Sempat snap masa menunggu giliran, amir nombor 9 .. masa dah menunjukkan pukul 10.15 malam amir dah mula mengantuk .. boring lama sangat menunggu.
Bila korang pergi kat sini, masuk jer terus nampak meja pendaftaran, mendaftar kat situ tulis nama siapa yang sakit, tempat tinggal, sakit apa dan catatan kalau sebelum ni pernah buat rawatan. Macam yang kat tempat saya pergi ni kebetulan ada 4 bilik dan.. mujulah jugak ramai staff dia .. amir kira cepatlah jugak tak lama kami menunggu adalah 1 jam, kalau ramai orang lagi berejam² tau huhuhuhu .... rasanya setiap bilik tu fungsi rawatan berbeza²... apapun bayarannya adalah seikhlas untuk memberi masukkan jer kat tabung, lagi satu datang sini tutup aurat yer.. kalau bleh pakai baju kurung, jubah pun okk kalau perempuan.. sebab dia dah pangkah awal² kalau pakai seluar .. masa kat pintu masuk.
Alhamdulillah lepas buat rawatan, amir macam biasalah memula dia malu² bila ustaz tanya sakit apa semua... tapi bila ustaz dah bacakan doa semua.. dia macam okk sikit ... dan alhamdulillah jugak malam tu amir tidur dengan lenanya alhamdulillah walaupun masih panas tapi tidaklah panas teruk sangat.. alhamdulillah jugak 3 x minum air yang ustaz bacakan dan renjis di tempat tidurnya badan amir makin ok.... syukur sangat².
Cumanya yang kami pelik bila ustaz tanya ada pergi mana² ke sebelum ni masuk hutan ker?? pergi melawat orang meninggal ke, pergi ziarah orang sakit ke.. kami suami isteri berpandangan.. rasanya macam takda pulak, ada takda amir tengok lembu korban baru ni .. dia macam terkejut sangat tengok lembu kene sembelih sampai cakap allah masa dalam rakam video tu .. itu jerlah.. tapi balik tu.. elok jer dia main dengan sepupu dia. Iyerlah bende² halus ni manalah saya nak tahu bila singgahnya kan...
Lepas buat rawatan kat darussyifa alhamdulillah amir dah ok, saya pun tidaklah ke hospital.. kalau berlarutan .. memang saya ke hospital terus, esok paginya .. pagi jumaat amir mengadu sakit perut pulak... saya pengang perut dia panas sangat.. dah pulak .. kenapa pulak perut yang panas ni.. saya tanya sakit macam mana .. kat pusat katanya.. saya risaulah jugak kot sakit kat bawah pusatkan... okk.. nanti saya sambung story eh pasal apa amir sakit perut tu (^___^)v tunggu ..... entry yang seterusnya...