Sepanjang amir berusia 5 tahun ni, rasanya inilah kali pertama amir demam lambat sembuh.. lepas pergi 2 klinik swasta. Buntu saya dan hubby memikirkan demam amir yang tak kebah.. asal tengah malam lepas pukul 12 demam panas dia akan datang semula.. siap mulut membebel macam mengigau .. mata terpejam. Kadang sampai saya terduduk tengok dia... tenung muka dia... sebab tak boleh nak tidur, kain uala di basahkan.. cool fever pun sudah di tampal.
Minggu lepas hari selasa saya dengan hubby amik keputusan pergi klinik cek darah, maklumlah macam sedia maklum kawasan rumah kami tu mudah sangat suspek denggi ni ... alhamdulillah ujian darah amir normal.. malahan hb amir lebih tinggi daripada ibu 14 ok... jangan tak caya. Ibu risau jugak bila nak amik darah ni kot amir meronta².. mujurlah dia pernah ada pengalaman sebelum ni.. walaupun sebelum ni siap berbalut selimut takut dia meronta.. kali ni ibu bantu.. ibu pegang tangan dia dan tenangkan dia... alhamdulillah dipermudahkan... cuma dia menangis jugaklah... sakitkan.. jangan kata amir.. ibu pun tahu .. macam mana rasanya.. ibu pernah kene jugakkan.
Mula² ingat nak bawak pergi hospital.. tapi siang tak panas.. dia panas tengah malam, dekat klinik kesihatan tu pembantu doktor bagi tahu berat amir ni dah tak sesuai dengan ubat cair .. jadi doktor syorkan amir makan ubat demam macam panadol yang pil tu.. tapi makan separuh... sebab amir tak pandai makan ubat telan.. jadi saya kenelah cairkan ubat tu. Rata² nurse kat klinik bagi tahu ramai datang klinik kes budak demam tengah malam, waktu siang ok.. tengah malam baru mula demam.. mungkin kesan jerebu dulu.
Ubat demam, ubat batuk dan ubat titis untuk selsema.. ini ubat daripada klinik swasta hari tu.. ini klinik yang mula² siap masukkan ubat montot lagi malam tu tau... tengah malam.. dengan angin macam nak ribut hujan.. kami keluar pergi klinik 24 jam ni... jam menunjukkan pukul 1 pagi lebih.
Syukur alhamdulillah pada saya sibuk kehulu kehilir, pada mood nak makan takda.. apatah lagi nak memasak ... saya dikurniakan jiran² yang baik dan akak ipar yang tinggal berhampiran.. terima kasih kerana juadah² ini ... kami makan apa yang ada sahaja.... seyes saya tak lalu nak makan .. sampaikan mak saya kata .. kamu jangan tak makan, tak selera pun jamah sikit ... yang tak sihat amir.. jangan kamu pun tak sihat.. terngiang² ayat mak tau ... habis bubur sebekas kami makan suami isteri .. hubby yang tak suka bubur pun makan sampai habis.. dah iu jer yang adooooo
Demam akan kebah waktu lepas makan ubat dan siang, tapi malam mesti demam balik .... tu yang kami pergi klinik lagi, klinik lain pulak... barulah pergi klinik kesihatan amik darah... lepas amik darah dan makan ubat klinik kesihatan pun badan amir masih demam tengah malam telinga sejuk dan kaki ... cadangnya nak bawak pergi hospital.. tapi bila teringatkan keputusan ujian darah yang normal.. kami buat keputusan untuk pergi kedarussyifa pulak. Nanti tunggu next entry yer.. saya cerita kami ke darussyifa pulak.
14 ulasan:
alahai kesiannya Amir..semoga cepat sembuh ya sayang..:)
Siannua amir. Lama tu demam. Smoga cepat2 sembuh yer. Kekadang kita kena cari alternatif lain juga kan bila demam tak kebah2 ni.
Take care yer masya.
Just for sharing.
Cuba bagi Amir Nutriferon Shaklee. Anak saya dah cuba & memang nampak berkesan..Insyallah
017 253 5848 utk lebih detail
mmg susah hati kita dibuatnya anak demam 2-3 hari pun dh rasa x sedap hati apatah lg bila berlarutan sampai 2 minggu, mcm zaquan dulu la pakej demam, cirit birit n muntah2 berlarutan sampai 2 minggu, risau sgt sampai kurus dia dibuatnya kesan dr muntah dan cirit birit., bkn ape takut ada jangkitan kuman or penyakit lain je kan..
kalo anak x sehat ngan kita2 pon jadi lemah semangat...
Kesiannya. Cuba buat tetegur pulk. Mmg ssh ht kn klw ank ank x sihat. Moga amir cepat sembuh.
Sama auni kak... Ros minggu depan bru nak gi perubatan islam..semoga anak2 kita sehat wlafiat :)
oh bawak pergi ke darusyifa', ada masalah ke? ermm.. hope anak cepat sehat ye..
salam dr saya yang singgah bt pertama kali ke sini :)
Alahaii.. siannye~
moga Amir cepat sembuh yer.
Baru nak cadangkan...bukan apa kita sekadar berusaha.
Sllu akak, klu anak2 demam lmbt kebah n selalu dmm mlm je, akak bwk g jumpa nenek (mcm ustazah) kt area sini.. kata dia, kena cek telinga, kalau sejuk je tu, ada la sesuatu tu.. hrp2 amir ok lepas berubat tu..
Lama juga Amir demam. Anak adik pun kena mcm tu. Alhamdulillah lps duduk wad 2 hr dia sembuh. Mmg risau bila anak tak sihat.
bila anak2 tak sihat ni, mmg kitalah yg rasa mcm tak sihat juga. apapun...k.izan doakan amir terus sihat. takmo demam2 lagi ye. sian ibu...
lama amir demam ye..biasanya budak klu demam jenis malam ni mmg berlarutan..aiman sekali pernah kena macam ni..dua kali ambik ubat kt klinik swasta..pastu pegi pakar kena cucuk baru ok
Catat Ulasan