♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 26 Ogos 2014

Sambutan Jamuan Hari Raya Di Tabika Amir



Assalamualaikum .. aci redahlah yer, ni kira tahun terakhir amir kat tabika.. tahun depan dah darjah satu dan kali pertama ibu dengan ayah berpeluang dengan ibu bapa lain hadir jamuan hari raya di tabika amir, haruslah ibu abadikan kat blog .... sebagai bukti kehadiran kami serba pepel ... amir siap majuk² sebab dia nak bersampin dan bersongkok bagai ... ada hadiah untuk pakaian tercantik... siap dapat hamper, tapi dah bukan rezeki kami .. sebab kami balik awal ..... dan nak cepat sampin dengan songkok kat rumah embah ... ayah kosa nak berhenti .. sebab dah mula gerimis... mujurlah amir tak majuk sangat.



Sebagai tanda kenangan sebelum balik ... kami sekeluarga amik gambar depan tabika .... pipi ibu dah bagai di pam² penuh kolagen hihihihi ... nak buat camna dah sana sini makan je kerjanya open house.




Antara menu² yang sempat snap, itu pun lepas dah semua amik makanan ... takda kerja betul ibu amir ni kan ... sebenarnya bab menu ni tabika dah tetapkan kena bawak apa.. kami kena bawak lemang .. tidaklah wehh nak masak .. beli 2 batang jer ... sebab ada jugak orang lain yang kena bawak lemang .. alhamdulillah menu lemang antara yang habis awal. Menu² pun banyak pilihan .. pandai pulak cikgu amir ni bahagi² menu ... rezeki jugaklah penuh meja .. kami baak kuih raya jugak.




Dah makan² tu adalah jugak sesi possing² .. mana yang sempat je lah saya join ... amir soh amik gambar dengan kawan takmoo.. asyiklah berlari sana sini main dengan kengkawan jer ... alasannya amir tak hensem hari ni ... saboo je lah tau .....



Moga kemeriahan sambutan hari raya ni mengeratkan lagi silaturahim sesama ibu bapa kanak² di tabika, sebenarnya ... sejak nak peralihan kuasa mb ni .. isu tabika ni salah satu yang di bangkitkan .. ya aallah moga anak² dan tabika ni di lindungi ... susah nak cerita sebenarnya, tapi bila kuasa dijari .. bila kuasa politik lebih daripada hak anak² dan tempat anak² belajar menjadi pertikaian ... saya kadang jadi geram di buatnya ... moga allah melindungi hak kami .... moga anak² ini tidak terabai pelajaran .. moga cikgu terus kuat mempertahankan hak anak didiknya... eh² masya ni ober pulak ni cerita jamuan raya ke.. cerita politik kikikiki .. dah membebel pulak dia.




Bicara Hati : Alhamdulillah hari ni last syawal, tapi cerita syawal tak habis lg ni adehhh .. masa²... tak sempat nak karang entry.









Isnin, 25 Ogos 2014

Belajar Membaca , Menulis Bersambung Tulisan Jawi


Assalamualaikum .... jarang rasanya aku kongsikan perkembangan terkini amir sejak akhir² ni .. asyik cerita pasal raya jer kan.. jom layan perkembangan si bujang kat tabika pulak hihihihihi .... 

Sejak lepas raya ni boleh dikatakan setiap hari ada jer kerja yang cikgu akan bagi untuk amir buat dirumah, takda had limit pun nak buat homework tu sampai mana ... sudahnya amir bersemangatlah buat kat rumah ... mak kata kalau mood dia baik ... balik sekolah terus buat .. kalau mood dia tak baik tunggu ibu balik malam baru buat... kadang dengan hubby petang dia dah buat kat rumah.. sebab lepas tu barulah ayahnya bagi tengok tv. 

Antara banyak² pelajaran kerja rumah yang dia bawak balik ... aku teruja tengok dia menulis jawi ... lepas tu bila dia mula terkial² nak sambung, kejap padam .. kadang salah.. kejap padam ... salah lagi ... memang yang sambung² ni payah sikit amir nak buat, dia kan jarang menulis jawi ... lagipun susah nak jumpa buku menulis jawi yang bersambung ni kat pasaran .. kalau ada memang terhad ... sambil tulis sambil baca .. ibu ajar mana yang mampu jer ... seronok pulak ... teruja kami 2 beranak.

Bila tengok amir menulis ni kan barulah aku terpikir camna dulu aku belajar menulis jawi yer..??? ada buat camni jugak ke masa darjah satu dulu ... camnalah boleh pandai baca bahasa jawi tu... rasanya dulu pendedahan lagi tak banyak ..... seyes terpikir² sampai sekarang tau ... amir kira beruntung belajar kat tabika ... ibu mohon moga amir mudah menerima ilmu yang di ajar oleh cikgu ... tak lama lagi ada penilaian .... moga amir dapat keputusan yang cemerlang.




Dan satu yang aku baru belajar jugak huruf² jawi yang baru masa tunjukkan amir menulis, rasanya dulu² aku kenal huruf² ni dah darjah 3 kot ke 4 sebab ada ayat² yang ditulis menggunakan huruf tu .. sebab kat muqadam pun tak jumpa .. amir siap ajar ibu lagi .. saja²lah aku nak uji dia.. ni huruf apa mir .. cam na nak baca ... huruf yang memang takda di muqaddam cha, pa, nga, ga dan nya... terus dia terbalikkan buku dia .. kat sini ada bagi tau ibu ... cuba ibu baca .. glupppp telan air liur aku .. kantoi ... kita nak uji dia.. dia soh ibu baca pulak hahahaha ... >___<




Bicara Hati : Sejak takda surat kabar jawi ni, rasanya macam dah jarang baca tulisan jawi .. mengaji tu lainlah .. ni nak membaca surat jawi atau tulisan jawi .. sekarang ejaan jawi pun banyak berubahkan ... 










Jumaat, 22 Ogos 2014

Istilah Bertafakur


Assalamualaikum .... istilah bertafakur muhasabah diri, berdoa, berdiam diri seketika dan menghormati yang telah pergi. Bermula daripada pagi tadi terasa sayuuuu sangat² dihati .. sehinggalah entry ini ku karang dan beberapa kali ku taip ku padam .... ku taip ku padam dengan iringan air mata. Sungguh kepulangan jenazah mh17 walaupun tiada sedara mara yang terlibat tapi terasa kesedihannya dihati ... apatah lagi ahli keluarga sendiri yang meratapi pemergian mereka dengan cara begitu.

Satu yang aku belajar daripada apa yang berlaku ... maut tidak kira di mana pun kita berada, berapa pun usia kita ... sejauh mana kita mengelak.. semuanya allah dah tentukan ... jadi hargailah insan² yang masih berada di sekeliling kita.

Rancangan tv pun banyak mengaji, radio² kedengaran lagu² kerohanian.. terasa sangat ketenangannya di situ ... cuaca mendung di kawasan klang ni... 

Kat opis ni kami rata² pakai warna hitam memang berkabung, kami sama² menonton live di tv3, mula² rasa okey.. lama² air mata mula mengalir .. dah sorang² tanpa sedar kesat air mata yang mengalir ... kat fb, kat blog pun rata² update perkembangan terkini ... antara gambar² yang menyentuh hati penerimaan ahli keluarga kepulangan mereka ... dan kereta² yang berhenti di tepi jalan yang menghormati serta bertafakur seketika .... 

Moga roh mereka semua tenang bersemadi di sana ... al-fatihah.




Khamis, 21 Ogos 2014

Bersua Kawan Lama Di Aidilfitri

Assalamualaikum .... Cerita raya tak habis² kikiki ...selagi ada masa, selagi ada ruang boleh berkumpul .. selagi ada masa untuk berjalan kami on jer ... jangan muntah hijau korng baca sudah .. sajalah kongsikan kenangan ni kat blog... sebab jie satu² kawan susah senang yang tahu kehidupan aku.. sebab kita orang kenal daripada sekolah rendah.. tak sangka jugak hubungan ni erat sampai dah ada anak.

Oklah sebenarnya kawan saya jie ni nak datang beraya kat rumah saya, alhamdulillah kalau kami kat kg memang dia mesti datang beraya rumah mak saya ... kadang tu berselang² seli tahun dia tak datang .. saya pulak datang kat rumah mak dia hihihihi .. tapi tahun ni berbeza sikit sebab jie bebetul datang beraya rumah saya sendiri kat kg.. malu titew rumah kosong jew ... >____< masih dalam proses mengemas tak siap lagikan.


Macam biasalah kalau dah lama tak jumpa tu banyaklah ceritanya, hubby pun dah biasa dengan suami jie jadi takda hal lah dia orang pun dah ngam jer .... borak .. kami ni kalau borak ada je yang nak diceritakan jadi bahan gelak .... Meriahlah rumah kejap amir ada kengkawan.. anak jie dah 2 orang sepasang yang sulong baya amir ... yang dalam gambar tu... elehhh malu² soh bergambar .. ketil baru tau budak berdua ni ...





Masa jie datang tu aku masak nasi ayam, sebab jie bagi tau nak datang tengahari .. bolehlah kami makan sama² hihihihi .... resepi paling sempoi belajar dengan akak ipar .. memula tu cam tak confiden nak masak .. ko nak bagi orang makan kang tak sedapppp haruslah kena kutuk jadi bahan gelak je kan... mujur nasi ayam menjadi hari tu.. resepi boleh rujuk sini. Selain kunun² nak hidanglah desert puding roti kastad.. dah salu sangat buat triffle saja kali ni ubah selera .. alhamdulillah menjadi jugak .. memang rezeki ko lah jie ... orang kata masak dengan niat untuk kawan baik makan kan... berkatnya sama² nikmati juadah tu sampai licin ayam .. ayam je lah .. goreng pun tak banyak ... nak makan baru goreng.

Lepas jie balik , bapak mertua ajak beraya ... kunun² nak berehat kat rumah .. ermmm memang takda maknanya nak berehat ... pergi rumah pak sedara hubby lepas tu memasing berpecah, kita orang pergi rumah kawan hubby dan kawan aku pulak... menyempat lagi tu padahal keluar rumah dah pukul 3 kikiki ... dapat jugak beraya 3 rumah.



Lepas jie beraya datang rumah, jie ajak datang rumah dia .. kita orang ni setiap tahun pun jie ajak datang rumah dia kat indah kondomium tu... dah 5 tahun kot dia duduk situ tak pernah pun kita orang pergi ... malu rasanya jie dah salu datang rumah mak, dah datang rumah kita orang pun.. jadinya hujung minggu baru ni... pergilah rumah jie .. kebetulan kawan hubby pun ada buat open house kat kawasan yang sama .. dan jie pun buat makan² untuk family dia jadi senanglah sekali jalan dia jemput kami .. rezeki kita oranglah jugak tu.. pada gerimis² kami redah .... hihihihi ... amir siap berbaju melayu sebab baru balik daripada jamuan raya kat tabika terus sambung beraya.

Sedapp ko masak mee kari jie, aku ni mee kari gagal sokmo ... tak katam ilmu lagi.. tengah dok mencari² resepi yang senang, mudah dan sedap.. janji bahan² senang dapat ... amir makan pun siap bertambah ... lepas tu main dah takmoo balik pulak.. saboo jelah... kenapa ko deko bilik mainan anak ko cantik sangat .. kemahin amir request nak bilik cam tu jugak huhuhuhu .. nantilah ibu cari masa nak mendekooo .... (^^,)



Bicara Hati : Susah rasanya nak jumpa kawan² lama sekarang sebab masing² ada komitmen sendiri... punya keluarga sendiri kalau tak open house, kalau tak aidilfitri dan jemputan kenduri memang susah nak jumpa.










Rabu, 20 Ogos 2014

Jamuan Raya Geng Tadarus


Assalamualaikummmm... ramadhan baru ni kami macam biasalah kat opis ada geng tadarus sama.. mengisi masa lapang di opis, jadual tadarus biasanya tak sama berubah² ikut kumpulan ... tapi salunya waktu pagi ... atau rehat tengahari.. janji tak mengganggu waktu kerja. Bos?? bos okeyy jewww ... big bos lagilah okk sebab tak mengganggu waktu kerja walaupun buat pagi tak semua kumpulan pergi sama .. ikut giliran jugak.. jadi kat opis pun sentiasa ada orang...

Maaf pada kawan² yang masih berpuasa sebab tayang makanan, dah nama pun jamuankan.. haruslah menu² yang menyelerakan.



Antara menu yang terhidang, tak ramai pun jadi menu sikit² jer... ketupat palas, lemang dan kuih muih... ada yang bawak menu jugak. Saya bawak puding roti sos kastad tu hihihihi ... saya curah siap² sos tu senang tak payang nak asingkan bekas.. nyum²... sedap dimakan sejuk². Nanti ada kesempatan saya kongsikan resepinya.. masak pakai pemanggang ajaib jer...




Geng² opis yang join hihihihi .. ini jer yang sempat snap sebelum amik menu.. lepas tu kosa nak amik gambar .. dah borak sambil ngapppp hihihihi ...




Ni 1st round.. ketupat palas, alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa .... tak amik banyak pun, banyak lagi menu nak rasakan... haruslah jamah 1@2 sahaja... setiap menu... hahahaha .. dasar nafsu gajah, selagi tak kenyang selagi tu semua nak dibaham. Ni baru pra jamuan opis, kira geng tadarus... takdalah tuan tanah nak possing sakan... minggu depannya jamuan raya opis pulak hahahaha .. sakan tuan tanah possing walaupun majlis kecil²an sahaja untuk staff². Jadi takdalah entry untuk jamuan raya opis tahun ni.. sebab tuan tanah sibuk possing dan makan.. tak amik gambar sangat .. banyak gambar kat kamera orang kikikiki ...




Rezeki rumah baru, tahun tadarus dapat frame ni.. alhamdulillah .. hubby tengah cari posisi sesuai nak gantung .... bab² nak deko gantung² frame ni memang kita tak amik pusing sangat sebab salunya hubby yang buat... 




Bicara Hati : Harap tahun depan dapatlah join lagi ... kalau tak pindah opis huhuhuhu




Selasa, 19 Ogos 2014

Tips Masak Nasi Ayam Senang Dan Sedap


Assalamualaikum ... hamboii masya tak hagak² nak bagi tips masak nasi ayam kan, macam pandai sangat masak tu ... alahai .. kita pun tak pandai .. tapi bila ada sedikit ilmu apa salahnya kongsikan betul tak.. selain tak rugi berkongsi .. kot² lah lupa hingatan google je balik jumpa entry sendiri hahahaha ...;p

Aku bukanlah kategori yang terror bab masak nasi special ni .. iyelah nasi special cam beryani, nasi minyak, nasi daging, nasi tomato .. seyes tak reti.. reti makan jer .. tapi sejak dua menjak dah kawin.. dah duduk rumah sendiri ni cam insaflah.. semua ni kena belajar jugak masak .. iyelah orang nak datang rumahkan, sedara mara ke... sesekali nak jugak hidang lain daripada yang lain.. takkan asyik nasi, pucuk ubi dengan ikan masin... kikikiki ... tapi setakat ni nasi ayam dengan nasi lemak jer yang baru confiden .. yang lain belum lagi hahahahaha ... sebab yang 2 jenis ni memang hubby dengan amir suka.. tu yang terjebak jadi pandai sikit ... poyo je kan...


Oklah ini resepi yang akak ipar ajar saya .. senang pun senang.. cepat pun cepat.. yang penting sedapp hahahahaha .... tips campurkan susu cair dalam nasi ayam tu masa masak, hihihihi ... dulu tertanya² napalah orang masak nasi ayam ni sedap ada lemak² gitu.. nasi pun elok berderai.. sekarang barulah tau apa rahsianya.


Bahan²nya pun senang sahaja :-

3 cup/ cawan Beras
2 Biji Bawang Merah
1 Biji Bawang Putih
2 Sudu Besar Mentega
1 Kayu Manis 
1 Bunga Lawang
½ Cawan Susu Cair supaya nasi lebih beraroma menyelerakan.
½ ibu jari halia (ikut ibu jari korang besar mana agak² eh)
Garam dan air secukupnya
1 ketul kiub ayam / boleh jugak gunakan air rebusan stok ayam.
Pewarna kuning ikut citarasa untuk menambah selera.





Mula² panaskan mentega dalam kuali, sebenarnya terpulanglah pada korang nak masak kat kuali atau dalam periuk nasi siap².. macam saya saya suka masak asing.... kemudian masukkan kayu manis dan bunga lawang, halia, bawang merah dan bawah putih hiris nipis² masukkan dalam kuali tadi .. agak² dah naik bau masukkan air agak² ikut banyak beras dan masukkan susu cair ½ cawan (tapi masya letak 1 cawah kikikiki ... mujur tak lembik) . Kemudian masukkan pewarna kuning dan biarkan mendidih.. dah mendidih matikan api barulah letak garam.... kacau.. biarkan seketika... sementara tu .. basuhlah beras pulak sampai bersih... dan masukkan bahan² air ayam yang dah masak dengan mentega tadi.. agak² tau.. jangan banyak sangat kang lembik... kalau nak wangi masukkan pandan.. tapi takda pandan pun dah wangi bau stok ayam tu hihihihi ... jangan lupe rice cooker tu tekan masak.. dah sudah kang berejam korang tunggu tak masak² sebab lupe tekan suis hahahaha .... 


Itu jelah mudahkan ... seyes senang, mudah dan sedap... bolehlah idea ni membantu korang kalau nak masak untuk open house.. asyik makan rendang jer bosan jugakkan...






Rasa macam tak best tayang nasi jer, ni menu di samping nasi ayam .. ayam goreng haruslah ada kan .. kata nasi ayam, sup, timun, tomato dan cili masak.. saya letak apa yang ada jer.. kot nak sedap tambahlah salad dengan kicap cair... tapi ini jer pun dah menjilat jari hihihihi ....


Selamat mencuba ....  hujung minggu ni last syawal ... bolehlah masakkan untuk sedara mara datang atau open house....



p/s : jumlah air dan susu cair kena agak² sendiri yer.. berapa pot beras yang korang gunakan ... insyaallah berjaya.. apa² pun sebelum masak bacalah bismillah ...




Bicara Hati : Yang tengah gigih nak belajar masak nasi tomato sebab bapak mertua suka makan hihihihi ...  lagi² ada ayam masak merah   >____<












Isnin, 18 Ogos 2014

Jadual Penuh Hujung Minggu Sepanjang Syawal


Assalamualaikummmm ..... penuhnya jadual hujung minggu setiap kali syawal, orang kata selagi tak habis raya .. memang meriahlah sana sini open house.. tak hausss lahhhh dibuatnya, cuma nak harung jem tak tahan huhuhuhu ..... lagi² kalau tempat yang nak dituju agak jauh walaupun masih di selangor.

Salunya kami suami isteri memang dah rancang awal² perjalanan dan perancangan hujung minggu, jarang kami terjah jer nak pergi rumah orang ni... keutamaan yang buat open house dan dah sampai rumah kami (yang ni macam balas kunjungan) .. dan sedara mara yang terdekat... 


Salunya bila ada open house ni adalah menu unik sikit salah satu yang saya jatuh cinta tahun ni ialah kali pertama makan mihun sup dengan cili jeruk, ya allah seyes sedappp siap ada bawang putih goreng asing .. memang super duper kelainan lah tak pernah saya jumpa.. sampai sekarang dok terliur² tau huhuhu haru betul .... sedappnya .. salunya makan dengan cili kicap jer, dan rezeki jugak tahun ni dapat makan laksa johor masa open house rumah kawan hubby kat kapar... ishh dappnya.




Masuk minggu kedua syawal kita orang memang dah rancang nak pergi rumah penyewa yang sewa rumah kami sebab nak amik surat, sambil² tu pergilah beraya rumah jiran tetangga lama .. tak sangkalah pulak dia orang dapat tau kami nak datang ya allah setiap rumah dok hidang makanan malu wehh dibuatnya ... kekenyangan kami hari tu daripada petang sampai pukul 11 malam baru balik .... amir paling seronok jumpa kawan² lama ....

Paling terharu mek masakkan nasi kerabu, ya allah dahlah rindu dengan nasi kerabu mek lama tak dapat.. bertambah² hubby yang dulu kununnya tak reti makan tu.. sekarang pandai pulak dia makan... kalah orang mengidam.




Hubby dapat jemputan open house rumah kawan lama dia masa belajar dulu .. kawan sekolah menengah kot.. hahahaha .. kemahin lama baru dapat berjumpa kat fb apa lagi semangatlah nak pergi .. kebetulan pulak sama tempat dengan kawan saya buat open house senanglah sekali harung kami beraya ... amir siap pakai baju melayu tak berapa nak lengkap sebab pagi tu ada open house tabika .. kikiki nanti up story mori eh.

Nak dijadikan cerita kawan hubby ni buat kat area event kondominium dia.. siap ada kolam renang dengan taman permainan .. adehh amir nampak² itulah yang nak ditujunya takmoooo makan dah.. mujur jugak kat sekolah dah makan banyak. Tak padan dengan berbaju melayunya selamba jer.. main... orang lain pun tak amik pot sangat sebab kata raya kan.. apadahal dah 21 syawal pun pakai baju melayu lagi kikikiki .. anak oh anak.

Rasanya ini jelah kot yang sempat pergi sebab sabtu ni nak beraya dengan kengkawan sekolah saya, hubby ada sekolah ganti ... ahad pulak ada kenduri rumah mertua.. memang dah tak beraya manalah.. lagi .. tapi tak tahulah kot malam minggu tu ada tempat nak tuju kikikiki  >___<




Bicara Hati : Rasanya syawal kali ni masa singkat sangat, jangan kata syawal ramadhan hari tu pun cepat jer berlalu.. ramai lagi tak sempat nak ziarah ... tunda tahun depanlah yer.. selamat panjang umur, moga murah rezeki diberikan kesihatan yang baik.



Rabu, 13 Ogos 2014

Si Dia Berkemeja



Aloh² sapelah si dia tu.. ni hah lah si bujang saya ni, hensem tak?? hensem tak??? jenuh kita pujuk tau.. ayat powerrr habis semuanya keluar.... memula memang dramatiklah takmoo pakai dengan alasan ayahnya tak pakai baju kemeja pun ....

Tapi kuasa vito ibu ni lagi power ayat dia.. kalau tak pakai amir tak hensemlah.. tak payahlah kita pergi kenduri dengan open house .... mahal² ibu beli takmoo pakai ... ni kira kemeja tahun ni .. beli satu ni je pun, kain memang sedapp kiko, last beli amir umur 3 tahun kot lepas tu dia takmoo pakai dah tak beli dah huhuhuhu .. dah besar ni kenalah pakaikan jugak .. nanti sekolah pun pakai kemeja kan ... saiko kena lebih kalau cakap dengan amir ni.. saya siap majuk² kengkunun takmoo pergi dah hahahaha ... akhirnya dia mengalah pakai jugak, hubby pakai t-shirt berkolar... memula dia protes jugak.. kenapa ayah tak pakai kemeja.. kita cakaplah ayah dah salu pakai pergi kerja.. takda baju yang baru.. lagipun amir pakai baju ni nampak hensem sangat .. sengih² dia malu² kucing.. suka latewww ibu puji.. dan lagi tersipu² sampai tempat kenduri sepu² dia puji kata hensem ... hahahahah ... kemahin si bujang ni kan.



Ini je lah pict sempat amiknya pun.. tu pun mujur masuk aeon big nak jumpa kawan hantar barang, kalau tak memang takda gambarlah.. sebab lepas pergi kenduri hujan selebatnya area batu belah tu huhuhuhu   >____<


Amir ni dia bukan jenis cerewet bab baju dia tak berkisah pun sebenarnya, tapi bab kemeja dengan baju berkolar ni dia memang tak minat sangat².. memang ikut ayahnya kot.. tapi ayahnya tu pakailah jugak.. ni dia takmoo langsung ... padahal ibu pilih dah cukup lembut punya kain tau.. memang jenis tak panas... iyelah stakat sehelai jekan.. tak berkisahlah beli mahal janji kain lembut sedapp di pakai dan berbaloi²....





Bicara Hati : Anak dah pandai melaram, ibu pasrah jerlah.. dulu tak reti dia redhoo je ibu pakai kan apapun... kikikiki ...;p





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...