♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 22 Januari 2015

Home » , , , , , , , , , , , » Cara Pujuk Anak Ke Sekolah

Cara Pujuk Anak Ke Sekolah



Dah seminggu lebih masa berlalu rupanya sesi persekolahan bermula, syukur sangat² kat selangor ni takda masalah banjir .... dan ibu lagi banyak² bersyukur amir tak meragam .. semalam 20 januari berakhirlah sesi orentasi bagi tahun 1 kat sekolah amir. Jadinya bermula hari ini cikgu dah bagi jadual waktu dan dah mulalah sesi pembelajaran.


Tertarik nak buat entry sebab ada ibu bapa yang google (agaknyalah .. takkan belum jd ibubapa pulak kan nak amik tahu) mengenai cara pujuk anak ke sekolah ... dan carian ni selalunya memang aktif bila awal tahun mula buka sekolah .. itulah yang aku perasan.. sebab awal tahun lepas pun ada jugak carian ni datang kat blog kita.. walaupun kita tak pernah buat entry ni. huhuhuhu ... ;p






Kalau anak korang masih meragam nak pergi sekolah, pandai²lah korang amik hati .. pujuk .. tapi jangan manjakan sangat. Percayalah mereka sangat berdikari cuma belum biasa dengan pendedahan disekolah.. atau mungkin tak biasa lagi dengan kawan² sekeliling ... pikir yang positif okkkeyyyyy .... cikgu² kat sekolah semuanya terlatih .... mereka akan membantu kalau ada anak yang menangis takmoo sekolah.


Saya kongsikan sedikit tips / petua yang saya gunakan sebelum amir masuk sekolah , ini berdasarkan pengalaman saya yer ... saya harap membantu buat kawan² juga bagi anak² yang akan masuk darjah 1 atau akan bersekolah : -



* Dedahkan seawal mungkin dengan persekitaran sekolah, mulakan dengan hantar ke taska (seawal usia tu terpulanglah umur 4 atau 5 tahun ikut kemampuan)


* Bagi ibu bapa yang tak berkemampuan hantar ke taska awal, boleh gunakan kaedah biasakan diri buat anak bersosial, bersosial maksudnya bawak anak pergi playground , bawak pergi ke tempat yang ada ramai orang macam pasaraya .. biarkan dia bermain .. lepaskan.. sambil pantau pergerakkan dia... tengok riaksi dia.. sama ada nak pegang buju baju kita .. atau nak bermain... dan pandai terokai diri bila jumpa ramai orang.


* Pastikan bila masuk tadika 6 tahun sekolah yang kita pilih akan ada kawan² yang akan bersekolah sama pada darjah 1 nanti, lagi bagus kalau dapat masuk pra sekolah di sekolah yang sama .. maksudnya darjah 1 nanti akan bersekolah disitu... sebab dah kenal kawan² yang akan sama² belajar.


* Dedahkan akan pada tempat sekolah yang mereka akan belajar (yang ni bukan sahaja elok untuk anak yg akan sekolah darjah 1 .. kalau nak sekolah tadika pun okey) maksudnya bawak dia jalan²/ lalu sekitar tempat dia akan bersekolah nanti .. bagi tahu kat sini dia akan bersekolah.. nanti anak² akan jadi teruja.


* Bagi tahu kat anak situasi yang akan berlaku kat sekolah, akan ada kawan, akan ada cikgu, kena ikut peraturan ... dan terapkan dalam diri anak² kita kena belajar / menuntut ilmu untuk kebaikkan diri dan kehidupan di masa akan datang.


* Pastikan anak tidur awal bila mula sesi persekolah bagi mengelakkan waktu pagi dia meragam .. dan buat perangai takmoo sekolah.


* Pesan dengan anak² berkawan dengan semua orang , jangan sesekali bergaduh ... (yang ni memang puaslah ibu dok berzikir) sebab amirkan anak tunggal dia tak biasa berkongsi barang² milik dia.. risaulah kot ada kawan menyakat nak pinjam barang dia marah kawan dia... saya bagi tahu kawan pinjam takpa.. jangan sampai hilang.




Oklah itu jer tips yang saya gunakan .. bagi pendedahan awal dekat anak mengenai sekolah dan persekitaran serta suasana bersekolah .. insyaallah .... akan membantu... maklumlah ibu amir ni susah nak cuti awal tahun lagi² kerja bahagian kewangan kan... akhir tahun lagilah dah tentulah cuti kena beku pfttttt jadi inilah pilihan terbaik yang saya lakukan supaya anak tak meragam bila mula sekolah... ditambah pulak kerjaya hubby sebagai guru memang susah nak cuti kalau sesi persekolahan dah bermula.


Insyallah kalau kena cara pujukkannya anak² ni akan mendengar kata, boleh jugak bagi ganjaran kalau nak .. macam belikan sesuatu untuk menghargai dia sebab dia bersekolah ... tapi janganlah bagi mainan .. bagilah yang berfaedah macam botol air ke, beg sekolah dengan gambar kegemaran dia atau apa² je ganjaran yang bersesuaian. (tapi bab ganjaran ni saya tak suka gunakan ... tapi hubby suka.. dan selalunya memang berkesan kat amir) mihmihmihmih ....





Bicara Hati : Kemahin sebab cemerlang tahun lepas hubby bagi amir basikal baru ... nanti ada masa ibu upload gamba basikal tu .. hihihihihi (^____^)v


















6 ulasan:

TiranaAduka berkata...

Salam sis...
Terima kasih sudi kongsikan...

Kunjungan awal pagi TiranaAduka..
Salam kenal

lieyalatif berkata...

TU LA MASYA...mmg ramai parents awal2 sekolah ni hadapi masalah anak nangis kot tu naik keyword tu dlm searching kat blog heheeheheh....mcm dayyan sendiri sebok lagi nak mintak gi taska lama....adoiii teringat kawan lame la tuuuu.....

ape2 pun kene pandai amik hati anak....leetih kalo jenis yg nangis2 gi sekol nieh....tak jalan kejer kiter...risau pun yek kan...

tahniah amir...leh le main basikal nanti kat taman...

Unknown berkata...

assalmualikum masya, salam kenal dari kaknoor, tips yg menariks tu,boleh guna utk cucu kaknoor nnti

LYAfrina berkata...

ramia org hadapi msalah anak nk ke sekolah ni.. hehhe..

fasya setakat ni alhamdulillah..xde masalah lg...

Puan Kutu berkata...

Memang semua cara ni berkesan yana. Yg paling penting kena ajar anak berdikari n bergaul.klu ada dua ni campak kt mana pun insyaallah anak kita pandai sesuaikan diri..

Cikna berkata...

Kat sklh Cikna kalau bdk2 ni malas datang sklh pihak polis yang akan jemput kat rumah....'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...