♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 25 Januari 2012

Isimewanya 23012012 kali ini (^__^)v

Assalamualaikumm Semua.....

Selamat pagi.. dan selamat bekerja semula setelah lama bercuti.... mood hari ni baru mula nak keje dan dah lama bercuti mestilah kelaut sikit... masa cuti pun x berapa nak sempat BW sangatkan... hari ni ape lagi maraton, rewang²lah dulu.. sementara nak cari mood mulakan kerja ni.. hihihihihihi.....

Walaupun cuti raya cina lama kali ni.. tapi badan x sihat sangat demam gara² balun berbiji² limau.. makanya cuti pun bayak kat rumah jerlah x kemana... balik kampun pun kejap jer... ;p.. nak update blog masih tak boleh lagi kat rumah, tak taulah kenapa.. nak baca ok jer.. nak komen pun ok jer.. sebab tulah dah beberapa hari tak update cerita..

Rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan selamat tahun baru cina kebetulan sama dengan bestday saya tahun ni 23.01.2012 istimewakan.. kan...kan... dan tahun naga air pulak tu... Banyak ong loh... hihihihihi.... tumpang²lah tuah tu jugak harapnya kediri inikan.. ;p


 Ini gambar dapat hadiah masa tahun lepas.... hubby buat suprise.. memang lambat dapat sebab kite dengan amir kat kampung masa tu.. bile balik rumah jer.. elok hadiah besar ni.. atas meja.. memang terkejut sesangat dibuatnya.... (^__^)v



 Nampak tak tu.. amir siap pakai baju tido lagi.. sebab masa balik dari kampung memang dah malam pun.... amir terlebih seronok tgk hadiah besar.. dia duduk atas meja sibuk nak amik gambar pegang kad tu...



Tahun ni tak mengharap sangat pun dapat hadiah... sebab dah besyukur sangat dapat hadiah besar macam ni masa tahun lepas.. & dah banyak pun jasa hadiah oven ni kat kt hihihihihihi..... kasih sayang hubby pada kt dan boleh terima kite seadanya pun dah bersyukur.. sekarang semua keutamaan lebih pada amir dan adik² amir yang bakal lahir.. amin...


Banyak sangat dapat limau minggu lepas dah macam fiesta kat opis ni.. gara² makan banyak sangat suara hilang, serak, batuk dan demam dibuatnya..... sepanjang cuti hari tu.. huhuhuhu... tak baik betul salahkan makan buahkan... dah memang saya yang nak batuk hihihihihi...

Jumaat, 20 Januari 2012

Pizza Express Versi Masya

Assalamualaikumm Semua....

Menu apa minum petang ni... nak saya bagi idea x??? cubalah buat pizza express ni.. memang berbaloi² tau...
amir suke sangat siap.. nak makan lagi ptg ni hahaha.. tgklah kalau ibu rajin nanti ibu buakan yer....


 Tara... so simple jer tau.. pizza express.... tq ucu bagi resepi ni.. untuk dikongsi bersama memang berbaloi².. tapi saya derhaka sikit buat versi saya....



 ini bahan asas yang digunakan roti, cheese mozarila dan sosej+daging burger yang telah digaul dengan frego (pastikan daging burger goreng dulu tau... bagi separuh masak.. sosej pun rebus dulu..)



 Saya buat 2 versi satu saya guna planta barulah letak inti dan tabur cheese mozarilla.. satu lagi saya sapu prego baru letak inti.. dua² versi pun sedap... 



Semua perisa pun sedapp tau.. (perasan jer... saya ni..) nanti cubalah, sesuai untuk minum pagi atau minum petang memang nyum².. nyum²....

Dan selamat sudah pinggan mek sebelah saya pulangkan dengan menu pizza express ni.. suka betul cucu dia makan.. penuh berselera katanya.. (^_^)v





















LAKSAM Mek Sebelah Rumah

Assalamualikumm Semua.....

Korang suke makan laksam tak??? kite memanglah suke semenjak dua menjak berjiran dengan orang kelantan ni.... jangan terkejut banyak jugaklah menu kelantan yang tak pernah makan dah reti makan hihihihihi.... (^__^)v alhamdulillah... semoga hubungan kami baik hendaknya dan mek dimurahkan rezki sentiasa...


 inilah laksam mek sebelah bagi masa saya cuti hari selasa hari tu.. saya makan masa minum petang, malam sampai keesok pagi tak habis.. banyak betul mek bagi mengalahkan 5 orang nak makan.. padehal kat rumah tu.. kami 2 beranak jer nak makan.. amir memang tak suka laksam huhuhuhu



 pekat sungguh kuahnya tau.. nampak jer.. satu mangkuk kecik saya masukkan dalam periuk panaskan siap tambah air sikit.. supaya kuah dia tak pekat sangat... hihihihihi.. bijak² kan...


Pinggan mek dah selamat pun sya pulangkan semalam sebagai kunjungan balas nanti saya buat entrynya yer... bukan apa cuti panjang ni dah rancang nak balik kampung lama sikit.. takut² nanti berkurun² barulah saya dapat pulangkan pinggan mek.. tu yang semalam buat makan sikit terus pulangkan pinggan... (^__^)v
Oklah nak keluar dulu tengahari ni rehat panjang. langkah pun panjanglah.. selamat menjamu selera semua....

Susu Dumek Madu Ke Susu Buah²an

Assalamualaikumm Semua....

Lama tak cerita pasal kesihatankan kat blog saya ni... ini bukan cerita kesihatan spesifik sangat.. cuma sekadar berkongsi kelebihan sebab ada yang bertanya susu ape anak saya minum sampai boleh jadi... mulat macam tu.... dan ape yang amir makan...

Ok hari ni saya nak kongsi dulu mengenai susu formula yang amir minum... anak korang semua mesti minum susu mahal²kan... nasib baiklah amir minum susu biaser² jer... tu pun harga satu pek rm22.00 kalau takde offer.. berat pun 900gram jer... tapi kami selalu beli masa ade offer jer.. dalam rm19.87 satu pek, beli banyak berpek² dapatlah jimat sikit.... target untuk sebulan termasuk kat rumah pengasuh mesti 6 pek tau.. banyakkan huhuhuhu....



Seawal umur amir 4 bulan dia dah xmoo minum susu badan sedih tau.. sayu jer rasa anak xmoo minum susu ibu ni.. lagipun masa tu susu badan dah kurang, dan dia dah mula rasa susu formula lagi sedap agaknya huhuhuhu.. masa awal dulu kami bagi amir minum susu Anmum sampailah umur dia 6 bulan, lepas tu minum susu NAN pulak sampai umur setahun... lepas setahun sampai setahun setengah dia minum susu Sustagen pulak.... hebatkan.. setiap 6 bulan tukar susu... memang masa tu dia cepat jemu... dan susah kami nak cari susu yang sesuai.. tau tak sebab apa saya kata jemu.. kalau dia taknak minum susu memang dia tepis botol.. xmoo minum.. kadang² minum x habis un sebotol.

Sampailah kami jumpe susu Dumex Perisa Madu Asli macam gambar kat atas tu.... percaya tak amir minum susu ni dari umur 1 tahun ½ sampai umur 3 tahun, dan sekarang minum untuk umur 3 tahun hingga 6 tahun.. memang serasi.. sampaikan badan dia pun naik mendadak diluar kawalan hihihihihi..... sedapp agaknya.. sebab dah besar ni pandai pulak komplen.. amir nak susu yang sedapp ibu buat sedapp.. sedapp macam dulu tu.. ayah buat tak sedapp Aikk.... pandai nak amik hati ibukan... kecik hati ayah tau.. nanti ayah majuk pulak xmoo buatkan susu lagi... yang sebenarnya dumex ni dah kurangkan kandungan gula dalam susu formula ni.. tu sebab susu tu amir cakap tak sedapp macam dulu.. hihihihi... ade² jerkan... tai bangus jugak dikurangkan kandungan gula tu.. nasib baiklah amir tak pernah dikategorikan obesiti kalau pg check-up dulu hihihihihi...

 
 

Sekarang dah ade susu pilihan baru ni.. amir suka yang perisa buah²an ini pulak.. sebab dah besar ibu ajarlah amir minum dalam cawan.. siap ade straw lagi.. kalau nak minum susu yang ni...

Tapi kalau nak tidoo mmg susahlah mesti nak minum pakai botol jugak... kalau tak.. amir takmoo minum... sampai dah takde akal ibu dibuatnya nak buat macam mana supaya dia tak minum susu lagi guna botol, sebab niat dihati memang nak bagi dia minum susu sampai umur 6 ahun.. tapi nampak² gayanya sekarang pun dah mula kurang minum susu... kecuali permintaan dia nak minum kat botol haihhh.. yang tu memang tak boleh nak buat apa dahh....

Tapi pada saya kalau anak masih setahun kebawah tu bagilah minum susu badankan.. lebih berkhasiat... tapi kalau dah takde pilihan bolehlah pilih susu formula ikut kesesuaian baby....

Khamis, 19 Januari 2012

Kuatnya Pengaruh Kerepek NGAH KU

Assalamualaikummm Semua...

Korang pernah dengar tak buah ngah ku??? serius saya memang tak pernah dengar apetah lagi nak makan buah ni.. hihihihihi..... semalam saya jalan² ke Blog sweetmama barulah saya tahu mengenai buah ni yang boleh dibuat kerepek... buahnya seakan² seperti sengkuang cina tapi agak besar sikit dan lebih bersih.. saya sendiri pun tak pasti sama ada dia adalah buah yang sama atau bukan atau adik-beradik hihihihihi.....

Kan tadi saya ada bercerita mengenai penyagat serbaguna inilah projek yang saya nak buat tu.. kerepek ngah ku.. ok.. nagku cepat sapa pernah buat.... mesti otai² masak semua biaser buatkan.. saya ni jer.. yang tak tau kewujudan buah ni.. yang popular bagi masyarakat cina bile menyambut tahun baru cina... ;p


 Inilah buah NGAH KU tu saya pun beli 10 biji jugak sama macam sweetmama, sebab kebetulan terjumpa dekat PASARAYA SEGI depan rumah tu.. cadang nak membeli sayur jer.. jadi takdelah bawak duit banyak sangat.. tak sangka pulak terjumpa ngah ku ni pun saya ambil 10biji jer baru nak cubakan rm1.33 okla tu kan.. takdelah mahal sangat...



 Lepas dah kupas saya pun sangatlah menggunakan penyagat serbaguna saya tu.. memang serbaguna betullah dan ini antara hasil terawal saya sagat.. ;p



 Nampak tak tu tangan sape.. sape lagi kalau bukan si bam bam ibu.. tak sabar dia nak makan tau... eloklah tu siap goreng jer dia pun baru bangun tido.. memang sesuailah sangat dibuat kudapan.. ;p



 Ini antara hasil yang terakhir gorengan tau.. barulah sempat snap gambar....



 Yang ini sempat snap dari kuali jer.. sebab yang dah digoreng tak sempat ambil gambar hubby dah balun semua huhuhuhuhu... sedap katanya.... sambil tengok tv.



 nyummm².. sedappp.. amir tak berhenti² mengunyah sambil cakap sedappp.... (^__^)v


Terimakasih sangat² pada sweetmama sebab sudi kongsi cerita pasal kepek ngah ku ni... memang sedapp.. rasanya lebih lemak berbanding kentang ataupun ubi, alhamdulillah satu ilmu baru saya tahu daripada berblog ni... dan macam-macam lagi dapat dikongsi bersama²kan...daripada kawan² semua.. terima kasih...

Jangan tak tau hubby siap request raya nanti bolehlah buat kerepek ni.. saya gelak jer.. kalau ade jual bolehlah jugak buat.. takut² buah ni raya cina macam ni jer ade jual hihihihi....

Kawan² cubalah memang sedap dan tak mahal.. rugi tau kalau tak cuba lagipun masa goreng tu tak payah letak apa² sebab dia punya rasa dah asli, lemak dan memang ade garam sendiri.. dan ranggup sangat²...





PENYAGAT SERBAGUNA

- Sagat Sebaguna -


Nampak tak gambar penyagat tu.. korang mesti biasa tengokkan, nak tau tak dah lama saya membeli... rasanya lebih daripada 2 tahun tapi tak pernah guna lagi hahahahaha... dasyatkan.. sebenarnya bukan tak nak guna sebab dah ade penyakat yang biasa guna jadi yang ni takdelah saya guna tersimpan elok jer dalam kabinet dapur tu.. beli pun dulu masa ade offer RM 8.00. Iye.. betul jangan tak percaya pulak.. kebetulan ade apek datang opis masa tu jual, sebab murah dan nampak serbaguna sangat² saya pun membelilah... hihihihihi.... ;p

Dan semalam adelah projek sikit nak dibuat barulah saya gunakan penyagat ni... itu pun sebab penyagat yang biasa tu dah tertinggal kat kampung terlupa nak bawak balik huhuhuhu....

Penyagat ini serbaguna sangat tau.. ade macam² pilihan dan pelbagai corak boleh dihasilkan, lagi² kalau nak buat kentang goreng atau kerepek budak² nak makan pun tertarik tau....

Nanti kite cerita tau projek ape yang kite buat guna sagat ni... (^__^)v







Rumahku Syurgaku - Cuti 2 Hari

Assalamualaikummm semua.....

Alhamdulillah... kembali bekerja setelah 2 hari becuti, menjadi suri rumahtangga sepenuh masa.. melayan kerenah amir.. di waktu bangun pagi, menyediakan sarapan, kemas rumah dan macam² lagi.. memang menyeronokkan.... (^__^)v

2 hari kat rumah dapat baca kejap jer.. blog kawan²... tak tahu kenapa bile saya nak update cerita kat 'new post' lembapnya mengalahkan kura².. sudahnya tak dapatlah nak buat entry... dan memang tak bukak laptop sangat pun kat rumah.... ;p rindunya dekat kawan semua tau... tak dapat nak BW sangat, korang tak rindu kat kite.. (perasan jer kan.... sapelah nak rindu kat blog yang biaser² suam² kuku ni..)

Bukan ape ambil cuti ni.. saje nak merehatkan minda, hilang stres² yang berlaku tahun lepas... walaupun sebenarnya hubby ajak cuti minggu depan sebab dia cuti seminggu... hihihihi.... tapi sebab dah mohon cuti dan memang niat nak rehatkan diri.. saya teruskan jer cuti...

Nama jer.. mohon cuti rehat, tapi bukan rehat sangat pun dekat rumah.. macam² dibuat... deko² rumah, walaupun tangan tak berapa nak kreatif dah.... baca novel (walaupun tak dapat nak habis²kan), masak² mencuba menu dan menghabiskan stok didapur....

Mood datang kerja hari ini pun dengan semangat baru.. berkobar² hihihihihi.. harap² takdelah yang nak cari pasal hinglangkan mood tengah segar bugar ni... ;p



Isnin, 16 Januari 2012

DiARi Perancangan

Assalamualaikummm Semua....

Dah 16 Januari hari ini.. cepatnya masa berlalukan... sedar tak sedar dah ½ bulan berlalu ditahun baru 2012, Bile tahun baru ni bagi kami yang bekerja diari dan kelender memanglah penting sangat² ade kat meja ni... sebab setiap hari pun nak tengok tarikhkan... diari pulak nak buat perancangan dan bawak pergi mesyuarat.

Bile nak buat perancangan tahun ni baru perasan mane diari ni.... rasa macam dah dapat hari tu... Alamak!!!! besarnya... diari opis bagi tahun ni ngee~~~ dah mengalahkan buku laporan harian cikgu² mengajar jer 
hihihihi ... ;p


Nasib baik ade yang bermurah hati nak bg diari yang comel ni.. dengan kelender....
hargai sangat pemberian ni.... 



Inilah diari yang opis bagi tahun ni... memang besarkan.. ngee~~~



Ini keleder yang dapat awal tahun hari tu.. kawan bagi.... 
suke sangat kelender ni.. comel.. bawah tu siap ade nota, bolehlah digunakan untuk meninggalkan pesanan...



Korang perlukan diari x?? dan suke tak buat catatkan kat diari tu... kite diari ni penting, terutama kalau kene pergi mesyuarat mesti kene bawak untuk buat catatan.. tak pun kalau dah boring kite buat lukisan hihihihihi (^__^)v


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...