♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 18 Jun 2013

Home » , , , , » Berjaga ² isu jerebu demi kesihatan diri

Berjaga ² isu jerebu demi kesihatan diri







PETALING JAYA: Jerebu yang melanda beberapa negeri dijangka bertambah teruk berikutan cuaca panas yang akan berterusan sehingga beberapa bulan akan datang.


Kualiti udara di enam kawasan di semenanjung menurun kepada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) jika dibandingkan hanya tiga kawasan pada Sabtu.


Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100 di Melaka (161), Bukit Rambai (135), Pelabuhan Klang (104), Port Dickson (120), Muar (125) dan Kemaman (108).


Bagaimanapun, kualiti udara di kebanyakan tempat lain di negara ini berada pada tahap baik dan sederhana.
Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).


Di Melaka, bacaan IPU meningkat daripada 68 kepada 161 sejak tiga hari lalu, bacaan tertinggi direkodkan di negara ini.


Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan berkata beberapa titik panas dikesan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean di Sumatra, Indonesia telah meningkat daripada 46 kepada 101 pada Sabtu.


Beliau menjelaskan kesan jerebu itu dibawa oleh angin Monsun Barat Daya ke Semenanjung yang bermula pada awal Jun.


"Sekiranya titik panas terus meningkat dan arah angin kekal seperti ini, situasi mungkin menjadi lebih teruk," katanya.
Halimah berkata, jerebu merupakan isu trans-sempadan yang memerlukan kerjasama oleh Malaysia, Brunie, Singapura, Thailand dan Indonesia menerusi Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.


"Kesemua menteri dijadualkan akan bertemu di Kuala Lumpur pada Ogos untuk membincangkan pelan tindakan bagi menangani masalah itu," katanya.


Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, angin Monsun Barat Daya yang berakhir hingga September dijangka menyebabkan cuaca panas dengan ribut petir sekali sekala pada sebelah petang.


Suhu dijangka meningkat antara 34°C dan 36°C sepanjang tempoh itu dengan beberapa kawasan di bandar menjadi lebih panas kerana kekurangan persekitaran yang hijau.


"Ketika cuaca panas dan kering, orang ramai dinasihatkan supaya minum lebih banyak air dan mengelak terdedah kepada cahaya matahari," kata jurucakap itu.


Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam menasihati rakyat supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah.


"Kami sedang memantau situasi dan akan mengeluarkan nasihat sewajarnya berdasarkan tahap kualiti udara.


"Buat masa ini, orang ramai, terutama yang mempunyai masalah penafasan perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti luaran," katanya.









Bicara Hati : nampaknya area pelabuhan klang dan jalan menghala balik rumah di johan setia memang teruklah .. harap sangat hujan turun, kurang sikit jerebu ni....





12 ulasan:

lia berkata...

baru blk klinik, hntr mr husband yg gout... tp ramaiiii yg demam & sakit tekak sbb jerebu d klinik

♥ Ammara Bay ♥ berkata...

Patutla kat JB ni putih je..jerebu rupanya. nampak sangat tak baca berita hihik :D. terima kasih ya

nad berkata...

Tu la
Cuaca pun dh lai mcm
Lagi la ada kebakaran hutan kt hiway elite ni
Agak teruk gak
Abes udara tercemar

Unknown berkata...

itu la , harap2 jerebu ni tak berpanjangan la,nanti ada yg kena pakai mask pulak ni

Fiza Rahman berkata...

Kat area bangi & cyberjaya belum nampak lagi jerebu.

QasehnyaRania berkata...

kurangkan xtvt luar


meh tgk ni
http://lobaksusue.blogspot.com/2013/06/pemilik-halal-cheese-powder-dan-pure.html

Unknown berkata...

mmg bahaya...

eita berkata...

yang tak tahan nyer kat kemaman pun ada jerebu jugak ni

nadia farahida berkata...

patuttt la sejak kebelakangan ni ramai yang tak sihatttt.

::EIDA:: berkata...

haaaaaaaaaa.. KL pun same! banyakkan minum air musim2 jerebu ni.. tc kakk ;)

Unknown berkata...

alahaii.. mmg musim la sekrg ni kan... kena terperap kat umah je la ye.. huhu..

Puan Kutu berkata...

makin dasyat je jerubu kali nie kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...