♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 12 Oktober 2012

Home » , , , , » Fenomena hujan lebat luar biasa bakal berlaku di Klang

Fenomena hujan lebat luar biasa bakal berlaku di Klang

 
 
 
 Gambar daripada FB
 
 
 
KLANG: Penduduk Klang dan Pelabuhan Klang dinasihatkan bersedia berikutan kedatangan fenomena ‘Astronomical Tide’ yang membawa hujan lebat luar biasa yang dijangka melanda kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri berkata, fenomena yang menyebabkan perubahan cuaca itu dijangka berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini.

“Fenomena ini dijangka mengakibatkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah hingga 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.

“Sehubungan itu, penduduk diingatkan supaya berwaspada dan membuat persiapan awal. Pada masa sama mereka juga dinasihatkan memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku itu,” katanya.

Beliau berkata, kawasan bandar Klang berada di kawasan rendah dan berisiko kepada banjir. Katanya, MPK akan melakukan pemantauan dan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena berkenaan.

Beliau berkata, setiap jabatan yang bertanggungjawab juga sudah bersiap sedia dengan kepakaran masing-masing bagi menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku nanti.

“Penduduk juga perlu memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan di tempat masing-masing termasuk menyelenggara longkang secara sistematik supaya bebas daripada masalah longkang tersumbat akibat 
sampah,” katanya. 

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 03-33716044, 03-33714404 jika berlaku sebarang kejadian kecemasan berhubung fenomena ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10
Sumber : myMetro.com.my



Bicara Hati : Minggu depanlah yer .... Ya Allah lindungilah kami ...



 


 

22 ulasan:

Unknown berkata...

Ya Allah...tempat kita ker Masya...moga tak adalah sampai banjir....aamminn

Saya Disini berkata...

kene buat persiapan awal ni

Salmiza berkata...

take care...get ready...

Unknown berkata...

Semoga semuanya bersiap sedia dari awal... cegah lebih elokkan

ieja amieja berkata...

kata pepatah: sediakan payung sebelum hujan
insyaalah semua dalam perlindunganNYA

- AZIE - berkata...

mcm riso pulak baca, harap2 xdelah seteruk yg digambarkan

Unknown berkata...

masya..saya kongsi kat fb yew..tq

QA's ~ mamapapa berkata...

semoga kengkawan yg tinggal di Klang semua dlm perlindungan Allah ,amiinnn :)

Fieza79 berkata...

oo kena sedia kan 'payung' ni..dan amik langkah brjaga2..mn tau kan..

Khalilah berkata...

Agak menakutkan bila perubahan cuaca yg berlaku mendadak sangat ni... Mudah-mudahan Allah melindungi kita semua dr segala bencana. amin...

Unknown berkata...

ohh.. info yang baik nih.. thanks masya~

Ujie Othman berkata...

suami bgtau gak psl ni mlm td. skrg pun dah 2 hari (ptg-mlm) ujan lebat. tak pernah2 bocor pulak siling ruang atas. banjir la sikit.

kita doa takde kejadian buruk yg jadi.

Tie HT berkata...

tapi kan kat rumah akak ni dah stat fenomena semut keluar dari sarang nak duk dalam rumah..semut gigit lak tu..btw sama2 lah doa utk keselamatan dan kesejahteraan kita semua..insha Allah

Nieyla Nadia berkata...

kena bersedia tuh kan...bahaya la...smlm pun tempat nieyl pukul 6..dah gelap gler2..mcm kol8 mlm...tanda mcm nak ujan...tapi ujan kejap aje...

IntaNBerliaN berkata...

Ya Allah.. harap semuanya ok lah... moga takda pe2 kejadan yg buruk...

insan_marhaen berkata...

Tadi lalu kat sg gombak nampak air nya naik..kebetulan baru lepas hujan..

sal ya berkata...

so kena extra care la ye.

Falsya berkata...

salam...

singgah sini..tx coz follow...follow awak sudah..;)

QasehnyaRania berkata...

Gerun pulak bca berita ni..
Bersiap sedia yer..
Mudah2an akn dprmudahkan segalanya..amin

QasehnyaRania berkata...

kene berjaga2 tu..

eija_sweetmama berkata...

Minta dijauhkan, x sanggup rasanya menghadapi banjir ni..
Sekarang ni banjir berlaku x kira tempat dah kan..

fieda berkata...

mmg sekarang ni musim hujan jer kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...