♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 20 Mei 2013

Anak Buah Pertama Saya Selamat Lahir



Alhamdulillah adik saya telah selamat melahirkan seorang baby boy yang sangatlah comel .... geram tengok, tapi tu lah... dapat tengok daripada jauh sahaja, sebab baby di tempatkan di kawasan khas.... kenapa di letakkan tempat khas?? okk.. sebelum korang tanya ... nanti-nanti lah saya cerita yer... baby okk jer.. sihat ... takda masalah apapun.... (^___^)v


Layankan dulu gambar baby ni yer.... rasa macam nak cubit jer pipi dia yang tembam tu ..... gambar ni ambil daripada fb adik ipar hihihihihi .....







Ahad, 19 Mei 2013

Mask Muka Yang Menyegarkan





Sejak akhir² ni kan cuaca panas sangat, fuhh .. rasanya membawa kemalam pun masih terasa bahangnya.. dah nak mula kemarau ker??? huhuhuhu .. tak lama lagi bulan puasa, haihh kalau puasa panas macam ni memang dugaan betul

Sekarang ni, kalau malam kulit rasa kering .. malasnya nak sapu PMC tu .. bukan malas apa.. malas nak membasuh muka hihihihi .. jadi saya gunalah mask ni.. jimat tenaga... bila kulit muka kering nanti mudah mengelupas .. jadi pakai mask ni kira macam bagi air lah kat muka tu.. barulah segar .. kan.. esoknya kalau pergi kerja pun muka berseri² jer ... (^____^)V

Selalunya 2 jenama dalam gambar ni memang menjadi pilihan.. paling simply sii tu.. kalau beli online jimat sikit beli 1 percuma 1 cuma kenelah bayar kos penghantarannya rm 7.00.



Bicara Hati : Ni entry autopublish .. tuan tanah nak pergi kenduri .. banyak jemputan ...






Sabtu, 18 Mei 2013

Kad Hari Ibu Pertama Daripada Amir



Yeahhh dah cuti, hari ni dah hari sabtu kan.. fuh .. nama jer cuti .. tapi jadual dah bersusun penuh ni.... rasanya bulan 5 memang penuh jadual kita orang jemputan kawin hari ahad, sabtu memang kene kemas rumah siap² huhuhu .. walaupun tak mengemas sangat .. nak melepak jer ... santai².. guling² dengan amir.

Kalau minggu lepas hubby dah bagi hadiah telekung baru, entry kat sini ... kali ni saya nak publishkan kad yang amir buat dengan kawan² kat sekolah pulak .. alahai .. comelnya jer .. ayat tu.. terharu ibu dibuatnya.. lagi² masa amir bagi ni .. tak menyabar². masuk kereta bukak beg terus bagi kat ibu.. siap cium² pipi lagi.

Ini kali pertama dapat kad hari ibu daripada amir, kat sekolah memang dah beberapa kali jugaklah ada hasil kreativiti amir buat dan bawak balik rumah cuma kadang² tak sempat nak publish kat blog, yang ini saya kongsikan sebab kali pertama dapatkan.. kalau boleh nak frame.. owerr lah pulak.. simpan kat album sudah ... jangan hilang.


selamat hari ibu
you're my evertything
daripada amir


" Hari² pun hari ibu ....
Susu ibu bancuh lagi sedap ....
Semua ibu masak pun sedapp .... "

Terharu dalam usia 5 tahun mula terserlah sifat matangnya, walaupun manjanya mengalahkan budak umur setahun .... alhamdulillah di beri peluang ini, moga diberi peluang sekali lagi .. insyaallah .. amin.

*********************************************************************************














Raja Lawak Muzikal & Running Man



Dah berminggu-minggu rasanya raja lawak musim ke-7, tapi hari ni baru dapat layan .. itu pun sebab versi muzikal, rasa macam menarik sikit .. bukan yang sebelum ni tak menarik .. cuma malas nak berebut remot dengan amir, biarlah dia layan cerita dia nak tengok ... 

Pembukaan yang menarik dengan lagu rap waris versi nogori tu memang mencuit hati.. tambah-tambah pulak johzan masuk .. bolehlah melayankan gelak kejap ...

Ni layankan running man pulak hahaha .... mata ku yang tak mahu lelap .. sejak akhir-akhir ni payah sikit nak tidur malam .. dok guling sana, guling sini.. pusing sana.. pusing sini .. pasang acon pun masih rasa panas lagi ermmm...... 2 beranak sebelah ni dah selamat dah .. belayar ....


Bicara Hati : Macam tak best nak tulis entry tak bergambar .. huhuhu .. bw kengkawan lah....

Jumaat, 17 Mei 2013

Minyak Anugerah Untuk Anak Pintar



Kalau kawan² yang mengikuti blog saya daripada awal mesti tahu, saya dah masukkan amir ke taska bermula tahun lepas, itu pun akhir tahun... huhuhu ... kira bernasib baik jugaklah taska tu nak terima amir.. walaupun mula² nak masukkan taska jer.. tapi amir macam berminat nak ketadika pulak... sebab sekolah beberapa bulan jer.. saya masukkanlah jugak .. amir pun macam berminat.. cuma mula² tu .. memang jenuh jugaklah nak melayankan kerenah dia ni .... tapi alhamdulillah allah permudahkan, jadi awal tahun hari tu .. dah takda masalah lah bila saya hantar dia ketadika .. cuma pagi tu kadang² adalah mood dia tu .. yang liat sikit, nak sarapan dulu lah .. nak itu lah.. nak inilah.. selagi mampu saya layankan jerlah.

Baru² ni, kira awal tahun macam tu lah.. kawan kat opis ni ada syorkan minyak anugerah ni kat saya, minyak anugerah ni ada banyak warna, banyak pilihan tau .. dan setiap warna punya kelebihan yang tersendiri .. kalau korang berminat bolehlah klik kat blog dia .. link saya tinggalkan kat bawah entry ni.

Saya berminat yang warna biru ni, selepas kawan opis saya cuba, dan saya pun dah google sana sini kelebihannya.. macam memang baik untuk anak².. baunya pun wangi ... hari pertama cuba saya siap campurkan dengan air mandian amir, baunya jangan katalah .. semerbak.. mau mek sebelah pun hidu hihihihihi ..... 3 kali jugaklah saya bagi amir mandi .. dengan titikkan minyak ni. Lepas² tu.. terus letak kat kereta.. nak sampai sekolah amir .. sebelum turun saya suruh amir hidu .. dan baca selawat .. sapukan kat ubun² kepala amir.. alhamdulillah... makin ok.. saya tengok.. amir pun dah kurang meragam kalau nak ketadika, tapi lebih bersemangat pulak.. kadang² sampai tak nak balik bila saya ambil, nak main dengan kawan² katanya ... pulak dah ..... haru²...

Alhamdulillah banyak perubahan sebenarnya, korang dah cuba baru tahu ... saya sekadar berkongsi sahaja .. sekarang macam² pilihan ada kat luar tu .. terpulanglah pada korang, amir sekarang dah kurang minum susu ... kat tadika pun macam tu .. jangan tak tahu stok 4 pek sebulan pun tak habis, jadi lepas ni kita orang bercadang nak bagi dia minum susu yang ada bacaan juzuk al-quran pulak, yang penting amir masih minum susu .. walaupun payah jugak nak biasakan diri dia minum tanpa botol.


Minyak kasturi adalah haruman yang mempunyai banyak kelebihan kepada pemakainya, sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi".



Minyak Kasturi untuk Kepintaran dan Pelembut Hati Anak
Tiada yang lebih penting daripada melihat anak anda berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Sokongan dan dorongan anda amat penting bagi mereka.
Namun, dalam situasi yang genting seperti menghadapi peperiksaan besar, mereka tidak mampu menangani tekanan dan konflik emosi yang mengganggu tumpuan mereka.

Keadaan yang serupa juga berlaku kepada anak yang sukar menerima teguran dan berkelakuan yang tidak sepatutnya. Jiwa mereka perlu dilembutkan dan ditenangkan.
Apabila anda sapukan Minyak Kasturi Anugerah Kepintaran Anak pada anak anda, Insya-Allah minda mereka akan mudah menerima ilmu dan saranan yang baik.
Minyak kasturi yang dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa pilihan untuk kebaikan fizikal, mental, emosi dan rohani anda.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Minyak Kasturi Anugerah:

• Ayat-ayat Ruqyah • Ayat Ruqyah Jibril
• Ayat Ruqyah Nabawiyyah • Selawat syifa’
• Doa-doa syifa’ • Selawat Tafrijiyyah
• Saiyidul istighfar (penghulu taubat) • Ayat Kursi
• Ayat penawar seribu guna • Ayat pendamaian
• Ayat pelembut hati • Doa penyejuk
• Doa penerang hati • Salam sulaiman
• Solat hajat



Kaedah penggunaan

Baca al-Fatihah dan selawat 3 kali sambil menghadap kiblat.Sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada ubun-ubun anak anda dan diusap kepalanya sambil melafazkan niat kepada Allah S.W.T. Suruh anak anda bau minyak kasturi tersebut sedalam-dalamnya sambil berselawat sebanyak 3 kali.

Bagi anak yang sukar bekerjasama dengan anda, campurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandian mereka.


FB : Produk Anugerah Keajaiban Alquran
Blog : www.anugerahquran.com



Bicara Hati : Alhamdulillah semalam amir baru lepas ujian hafazan, insyallah minggu depan periksa pulak .. 

Hari Jumaat Pertama Bulan Rejab 1434H




Alhamdulillah dah 7 Rejab, cepatnya masa berlalu .... sudah seminggu rupanya .... 




Muhasabah diri, selalu bermohon agar tidak dipandang serong apatah lagi ... di salah angap dengan apa yang di miliki .. mungkin kita tak boleh nak puaskan hati semua orang ... jadi jagalah hati kita.. jagalah hati moga kita tidak tergolong diantara mereka yang mempunyai hati yang kotor.. nauzubillah.



Berubah sedikit demi sedikit .. yang penting hati ikhlas .... bertaubat selagi di beri peluang dimuka bumi ini ....



Bicara Hati : Janganlah terlalu mengejar duniawi, percayalah kita akan kembali pada yang esa .. dan itu adalah dunia kita yang sebenar nanti.


















FM Daripada Nad MamaNZ



Senyuman yang sangat lebar .. akan diberikan setiap kali gambar di titip di blognya, seorang yang peramah .. itulah yang boleh kugambarkan insan yang bernama Nad MamaNZ. Header gambar anak² tu memang sangat comel.

Baru² ni.. dapat hadiah FM daripada Nad mamaNZ, tak sangka pulak berjaya .. Nad buat giveaway masa ulangtahun kelahiran dia bulan lepas .... Kalau korang belum kenal nad bloehlah singgah² blog dia.. haihh memang peramahlah orangnya.. rajin berkunjung balas .. kita ni jer.. yang tak terkejar nak baca entrynya .. memang baca maraton jerlah.. kalau tertinggal.


Cantikkan.. tak pernah ada koleksi macam ni.. dah selamat pun lekat kat peti sejuk rumah tu.


Nak dapat fm ni pun ada cerita disebaliknya tau huhuhu ... Nad dah lama pos katanya, tapi heranlah pulak kenapa tak sampai² ni ... mujurlah nad bagi no pos berdaftar tu ... jadi cek kat internet terus pergi kat pejabat pos pelabuhan klang, nasib baik barang tu ada kat pejabat pos.. orang kata rezeki saya kan.. bila orang pos tu tanya ada kad tak yang posmen dia tinggalkan .. saya jawablah takda .. saya pun heran.. kenapa dia kata takda orang kat rumah, walhal mak ada jer... kenapa posmen kata takda orang kat rumah .. bila orang kat pejabat pos tu tanya pasal kad tu .. baru saya terpikir ... dia orang ni dah pergi rumah saya belum ni .. hahahaha .. takpalah.. janji dah dapat fm tu dengan selamat.



Bicara Hati : Yeahh dah free sikit kat opis sekarang.. nak pergi pejabat pos laju hari ni.. nak pos barang kawan² ...








Khamis, 16 Mei 2013

Paprik Ketam Kesedapannya Luar Biasa



Tajuk tak menahan dibuanyakan .. panjang pulak tu ... biarlah .. tuan tanah tengah ting tong ni, huhuhuhu ... pandang komputer pun dah berpinar mata.

Paprik ketam kesedapannya luar biasa, hihihihi ... pertama kali masaklah katakan ... idea ni dapat masa dah kat dapur, perancangan di luarkan kawalan semua pun idea last minit.

Sesekali tukar citarasa, selalu sangat dah masak paprik sotong, paprik ayam... bohsan ... sesekali jom layan paprik ketam .. fuhhh jilat pingan sedapppp... hahahahaha .... resepi?? resepi saya google jer.. paprik seafood, tapi saya masukkanlah ketam .. sebab takda seafood lain .. ini menghabiskan stok yang ada dalam peti sejuk tu ... dan campur sikit ayam potong dadu ... nak bagi tambah² banyak sikit... (tapi korang jangan buat macam ni tau .. ketam mana boleh campur dengan ayam) kita lupa .. ligat nak cepat masak.. nak cepat makan ... kita tercampurkan ayam pulak.. patutnya tak bolehkan.. sebab makanan darat mana boleh campur dengan makanan laut.


Terliur tak?? paprik ketam ... seyes sedapppp ... rasa macam nak masak lagi ... tapi ketam mahal eh sekarang, pasal apa semua seafood mahal ni .. ayam jer murah , langsung tak jadi nak membeli lauk petang semalam kat segi.



Bicara Hati : Petang ni beli bungkus jer lah ... tak larat nak masak boleh??? huhuhuhu ....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...