♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Jumaat, 26 Julai 2013
Cuti Sempena Nuzul Quran
Khamis, 25 Julai 2013
Susu Yang Memberi Tulang Kuat
4x Lebih baik dan membantu tulang jadi lebih kuat.. sapa tak nakkan.. haruslah minum yang macam ni jer.. mahal sikit 4 kotak ni RM 6.80 kalau tak silap ...
Fakta yang harus diketahui oleh semua wanita di malaysia.
Bicara Hati : Teringin nak minum susu pisang, sedapp tak?? terpengaruh tengok cerita korea .. macam sedapp jer tengok dia orang minum .. kat sini susah nak cari kan...
Untungnya Ada Ipar Dekat Dengan Rumah
Kata orang untungnya ada ipar duai dan sedara mara dekat dengan rumah, boleh bertukar² juadah .... alah rasanya kalau bukan sedara mara dengan jiran pun boleh bertukar juadahkan ...
Ni juadah masa saya MC hari tu .. akak ipar bagi nasi beryani ... tapi kuah asam pedas kikikikiki .. belasahlah kak .. janji lauk ni semuanya pun sedapp.... siap ada acar timun nanas lagi, Lauk Rezeki kan jangan di tolak.
Terkejut saya tetiba akak ipar hantar lauk .. padahal takda family tahu pun saya MC hari tu .. kuat betul gerak hati akak ipar saya ni .. macam tau² jer.. saya tak larat nak masak hari Jumaat tu ... Sudahlah hari khamis makan lauk baazar.
Dah 16 Ramadhan ni pagi² tayang gambar lauk ada yang terliur ker?? pang karang .. dah besau² nak terliur hihihihihihi ....
Bicara Hati : Mood owhh mood .... mari kemari .. mahu buat kuih raya ... saja cuti panjang hunjung minggu ni kan .. nak hiburkan hati amir, harap menjadilah ....
Rabu, 24 Julai 2013
Tahniah Pada Mereka Yang Akan Menerima
Bonus Sebulan Untuk Kakitangan Awam Di Selangor
24 July 2013 at 14:28
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk memberi bonus Hari Raya sebulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor.
Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.
Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.
Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.
Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR
Bicara Hati : Allah kata bila kita ada rezeki dan berkongsi dengan ibu bapa rezeki itu akan berkat dan bertambah ².... (^____^)
Tips Muka Sentiasa Awet Muda Dan Berseri
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk popular dan mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi dan akan punya ramai kawan. (^_____^)v
Bicara Hati : Tak percaya .. cubalah sendiri .....
Selasa, 23 Julai 2013
Akhirnya Aku Tertewas
Hati Ini Milik Allah
Langgan:
Catatan (Atom)