♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Isnin, 13 Mei 2013
Anjung Seri dan follower ke 414
Keberanian
Hujung minggu kami penuh dengan jemputan kawin, opsss ... tahun ni memang banyak tema merah eh kawin.. pergi sana tema merah .. pergi sini tema merah dan sepanjang laluan nak ke tempat kenduri pun banyak tema merah, dalam hati siap terdetik janganlah kami datang rumah kenduri tu tema merah jugak gegegegge .... macam minggu lepas.
Warna baju kami tidak melambangkan mana² parti okkk.. jangan salah paham, ingakan kami ni sokong parti ini atau sebalik .... tapi yang gelihatinya.. nama jalan kat tempat kenduri tu .. jalan umno hihihihihi .... tak sempat nak snap gambar kat simpang jalan tu .. melayankan amir yang asyikk lah bertanya macam².. siap mintak amikkan bunga manggar kat tempat kenduri.
Ahad, 12 Mei 2013
Pertama Kali Hidung Amir Berdarah Masa Tidur
Gambar tiada kaitan tapi mahu letak juga... amir sedang tekun mewarna... sudah pandai pegang pensil warna dengan betul, sudah pandai membeza²kan warna² yang sesuai mengikut gambar .. satu perkembangan yang positif ... maklumlah anak lelaki yang manja kan..
Okk sambung balik .. saja masukkan gambar selingan, sebab pertama kali terjadi ... hidung amir berdarah ni .. memang paniklah dibuatnya tau... yang aku ni .. memang lah panik, hubby pun macam bangun terkejut dibuatnya.. bila aku bagi tahu hidung amir berdarah .. pada mamai bertanya tu ... dia pun duduk .. tengokk jer aku dudukkan amir.. sambil dongakan kepala amir menghala keatas.. darah kat hidung pulak mengalir laju .. macam tak nak berhenti .. mata amir pulak terpejam... jer mengantuk. Sempat buatkan amir susu ... amir pun elok jer.. tidur mata tak bukak.. banyak tahi mata pulak keliling mata tu ... memang panas dalam agaknya badannya.. sebab terasa nafas dia panas sangat.
Sudahnya aku tak boleh nak sambung tidur ... risaukan hidung amir ... baring sambil mengadap muka amir .. tak perasan bila terlelap .. sedar² dah pukul 5.00 pagi .. hidung amir pun dah takda darah.
Esok pagi² kene bawak adik pulak pergi klinik, nasib baik adik ok.. ingatkan nak bawak amir sekali .. dah dia bekuu takmmooo turun kereta pergi klinik .. nak ketadika.. memang tak kekliniklah pagi tu ... tapi tak melarat pun.. alhamdulillah amir dah ok.. amir kuatkan.
Kat bawah ni saya kongsikan tips dan info serta langkah kecemasan kalau anak² hidung berdarah, haihh selama kita tak pernah nak amik tahu pun.. bila dah jadi .. barulah terpikir sana .. sini .. dok cari info :
- Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
- Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
- Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.
- Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
- Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
- Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
- Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
- Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.
Rawatan bergantung pada sebab-sebab:
Rawat masalah yang berkaitan.
Nasihatkan supaya berhenti mengorek hidung dan menghembus hidung dengan kuat.
Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, pakar bahagian telinga, tekak dan hidung akan memberi rawatan mengikut keadaan seperti membuat sumbatan pada hidung, penggunaan bahan kimia/ubat-ubatan tertentu untuk menghentikan perdarahan.
Harap takdalah yang memudaratkan ... biasa jer... maklumlah pertama kali kan.. mestilah risau dibuatnya...
Bicara Hati : Terharu amir buat kad hari ibu, bawak balik daripada sekolah .... nanti ada kesempatan nak abadikan kat blog.
Sabtu, 11 Mei 2013
Rezeki RHB Debit Mass Usage
Alhamdulillah .. kali ni ada rezeki lagi dengan RHB pulak ... moga lamalah menari hendaknya dekat blog, kalau tak silap saya RHB Debit Mass usage ni ada buat pertandingan mencari sapa yang berbelanja sekurang²nya rm 30.00 sudah layak untuk masuk bertanding dan ada peluang menang .. lebih kurang macam tu lah.. kalau ada kawan² yang ada kad bank RHB Bank bolehlah join.. kalau nak tahu maklumat lanjut.. nampak iklan kat blog saya pasal RHB tu bolehlah klik. Hadiah pun lumayan dan menarik tu .... saya takda akaun RHB.
Iklan ni saya perasan menari kat atas header nun... seronok betul dia menari² kat situ tau ... pandai pilih tempat.. bukak blog nampak dia dulu ...(^___^)v
Jumaat, 10 Mei 2013
Bersalah dalam menulis blog
Sebelum Bulan Rejab menjelang
Khamis, 9 Mei 2013
Menu maggie citarasa sendiri
Terima Kasih Ina a.k.a intaNBerlian
Langgan:
Catatan (Atom)