♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 14 Mac 2013

Langkawi - Buah tangan kawan sepejabat



Semakin hari semakin buntu memikirkan tajuk entry, itu baru part tajuk belum lagi part nak mengarang entry.... gambar² memang banyak dalam draft tu dah upload.. idea nak menulis jer.. kelaut sikit... nampaknya blog ni makin banyaklah entry tertunggak lepas ni....

Oklah dalam entry bicara hati ni saya ada bagi tahu patutnya ke Langkawi, tapi atas sebab² yang tak dapat dielakkan saya tak pergi.. alhamdulillah big boss memahami.

Kebetulan kawan saya yang pergi tu lelaki, jadi saya kirilah kat dia beli barang sikit.. dah saya tak dapat pergi.. hahaha.. ade hati nak mengirim juga tu... nasib baiklah kawan u okk jer... tau.... 


 Beg plastik warna biru hasil shopping kat sana katanya.....



Hasil rembatannya yang pertama Pemangang Ajaib
yang ini memang saya kirim siap bagi RM 50.00 kat dia... walaupun saya tahu harganya tak sampai RM 40.00 pun sebab dah serve² kat google pun...


 Kawan saya ni sinonimlah peminat keychain.. pergi mana² mesti beli bagi kawan² seopis.... 
Tak padan dengan lelakinya.. bab² beli cenderahati tak pernah kalah dengan perempuan hihihihihihi .....



Dan yang paling best sekodi coklat dihamparkan bagi kat kawan².... apa lagi... saya masukkan balang siap² buat stok kudapan dipetang hari..... terima kasih kawan... (^___^)v



Baru² ni tengok Romantika Shiela Rusli sekeluarga pergi Langkawi seronoknya merekakan.... eh² dah pulak masuk cerita retis hihihihihi...... Sendiri nak pergi tak tahulah bilekan.. dengar cerita kawan² jerlah...



Bicara Hati : Rehat nanti nak hantar bekas susu amir tertinggallah pulak dalam kereta pagi tadi.




Trauma Bunyi Siren


Rasanya entry ni pernah buat dulu.. tapi situasinya berbeza.. masa tu baru mula² bawak kereta dan sorang diri masa drive. Situasi kali ni memandu dah berdua dengan amir, dengan memandu kereta mpv ni mencabarlah jugak tau .... (bak kata kawan saya .. mana kepalanya pemandu kereta tak nampak pun)

Saya ni seriuslah kategori seriau sikit kalau bunyi siren ni.... asal dengar jer bunyi siren polis, bomba, ambulans ke.. memanglah mulalah tercari² kat belah mana datangnya bunyi tu..... kecuali van jenazah.. sebab takde siren kalau lalu saya bagi laluan jer.. tu pun meremang bulu roma....

Kalau dah saya panik, amir lagilah.. ibu.. tepilah ibu.. tepilah.. ambulans tu nak lalu.. haihh.. anak² sabarr jerlah dibuatnya tau.... kadang² tu rasa dah ketepi dah.. tu pun macam tak muat lagi mereka nak lalu.... kadang yang geram lepas ambulans dengan bomba lalu.. ada pulak yang ambil kesempatan follow belakang tu.... kalau motor takpalah.. ini kereta ... kadang pikir positif jerlah.. saudara mereka agaknya...

Pernah sekali tu saya tercari² manalah datang bunyi siren ni.. rupenya dari haluan sebelah bertentangan saya hahahahaha.. itulah mengelabah jer tak tentu pasal kan...


Amir pun dah mula suka ekspost sekarang ni.. mesra kamera.. ikut sapalah tu....




Bicara Hati : Korang pun trauma tak???






Rabu, 13 Mac 2013

Sujud Di Malam Hari









Kamera Olympus Putih




Hadiah hari wanita katanya hihihihihihi ..... 
Jangan ditanya edisi yang baru ke bukan.. saya sendiri pun tak pasti... 

Terima kasih hubby ... itu sahaja ayat yang terkeluar dari mulut ini.... minat yang satu ini mengambil gambar dan diambil gambar .... sukar dikikis daripada sekolah rendah lagi (terima kasih hubby kerana memahami) dan susah nak digambarkan satu kepuasannya.. pada saya apa jua yang saya lakukan.. mesti saya nak ambil gambar... kerana pada saya semua yang berlaku takkan berulang... walaupun orang kata beli jerlah hp canggih pun ada kamera juga.. tapi saya lebih selesa bawak kamera.. dan mengambil gambar menggunakan kamera....

Okklah nanti²/esok²/tulat sambung cerita lagi beli kat mana, sebenarnya nak buat entry WW jer.. tapi jari gatal pulak tertaip ayat² hihihihihihi......



Bicara Hati : Hubby sekarang fanatik betul warna putih, kasut, t-shirt banyak warna putih dan sampaikan kereta pun warna putih sekarang ..... (^____^)v 





Penyakit Hati







Shawl Half Moon Corak Batik



Shawl Half Moon Paisley Zaara
My Online Boutique For You







Satu Titik PASRAH




Selasa, 12 Mac 2013

Menu Minum Petang Katanya ......




Pagi tadi agak kelangkabut dibuatnya, baru masuk opis sempat bancuh nesum secawan, berbekalan roti telur sekeping belum sempat ku ngapppp.... dapat arahan daripada bos suruh pergi kursus... agak² blur juga lah dibuatnya.... Mujurlah ½ hari sahaja.

Jadi sudahnya secawan nestum kuhulurkan pada kawan sebelahku.. memang tak sempatku minum pun.. dan ku berikan bekalku juga walaupun hanya sekeping roti.... sudahnya petang ni bekalku dibalas balik dengan menu petang yang nyum²..... keropok, pisang dan keria. Terima kasih kawan... saya tak mengharap pun awak balas.. tapi... syukur sangat.. atas rezeki ini... bolehlah alas perut sementara nak balik nanti.

Dua entry pagi tadi adalah entry autopublish yang saya dah siap² draft semalam.. hihihihihi... tak sangka lah pulak... kan... itulah seronoknya dunia blog ni.. kita boleh sukahati nak publish entry bila² masa... tak semesti mengadap blog 24 jam jer.. kan.. kenelah pandai... bahagikan masa, walaupun kadang² masa memang sangat cemburu dengan kita kan.


Bicara Hati : Rezeki jangan ditolak ... 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...