi kalau korang nak cuba .. cubalah .. dijamin sedapp.. lagi² cicah dengan kuah asam tau ...

Resepi versi masya :

Ikan cencaru / ikan kembung pun boleh kot 
Bawang merah, Bawang putih , Halia semaunya saya tumbuk dan gaul pada ikan. Kemudian saya campuran sos bbq salai dan sedikit tepung gandum .. kunun² takmoo ikan tugaring sangat... garam dan gula letak sikit yer.. ikut citarasa korang.. biarkan terperam 15 minit.. sambil² tu.. korang maskalah sayur apa nak masak.. lepas tu barulah bakar, masa bakar kat pemangang ajaib ni nak letak minyak .. tak letak pun boleh.. tapi .. saya ... masa balik² ikan tu.. saya letaklah sikit... lepas tu saya tutup balik.. seyeslah.. jiran² pun takkan tahu kita tengah bakar ikan.. sebab pemangang ajaib tu kan bertutup hihihihihi .. tidak berasap... lepas tu korang agak²lah sendiri yer.. bila dia masak.. jangan sampai rentung pulak...   


Kalau ada kawan² yang bermina nak beli pemangang ajaib bolehlah pergi ke blog kak atie, sebab kak atie ada jual pemangang ajaib ni.. saya beli kat langkawi .. kirim kat kawan .. tak beli kak atie, korang jangan salah paham pulak yer... saya kongsikan link ni memudahkan kawan² yang masih tercari² kat mana nak beli pemangang ajaib macam ni.




Bicara Hati : Saya dah cuba jugak masak pizza guna pemangang ajaib ni hihihihihi ... (^___^)v








Tak Sabar Nak Tunggu Habis





Amboi kemain lagi tengok kat fb dah macam² propa yang keluar.... ada orang kata che ta juara masterchef hihihihihihi .. betul kah?? ada yang kata final nanti che ta dengan syura hohohohohoho .. kalau betul pingsanlah peminat celina eh² pulakkan...

Tapi memang lagi beberapa orang ni, memang makin tertanya² dibuatnya siapalah agaknya juara masterchef selebriti yang baru ni kan.... ada yang layan tak?? ke korang booo layan dan boikot rancangan ni kikikikiki .... 



Petama kali tahu microwave boleh gunakan untuk masak.. perrrggghhh lap peluhlahkan.. kalau nak masak pakai bende ni , cian syani terkeluar sebab masak ketam 2 jer.. dia tak gunakan 1 lagi ketam tu.. ingatkan kencana yang terkeluar.





Bicara Hati : Kerja berkumpulan malam ni syura dengan kencana, che ta dengan celina .. kalau salah satu kumpulan kalah mestilah kene masak dalam penyingkirankan lagi kan ... 











Sambutan Hari Lahir Amir Kat Tadika



Buat pertama kalinya tahun ni, amir sambut hari lahir dengan kawan² kat tadika ... so sweeettttttt .... kenangan terindah yang akan di abadikan sampai bila², sambutan pada 14.06.2013 (Jumaat) jam lebih kurang 10.00 pagi


Banyaknya gambar .. tak tahu nak kongsikan yang mana .... hihihihi .. dan eksklusifnya hanya kongsikan diblog sahaja, dah malas nak upload kat fb, kita upload gambar kek jer hihihihi ... nanti ada orang komen kita bangga diri pulak (bajet retis pulakkan) hahahahaha .... maklumlah kat blog ni walaupun ramai yang follow tapi semua pun sporrting .. walaupun cuma kenal di alam maya sahaja.. terima kasih semua.



Kek idaman superhero man of steel, khas buat superherooo ibu hahahaha .. tema biru dan merah macam tema blog ibu pulak.. habis kalau ikut tema amir nak hijau ape kes... gambar hulk bolehlah hijau kan ...;p






Amir dengan cikgu kelas kesayangan amir, cikgu ain .. terima kasih cikgu .. kerana melayankan kerenah amir ... dan terima kasih mengajar anak saya dengan ikhlas .. moga amir di terangkan hati mudah menerima ilmu yang cikgu berikan.







Amir dengan antara kawan² kelas amir, yang lain malu nak interframe.. yang ini pun jenuh cikgu² suruh senyum beku hahahaha ... korang tengok bebudak ni .. kemain lagi bajet popular tau... muka interframe. kat gambar.






Kenangan bergambar dengan cikgu² tadika amir dari kiri cikgu ain (guru kelas amir), pengetua mualimah, saya dan ana (ibu adam) tolong temankan ... sebab dia ada hal nak jumpa pengetua kita hangkut dia sekali.... cikgu ujie (cikgu taska) bercuti takdalah dalam gambar ... tukang amik gambar hubby hihihihi ...







Amir patutnya sambut jamuan hari lahir sekali dengan amir, tapi zara punya tunda hari ni .. hari isnin. Jadinya hari jumaat tu sambut bestday amir sorang² jerlah kat tadika.








Kami sekeluarga, penat tau deko² belakang tu.. terima kasih pada kawan opis yang tolong buatkan, tq auntie nadia amir kata hihihihihi .... tulis 5thn amir hazim jatuh sikit .. terkebawah lah pulak .. huhuhuhu .. jadi tak berapa nak nampak sangatlah.







Goodies buat kawan² tadika dan taska amir, harap dia orang suka. (^___^)v








Terima kasih sangat² pada pihak tadika, sebab memberi kerjasama yang baik .. amir kemain teruja sangat, jangan cakap .. habis kat kampung semua orang dia nak bagi tahu dia dah sambut bestday dengan kawan² tadika hahahahaa .... yang lemah datangnya daripada saya dan hubby moga yang baik² semua atas perkenan allah, alhamdulillah majlis pun dipermudahkan dan bacaan doa oleh ustaz daripada tahfiz, saya tak amik gambar.. tapi saya rakamkan videonya.










Bicara Hati : Ada cerita disebalik tabir sebelum majlis diadakan ... memang betul² dugaan buat kami, nanti up story kemudia eh...



















Sabtu, 15 Jun 2013

Ayah Amir Dah Berjaya .....



Okkk.. entry intro sebelum ni , inilah dia ... kejadian ahad minggu lepas 09.06.2013 bersamaan dengan ulang tahun kelahiran amir kali ke-5, memang hadiah yang cukup bermakna buat kami sekeluarga ... 

Tahniah buat hubby, kejayaan penat lelah 4 tahun memerah tenaga, memerah otak menghadapi segalanya memang ber baloi².. walaupun hubby terkilan jugak bila pihak universiti naikkan kelayakkan untuk perolehi kelulusan cemerlang, sebab hubby sikit lagi dah dapat .. kalau ikutkan yang lama punya syarat memang dah layak sangat .. takpalah apapun hubby dah menjadi kejayaan buat kami .... moga ada hikmahnya, itu pun dah syukur .. lepas ni banyaklah masa buat kami .. yeahhh bestnya²...




Kejayaan hubby inspirasi buat anak ² , amin.. insyaallah....



Masa ni aku rasa amir tak berapa paham sangat apa istilah konvo ni, tapi amir lebih teruja tengok ayah kat skrin tv luar pwtc tu.. maklumlah ibu tak masuk dewan, yang masuk akak ipar dan bapak mertua sahaja.... aku, mak mertua dengan amir dan anak buah kat luar.. itu pun cukup ramai orang wehh.... pening.

Dann .. dannn .. pertama kalinya dalam sejarah aku belikan hubby mungaaaaaa tu hahahaha .... sila jangan nak gelak lebih eh, hubby kat bukan mamat bunga jadi tak payah nak beria² belikan yang besar.. yang kecik² ni pun hubby dah senyum² meleret dapat .... kakakakaka ...

Alhamdulillah segala urusan di hari konvo ni dipermudahkan.... lepas possing sana.. possing sini, hubby pulangkan jubah hari tu jugak, setel masalah .. sebab ka PWTC ni susah nak dapat parking, nasib baiklah kami dapat parking tau kat bawah tanah tu.

Balik tu .. makan ramai² memasing kebuluran ... sebab konvo mula 2.30 ptg sampai 5.30 ptg grrrrr ... sekalilah meraikkan hari lahir amir. (^____^)v



Bicara Hati : Takda rezeki nak sambung belajar tinggi² macam hubby, harap anak² adalah yang mewarisi kejayaan hubby ... amin.








Kejayaan Ayah Semangat Dan Inspirasi Buat Anak ²





Tunjuk gambar ni jer .. mesti semua orang dah tahu apa maksudnya, okkk .. ni gambar intro jer.. gambar ni memang menjadi semangat buat saya, hubby dan inspirasi buat anak ² di masa depan.








Jumaat, 14 Jun 2013

Hadiah Hari Lahir Buat Amir Tahun Ke - 5


Hari ni lambat bersiaran sebab semalam sibuk sikit, tak sempat nak draft, hari ni nak kongsikan hadiah hari lahir amir pulak .. selepas entry² mengamit memori indah minggu ni khas untuk amir hihihihi .... kalau ada yang terlepas baca entry² tu .. boleh klik link ni eh ..

Ulangtahun ke-5 buat putera masya
Tumbesaran hingga 3 tahun
Tumbesaran amir dari tiga tahun hingga lima tahun
Bila kami beraya sedondon mengikut tema


Tahun ni hadiah takda mainan² daripada ibu yer.. hihihihi ... walaupun setiap tahun tak semestinya hari lahir amir baru dapat hadiah, takda hari istimewa pun amir boleh dapat hadiahkan... sebab ibu suka buat suprise .. sudahnya amir pun kadang² terikut².. beli coklat kat kedai .. balik suprise kat ayah kunun² amir yang beli coklat tu bagi kat ayah hadiah hahahahah ...

Sebagai kenangan² ibu kongsikan kat blog hadiah yang ayah bagi kat amir sempena hari lahir pada umur 5 tahun kali ni ialah .... taraaaaaaaaaaaaaa.. sila turun kebawah kalau nak lihat.


v


v


v


v



Ayah belikan tab baru, padahal tahun lepas baru belikan tab ... tapi dah rosak tab tu huhuhu... ni bukan jer amir yang main, ayahnya pun sama lebih main tab ni dari amir kadang².. macam manalah tab tu tak cepat rosak.





Ini hadiah daripada ibu, ada rezeki lebih ibu kongsilah dengan amir (^___^)v
Pelaburan masa depan, moga memberi keberkatan pada amir dimasa akan datang.




Bicara Hati : Kalau ada yang tertanya² bila nak habis kisah amir ni, rasanya sepanjang bulan ni.. nak buat kisah dia jer lebih kat dalam ni hihihihihi ... 



Khamis, 13 Jun 2013

Kata - kata Semangat Buat Hati Lebih Tenang



Takmoo mengeluh² .. takmoooo berkerut² .. nanti cepat tua hihihihihi , sebenarnya saya nak kongsikan kata² semangat buat diri, buat diri sendiri dan sapa² jerlah yang baca ni, pahaminya yer... maksudnya...

Betul tak?? ramai yang boleh menjadi pendengar yang setia, tapi berapa ramai yang boleh paham situasi yang sedang kita alami ....


Betul tak??? kita cuba menjaga hati semua orang disekeliling kita .. tapi pernah kah mereka pula terpikirkan hati kita ... 


Sikap yang satu ni rasanya masih kuat pada masyarakat melayu hari ini, walaupun zaman dah makin moden .. tapi pemikiran masih lagi macm tu.. masih lagi suka irihati, masih lagi suka berdengki.. masih suka berdendam .. allahuakbarrr... nauzubillah ....













Pertama Kali Ambil Report Card Amir



Bulan 6 ni rasanya macam penuh jadual kita orang dibuatnya, tup² hari ni dah 13hb yer.. huh!! dah boleh kira ½ tahun lah jugak masa berlalukan..... masa .. masa .... cepatnya berlalu memang tak menunggu.

Rasanya macam baru jer daftar amir masuk tadika, aikk dah periksa pertengahan tahun... alhamdulillah keputusan amir biasa² sahaja, banyak perkembangan baru ... sejak amir sekolah ni..

Cikgu bagi tahu amir bab menghafal surah² dan doa takda masalah cepat jer tangkapnya ... tapi .. bab sosial dia masih lemah lagi .. bab sosial ni maksudnya dia kalau cikgu tak ajak join main sesuatu aktiviti dia memang pemalu nak join ... mulut pun tak terlalu banyak cakap .. sampai cikgu kata amir ni macam banyak pikir hihihihi .. iyerlah tu... kat rumah kemain banyak lagi bercakapnya.


Kelas lima tahun ...
Ayah pun datang sama amik report card, semangat kami kan.. maklumlah pertama kali.


okkk sambung banyak bab tu cikgu bagi penerangan, dan alhamdulillah semuanya pun ok.. untuk anak² seusia amir ni dekat 20 minit jugak cikgu bebel, ramai betul mak pak menunggu sebab kelas amir ada 21 orang muridkan...

Hasil kreativiti amir cikgu kata amir ok, kalau suruh lukis rumah dengan tingkap, pintu, areal tv pun ada hahahaha ... gelihati cikgu, kadang suruh lukis bunga dengan pasu bunga daun suam amir lukis.. yang ni cikgu puji lebih kreativiti .. walaupun bab mewarna amir tak suka sangat .. selalu paling lambat hantar .. dia memang tak suka mewarna .. kadang satu warna jer dia gunakan untuk warnakan semua gambar, bila cikgu dah tegur pulak .. habis satu gambar sampai berwarna warni huhuhuhu ...

Matematik semua alhamdulillah dah kenal nombor walaupun cikgu suruh mengira daripada belakang contohnya nombor 20,19,18 dan seterusnya sampai 1. Kira oklah bab ni .. memang ikut hubby betul terrorr math.

Oklah itu jerlah kita kongsikan hasil sesi bertemu dengan cikgu amir hari tu, harap hujung tahun ada lagi penambaikkan...



Bicara Hati : insyaallah minggu depan hari rabu amir ada rombongan, esok pulak sambut bestday amir kat sekolah.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...