♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan

Isnin, 24 Jun 2013

Doa Minta Hujan



Allahuakbar pagi ni jerebu makin teruk nak ketempat kerja ni, memang putih .. habis .... tahap IPU membimbangkan sangat² .... sekolah hubby tutup, tadika amir pun tutup .. opis ibu?? opis ibu tak tutup huhuhuhuhu .. jadi ibu kenelah kerja.

Mohon sangat agar adalah hujan hari ni, tak tahannnn rasanya dalam opis pun bau asap jerebu ni .... tekak memang dah sakitlah ni ditambah pulak mata pedih, hubby kat rumah pun dah mengadu sakit tekak dan sakit² badan .. amir daripada minggu lepas lagi dah tak sihat...






Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan pada jam 7 malam, 23 Jun 2013 mencatatkan 3 stesen pada tahap berbahaya, 2 stesen pada tahap sangat tidak sihat dan 14 stesen berada pada bacaan tahap tidak sihat iaitu;

3 stesen pada tahap berbahaya:

• Muar, Johor (IPU 456)
• Bukit Rambai, Melaka (IPU 432)
• Bandaraya Melaka (IPU 351)

2 stesen pada tahap sangat tidak sihat:

• Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 216)
• Port Dickson, N.Sembilan (IPU 295)

14 stesen pada tahap tidak sihat:

• Seri Manjung, Perak (IPU 110)
• Petaling Jaya, Selangor (IPU 157)
• Banting, Selangor (IPU 139)
• Shah Alam,Selangor (IPU 135)
• Kuala Selangor, Selangor (IPU 112)
• Batu Muda, KL (IPU 147)
• Cheras, KL (IPU 135)
• Putrajaya, W.Persekutuan (IPU 140)
• Nilai, N.Sembilan (IPU 136)
• Seremban, N.Sembilan (IPU 110)
• Kemaman, Terengganu (IPU 182)
• Paka, Terengganu (IPU 121)
• Indera Makota, Kuantan, Pahang (IPU 148)
• Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU 188)

Sumber: Jabatan Alam Sekitar



Bicara Hati : Diuji Allah , moga terhapuslah dosa² kecil sebelum ramandhan menjelang, salam nisfu syaaban buat kawan² blog semua..






Selasa, 18 Jun 2013

Berjaga ² isu jerebu demi kesihatan diri







PETALING JAYA: Jerebu yang melanda beberapa negeri dijangka bertambah teruk berikutan cuaca panas yang akan berterusan sehingga beberapa bulan akan datang.


Kualiti udara di enam kawasan di semenanjung menurun kepada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) jika dibandingkan hanya tiga kawasan pada Sabtu.


Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100 di Melaka (161), Bukit Rambai (135), Pelabuhan Klang (104), Port Dickson (120), Muar (125) dan Kemaman (108).


Bagaimanapun, kualiti udara di kebanyakan tempat lain di negara ini berada pada tahap baik dan sederhana.
Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).


Di Melaka, bacaan IPU meningkat daripada 68 kepada 161 sejak tiga hari lalu, bacaan tertinggi direkodkan di negara ini.


Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan berkata beberapa titik panas dikesan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean di Sumatra, Indonesia telah meningkat daripada 46 kepada 101 pada Sabtu.


Beliau menjelaskan kesan jerebu itu dibawa oleh angin Monsun Barat Daya ke Semenanjung yang bermula pada awal Jun.


"Sekiranya titik panas terus meningkat dan arah angin kekal seperti ini, situasi mungkin menjadi lebih teruk," katanya.
Halimah berkata, jerebu merupakan isu trans-sempadan yang memerlukan kerjasama oleh Malaysia, Brunie, Singapura, Thailand dan Indonesia menerusi Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.


"Kesemua menteri dijadualkan akan bertemu di Kuala Lumpur pada Ogos untuk membincangkan pelan tindakan bagi menangani masalah itu," katanya.


Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, angin Monsun Barat Daya yang berakhir hingga September dijangka menyebabkan cuaca panas dengan ribut petir sekali sekala pada sebelah petang.


Suhu dijangka meningkat antara 34°C dan 36°C sepanjang tempoh itu dengan beberapa kawasan di bandar menjadi lebih panas kerana kekurangan persekitaran yang hijau.


"Ketika cuaca panas dan kering, orang ramai dinasihatkan supaya minum lebih banyak air dan mengelak terdedah kepada cahaya matahari," kata jurucakap itu.


Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam menasihati rakyat supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah.


"Kami sedang memantau situasi dan akan mengeluarkan nasihat sewajarnya berdasarkan tahap kualiti udara.


"Buat masa ini, orang ramai, terutama yang mempunyai masalah penafasan perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti luaran," katanya.









Bicara Hati : nampaknya area pelabuhan klang dan jalan menghala balik rumah di johan setia memang teruklah .. harap sangat hujan turun, kurang sikit jerebu ni....





Jerebu Makin Teruk



Pagi tadi masa nak pergi kerja, ya allah jerebu teruknya... lagi teruk daripada biasa.. sampaikan amir mengadu .. malam lagi ke ibu .. gelapnya .. awalnya ibu keluar rumah hari ni. Sedangkan jam menunjukkan pukul 6.58 pagi .... dah hampir pukul 7.00 pagi.

Dah 2 hari rasanya dengar berita kat radio kawasan tempat kami adalah antara kawasan yang paling teruk jerebu, kalau boleh elakkan lah anak² main kat luar rumah, pagi tadi amir ngadu sakit tekak, mata kiri dia pulak macam bengkak bangun tidur ni .. tak tahulah kenapa.. bila saya tanya sakit tak?? amir kata tak sakit.. tapi asyik nak nangis jer.. (merujuk air mata keluar)


Tak sempat nak sambungkan link indeks sorry.... kalau tulisan kecik.



Ini gambar pagi tadi sempat amir dan saya ambil huhuhuhu .. seyes macam dah naik cameron highland pulak .. ada jerebu macam ni hihihihi ...



Bicara Hati : Ya allah lindungilah kami daripada bala bencana ....




Isnin, 17 Jun 2013

Tak Sabar Nak Tunggu Habis





Amboi kemain lagi tengok kat fb dah macam² propa yang keluar.... ada orang kata che ta juara masterchef hihihihihihi .. betul kah?? ada yang kata final nanti che ta dengan syura hohohohohoho .. kalau betul pingsanlah peminat celina eh² pulakkan...

Tapi memang lagi beberapa orang ni, memang makin tertanya² dibuatnya siapalah agaknya juara masterchef selebriti yang baru ni kan.... ada yang layan tak?? ke korang booo layan dan boikot rancangan ni kikikikiki .... 



Petama kali tahu microwave boleh gunakan untuk masak.. perrrggghhh lap peluhlahkan.. kalau nak masak pakai bende ni , cian syani terkeluar sebab masak ketam 2 jer.. dia tak gunakan 1 lagi ketam tu.. ingatkan kencana yang terkeluar.





Bicara Hati : Kerja berkumpulan malam ni syura dengan kencana, che ta dengan celina .. kalau salah satu kumpulan kalah mestilah kene masak dalam penyingkirankan lagi kan ... 











Sabtu, 25 Mei 2013

Pesta Buku Selangor 2013

Kalau fiesta buku kat PWTC dah lama berlalu .. kali ni ada fiesta buku kat selangor pulak, dekat jer.. kat shah alam pun .. saya nak pergi .. saya nak pergi ... tapi hujung minggu ni bz.... nasib baiklah seminggu harap sangat dapat pergi, nak tengok apa yang menarik.


Jadual dan Aktiviti Semasa Fiesta Buku Selangor 2013



Bicara Hati : Entry auto publish .. tuan tanah kedaung dah balik kampung ...









Selasa, 9 April 2013

Majalah Kegemaran



Koleksi Majalah Harmoni 2013 yang saya berjaya beli setakat ni.. tak semua pun berjaya beli.. 
ini sahaja yang ada......


Lain orang lain kegemaran bacaannya, lain orang lain juga citarasa atau majalah kesukaannya .. terpulanglah pada masing² punya citarasa... yang penting biarlah bahan bacaan itu yang memberi faedah dan manfaat buat dirikan...

Sejujurnya lepas kahwin selalu tercari² majalah apalah yang sesuai untuk dibaca, takkan nak beli majalah remaja owhh tak sesuai dah rasanya... saya ni pulak kategori dari muda (eh² macam dah tua nooo yer..) memang akan berubah² citarasa bacaan.

Masa sekolah menengah saya memang suka beli majalah remaja, walaupun bukan setiap keluaran tapi kalau ada keluaran yang bagus mesti saya beli buat koleksi, lepas tu beralih arah pada nur dah meningkat dewasa sikit.. tu pun sekejap jer kot... sebab lepas bertunang saya lebih suka beli buku pengantin hihihihi.. kunun² cari idea nak buat hantaran dan konsep kahwin.. sudahnya konsep kampung jua yang di dambakan campuran jawa perak (belah abah) jawa selangor (belah mak) korang bayangkan jerlah tema apa yang jadi kikikikikiki ..... ops... cerita pasal kawin pulak.

Akhirnya lepas kawin majalah harmoni adalah majalah inspirasi saya lepas kawin .... pada saya info² dan tips² dalam ini banyak membantu saya .. cara penyampaian pun mudah difahami dan kurang iklan masa mula² saya beli dulu.. berbanding sekarang macam dah banyak iklan pula.. dan harganya rm 4.50 kira mampu milik lah.. walaupun sebulan 2 kali keluaran.... 

Masa mengandung skip sekejap beli majalah harmoni saya beli majalah pa & ma hihihihihi .... kunun² nak mencari info dan tips² bakal ibu lah masa tu.. sambil baca kisah orang lain dan pengalaman mereka bersalin.

Korang ada majalah kegemaran tak?? ke.. korang tak minat baca majalah .... minat baca novel eh.. ke buku² ilmiah.. saya ni semua pun baca.. janji bukan yang majlah prono huhuhuhuhu ..;p



Bicara Hati : Lamanya tak baca novel baru.. eh²kan.. hubby bila nak bagi elaun tambahan ni nak beli novel baru kikikikiki .... 




Jumaat, 5 April 2013

Rezeki



Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Penghargaan

PC Exco Dewan Annex 01



SHAH ALAM, 4 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus sebanyak RM300 kepada kakitangan awamnya sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri.
Bayaran bonus tersebut dibuat dalam bentuk simpanan yang dikreditkan ke akaun Simpanan Tabung Haji bagi kakitangan beragama Islam dan Bank Simpanan Nasional kepada bukan Islam.


Disebabkan kakitangan awam negeri berkhidmat dengan baik membantu Kerajaan Negeri, Exco yang bermesyuarat semalam bersetuju memberi bonus berkenaan.


“Dalam masa dua minggu ini kita usahakan agar semua orang terima bonus ini,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan Annex.


Dalam sidang media sama beliau turut mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri menghadkan penggunaan peruntukan sebanyak 50 peratus sahaja.


Langkah tersebut diambil bagi mengelakkan masalah kehabisan peruntukan yang pernah berlaku ketika pentadbiran Kerajaan Negeri mula diambil alih oleh Pakatan Rakyat.


“Ini bagi mengelakkan kesusahan yang kami tanggung sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008 yang mana kebanyakkan peruntukan DUN habis digunakan.


“(Oleh itu) saya dan Pegawai Kewangan Negeri buat keputusan pada bulan lalu bahawa semua Adun dan Exco hanya boleh menggunakan peruntukan 50 peratus daripada peruntukan masing-masing.


“Ini bagi memastikan peruntukan mencukupi selepas pilihan raya selesai diadakan untuk membolehkan kerajaan baharu melaksanakan tugas dengan berkesan agar kebajikkan rakyat tidak terabai,” kata Abdul Khalid lagi.


Sumber : http://www.selangorku.com



Bicara Hati : Siapa pun pilihan pemimpin akan datang segalanya dijari masing², demi kebajikan rakyat dan negara janganlah sampai kita tidak bertegur sapa.. hanya punya pahaman politik yang berbeza. (^____^)v





Khamis, 10 Januari 2013

Promosi Tiket Air Asia Percuma untuk 10,000 orang

  


www.airasia.com





SEPANG, 7 Jan – Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.

Berita Bertarikh Pada 7 January 2013 8:31 PM



Teringin sangat nak naik kapal terbang, tak pernah pun pergi bercuti naik kapal terbang.... hubby bila nak bawak ni.. pergi sarawak ker?? pg sabah ker???.. hubby kan dulu belajar kat sarawak... jomlah jalan² sana nak??? sambil kenyit² mata.. (^____^)v



Bicara Hati : Kesiankan... orang lain tak heran pun.. dah banyak kali naik huhuhuhuhuhu.......





Isnin, 7 Januari 2013

Ribut Sonamu Di Pantai Timur Malaysia

  

Gambar ihsan daripada www.nasa.gov
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.5 U dan Longitud 109.6 T, pada jam 5:00 petang 6 Januari 2013, kira-kira 748 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat-Barat Laut dengan perlahan.



Amaran buat penduduk Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, serta Johor dan Sabah dan Sarawak mengenai Ribut Tropika SONAMU yang menuju ke kawasan tersebut.


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) 

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.


SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Tioman & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore & Palawan dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) & Sulu dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


Dalam masa sama, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Thajudden Abdul Wahab berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat akan melanda tiga negeri itu disebabkan faktor angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. Beliau turut mengingatkan penduduk di kawasan yang sentiasa dilanda banjir agar berwaspada dengan amaran hujan lebat dan dinasihat membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir.


Doa Ketika Angin Kencang 
Sumber : FB


Bicara Hati : Sama²lah kita berdoa moga² sahabat² kita dipantai timur dilingungi Amin....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...