Alhamdulillah hari jumaat yang penuh diceria, disulami suasana keindahan pagi yang mengembirakan... laluan kepejabat dipermudahkan... alhamdulillahh.... hantar amir awal kesekolah hari ni... mood berkobar² nak cepat sampai sekolah, tak tahulah kenapa... semacam jer.. cerianya... (memang macam tu lah dia.. pagi hari.. kadang ok.. kadang biasa².. kadang² tak ok)
Rasanya bagi yang membaca blog saya ni.. dan mengikuti entry² minggu ni pasti tahu dan kisah kurier yang buat hal tu hihihihi.. tak pasal² jadi banyak entry... sebab .. kalau semua padatkan satu entry jenuh pulak korang nak membacanyakan.... (perasan².. macamlah ada yang mengikuti dan baca.... macam syok sendiri jer.. menulis adalah hahahahahaha)
Oklah pendekkan cerita.. saya dah dapat pun barang tu... barang tu daripada ina a.k.a IntaNBerliaN sebuah buku Ajarkan aku wahai ibu ..... sebuah buku motivasi lebih kurang dan sesuailah bagi saya ni yang dah jadi ibu... tapi yang tak jadi ibu lagi pun sesuai kot baca.. untuk ilmu juga dimasa akan datang ..... kan...
Sedang eloklah ina hadiahkan buku ni.. sebab koleksi buku² yang kat rumah, termasuklah novel semua pun dah habis baca... jadi sekarang ni.. memang takda membaca apa.. melainkan mengajar amir jerlah kat rumah tu... tu pun kalau dia tak pakat² tidur awal dengan hubby.
Best seller .....
Ajarkan Aku Wahai IBU
(Kalau berkesempatan saya kongsikan info² dalam ni dengan kawan² kat blog)
Terima kasih sangat²ina sebab hadiahkan buku ni... terharu kejap...
ucapan ringkas ina buat saya terharu sekejap, dah siap lekat pun nota ni dalam buku tu... buat kenangan².... dan ini adalah hadiah kedua buku daripada kawan blog... yang pertama Novel Bidadari
Kira maca, hadiah hari lahirlah ni kat saya.. suprise... sebab hadiah pertama hari lahir daripada blogger.... malu dibuatnya sebab blog ina lagi femes dan semakin maju... nak banding dengan blog saya ni.. jauh beza.
Buat kawan² yang masih belum mengenali ina, jomlah rajin² singgah kerumahnya yang penuh berlian tu.. hihihihi... bertaburan tau.. sana sini ... kalau boleh ambil... memang dah kutip buat batu cincin satu hihihiihihi .. ina ni peramah orangnya.. suka baca entry² ina mengenai cara dia mendidik anak².... dan paling suka mesti bila ina kongsikan resepi yang sempoi².. sesuailah buat kami ni yang tak pandai masak...
Sekarang ni pun ina sedang anjurkan Giveaway tau.. hadiah pun meletop².. daripada sponsor.. jomlah join .... mana tahu ada rezeki klik http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2013/02/intanberlian-mega-giveaway-2013.html syarat²nya pun mudah.. rasanya masih belum terlambat nak join.. sebab hujung bulan ni baru tamat tempoh penyertaan.
Bicara Hati : Walaupun tak pernah bersua muka, tapi terasa dekat dengan kawan² blog, bila datang singgah baca entry... biar jauh dimata.. tapi dekat dihati. (^_____^)v