♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label fm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fm. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mac 2014

Ole-ole Beli Di Petrosains

  


Sebab hari ni ww, meh nak tayang ole² sikit hihihihihi ... nanti kita cerita lagi panjang yer... 





FM Petrosains dan Baju Warna Ceria 















Khamis, 13 Mac 2014

Mana Nak Order Quilling Art Yang Cantik









Simple tapi sangat² cantik dan kreatif .. itulah yang boleh ku gambarkan, aku?? nak buat .. ermmmm alamatnya terseliuhlah jari tangan nak ku quill kikikikiki .... ;p




Alasan² ... nak menjahit pun tak terjahit²... apatah lagi potong kain, ntah tak tahu mana hilangnya skill tu semua .. sejak asyik pegang kalkulator kot ... tu yang tetiba minat ni hilang ... hilang gitu jer ...... bukan tak minat, tapi tak di mulakan .. lepas tu pulak ... sibuk .. sibuk .. sibuk ... sudahnya .. langsung tak menjadi. Bila nak mulakan balik .. takda pulak yang nak bagi semangat .... tu kelauttt jer ... ehem.. ehem.. tapi baru ni dah potong kain buat shawl hik hik hik ... nanti story mory lain kali eh.




Cantikkan corak bunga ni, ni kawan saya buat .. dulu dia satu opis sekarang dah kerja tempat lain ... jujurnya saya minat sangat² quilling² macam ni ... sebab tu lah saya order super duper FM Comel² khas buat pembaca blog saya ... pada yang dah dapat tu tahniah yer... pada yang belum dapat lagi.. insyaallah adalah rezeki tu.. saya tempah khas memang untuk 2014 sahaja.











Alhamdulillah ini yang saya tempah .. khas untuk pembaca blog saya (cam ramai no yang baca blog suam² neslo ni), tapi saya order daripada rakan alam maya .... sebab rakan alam nyata saya tu bizi huhuhuhu .... takmoo layan ... cantik tak?? cantik tak???? ni semua khassss untuk pembaca blog saya.. sepanjang 2014 saya akan berikan.. setakat ni dah bagi 3 orang ... 




Mana saya order quilling fm yang cantik² ni?? hah!! korang mesti teruja kalau tengok blog art dia.. super duper cantik².. korang request lah nak macam mana pun.. mesti di layan punya .. tapi harga berbaloi²lah dengan apa yang korang nak kan.... tuan yang yang tangan kreatif punya 3 askar ni ialah cha si hijau cantik atau pun blog art dia orencantik.blogspot.com












Jumaat, 17 Mei 2013

FM Daripada Nad MamaNZ



Senyuman yang sangat lebar .. akan diberikan setiap kali gambar di titip di blognya, seorang yang peramah .. itulah yang boleh kugambarkan insan yang bernama Nad MamaNZ. Header gambar anak² tu memang sangat comel.

Baru² ni.. dapat hadiah FM daripada Nad mamaNZ, tak sangka pulak berjaya .. Nad buat giveaway masa ulangtahun kelahiran dia bulan lepas .... Kalau korang belum kenal nad bloehlah singgah² blog dia.. haihh memang peramahlah orangnya.. rajin berkunjung balas .. kita ni jer.. yang tak terkejar nak baca entrynya .. memang baca maraton jerlah.. kalau tertinggal.


Cantikkan.. tak pernah ada koleksi macam ni.. dah selamat pun lekat kat peti sejuk rumah tu.


Nak dapat fm ni pun ada cerita disebaliknya tau huhuhu ... Nad dah lama pos katanya, tapi heranlah pulak kenapa tak sampai² ni ... mujurlah nad bagi no pos berdaftar tu ... jadi cek kat internet terus pergi kat pejabat pos pelabuhan klang, nasib baik barang tu ada kat pejabat pos.. orang kata rezeki saya kan.. bila orang pos tu tanya ada kad tak yang posmen dia tinggalkan .. saya jawablah takda .. saya pun heran.. kenapa dia kata takda orang kat rumah, walhal mak ada jer... kenapa posmen kata takda orang kat rumah .. bila orang kat pejabat pos tu tanya pasal kad tu .. baru saya terpikir ... dia orang ni dah pergi rumah saya belum ni .. hahahaha .. takpalah.. janji dah dapat fm tu dengan selamat.



Bicara Hati : Yeahh dah free sikit kat opis sekarang.. nak pergi pejabat pos laju hari ni.. nak pos barang kawan² ...








Rabu, 24 April 2013

Kidzania - Koleksi FM Terbaru

Sebenarnya dah agak lama jugak dapat koleksi ni, hubby yang belikan hihihihi ... sebab ada rombongan bawak budak² sekolah kat Kidzania, nak harap hubby bawak kami takdalah kan.. sebab hubby kata takut amir boring kat situ banyak aktiviti macam buat² kerja.. kalau dah sekolah rendah darjah 3 ke atas mungkin terujalah macam² boleh buat...


Cantik tak?? Tak dapat pg .. dapat FM pun jadilah buat koleksi kan... amir siap dapat baju sehelai.. 



Jadi bertambahlah koleksi FM yang ada tu.. bahagian bawah penuh dengan FM Abjad amir...
itu jerlah pun... kebanyakkan FM² ni ada kawan² blogger yang bagi.... 




Bicara Hati : Tak sabar nak tunggu hadiah daripada sabah, ada orang lupa pos hihihihi .. yang sebenarnya saya pun terlupa jugak kikikikiki ....











Khamis, 11 April 2013

FM Langkawi Dari Ayue


Pertama kali singgah di blog, banyak betul resepi² yang ditayangkan.. maklumlah tuan tanah kedaung ayu suri rumah sepenuh masa.... dan resepi² yang dikongsikan juga kebanyakkannya mudah² belaka... sesuailah buat saya ni.. yang tak berapa nak pandai memasak guna penimbangkan kikikiki ...;p


Alpa selalu kerumahnya.. lama² tuan tanah kedaung bertukar tajuk blog kepada Cerita Hati , bermulalah episod dan kisah anaknya adam yang sangatlah comel, bijak pulak tu... dari situ mulalah rajin komen dan selalu bertandang.. biasalah bila kisah² dan ragam anak ni.. memang cepat jerlah nak komennya.. lagi² kalau yang mencuit hatikan.. Sudahnya tak sangka pulak menjadi pengomen tegar di blog ayue hihihihihi....


Ayue bermurah hati beri FM daripada langkawi kebetulan suami ayue baru balik outstation kerja kat sana.. suka².. macam nak lompat rasanya... sebab fm ni lain daripada koleksi yang saya ada... yang ini gambar helang.


 Terima kasih ayue, terharu dibuatnya.. sebab tak sangka dapat hadiah daripada ayue.. gara² selalu komen kat sana.... semoga perkenalan ini akan diberkati dan berkekalan selamanya....





Cantiknya kan...warna biru.. feberat kaler tu hihihihihi ...
Hubby senyum jer.. bila saya tunjuk fm ni.. sebab sejak rajin berblog ni makin bertambah koleksi.


Paling saya suka singgah blog ayue ni bila ayue buat entry dan bercerita mengenai homeschool untuk anaknya... ayue kan suri rumah jadi bila masa dengan anaknya banyak.. dia gunakan aktiviti macam ni dengan anaknya untuk berlajar.. teruja saya baca tau... iyerlah saya ni malam jer.. dapat join amir buat kerja² sekolah atau main² dengan anak, kalau diberi peluang macam ni mestilah banyak lagi masa dan aktiviti kita boleh buat dengan anak²kan.. masa di isi dengan lebih berfaedah sesuai untuk tumbesaran minda anak.


Pada sapa² yang belum kenal dengan ayue, bloglah pergi ke blog ayue http://ayueazruladam.blogspot.com selain menambah kenalan.. bolehlah kongsikan pengalaman mendidik anak kan.


Bicara Hati : Tekak makin perit, balik ni mahu cari buah kembang semangkuk.







Rabu, 20 Mac 2013

Hadiah FM Daripada Sweetmama



Seorang yang sangat peramah itulah yang cuba ku gambarkan kreteria dirinya, punya senyuman yang lebar  bila lense kamera dituju padanya, sekilas punya karektor seperti ku.. mesra kamera (hahah perasan nak jugak kata mesra kamera tu) tulah yang boleh digambarkan tuan empunya blog sweetmama a.k.a Kak eija.

Bermula sejak bila sering berkunjung kerumahnya (blog) saya sendiri pun tak pasti.. tapi semakin kerap kesana.. seperti punya tarikkan magnet.. dilayan mesra oleh tuan tanah juga... jika ada pertanya di komen pasti akan dibalas... jika terlepas entry pastinya ada kunjungan maraton.. sungguh pun kemesraan kami hanya di dunia blog sahaja.... tapi terasa seprti telah lama mengenalinya.

Terlalu teruja bertanya meninggalkan komen sehingga lupa dan alpa... menjadi pengomen tegar di blognya gegegegege... dan teruja sangat bila tuan tanah sudi memberikan FM vietnam seperti di bawah ini, maklumlah kak eija kan baru balik daripada vietnam. Teruja sebab tak pernah pergi sana.. jadi bila letak kat peti sejuk rumah tu bolehlah jadi inspirasi kan.. kan... ;p


Terima kasih kak eija FM ni macam pemandangan krabi kan... bayangkan macam kat tepi laut dia... 



Bicara Hati : kak eija sila update perkembangan.. lama menyepi .... rindu.. nak baca akak bebel dalam blog.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...