♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 5 Oktober 2013

Riadah Dengan Amir Hujung Minggu



Ni cerita minggu lepas bila ... sabtu hubby ada sekolah ganti, petang sabtu pulak pergi rumah akak ipar ... kebetulan mak mertua datang .. jadinya melepaklah rumah akak ipar sampai malam baru balik rumah.

Pagi² ahad dah keluar belanja barang dapur ... daripada bukit kemuning (kelas .. belanja dapu sampai bukit kemuning) hahahaha .... pergi bukit tinggi lepas tu bau balik rumah.

Rasanya belanja tak penuh troli pin.. suku jer.. sebab bahan basah tak amik.. itu pun dah sampai RM 78.00 fuhhh ... tak tahulah kot penuh mahu RM 600.00 dah macam belanja untuk kenduri gegegegege ... ;p

okkk .. masya kalau dapat peluang menaip .. dia mulalah nak membebel ... padahal tajuk riadah dengan amir hujung minggu kikikikiki ... lepas balik rumah (makan pun kat luar) balik semata² nak tidur .. petang tu kami sambung berjalan ke Pantai Morib pulak .. cadangnya amir nak main layang² .. tapi tak sempat main pun.. ramai sangat orang .. penuh.. sudahnya amir main belonn buih jer...



Kami hujung minggu baru ni sempat jumpa adik dengan adik ipar janji nak jumpa kat Pantai Morib terus senang.. suka rizqi dapat jalan².. sebab kelanang (rumah adik ipar) dekat sangat dah nak ke Morib ni.. jadinya .. kami makan² jerlah kat situ .. dan kunun² nak tengok matahari terbenammm.. sudahnya melayan rizqi.. sampai tak perasan matahari terbenam kikikikiki ...

Tempat solat kat Pantai Morib pun dah bersih jadi tak kisahlah lepas beriadah tu boleh solat kat situ .. selesa pun selesa berbanding dulu... lepas makan terus solat dan barulah balik rumah.

Puashati dapat berjalan amir ahad tu, cuma tak dapat main layang² jer.. sudahnya layang² dah beli tu main kat padang depan rumah jer kikikiki (^____^)v












Jumaat, 4 Oktober 2013

Cara Anak Meluahkan Perasaan



Anak-anak yang berusia 3-6 tahun, mereka masih dalam keadaan fantasi dan realiti yang hampir serupa. Di mana mereka melihat dunia sebenar sebagai dunia fantasi mereka. Ini menyebabkan mereka selalu meluahkan apa yang mereka fikir dan rasakan sehingga membawa kita penat mendengar celoteh si bibir kecil ini.


Mereka ingin meluahkan apa yang mereka rasa kepada kita kerana mereka meletakkan kita sebagai tempat utama untuk berkongsi rasa sama ada melalui lukisan atau pun perbualan.


Sumber : FB Liyana Malek

Sokong sangat² dengan kata² ni, tahu tak amir walaupun dia tak minat mewarna.. tapi dia minat melukis .. yang gelihatinya kadang² permintaan diluar jangkaan .. imaginasi diluar kawalan... mana tak nya dia akan melukis lori sampah, helikopter, kapal terbang ... kadang² kapal layar ... tapi cikgu pernah puji amir tau .. cikgu kata amir ni terlebih kreatif jugak.. contohnya cikgu suruh lukis pasu bunga .. dia akan lukis siap dengan pokok bunga sekali.. siap ada daun.. pokok tu memang akan ada bunga sekutum.. kadang cikgu gelak jer.. sebab imaginasi dia di luar jangkaan.... termasuklah lukis kapal layar .. siap ada orang dalam tu.. siap ada air laut .. ada awan.. ada burung .... cikgu senyum jer.. saya lagilah tersenyum.. sebab dah kat rumah pun dia memang buat macam tu.. lagi² kalau dia melukis lori sampah (anak korang ada terpikir nak lukis lori ni) siap lukis gambar orang bawak lori tu.. siap lukis sampah yang bertimbun.. macam² lagi imaginasi dia tau...

Selain tu amir dia jenis kalau nak luah perasaan ke apa ke semua dengan saya .. dia banyak bercerita .. kadang² mulut dia bercakap alahai sampai naik pening nak cari jawapan... baru² ni jer dia berani luah / bercerita dengan ayah dia ... (lumrah anak² memang akan lebih rapat dengan ibu) .. sampaikan cerita cikgu² dia pun dia nak cerita .. macam gosip² kepoci jer.. tau...



Bicara Hati : Tengah pikir nak buat aktiviti apa hujung minggu ni.. sebab mungkin tak balik kampung... (^___^)v






Mood Lesu Amir Di Pagi Jumaat


Photo: Kesayangan ibu tiba2muntah pagi tadi ... Mood lesu


Dah jarang² berlaku .. pagi hari bersin².. pagi hari muntah².. tapi tetiba pagi ni berulang lagi .. allahuakbar, mujurlah ibu sempat parking .. kalau tak mau penuh satu kereta amir muntah ...

Tengah pikir semalam makan apa?? semalam masak bendi rebus .. sambal tempeh ikan bilis .. amir makan dengan nasi kemain berselera .. tak sempat solat isyak.. dah selamat buat pelaburan ... huhuuhuhu ...

Dah pagi ni masuk angin agaknya perut dia.. tu yang muntah tu ... tapi bila saya cakap pergi klinik nak?? cepat² dia cakap dah sihat .. tak sakit dah .. hadoilah... sudahnya sapu bam jer kat perut ... dia buat muka ceria (memang penakut betul jumpa doktor budak ni)

Tengok muka dia tu.. nampak sangat lesunya ... memang banyak muntah pagi tadi, tengah terpikir² jugak.. sebab dia makan gula² pagi tadi ker?? sebab kat rumah sempat dia capai gula².. dia makan gula²... lepas minum susu .. ermmmmm ..... peru tengah kosong .. memang bergelodaklah..



Bicara Hati : Pada tak sihat tu, sempat lagi soh hantar cepat.. nak main dengan kawan .. saboo jerlah...








Tiada Ketenangan Jika Ada Kebencian



Mood pagi ni ada ceramah di opis, seronoknya kira macam sarapan pagilah .. mood jadi macam ada motivasi diri gitu wiwiwiwi .... motivasi buat diri sendiri.. jarang² berpeluang dengar ceramahkan...

Berkaitan dengan sambutan aidiladha yang tidak lama lagi .. cara kita melakukan korban, korban banyak bahagian tau .. (tak semesinya berkorban haiwan sahaja... jadi jangan sempikan fikiran dalam situasi berkorban ni) bila kita korban haiwan ni .. pun lain caranya, lain niatnya .. yang pasti ikhlas kerana allah ... kalau mampu buatlah setiap tahun.. tak mampu.. seumur hidup sekali pun dah memadai ...


Insyaallah raya haji tahun ni pada 10 zulhijjah hari selasa kan.. jadi 2 hari sebelum tu dan sehari sebelum raya haji .. kita di galakkan berpuasa.. insyaallah niat ikhlas kerana allah.. moga ada keberkatan yang akan di perolehi.

Tajuk macam takda kaitan jer... entry ni .. ok tuan tanah ada kerja nak buat, nanti bos panggil kalau kerja tak siap.. baik kita siapkan kerja dulu ... yahoooooo esok cuti .... 



Bicara Hati : tengah pikir nak cuti ke tidak 14 oktober ni.




















Silaturahim Seibu Sebapa



Patutnya entry ni saya publish pada 01 Oktober hari tu .. atas sebab² tertentu ... tak sempat nak publish kikikikiki ... bizi lah kunun.. kunun kan... tak sempat nak mengarang.

Alhamdulillah rasa bersyukur sangat² bila dikurniakan ahli keluarga yang ramai baik sebelah mak mahu pun sebelah abah .. walaupun hakikat sebenarnya adik beradik mak seibu sebapa cuma 3 orang .. begitu jugak abah yang seibu sebapa pun 3 orang sahaja. Tapi mak dengan abah punya adik beradik tiri yang sangat² baik dan erat.. sampaikan.. rasa kadang² tak macam adik beradik tiri pun hihihihi....



Inilah satu² adik mak yang tinggal seibu sebapa .... ni gambar raya hari tu ... eh² tak nampak mak macam kakak pun.. macam sebaya hihihihihi ..;p mak ada 3 beradik .. mak nombor 2.. akak mak meninggaldunia 5 tahun yang lepas .. masalah kesihatan .. al-fatihah buat arwah moga rohnya tenang disana.



Selamat hari lahir buat adik mak saya .. kami panggil bik atin hihihihihihi ... semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki ... diberi kesihatan yang baik.. dan cepat² dapat menantu.. untung² jadi nenek awal boleh main dengan cucu (^___^)v 
Gambar kredit fb adik sepupu hihihihihi ...




Bicara Hati : Baru seminggu tak balik kampung dah rasa macam lama .... tak tahulah minggu ni dapat balik tak. huhuhuhuhu ...;p








Khamis, 3 Oktober 2013

Prestasi Amir 5 Tahun Di Tadika Al- Hufaz




Tak mengharap yang terlalu besar cemerlangnya .. tapi bila ada perubahan itu satu bonus jugak, belajar di sekolah, belajar dirumah, belajar dengan kawan², belajar dengan cikgu dan belajar di rumah dengan ibu sendiri .. lain suasananya .. lain jugak emosinya ... lagi² bila ibu ni macam rimau kikikiki .. lagi² bila ibu ni kene pandai bahagikan masa .. nak mengemas, nak memasak dan beri perhatian yang lebih pada amir kan... sudahnya ... periksa akhir tahun amir banyak merosot sikit.



Laporan kemajuan dan prestasi amir .. semua ada rekod baik daripada sikap dan kelakuannya di tadika termasuklah ujian hafazan dan pembacaan.



Untuk peperiksaan akhir tahun ni cikgu banyak bagi peluang pada pelajar yang dah boleh membaca menjawab soalan sendiri, maksudnya cikgu tak bacakan soalan kat kertas periksa macam periksa awal tahun hari tu.. cikgu suruh baca sendiri dan jawab ... jadi amir ni salah soranglah jugak kan... kalau dah suruh baca soalan tu .. jangan diharaplah anak saya yang bertuah lagi bijak pandai tu nak baca soalan .. dia main tengok soalan jer.. lepas tu jawab .. tu yang ada merosot tu. 




Keputusan periksa masih sama nombor 4, tapi banyak markah yang merosot .. boleh dikatakan.. semua lah.. part kreativiti tu dapat rendah sebab tak sempat warnakan semua gambar ... 2 gambar besar² helaian akhir amir tak warna langsung .. tak cukup masa ... padahal periksa 1 jam 45 minit ... yang ibu musykil tu.. ibu dah bawakkan pensil warna.. tapi saya perasan amir bab mewarna dia memang lambat sikit .. kalau nak cepat habis satu warna semua untuk gambar tu.. dia buat hahahahaha.. 




Inilah cikgu amir, cikgu ain .. tahun ni tahun last cikgu mengajar amir .. cikgu nak pindah seklah kemas tahun depan ... tu yang saya pun berbelah bagi nak sekolahkan amir kat mana ... alahai.. terima kasih sangat² kat cikgu ain sebab banyak membantu amir kenal huruf dan membaca .... alhamdulillah amir dah pandai membaca sikit²... eh² napa dalam gambar ni pipi saya kuyussss (perasan²).. gambar xde edit².. yer.. ni minggu lepas.. masa balik kerja terus amik amir jumpa cikgu ain sekali ... 



Alhamdulillah .. ermakbul niat saya amir 5 tahun dah boleh membaca, harap tahun depan boleh membaca bahasa owangg putihh pulak .. dengan bahasa arab, walaupun bahasa jawi sikit² amir dah boleh membaca.

Saya paling terharu tumbesaran amir 5 tahun ni dia dah pandai solat ikut rakaat .. walapun tak semua solat dia tahu niat (yang ni nampaknya saya perlu lebih bagi penekanan), dah mula ajar iqamat.. (sebab kat sekolah memang ada belajarkan) .. cuma tulah azan dengan iqamat dah sama bunyi.. mana boleh .. azan kene lagi kuat.. bab ni payah sikit ... dia kalau menjerit soh menyanyi tak payah pulak nak ibu ajar yer..... manalah ibu ni tak geyammmm nak bagi sedas kat peha tu huhuhuhuhu .... menyanyi lagi kuat daripada mengaji. insyaallah usaha yang berteursan tanpa jemu .. tanpa alasan.. akan tercapai jugak .. saya pun tak suka paksa² anak atau terlalu menekan .. tapi saya akan tegas demi masa depan dia.. sebab amir anak lelaki kan.





Bicara Hati : Sekolah mana pun sama jer, bayar mahal.. bayar murah .. janji anak² nak belajar .. balik rumah kene pantau jugak pembelanjaran dia...























Spontan Khamis

Permintaan seorang sahabat blogger, alahai malu nak letak muka sengsorang besar² kat blog ni... dah macam retis pulak kang ... walaupun hakikatnya ni blog peribadikan.. abadikan gambar sendiri.. tak salah.. sebagai kenangan.

Ni susulan daripada kesan saya minum ephyra ni, dan saya amalkan minum sebelum tidur ada blogger yang bertanya keberkesanannya .... kebetulan hari ni pulak tak sempat nak berdandan .. memang spontan khamis lah pagi ni koboi jer... sempat capai lipstik jer.. muka memang tak sapu bedak langsung... langsung tak berpelembab.. nampak neutral sangat².. walaupun takda rupa babyface kohkohkohkoh...... ;p sila jangan muntah depan pc lepas baca huhuhuhu ...



Korang google sendirilah kelebihannya .. ada kesempatan saya kongsikan lagi perubahan yang saya alami yer ... alhamdulillah sebulan guna memang sangat² berpuashati .. saya tak di bayar ok.. nak promote ephyra ni .. korang jangan salah paham pulak ... saya bercerita melalui pengalaman saya sahaja.. orang lain.. lain perubahannya. 



Ada jugak kawan² yang perasan perubahan ni, lagi² kawan² yang jarang jumpe.. huhuhu.. nampak nooooo muka sebelum ni kusamkan .... tak sekata.






























Rabu, 2 Oktober 2013

Percuma ... Tapi Sukar Diterima

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...