♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Selasa, 31 Disember 2013
Azam tahun 2014
Jadual Penuh Dengan Aktiviti Hujung Minggu Terakhir Tahun 2013
Saya dan hubby datang petang lepas zohor, majlis tahlil petang lepas asar, ade majlis turun tanah lepas majlis tahlil dan majlis khatam al-quran lepas isyak ... majlis ni sekali majlis kesyukuran anak buah hubby yang khatan baru² ni, jemputan pun boleh tahan ramainya dah macam majlis kawin ... hihihihihi ...
Memula jauh sikit, eh² pindah tempat pulak anak ibu duduk lagi dekat yer ... jangan tetiba dia yang duduk atas pentas tu sudah .. sebab memula abang² ni nak baca terus keluar drama dia .. macam amir mengaji hari konvo kat hotel hari tu kan ibu .. huhuhuhuhu .... korang tengok, memori kanak² ni .. memang sukar dia nak lupekan ... sambil dengar abang² tu khatam dia pun ikut sama jugak ....
Tak pasti majlis bebul habis pukul berapa, kami pukul 10.30 malam dah beransur .. amir dah kepenatan mahu tidur huhuhuhu .. masuk kereta erus tidur.
Esoknya kami sambung berjalan cuci² mata window shopping hihihiihihi .. orang lain pakat nak membeli baju anak² nak kesekolah, ko masya pergi jakel eh .. cuci mata hahahahaa ... saya tak bersalah .. ade yang bawak saya okeyyy sajoooooo ... sudahlah tak pernah jejak pun jakel tu, seyes keterujaaaaannnnnn ... walaupun hakikatnya jual kain jer pun .. itu pun nak teruja kikikiki ..;p
Okkk memasing pakat nak warne ape?? nak tema aper??? nak ape² jerlah ... saya dokkklah mata ni melilau²... oic sini ada jual kain tudunglah .. oic biar betul kain opel ni offer rm 50 sekali kain lining dalam tu ... (lepas tu nak menempah lagi mahal daripada kain ni dibeli) .. kain gliter semeter rm 25 (@@) .. waaaaaaa seyes rambang ... waaa rambang .. tu belum lagi baju 3 helai rm 100 siap ade batu² koooo .. batu bata jer takda kohkohkohkoh.... tak larat pakai mau bongkok.
Hasil rembatan , hihihihihi .... sehelai adik ipar belanja .. sehelai beli kongsi² ... jadilah ... kot ikut nafsu semua nak dibeli .. takut kene jeling dengan hubby pendam jerlah hasrat hati tu huhuhuhu ...
Ini jerlah aktiviti kami hujung minggu baru ni ... sudahnya semalam rasa macam confuse dah hari khamis ker, atau hari isnin.. sebab semalam amir dah orentasi kat tadika .. nanti kita up story tu eh ...
(^___^)v
Bicara Hati : Macam tak percaya hari ni 31.12.2013, masya sila percaya lagi 23 hari usia mu akan bertambah.
Isnin, 30 Disember 2013
Bekas Vitagen Baru Sempena Tahun Baru
Yeahhhhhh ... dapat bekas baru beli 3 vitagen hihihihihi .. manyak syoklah vitagen ni, asal beli jer dapat bekas free .. asal orang vitagen datang jer.. dah tanya awal² ade bekas free tak hahahahha .... sinonim betul .. asal muka masya muke vitagen kan²..
Tuan tanah banyak bizi .. nak melawat kawan² pun tak sempat hari ni huhuhuhuhu ..... esok kalau sempat kita singgah eh ... layannnnnn .....
Amalan Yang Disukai
Sabtu, 28 Disember 2013
Jangan Sesekali Cuai
Jumaat, 27 Disember 2013
Budak Yang Baik Mestilah Dapat Upah
Tak payah nak buat muka sedih² yer, sebab nanti kalau ibu jerit .. ibu cakap ... amir mesti takmoo dengar .. jadi dah dapat macam ni .. satu pengajaranlah kan hihihihihi ...
Anak² bertuah macam ni lah, tak sempat ibu nak melarang ... bagus jugak kene macam ni ... mulanya elok jer duduk kat kerusi malas ... sambil tengok tivi kat rumah atok, bile iklan jer cerita tu .. tangan gatai dokkk main adjust² kerusi malas tu ... kan dah tersepit ... mas tu jugak darah mengalir laju tau ... air mata?? jangan cakaplah lagi laju berjujuran sering dengan laju keluarnya darah.
Dan pertama kalinya hubby lagi panik daripada ibu, terus peluk amir .. dukung pujuk² nanti sapu ubat .. amir dah meraung ayahnya ... saya pun panik jugak, siap nyakat amir lagi .. nanti pergi klinik bagi doktor cek nak kene cucuk ni kat montot .. hahaha lagi kuat dia meraung ... hubby pujuk² lama dia diam.. saya tahu mesti jari amir kebas, hubby lekat 'handsaplast' barulah dia diam sikit ... tu pun jenuh pujuk tau ..
Hari pengesahan pendaftaran kat tadika amir, mujurlah ayah masih cuti .. jadi ayahlah yang uruskan hal² amir hari ni .. ibu kerja .. tak boleh cuti .. tapi 2.1.2014 nanti insyaallah ibu pulak cuti hantar amir pergi tadika .. harap amir oklah masa tu nanti.. takmoo sedih² lagi dah besar dah 6 tahunkan.
Khamis, 26 Disember 2013
Jalan - Jalan Meluangkan Masa Demi Anak
Keterujaan dapat naik komuter memang jelas terpancar kat mata tu .. sambil ngap roti .. sambil bercerita ... kat sinilah amir naik dulu dengan kawan² .. kalau bercerita hal kawan² dia memang tak lekang daripada bibir ada jer ceritanya.
sempat possing² dalam tu tak ramai orang awal pagikan, dalam pukul 10.30 kot kami naik ni .. tambang dewasa klang ke pelabuhan rm 1.00 sahaja.. wahh lagi jimat daripada naik bas, kanak² rm 0.50 lagilah jimat .. dapat elak jem pulak .. seyes berbaloi² .. cuma nak sambung naik bas jauh sikitlah nak pergi stesen bas.
Hero² ibu yang suke kemain dapat naik komuter ni, kalau ada peluang teringin nak naik keretapi jauh² siap tidur² bestnya .... mesti manka syokk kan .... dapat naik sekejap pun amir dah syok .. masa naik ni amir siap cakap lajunya ibu .. tapi kenapa yang kita nampak tu macam tak laju ...
Musim cuaca tak menentu hala ni pun salah satu sebab kenapa cuti kali ni tak pergi berjalan, maklumlah memasing baru nak sihatkan huhuhuhu .. risau jugak takut demam balik nanti, alhamdulillah amir sejak amik omega guard ni dah kurang sikit selsema pagi hari atau bersin² ... badan pun makin ok.. tak sanggup omakk ni bagi minum meal shake lagi menjadi² seleranya poning omak .. sebab tu tukar dengan omega guard shaklee.. saya gunting masukkan dalam susu dia waktu bangun pagi .. maknanya dia tak telan omega guard tu .. amir mana pandai lagi makan gitu jer ibat macam tu kan...
Bicara Hati : jelesssnya tengok kawan² update entry percutian, bertabahlah wahai hati.. moh shopping .. moh shopping .. kikikiki ...
Buku Mini - Mudahnya Menjemput Rezeki
Sesungguhnya dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan tidak terhitung jumlahnya.
Jadi berusahalah untuk memperolehi rezeki itu .. amin .. mga rezeki yang diperolehi sentiasa di berkati.
Antara isi kandungan di dalam buku mini ni, tapi saya punyer mini jadi tak semua isi kandungan ada .. tapi saya suke sangat sebab isi kandungan dalam ni yang saya miliki ni .. bagus jugak bermula daripada bab 4- Kaitan Antara Usaha dan Rezeki. Bab 12 - Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat.
Kalau baca keseluruhan isi kandungan ni memang menarik sangat² ... walaupun buku saya ni mini tapi ada banyak jugak bab yang terkandung kat dalamnya selain 2 bab tadi saya juga dapat bab 22, bab 33, bab 37, selain iu jugak ada info tambahan huraian mengenai mengapa rezeki saya sempit, strategi melunaskan hutang, melunaskan hutang dengan strategi sedekah, bagaimana menjemput rezeki dengan surah al-fatihah dan banyak lagi .....
Tak berani nak janji akan kongsikan info lain dalam buku ni, sebab ada jugak buku yang saya dapat daripada kawan² blog saya tak sempat² nak mengarang reviewnya huhuhuhu ... tapi saya dah baca buku² tu ... seronok sangat dapat tambah baca koleksi baca macam ni ...
Kalau ada rezeki .. insyaallah nak beli jugak buku ni satu .. yang penuh isi kandungannya, sebab yang ni mini jer.
Langgan:
Catatan (Atom)