♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 31 Julai 2013

Botol Air Baru Amir




Semalam baru belikan, sebenarnya daripada bulan lepas amir dah mintak sebabnya botol air dia tutupnya dah putus .. ganas betul huhuhuhu ... biasalah satu botol ni kadang dia kongsi² bagi kawan dia minum.. murah hati sangatlah katakan .. kan.. nak buat achaner ... 

Selalu botol air amir memang saya bancuhkan air sirap, dia suka sangat dengan air sirap .. bagus jugaklah .. kalau amir suruh bancuh air bersusu risau jugak basi nanti sampai petang tak tahan.

Dah rasmikan pun botol ni pagi ni .. kemain teruja dia nak bawak botol air baru ni, amir kan tak puasa lagi .. jadi kalau dia haus ada botol air ni senanglah dia nak minum.








Penuh Juadah Berbuka Diluar



Hujung minggu baru ni Penuh Jadual Buka Kat Luar rumah, tapi .. masih lagi dalam rumah cuma bukan rumah kami hihihihihi .....


Jumaat Cuti Nuzul Quran 26/07/2013 - Buka rumah akak ipar, fuh.. penuh menu macam² ada ...



Sabtu Cuti jugak 27/07/2013 - Buka puasa rumah embah dengan adik beradik mak ... fuhhhh bukan penuh juadah jer.. penuh rumah embah.




Bicara Hati : Ahad buka kat rumah saya pulak hihihihi .. tapi adik beradik hubby jer datang (^__^)v






Selasa, 30 Julai 2013

Bubur Lambuk Percuma



Bubur lambuk ni sinonim bila bulan nak sambut hari asyura dan bulan ramadhan, saya paling suka sangat makan bubur lambuk yang banyak herba lepas tu ada isi ayam/daging, kacang tanah serta daun sup rasa macam umppphhh sangat kalau dapat makan... boleh makan berulang² kalau semua bahan² dia terasa... tapi kalau bubur lambuk jenis yang manis saya tak makan huhuhuhu ... tak reti .. sebab dah terbiasa makan yang macam ni daripada kecik.

Kat opis kalau bulan puasa mesti dapat sekurang²nya sekali .. alhamdulillah ada rezeki lagi dapat hari tu sebelum nak cuti nuzul quran memang langkah kananlah kan.. sebab macam teringin sangat² nak makan... lepas tu pulak bila dapat kat opis macam ni memang hadap soranglah ... tapi.. yang dalam mangkuk ni mek sebelah punya hihihihi .... sebab banyak sangat jadi saya bagilah mek sikit.. kalau nak harapkan kami 3 beranak jer makan .. manalah habis.



Bicara Hati : Sedapnya kalau dapat makan lagi .. ;p

Kad Raya Quilling Edisi Istimewa Daripada Ch@hijaucantik



Seorang yang sangat teliti, seorang yang sangat² kreatif .. punya kreativiti luar biasa biarpun punya 3 askar yang masih perlukan perhatian yang rapi .. tapi hobinya yang satu ini .. memang cukup suka saya melihat dan megkaguminya hasilnya, ini kali kedua mendapat kad raya quilling daripada cha .. terima kasih cha .. kad raya pertama yang tahun lepas tak tahulah sempat ke tidak nak balas ni .. raya pun dah nak dekat ni dik.


Sudah selamat ku abadikan di cpu opis, saja ku lekatkan fm itu disitu .. memang menjadi perhatian .. bila ada yang menegur .. dan paling tak menahan .. eh daripada blogger ker??? hahahaha.. korang hadooo.. sebab dia orang tak tahu pun saya ada blog tu pasal lah dia orang macam pelik jer tetiba dapat kad raya kan daripada blogger...



Terima kasih yer cha atas tanda ingatan ini, saya mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang komen di blog cha, takmoo sedih² tau... dan jangan rasa rendah diri ... hasil quilling ni cantik sangat .. tahun depan bulehlah amik tempahan .. untung² ada rezeki untuk budak² tu kan.. kan... (^___^)v
Kalau korang belum berkenalan dengan cha .. jomlah singgah kat blog beliau memang peminat tegar hijau, tu pasallah nama blog pun hijau cantik.




Bicara Hati : Bilalah agaknya dapat bersua dengan kamu kan ... 







Dapat Duit Raya Arab Daripada Herba Tihara



Hadiah ni saya dapat sebelum ramadhan, tapi sebab asyik tertinggal kat kampung .. itu yang baru berkesempatan buat entry ni .. harap kak tiha tak kecik hati yer kak .. senyum sikit .. xmoo masam² nanti cepat tua hihihihihi ... ;p


Top komenter tahun 2012, hampir² lupa kemenangan ini hihihihihi ...





Terima kasih kak tiha susah² jer bagi duit raya dan key-chain ni .. suka sangat² .. paling mahal duit tulah .. nak pergi mekah belum tahu bila tahunnya lagi .. akak doakan saya nanti yer.. moga dipermudahkan suatu hari nanti akan dapat jejak kesana pulak.





Maaf sangat² pada kak tiha, sejak akhir² ni saya tak boleh bukak blog akak lambat sangat² loading kat opis, kadang² keluar header jer blog akak .. kalau untung boleh baca entry .. ruangan komen akak tak keluar .. tu sebab saya dah jarang komen .. kalau sempat bw daripada rumah ... saya komen daripada rumah (^_____^) Salam ramadhan kak, selamat berpuasa ... moga diberi kesihatan yang baik hingga 30 ramadhan ni .. salah silap saya mohon maaf yer.. sepanjang kita kenal ni .. 





Bicara Hati : Tengah mencari idea nak mengarang entry dapat hadiah dariapada GA dan kad raya quilling .. suke² .. suke²...







Isnin, 29 Julai 2013

Kerepek Murah Di Banting


Musim dah nak raya ni, sana sini dah mula membeli kuih raya ... saya kuih raya ni takdalah sakan sangat kot nak beli . tapi kerepek tu wajib ... hahahaha .. wajib terus bukan harus lagi dah ...

Jumaat baru² ni sempat lah pergi membeli kerepek sempena cuti Nuzul Quran, Kami keluar rumah awal pagi ... sebab tahu kalau pergi lambat nanti ramai orang punyer sesak huhuhuhu .. tapi kalau dengan amir ni biasalah .. nak cepat macam mananya kene bersiap ikut jadual dia.. bukannya bersiap lambat .. mata tu asyik nak tengok kartun jer.. takmoo mandi .. 

Dalam pukul 8.30 pagi kami gerak, pukul 9 lebih sikit dah sampai .. itu pun ramai uma dah .. haihh heran betul .. pepagi dah sampai dia orang ni keluar rumah kul bape, kedai kerepek pilihan kami mestilah yang kat sungai lang, banting tu.


Kerepek house, memang suka beli kat sini .. berbanding kedai² lain sebab kat sg lang ni memang banyak kedai .. jadi korang boleh pilih mana² yang korang suka .. kalau masuk sg. lang tu banyaklah signboard ... pilihlah yang mana korang nak harga semua pun lebih kurang cuma ada yang sedapp dengan tidak.. tapi kat sini .. seyes semua pun sedappp sebab tu menjadi pilihan setiap tahun .. berbaloi² dengan harga yang dibayar .... korang tengok tu.. betapa banyaknya kereta parking tepi jalan ... tu baru kereta.. dalam kedai jangan cakaplah.





Hasil rembatan .. lebih kurang 16 bungkus kerepak 1 kg ada, ½ kilo pun ada.. macam² ada.. tapi percayalah semua pun buka saya punya hihihihihi .... semua pun untuk mak, mak merua dan sedara mara yang tempah dan untuk embah hihihihihi ... 





Hasil rembatan kesemuanya berjumlah RM 100.00 ngam² tau .. hahahaha .. hubby siap cakap dekat amir, patutlah ibu kerja kira duit .. tengok pandai ibu bajet duit kan mir .. ngam², gelak jer budak cashier tuuu .. dengar hubby cakap.





Gambar kat dalam tu tak sempat nak amiklah .. orang ramai sesangat, ni pun kita mabuk² pening dibuatnya nak amik tau.. hubby tukang jaga bakul dengan amir, banyak kali jugak saya pusing² nak cari kerepek .. amir pun sibuk nak menolong bawak kerepek jugak ... dia pilih yang mana dia nak makan .. tapi bukannya dia nak makan pun kat rumah .. bawak kat kampung jer.. mesti dia makan kat kampung nanti, kerepek pisang langsung tak dapat .. dah habis.. nasib baiklah mak dah buatkan kerepek pisang.. sayang mak ... tak sia² abah tanam pisang lang (eh² sama nama pulak macam nama tempat jual kerepek) dengan pisang tanduk .. ada jugak hasilnya buat raya ni.





Bicara Hati : Tergendala nak buat kuih raya cuti baru² ni sebab tetiba jumaat tu lepas balik beli kerepek pening, mabuk, muntah² dibuatnya .. angin agaknya dalam badan... 





Kabus Luar Biasa Pagi Ni



Pagi ni keluar rumah agak lewat, risaulah jugak dalam hati kot² jalan jem teruk .. dah cuti 3 hari ni kan .. amir pun mulalh pagi tadi meragam takmoo mandi pergi tadika .... Apalagi hubby dukung jerlah pergi bilik air ... nak harap ibu dukung memang tak laratlah kan .. Tu pun mulut merenggek mata pejam saboo jerlah.

Awatnya kelam semacam jer kat luar ni, Masa nak drive padi tadi ... oic kemain tebal lagi kabus .. mulalah datang blurr sekejap pepagi senin ni kan .. ni kabus ker .. jerebu ni ... Sudahlah pagi² tak suka pasang acon ... tapi tengok semacam jer kabus ni tak syak lagi .. ni mesti jerebu datang lagi ni.... ni jerebu ... bukan kabus hadoilah .... dengar kabarnya ada kebakaran kat Sepang pulak ... bilalah nak ada kesedaran dia orang ni .. nak raya ni jangan macam² .. amir pun baru nak sihat.

Pagi ni bukak fb ada pulak kawan update gambar rumah terbakar, allahuakbar .. moga orang yang terkena musibah tu bersabar ... menghadapi ujian nak hampir raya ni.




Bicara Hati : Bukan kabus diluar sahaja, amir dalam kereta pun berkabus huhuhuhu .. mendung jer .. masa nak urun kereta pergi tadika tadi.



Jumaat, 26 Julai 2013

Cuti Sempena Nuzul Quran



Alhamdulillah semalam dah selamat khatam al-quran beramai² di pejabat, hari ni pulak dah cuti Nuzul Quran bersamaan 17 Ramadhan dan Kebetulan pulak hari jumaat.

Kat negeri lain mungkin ada yang masih bekerja tak bercuti .. jadi selamat bekerja yer .... kami kat selangor ni bercuti aktiviti hari ni mungkin mahu shopping tapi lepas solat jumaat kot ... (ntahlah ..... rasa macam malas nak keluar petang sebab mesti tempat sana sini sesak .. )

Amir dah mengadu damba .. nak balik kampung, adeh .. anakku sayang .. bagilah ibu kemas rumah dulu kalau iyer pun ... ni nak raya dah anakku .. langsir pun ibu tak tukar lagi .. sebab part ni kene tunggu hubby panjat tangga.. maklumlah langsir pesen tinggu sampai kat bumbung nun huhuhuhuhu .... dan tengah pikir nak pasang langsir pintu ke tidak tahun ni ... habuk kemain lagi sana sini penuh lagi² kat kipas angin tu .. kadang naik hairan .. rumah tidaklah besra mana pun .. habuk senang betul ada kat rumah .... pantang seminggu tak berlap lagi² kabinet tv tu.

Karpet???? memang lama dah tak pasang .. pakailah tikar gulung buluh tu jer kikikikiki .... senang banyak habuk .. lepas sapu .. mop sekali tikar buluh tu ... tak kosaaa nak vakum tau ...

Bicara Hati : Selamat Bercuti semua .. pada yang bercuti .. yok kemas rumah yok .. nanti barulah senang hati nak shopping ..... (yeye jerlah nak shopping ... silap² jalan² jer.. tak membeli )kikikikiki ....









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...