♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Selasa, 24 September 2013
Hati Seorang Abah - Kasihnya Jarang Ditunjukkan
My First FreezerMate Set
Kata - Kata Semangat Setiap Hari
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Bicara Hati :
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Isnin, 23 September 2013
Kek Batik Biskut Marie
Dah lama tak membuat kek batik, bukan sebab takda mood .. tapi tiada permintaan hihihihihi .. jadi bila tiada permintaan jarang²lah nak membuatnya.... tapi baru² ni rasa macam nakkkk sangat makan .. nak rasa biskut yang ranggup bila di gigit.. coklat pahit manis.. tak melekat² sangat ... jadi dah cerewet sangat tu.. kenelah buat sendirikan.. ikut citarasa tekak sendiri ... kalau beli 6 ketul hirisan tu dah rm 2.50 huh kan ke mahal tu.
Bahan² semua dah ada ... patutnya buat dirumah .. tapi hubby bagi tahu pagi sabtu kene balik kampung.. dah semua bahan² ku hangkut dalam satu plastik kikikiki .. buat kat kampung .. hasilnya, stu plastik biskut marie.. menjadi seloyang tentu²lah tak cukup kikikikiki ....
Kembang kempis .. mak kata sedappp (padahal resepi durhaka tu... suka suki bahan ikut apa yang ada.. habiskan stok), amir lagilah melambung² dok memuji kata sedapppp ... siap pesan bawak balik ... nak makan kat rumah pulak.
Rizqi Dah Pandai Meniarap
Rizqi dah pandai meniarap .... aloloooooo .. mulut becok kemain lagi.
Penat meniarap .. tak reti pusing .. menjerit² mintak dukung kikikikikiki.....
Hari Baru , Mood Baru , Rambut Baru
Dua heroooo ibu hari ni berambut baru hihihihihihihi .... amirlah paling bersemangat hari ni, sampai tak sempat ibu nak amik gambar dalam kereta tau .. sabar jerlah ....
Baru² ni kan amir tak sihat, semalam pun masih dedar² lagi .. tapi sebab ada jemputan kawin anak kawan hubby dan pertama kalinya nak bawak amir pergi kenduri kat hotel .. dia kemainlah teruja tau .. sampaikan demam pun dia kata dah sihat.... lagipun ni pertama kali kawan hubby buat kenduri kawain 3 orang anak dara sekali kawin hihihihihi .. yang sulung dapat orang jooopun ..... meriah majlis mereka .. ramai jemputan, balik kenduri kami bawak amir jalan² .. terus ajak potong rambut sekali.. memula tak nak .. pujuk².. hubby umpan .. lepas potong rambut boleh masuk playground .. terus setuju... bila rambut dah pendek ni ringanlah sikit kepala tu .. kalau tak asiklah dok mengaru .. hubby pun potong rambut jugak... nak bagi amir semangat potong rambutkan... (^___^)v
Sabtu, 21 September 2013
Resepi Agar - agar Oreo Paling Senang Dan Sedap
Bahan² yang saya gunakan super duper senang .. yang ada kat rumah sahaja .. janji oreo ada .. itu yang penting.
Agar² 20g
Oreo
Susu Cair
Serbuk koko dan gula (tiada dalam gambar.)
Air secukupnya
Caranya pun mudah sahaja basuh agar² .. masukkan air.. saya ikut sukatan panjang plastik agar20g yang saya gunakan.. maknanya kan ada plastik agar² tu .. korang dah bukak jangan buang, korang dah basuh agar².. gunakan plastik agar² tu .. buat sukatan untuk letak air kat agar² tadi... pastikan basuh plastik tu dulu.. bukan basuh dengan air sabun yer.. kang pingsan pulak korang makan... kira macam bilas² dengan air gitu.. itulah tips supaya agar² tidak terlalu cair atau keras wiwiwiwi .....
ok dah masukkan air masak dia ... letakkan gula ikut selera masing² nak manis ke tidak.
Sementara air agar² mendidih... si bujang buang krim oreo .. haruslah tolong ibukan.. sebab amir yang buat permintaan. hihihihihi .. lepas buang krim masukkan biskut oreo dalam blender dan campurkan satu tin susu cair serta satu sudu besar serbuk koko. Bila agar² tadi dah mendidih barulah masukkan semua bahan yang dah blander ni ... senang jerkan... (^____^). Tunggu sampai beul² masak dan likat.. barulah matikan api.
Tara... inilah hasilnya ... ada lebihan oreo tu saya saja patah² masukkan kat agar² ni .. jadi bila makan terasalah sikit kerangupan biskut oreo u.. emmm sedappnya.. senang jerkan....
Percaya tak inilah kali petama saya buat, memula tu macam ala... macam mana nak buat ni ... ala .. macam mana ni , saya pikirkan secara logik dan senang jer.. inilah resepinya.. inilah hasilnya.. alhamdulillah menjadi .. sebekas saya bawak pergi opis, satu bekas untuk makan kat rumah ... kalau ikutkan yang sebekas tu amir nak makan dengan kawan² tadika .. no.. no .. no.. kang tak cukup haru .. baik makan kat rumah jer... dan percaya tak.. sebelum tidur.. dia dah mintak tolong potongkan dia nak makan... ni memang betul² nak makan ni .. dia makan 2 potong jer.. dia kata sedapp.. esoknya dia sambung lagi makan... siap bawak pergi rumah akak ipar kikikikikiki .... sebekas tu banyak sangatkan... tak habis kami 3 beranak.
Selamat Mencuba .....
Bicara Hati : Hnaya buat agar² atas permintaan amir sahaja, kalau tiada permintaan memang tak buat.
Jumaat, 20 September 2013
Khasiat Buah Delima
Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Mengurangkan Berat Badan.
Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol. Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.
Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah. Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
Langgan:
Catatan (Atom)