Selamat pagi semua ... al kisah² hihihihihi.. hubby belikan amir kad imbasan nombor ni, sebenarnya sekali dengan beli barang lain .... tapi yang buat saya gelihati bila amir bisikkan sesuatu kat telinga saya.
Kad imbasan sayangku ni ada no 1-20, tapi no 1-10 tu depan nombor depan belakang gambar dan bilang ikut nombor yang tertera conohnya nombor 5, gambar belakang tu pun 5. tapi bila dah masuk nombor 11-20 depan belakang bernombor sahaja.. takda gambar² nak kira dah banyak sangat nanti...
Kad imbasan 1 - 20
Gambar 10 cup cake, permintaan amir setiap kali tengok mesti mintak buatkan.. sampai sekarang tak terbuat².... huhuhuhuhu .....
Ok.. sambung balik, kenapa saya gelihati bila amir berbisik sesuatu kata saya.. korang nak tahu tak apa yang amir bisikkan... amir kata ..' kenapa ayah belikan sampai nombor 20 jer ibu... amir dah belajar sampai 100 kat sekolah' gegegegege..... saya nak gelak pun ada.. hubby pun satu hal jugak.. dah lupa hingatan agaknya anak ni dah 5 tahun... takkanlah asyik dok kenal nombor sampai 10-20 jer.... Bila saya cakap.. napa amir tak bagi tahu ayah tadi.. masa ayah bagi, pandai pulak dia buat muka.. takut ayahnya marah.. padahal hubby tu tak pernah pun nak marah² anak, tapi hubby memang tegaslah dengan anak kadang²... tu yang amir takut kot.
Sudahnya lepas amir cakap macam tu.. saya belikan lah amir buku tulis nombor yang baru, amir ni kalau nombor cepat sikit dia minta.. dengan erti kata lain... mudah belajar.. hubby ajar tambah dengan tolak pun dia dah paham.
inilah buku latihan matematik amir yang baru 1 - 100
suka betul dia...
Bicara Hati : Entry ni bukan nak menunjuk² pasal anak saya, saya cuma kongsikan kegembiraan hati saya sahaja.... jangan salah paham yer...