Jiran sebelah baru balik jalan².. kat langkawi.. bukan jiran sebelah rumah yer.. ni jiran dalam opis kikikikiki ... bagi stok kudapan... cukuplah ni.. petang² kan mengantukkkk boleh kunyah²...
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 25 September 2013
Abang Hensem Jaga Adik
Selasa, 24 September 2013
Hati Seorang Abah - Kasihnya Jarang Ditunjukkan
My First FreezerMate Set
Kata - Kata Semangat Setiap Hari
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Bicara Hati :
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Isnin, 23 September 2013
Kek Batik Biskut Marie
Dah lama tak membuat kek batik, bukan sebab takda mood .. tapi tiada permintaan hihihihihi .. jadi bila tiada permintaan jarang²lah nak membuatnya.... tapi baru² ni rasa macam nakkkk sangat makan .. nak rasa biskut yang ranggup bila di gigit.. coklat pahit manis.. tak melekat² sangat ... jadi dah cerewet sangat tu.. kenelah buat sendirikan.. ikut citarasa tekak sendiri ... kalau beli 6 ketul hirisan tu dah rm 2.50 huh kan ke mahal tu.
Bahan² semua dah ada ... patutnya buat dirumah .. tapi hubby bagi tahu pagi sabtu kene balik kampung.. dah semua bahan² ku hangkut dalam satu plastik kikikiki .. buat kat kampung .. hasilnya, stu plastik biskut marie.. menjadi seloyang tentu²lah tak cukup kikikikiki ....
Kembang kempis .. mak kata sedappp (padahal resepi durhaka tu... suka suki bahan ikut apa yang ada.. habiskan stok), amir lagilah melambung² dok memuji kata sedapppp ... siap pesan bawak balik ... nak makan kat rumah pulak.
Rizqi Dah Pandai Meniarap
Rizqi dah pandai meniarap .... aloloooooo .. mulut becok kemain lagi.
Penat meniarap .. tak reti pusing .. menjerit² mintak dukung kikikikikiki.....
Hari Baru , Mood Baru , Rambut Baru
Dua heroooo ibu hari ni berambut baru hihihihihihihi .... amirlah paling bersemangat hari ni, sampai tak sempat ibu nak amik gambar dalam kereta tau .. sabar jerlah ....
Baru² ni kan amir tak sihat, semalam pun masih dedar² lagi .. tapi sebab ada jemputan kawin anak kawan hubby dan pertama kalinya nak bawak amir pergi kenduri kat hotel .. dia kemainlah teruja tau .. sampaikan demam pun dia kata dah sihat.... lagipun ni pertama kali kawan hubby buat kenduri kawain 3 orang anak dara sekali kawin hihihihihi .. yang sulung dapat orang jooopun ..... meriah majlis mereka .. ramai jemputan, balik kenduri kami bawak amir jalan² .. terus ajak potong rambut sekali.. memula tak nak .. pujuk².. hubby umpan .. lepas potong rambut boleh masuk playground .. terus setuju... bila rambut dah pendek ni ringanlah sikit kepala tu .. kalau tak asiklah dok mengaru .. hubby pun potong rambut jugak... nak bagi amir semangat potong rambutkan... (^___^)v
Langgan:
Catatan (Atom)