Salam jumaat.. semoga pagi yang indah dan ceria ini akan lebih diberkati... sebelum memulakan percutian yang panjang lagi minggu depan hihihihihi.... lamakan kami diselangor ni cuti sampai hari selasa sebab cuti maulidurasul dan taipusam, rabu barulah mula kerja..
Oklah saje nak share sikit menu yang saya masak 2 hari lepas, masak koboi jer lepas balik kerja.. biaserlahkan.. kalau kerja ni masa nak masak tu terhad.. janji capai jer kat tangan ni teruslah menumis hihihihihi....
Saya masak Bihun Tom Yam, ini kan antara makanan kegemaran saya. kalau soh makan pagi petang siang malam confirm ok jer... dan kalau saya masak memang suke buat versi Bihun Kuning... menarik.. tertarik daboomm gitu... lagipun masak lebih sikit sebab nak pulangan pinggan² jiran.. sebelum berkulat² dan bertimbun² lagi terperap kat rumah hihihihihi.....
Saya memang suke masak bihun ni versi kuning untuk tom yam sahaja tau.. bihun sup tak suke pulak.. lagi suke wana putih jer, kalau untuk tom yam warna kuning ni lebih membuka selera berbanding warna putih...
senang jer buatnya rebuskan air, masukkan pewarna kuning jenama ros pun ok yang serbuk tu.. bile air dah masak mengelegak barulah masukkan bihun rendam sampai kembang yer...
tos dan siap untuk dihidangkan...
Ini kuah tom yamnya simple jer.. masak koboilah katekan.. janji ade perencah kiub tom yam tu .. dan semestinya masak versi amir cili 3 batang jer.. tu pun amir caka pedas.. ibu makan tak rasa cili pun...
Yeahh siap hidangan untuk memulangkan pinggan jiranku...
Yang ini untuk santapan saya ... kawan² jangan mara yer.. telan jerlah air liur banyak²... nanti cubalah buat masak resepi ni masa cuti... selamat mencuba... sorrylah saya tak bagi detail sangat cara masak tom yam saya ni.. sebab lagi ramai otai² masak kat blogkan.. hihihi..