♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 17 Mei 2013

FM Daripada Nad MamaNZ



Senyuman yang sangat lebar .. akan diberikan setiap kali gambar di titip di blognya, seorang yang peramah .. itulah yang boleh kugambarkan insan yang bernama Nad MamaNZ. Header gambar anak² tu memang sangat comel.

Baru² ni.. dapat hadiah FM daripada Nad mamaNZ, tak sangka pulak berjaya .. Nad buat giveaway masa ulangtahun kelahiran dia bulan lepas .... Kalau korang belum kenal nad bloehlah singgah² blog dia.. haihh memang peramahlah orangnya.. rajin berkunjung balas .. kita ni jer.. yang tak terkejar nak baca entrynya .. memang baca maraton jerlah.. kalau tertinggal.


Cantikkan.. tak pernah ada koleksi macam ni.. dah selamat pun lekat kat peti sejuk rumah tu.


Nak dapat fm ni pun ada cerita disebaliknya tau huhuhu ... Nad dah lama pos katanya, tapi heranlah pulak kenapa tak sampai² ni ... mujurlah nad bagi no pos berdaftar tu ... jadi cek kat internet terus pergi kat pejabat pos pelabuhan klang, nasib baik barang tu ada kat pejabat pos.. orang kata rezeki saya kan.. bila orang pos tu tanya ada kad tak yang posmen dia tinggalkan .. saya jawablah takda .. saya pun heran.. kenapa dia kata takda orang kat rumah, walhal mak ada jer... kenapa posmen kata takda orang kat rumah .. bila orang kat pejabat pos tu tanya pasal kad tu .. baru saya terpikir ... dia orang ni dah pergi rumah saya belum ni .. hahahaha .. takpalah.. janji dah dapat fm tu dengan selamat.



Bicara Hati : Yeahh dah free sikit kat opis sekarang.. nak pergi pejabat pos laju hari ni.. nak pos barang kawan² ...








Khamis, 16 Mei 2013

Paprik Ketam Kesedapannya Luar Biasa



Tajuk tak menahan dibuanyakan .. panjang pulak tu ... biarlah .. tuan tanah tengah ting tong ni, huhuhuhu ... pandang komputer pun dah berpinar mata.

Paprik ketam kesedapannya luar biasa, hihihihi ... pertama kali masaklah katakan ... idea ni dapat masa dah kat dapur, perancangan di luarkan kawalan semua pun idea last minit.

Sesekali tukar citarasa, selalu sangat dah masak paprik sotong, paprik ayam... bohsan ... sesekali jom layan paprik ketam .. fuhhh jilat pingan sedapppp... hahahahaha .... resepi?? resepi saya google jer.. paprik seafood, tapi saya masukkanlah ketam .. sebab takda seafood lain .. ini menghabiskan stok yang ada dalam peti sejuk tu ... dan campur sikit ayam potong dadu ... nak bagi tambah² banyak sikit... (tapi korang jangan buat macam ni tau .. ketam mana boleh campur dengan ayam) kita lupa .. ligat nak cepat masak.. nak cepat makan ... kita tercampurkan ayam pulak.. patutnya tak bolehkan.. sebab makanan darat mana boleh campur dengan makanan laut.


Terliur tak?? paprik ketam ... seyes sedapppp ... rasa macam nak masak lagi ... tapi ketam mahal eh sekarang, pasal apa semua seafood mahal ni .. ayam jer murah , langsung tak jadi nak membeli lauk petang semalam kat segi.



Bicara Hati : Petang ni beli bungkus jer lah ... tak larat nak masak boleh??? huhuhuhu ....





Teruja Dapat Crayon





Pertama kali dapat hadiah ni .. daripada adik ipar saya, amir bukan mainlah teruja .. sebab .. ibu dengan ayah ni tak pernah lah nak belikan warna macam ni.. hihihihi ... okkk .. sebab ibu rasa pakai pensil warna biasa sudah, kalau guna crayon ni comot sikit tangan kan .. hihihihi ...

Dan sebab crayon ni .. korang tahu .. ibu ni hampir pingsan .. amir jadi teruja dan buat sesuatu .. buat pertama kalinya dalam sejarah .. perkara di luar jangkaan ibu huhuhuhu .... nasi baik ibu tak berubah jadi hulk tau ... (^____^) nak tahu .. apa dia.. nanti up cerita eh ... 





Rabu, 15 Mei 2013

Aiskrim Malaysia Pulut Hitam





Bila bubur tak habis, maka datanglah idea ini, hubby kurang makan bubur .. amir pun sama .. yang suka makan saya jerlah .. iu pun ikut menu bubur .. kalau bubur jagung bersagu memang makan bermangkuk² kikikikiki .. kalau yang lain .. ikut mood dan selera tekak ni .... 

Bubur pulut hitam ni akak ipar bagi sebenarnya, kalau nak harap kita masak sendiri dengan 3 beranak nak makan ni ... memang takmmoo buang kudrat ... sesekali tak habis dibuat ais krim malaysia macam ni.. eh² sedapp pulak .. ditambah cuaca yang panas sejak akhir² .. ni makan aiskrim ni memang tak sedarlah 3 batang habis sorang hahahaha .... buat sendiri puashati .. panjang pun ikut sukati jer... 

Kalau tak silap aiskrim ni kat luar jual rm 0.30 kan fuhh malah betul, rm 0.50 pun ada.. rasanya zaman dulu kala baru rm 0.10 jer .. memang banyak betul dah berubah sekarang ni.. ekonomi makin meningkat kan .. kan..



Bicara hati : sedapnya kalau dapat yang perisa asam boi, agak² kalau jual kat rumah laku tak?? (^__^)v







Jadual Tadika Amir





Jadual ni dah lama pun dapatnya tapi .. asyik lupa nak amik gambar ... bukan apa .. publish kat blog ni .. kot² boleh saya semak balik dan panduan buat sendiri jugak .. walaupun dah lekat siap² kat meja belajar amir, takut ibu terlupa .... insyaallah esok amir akan ada ujian lisan dan hafazan, hafazan macam biasalah selalu baca surah dan doa² mudah ... dan lisan pulak kalau tak silap ujian belajar membaca... risau jugak amir ni okk tak membaca .. kat rumah baru buku 5, tu pun jenuh lah tanamkan minat dan semangat nak belajarnya, dia ikut sukati dia jer.. bila nak belajar .. bila nak menulis dan bila nak menontonnya. Kalau ibu ni tak jerit .. memang sukatilah dia bergiyomi depan tv asyik melayankan kartun jer ... pingsan ... ibu.

Masa sesi fotografi hari tu, korang jangan tak tahu .. macam biasalah amir ni .. pesen tak boleh nak lelap mata .. asyik tanya ibu esokk amir nak amik gambar dengan kawan² .. nak pakai baju hensem² ... kene pakai kasut sekolah .. cikgu pesan tak boleh pakai selipar .. siap dia sendiri masukkan kasut dalam kereta.... pesen yang ni .. memang bebetullah ikut arwah adik aku tu .. ke.. ikut aura ibu hahahahaha ... ;p



Bicara Hati : memang tak boleh nak buat entry ww lah kan.. mesti nak cerita jugak.








Selasa, 14 Mei 2013

Gara - Gara Tiada Air Dirumah



03 Rejab, jam menunjukkan pukul 4.30 fuhh .. masih di opis, tengok jam lagi sekali alamak!! 5.15 petang, lintang pukang berkemas nak balik ... masa tengah drive layankan amir berborak .. itu ini.. gitu gini .. dalam kepala dok pikir nak masak apalah balik ni ... tahu² aikk dah sampai rumah.

Baru kaki nak melangkah masuk, hubby bagi tahu .. air takda .... alaaaaaaa...... macam mana nak masak ni.. nak buka apa... biskut jelah. Hubby kata makan kat luar jerlah ... tak payah buat apa² ... kuali lauk semalam pun tak berbasuh ... sebab air takda.. mujur hubby basuh baju sempat sudah .. kalau tak haru .. mesin tak bergerak.


Tom yam, kailan ikan masin, puyuh (menu wajib sebab amir suka) dan telur dadar.
itu jer pun .. jadilah untuk berbuka puasa petang isnin tu .... 
rezeki hubby belanja, gantung kuali lah kita ... 
kalau ikut nafsu .. mahu beli siakap 3 rasa.. tapi kalau 3 beranak memang tak beranilah order takut tak habis.. pernah buat ... siap bungkus bawak balik kikikikiki ....



Fuhh ... kalau betul bagai di kata 5 hari takda air kat rumah pingsan oooooooooo... air kat bilik mandi ada .. yang takda kat sinki .. sebab air singki daripada saluran luar .. huhuhuhu .... tapi .. alhamdulillah .. balik tadi ada air ... selamat duit hubby .. kalau tak gantung kuali lagi la lalalalala ... ;p









Serba tak menjadi



Berkira kira aku nak menaip entry ni, malu kene gelak pun iyer jugak ... tapi kalau malu .. macam mana nak tahu apa sebabnya iya tak?? ok... sebenarnya macam ni .. susulan entry hidung amir pertama kali berdarah ... sebelum tidur, amir ada bagi tahu nak makan apam, kebetulan lah pulak malam tu nasi ada lebih.. dalam secawan kot.. jadi bolehlah buat apam beraskan....

Gigihlah ibu ni sebelum tidur buat tau.. sebab apam ni kena perap 3 jam macam tu... (sumber resepi google sahaja.. pilihlah mana yang senang) takkan nak bangun pukul 2 pulak buatkan .. jadinya .. sebelum tidur saya dah bancuh siap².. sekali bangun hambikk selambakkk naiknya dalam besen tu .. penuh... (hati berbunga².. wah mesti cantik apam ni.. mask nanti.. perasan²)



Okk.. ni gambar sebelum kukus .. siap sapu minyak lagi bekas tu.. kunun takmoo melekat...



Sekali masak gegegegegeeg... kenapa jadi macam ni??? kenapa... kenapa .. bantat erkkkkk .. rasa bersalah nak buat sarapan pagi tu... tau ... konfius dibuatnya apalah yang salah eh... bahan semua sama.. sikit pun tak derhaka tau.. acuan tu besar sangat ker?? kenapa apam tu .. tak menjadi .. streesss dibuatnya.. sampai ke hari ni tau .. terbantut nak buat apam, sebenarnya sebelum ni pun pernah buat... bancuhan tu elok jer naik.. tapi bila kukus jadi macam ni.. kenapa eh.. korang tahu x???? tolonggggggggggggg buntu cari jawapan.. kalau korang ada petua kongsikanlah apa sebabnya...



Muka tak berapa nak sihat, tapi .. sempat puji sedapp apam ibu .. hahahahaha... kita nak gelak pun ada .. sebab .. rasanya apam tu memang tak menjadi langsung .. amir kata sedapp.. siap nak makan.. bagi kat kawan² sekolah .. haru dibuatnya... saya masukkan jer dalam bekal, tapi amir tak bawak pergi sekolah pun apam .. saya kata apam tu tak jadilah .. lain kali ibu buatkan lagi ...



Bicara Hati : geram tengok apam beras orang lain bua naik mengebu .. huhuhuhu ... saya guna resepi mak gebu .. saya google itulah resepi apam beras yang saya jumpa dulu .. terus cuba, tak sangka tak jadi..





You're still the one



Tajuk tak menahan, ni lah bahananya kalau dah lewat malam tak boleh lelap .. melayankan drama korea hihihihi .. emo kejaplah kalau tengok cerita ni.. kat Byond HD393 tu ...tapi suka jugak.. sebab perempuan dalam watak ni (isteri yang kene tinggal tu lah) sangat kuat... berdikari. Sesekali jer pun melayankan nya... kalau setiap malam.. mahu bangun lewat nak pergi kerja...

Oklah bukan nak cerita pasal cerita korea tu .. tajuk tak kene mengena sangat pun sipi² jer.. hihihi... cuti hujung minggu baru ni kan hari ibu, alahai sweetnya bila ada sibujang disisi ni... makin besar ni makin banyaklah keletahnya .. kadang² pitam nak cari jawapan kalau ada soalan yang tak masuk akal tapi .. tapi ... ' you're still the one ' (^____^)v ibu sayang kamu tau .. kamulah harta dunia dan akhirat ibu.
 

Sayang anak ibu .... sempat lagi mata tu dok jeling kamera yer ... 
sorry gambar gegar kalau dengan amir biasalah budak bertuah ni tak reti diamm....



Ramai kata .. sejak amir kurus ni .. muka amir macam ibu .. sejuk hati dan perut ibu dengar ... hihihihi.... pipi kami yang tak kurus².. makin bulat dan tembam hihihihihi .... senang hati agaknya.



Senyum sikit .. oic banyak pulak gambar dalam ni ... saja mengabadikan .. ni kat bilik tetamu .. sekarang jadi bilik solat kami sekeluarga dan tetamu .. tak lama lagi jadilah bilik amir pulak .. tak tahulah bilanya, ibu dengan ayah mood kelautt dah ni nak deko² bilik anak bujang.


Kata² indah buat hubby, dedikasi hari ibu (walaupun bukan hujung minggu baru ni jer.. setiap hari pun hari ibu kan) terima kasih atas segala² yang kita lalui bersama selama ini .. terima kasih kerana terima diri saya seadanya.. terima kasih bagi hadiah yang terlalu tinggi nilainya ini .. terima kasih .. sayang ayah .. mahu peluk .. kuat².. takmoo lepas.. hahahaha .. owerkan...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...