♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 28 Januari 2013

Percutian Singkat 2 Hari 1 malam Di Morib Gold Coast

  


Alhamdulillah kali ni meraikkan hari lahir ke-30tahun bersama insan² tersayang, ibu siap amik cuti tau... sebab hubby dah booking nak pergi bercuti kat Goldcoast .. hahaha.. bukan yang Australia.. yang kat Morib jer.... jadilah... ni pun baru kali pertama pergi tau.. walaupun dekat dengan rumah kalau takda promosi macam ni.. jangan haraplah nak dapat pergikan....




Okk.. yang sebenarnya mula² nak suprise hubby beli deal percutian ni.. kunun² nak beli hadiahlah.. kira saja-saja kami² 3 beranak jer.. percutian ni, sekali kene bayar dengan kad kredit daaa... kantoii sudah.. mane ibu ada kad kredit ... tu yang suruh hubby dealkan.... harga promosikan rm 150.00 mestilah nak beli.. walaupun ini kali pertama beli tau.. alhamdulillah takda masalah, kunun² nanti ibu bayar kat ayah.. sudahnya hubby kata.. tak payah bayar.... kira hubby belikan hadiah bestday.. tak aci betulkan... 




Puashati sangat percutian ni.. walaupun singkat, tapi berbaloi²... amir paling happy dan teruja hahaha.... sebab dia memang tak tahu pun kami nak bawak dia kesini sampailah masa nak pergi barulah dia tahu .... lepas tu mulut tak renti²lah bertanya itu ini .. sampaikan tibe² dia tertidur.... padahal dah nak sampai dah.... 35 minit perjalanan jerkan...



Bicara Hati : Hari ni selangor cuti .. korang kemana??? kami?? duduk rumah jerlah 2 hari ni pun jadual dah penuh.. kepenatan...




 

Jumaat, 25 Januari 2013

Pencuci Mulut Yang Sedap & Mudah



Ni kisah hari selasa baru² ni.. panas sangat duduk dalam opis, seyeslah berasap rasanya.. ntah econ problem kot... tibe² tekak rasa kalau dapat makan sejuk² mesti sedapp dan menyegarkan tekakkan.... tu yang dapat idea nak buat desert ni.... ditambahlah pulak masa tu baru tengok blog mak yong azie terliurr dibuatnya.



Jangan terliur kat sini yer..... seyes memang sedapp.. hahaha perasan puji diri seniri...



Bahan² sangatlah mudah.. campurkan semua bahan² kat gambar ni dan tambahkan ais batu .... serta lebihkan air, tapi kalau nak tambah air gas aiskrim soda pun sedapp.....



Bicara Hati : rasa macam nak buat lagi hujung minggu ni.. kan cuti panjang....






Senarai Nama Join Giveaway Komen Hari Lahir

  

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih pada kawan² semua yang ucapkan dan doakan saya pada entry istimewa pada angka ke-30.

Terima kasih juga yang komen pada hari itu.. seperti yang saya janjikan... saya akan buat cabutan bertuah untuk beri hadiah pada kawan² terpilih yang komen ... tapi hadiah tak banyak..... insyaallahh saya akan suruh amir yang buat cabutan, tapi kalau amir tak memberi kerjasama.. nampaknya terpaksalah saya pakai random.org, harap amir bagilah kerjasama....

Teima kasih juga buat kak Maszull dan kak Nani atas entry kalian, terharu dibuatnya.. sobb.. sobb....


Semua yang komen pada 23.01.2013 hanya 216 orang sahaja.. hahahahaha.. banyaklah 216, 21 orang sahaja.. memang tak cecah 30 orang pun.. jadi secara automatiknya terbatallah give special untuk yang komen ke-30



Mrs Lurve
Falsya
Deq's Qienz
myfreeminded
PUANSTOBERI
yan's cottage
Suliana
Saya Disini
AdaM Hawa
Nisah Idham
Nieyl
Ujie
ieja amieja
izfanora
Nafira usof
Tihara
Lynda Che Lah
Fiza Rahman
ch@
QasehnyaRania
Yana Libra


Rezeki mak yong saya masukkan jugak nama puan kutu join sebab puan kutu jer pun yang komen lepas 23.01.2013 lagipun komen tak cecah 30 orang , dan giveaway special untuk yang ke 30 terbatallah secara automatiknya. (^____^)v 


Entry hadiah akan diupdate kemudian, sebab lupa nak amik gambar huhuhuhuhu ..... jangan marah yer... dan janganlah anggap hadiah yang grand sangat pun... hadiah yang sempoi jer....



Bicara Hati : hihihihihi... petanda apakah ini pembuka dan penutup yang join dua² pun mak yong ... adakah seru kamu² tempias ketuan kedaung ni hahaha.... 




Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul



Kebetulan.. semalam hari lahir saya.. tapi kalau ikutkan kelender islam mak bagi tahu kelahiran saya memang bulan rabiulawal cuma tarikhnya kurang pasti ....

Hari ini pulak maulud nabi, iaitu ulang tahun kelahiran nabi muhammad rasul junjungan kita.... dulu masa sekolah memang terasa sangat kemeriahannya lagi² masa berarak sambil berselawat.. tapi dah kerja ni tak rasa sangat.. cuma merasa cuti jerlah... huhuhuhuhu .....




Sabda diatas ni saya kongsikan buat diri saya dan juga rakan² yang membaca blog ini.. moga dengan bertambahnya usia.. kita juga makin sedar diri.. dan jangan mudah lupa diri (^___^)v

Sebenarnya kita patut contohi sifat rasullullah.. kerana sifat beliau yang sangat terpuji wajarlah dijadikan contoh buat diri dan juga dalam mendidik anak²... walaupun kita ni manusia biasa adakalanya tidak sempurna diri....


Bicara Hati : Tak semua negeri cuti kan, pada negeri yang tak becuti .. selamat bekerja ...






Rabu, 23 Januari 2013

Terima Kasih Semua

  


Kalau entry yang sebelum ni saya dah buat ucapan untuk diri sendiri.. kalau ada yang tak baca jom baca lagi.. sebab ada hadiah untuk kawan² klik kat istimewa pada angka ke-30. Kali ni entry ucapan terima kasih buat kawan² opis yang sudi meraikkan bersama² huhuhuhuhu.. terharu sangat dibuatnya.... sebab korang semua memang terbaik.. dah macam adik beradik dibuatnya.... dah lama kenal makin lama mkin tahu peragai masing².


Terima kasih akak sebab sudi sponsor kek red velvet dabommm ni.. wallah.. memang sedappp aummm.... aummm..... lagi² cheese yang diubah macam campuran krim tu memang krimiiii miiii tau...



Pakai² gedik amik gambar ramai² .. bos jangan mara.. tetiba hilang jer satu kawasan... 



Layan² makan steambot koboi jer.. hahahaaha... sedap jugak dah makan ramai²kan....



Bicara Hati : Harap tahun depan dapat raikkan bersama korang lagi .... (^_____^)v






Istimewa Pada Angka Ke-30


Hari tanpa kata dihari rabu, tapi itu rabu lain boleh?? rabu ni.. nak taip jugak hahahahahaha...... Bersyukur dihari yang mulia ini masih diberi kesempatan merasai kehidupan di dunia ini.... berada disamping mereka disekeliling adalah satu anugerah yang sukar untuk digambar ....


 Sentiasa bersyukur dan jauh sekali mahu besikap tamak atau riak didalam hidup.. tapi adakalanya tanpa sedar mereka disekeliling yang menilai kita dengan pelbagai andaian dan tangapan..... tapi janganlah sesekali menghukum karma .. sesukahati ....




Alhamdulillah bertambahnya usia yang ke-30 tahun pada tahun ini .. mengharapkan yang lebih baik dimasa akan datang dari segi diri, keluarga dan juga kehidupan... 
Terima kasih juga buat kawan² blogger yang mendoakan saya....  


Kami sentiasa meraikkan bersama² diopis, kerana tarikh dan bulan yang sama tapi tahun kelahiran yang berbeza.. tahun ni raikkan awal sikit.. sebab hari ni saya bercuti .... ala... pergi bercuti ke pakej yang RM 150.00 tu hihihihihihihi ...;p saja deal beli hadiah untuk kami 3 beranak .... jadilah .. ibu dapat rezeki lebih haruslah ibu kongsikan pada orang² yang ibu sayang .... (^_____^) 


Kawan² kalau mahu hadiah pun boleh ... bagilah ucapan kat saya mestilah saya bagi hadiah jugak ... kire macam giveway birthday aci x?? aci x?? buat macam ni jer.... (hahahaha tak malu.. nak soh orang ucap happy bestday) senang jer.. sapa yang komen kat sini secara automatik tercalon.. yang tak jadi follower pun boleh join juga.... janji masa keputusan keluar korang baca. 


Syarat wajibnya hanya komen pada hari ini di post ini sahaja yang terpilih sehingga pukul 11.59 malam ini. Dan ada special give bagi yang komen 30 tau ....  kenapa 30 sebab umur saya kan 30 tahun dah (ade ker???sampai 30 komen masuk yer) keputusan akan diumumkan selewat²nya minggu depan.



Bicara Hati : Tuan tanah kedaung nak pergi bercanda bye² semua.. entry selepas² ni kalau ada hanyalah autopublish...

Selasa, 22 Januari 2013

Agar - Agar Roti Marbel

Banyak nama sebenarnya juadah yang saya nak kongsikan ni.. ada yang panggil puding roti marbel, ada yang panggil agar² roti marbel .. haihh .. macam² versi lah.. rasanya tok² guru dan sifu² masak lagi arif bab² masakk ni kan.. saya ni anak murid jer.. lepas tu .. derhaka pulak tu.. sebab tu kali pertama dulu buat tak jadi marbel hihihihihi .... ampunkan saya.


Ok sebab dah banyak kali buat.. akhirnya menjadi jugak marbel tu .. sebenarnya tak susahnya kalau kene caranya, tapi kalau tak kene gaya memang tak jadilah marbel tu hahahahahaha .... paling suka anak bujang sayalah memang teruja jerlah dia tu nak makan.. mulut tak renti² cakap cantiknya.. cantiknya.. nasib baiklah cepat beku ... dalam 1 jam lepas masuk peti sejuk selalunya dah boleh potong.
Dan sejak dah pandai buat ni.. senanglah kalau ada kenduri kendara memang saya bawak buat buah tangan, ada yang mahu order ker??? owhhhh tak amik order sorry .. baik korang buat sendiri lagi senang....
Agar - agar Roti Marbel
Bahan-bahan :-
  • 5 keping roti (xperlu dibuang tepi²nya)
  • 2 biji telur
  • Air 
  • ½ tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 bungkus agar kering
  • 5 sudu besar gula 
  • 2 sudu besar marjerin (cairkan terlebih dahulu)
  • 2 sudu besar coklat emulco. Pakai serbuk koko pun ok sedapp jugak  (Tapi guna coklat emulco lagi cantik warna coklatnya dan rasa lagi sedap)


Cara-cara :-

1. Masukkan air, suka guna plastik agar² tu lebih mudah, kalau guna satu pek agar² jadi air pun kenelah satu pek tu jugak, masukkan gula ke dalam periuk dan didihkan
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan tambah secawan air. Kemudian masukkan dalam periuk 
agar2 yg sudah mendidih tadi.
3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan dan kacau rata sampai mendidih lagi. Kacau
sehingga bawah periuk bagi mengelakkan ianya tidak berketul. Tutup api.
4. Bahagi adunan kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan 
coklat emulco.
5. Bila adunan telah siap, marblekan sahaja. Masukkan ke dalam peti selama sejam
sebelum dihidangkan


Cara Memarble :-

Sesenduk adunan warna asal dituang di tengah² loyang, kemudian ambil pula sesenduk 
adunan warna coklat dan dituang betul² di atas adunan warna asal tadi. Lapis sehingga habis
adunan dengan mengulang step di atas, tapi jangan kacau, biarkan adunan bergerak sendiri. 
Ketika memarble hendaklah cepat cos adunan nih cepat membeku. Kalau lambat jadi mcm 
yg aku buat kat atas.. 




Bicara Hati : Tengok adunan saya tu tengah² warna kuning nampak terbonjol sikit.. sebab dah beku hihihihihi ...;p Selamat mencuba yer.. kan cuti panjang hujung minggu ni bolehlah buat.





Shopping Online Store Simplysiti


Kisah bile kebosanan melanda, bukan bosan sebab apa .. ntah tibe² mood kelaut, kepantai ... dengan erti kata lain.. kadang² memang ada rasa tu dalam diri.. normal kot ... sebagai wanita. Betul x?? betul x???? angguk dengan laju ....

Seacrh sana sini .. google sana sini .. cuci mata sana sini .. tibe² terjebak .... bukak web simplysiti (yang sebenarnya baru tahu ada online store dia ni hihihihihihi ... orang lain dah lama tahu.. kita jer yang baru tahu ...

Tibe² sajalah klik kat bahagian sale tu .... banyak jugak yang sale sebab pernah serve kat watsons agak mahal jugak barang² dia.. tapi bila dia buat jualan murah ni macam okk jer... bedak pun dah habis apa salahnya mencuba kalau serasi boleh terus guna hihihihihihi ....

http://simplysiti.com.my


 Nak tahu yang mana ada potongan harga haruslah klik kat bahagian SALE




Klik² dua ni jer ... tengah bulan mana ada duit lebih huhuhuhuhu .. ni pun sebab bedak dah habis macam best jer bedak ni.. mahu cuba .. mahu cuba... dan lagi satu tu mask muka.. beli satu percuma 1 okkk lah tu kan... baru² nak cuba ... 


Kalau ikutkan hati semua nak dibeli hihihihihi .. tapi tu lah nanti bajet lari macam mane kan.. ada pulak yang tak makan kang, okk baik beli yang mana perlu jer dulu .. korang pernah beli online kat simplysiti x??? kalau tak pernah jomlah beli .. masuk link laman web dia tu .. macam² ada .... segalanya dihujung jari. (^_____^)v

Hari selasa order .. hari khamis dah sampai ....
Kalau ikut terma dan syarat pembilan online simplysiti hantar/pos barang² pada hari isnin sahaja.. terkejut jugak barang ni sampai cepat.

Bicara Hati : Macam² kedai online ada sekarangkan.. hati² yer.. kawan² jangan sampai tertipu.... sebab pernah terbaca ada orang beli tablet sekali dapat lesung batu gegegegege haru jer ......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...