♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 12 Mei 2013

Home » , , , , » Pertama Kali Hidung Amir Berdarah Masa Tidur

Pertama Kali Hidung Amir Berdarah Masa Tidur



Panik dibuatnya tak kala.. mata sedang lena terlelap jam menunjukkan 2.30 pagi, anak tiba² merenggek mahukan susu... dan hidung berdarah keluar dengan lajunya... mata terpejam pulak tu. Sebenarnya ini kali pertama berlaku tau .. sepanjang aku besarkan amir ni ... dengan erti kata lain sejak amir lahir .. ini lah kali pertama... kejadian berlaku rabu malam khamis baru ni.

Sebenarnya dah beberapa hari amir mengadu .. mata dia gatal, aku risau jugak sebab doktor pernah maklumkan amir ada masalah sikit .. hidung sensetif dengan habuk.. dengan erti kata lain macam nak kena resdung .. kalau dibiarkan takut melarat boleh kene asma pulak... padahal kat rumah sofa dah letak luar, tidur pun kadang² jer pakai toto.. sarung tilam jangan katalah sekerap mungkin kita ni tukar .. kalau boleh setiap minggu tau ... memang berhati²... sebab tak nak amir di jangkiti konjuktivitis.



Gambar tiada kaitan tapi mahu letak juga... amir sedang tekun mewarna... sudah pandai pegang pensil warna dengan betul, sudah pandai membeza²kan warna² yang sesuai mengikut gambar .. satu perkembangan yang positif ... maklumlah anak lelaki yang manja kan..



Okk sambung balik .. saja masukkan gambar selingan, sebab pertama kali terjadi ... hidung amir berdarah ni .. memang paniklah dibuatnya tau... yang aku ni .. memang lah panik, hubby pun macam bangun terkejut dibuatnya.. bila aku bagi tahu hidung amir berdarah .. pada mamai bertanya tu ... dia pun duduk .. tengokk jer aku dudukkan amir.. sambil dongakan kepala amir menghala keatas.. darah kat hidung pulak mengalir laju .. macam tak nak berhenti .. mata amir pulak terpejam... jer mengantuk. Sempat buatkan amir susu ... amir pun elok jer.. tidur mata tak bukak.. banyak tahi mata pulak keliling mata tu ... memang panas dalam agaknya badannya.. sebab terasa nafas dia panas sangat.

Sudahnya aku tak boleh nak sambung tidur ... risaukan hidung amir ... baring sambil mengadap muka amir .. tak perasan bila terlelap .. sedar² dah pukul 5.00 pagi .. hidung amir pun dah takda darah.

Esok pagi² kene bawak adik pulak pergi klinik, nasib baik adik ok.. ingatkan nak bawak amir sekali .. dah dia bekuu takmmooo turun kereta pergi klinik .. nak ketadika.. memang tak kekliniklah pagi tu ... tapi tak melarat pun.. alhamdulillah amir dah ok.. amir kuatkan.

Kat bawah ni saya kongsikan tips dan info serta langkah kecemasan kalau anak² hidung berdarah, haihh selama kita tak pernah nak amik tahu pun.. bila dah jadi .. barulah terpikir sana .. sini .. dok cari info :

  • Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
  • Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
  • Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.
  • Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
  • Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
  • Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
  • Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
  • Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.

Rawatan bergantung pada sebab-sebab:
Rawat masalah yang berkaitan.
Nasihatkan supaya berhenti mengorek hidung dan menghembus hidung dengan kuat.

Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, pakar bahagian telinga, tekak dan hidung akan memberi rawatan mengikut keadaan seperti membuat sumbatan pada hidung, penggunaan bahan kimia/ubat-ubatan tertentu untuk menghentikan perdarahan.


Harap takdalah yang memudaratkan ... biasa jer... maklumlah pertama kali kan.. mestilah risau dibuatnya...




Bicara Hati : Terharu amir buat kad hari ibu, bawak balik daripada sekolah .... nanti ada kesempatan nak abadikan kat blog.





6 ulasan:

Unknown berkata...

oo..sib baik xmelarat kan..insyaallah..xde apa2..

Ujie Othman berkata...

Mmg panik tu, nak jadi ibu ni kena ada ilmu kan...nnti tak tau pulak nak buat apa kalau benda2 gini jadi kat anak.

maszull berkata...

assalamualaikum masya...moga tak ada apa2 yg bermasalah yer...;)

Unknown berkata...

panas sangat kot ...boleh hidung berdarah

mamaarifakeemaisy berkata...

Panas sgt tu kan.. arif akak dl pnh gak jadi, sungguh panik, sbb smpai hidungnya bengkak, then, pecah berdarah banyak... huu..

eija_sweetmama berkata...

x pernah lg jd pd anak2 k.eija, tp ada kemungkinan panas dalam ditambah dgn cuaca panas skrg ni mmg boleh jd hidung berdarah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...