Assalamualaikummmm ..... alhamdulillah akhirnya pada 24 Ogos lepas isyak kami sepakat adik beradik hubby buat majlis kesyukuran buat keluarga mertua yang telah pun selamat ketanah suci mekah pada 29 Ogos 2014.
Kenduri memang dah rancang awal, cuma rasa lebih bermakna dan bersyukur sebab bapak mertua dapat pergi dengan mak mertua sekali ... ya allah sujud syukur kami sekeluarga dibuatnya ... sebab kalau ikutkan surat panggilan pertama hanya nama fil sahaja yang tersenarai .. puas buat rayuan sampailah kali ketiga keluarga mertua pergi ke tabung haji ibu pejabat kl dan bertanyakan status sebenar ... tak sia² mil marah orang kaunter tu terkial² baru nak cari file kikikiki ... (tak dapat ku bayangkan gaya mil marah) sebab masa kali ketiga ni mil datang bulan puasa .. ada ke patut orang kaunter tu cakap suruh datang lagi .. rayuan akan diberi tahu .. marah lah mil kan.. ingat dekat ke nak datang .. suka² je buat camtu tau ... dah lah tak tengok file ... boleh cakap macam tu jer ... dia ingat mil baru kali pertama datang kot ... hambikkk tak memasal bulan posa mil naik hangin, takpalah itu semua ada hikmahnya juga.
Kalau ikutkan masa raya tu memasing dah takda mood dah sebab keputusan rayuan tak dapat lagi, ya allah yang maha mendengar rintihan dan maha mengetahui .. 3 hari nak menjelang raya mil dapat tepon daripada tabung haji rayuan di terima dan boleh pergi sama dengan fil dengan penerbangan yang sama .... sebak rasa masa fil bagi tahu rayuan di terima .. barulah mil ada perasaan nak beraya .. dan barulah kami rasa seronok sangat .. dan barulah boleh buat persiapan untuk fil dan mil ke Mekah... kalau tak fil pun takda mood nak membeli keperluan nak ke Mekah.
Oklah .. itu mukadimah akhirnya rayuan mil diterima, lagipun faktor usia dan mengikut suami perlu jua di ambil kira.. saya tahu pihak tabung haji pun bukan mudah nak menerima semua rayuan kan ... dengan rasa kesyukuran yang teramat dan niat fil kalau mil dapat pergi sama dia nak kenduri qiqah kambing, ya allah orang tua dah niatkan gigihlah kami suami isteri mencari .. sudahnya adik ipar dapat jugak... maklumlah musim rayakan orang dah tempah awal² untuk jamuan raya .. kami ni baru mencari tu yang payah... lagi² nak yang di sembelih bukan yang frozen memang mencabar jugaklah.
Amirrrr ..... kemahin rajin menolong masa kenduri tu .. sampai lupa penat .. ke sana sini dia dengan sepupu²nya .. sudahnya isnin tak sekolah kepenatan ... tapi petang elok pulak eh boleh main basikal .. siap pandai kayuh terus... pandai jer drama kan .... takpa² tadika ibu bagi can .. tahun depan dah sekolah memang tak boleh cuti sukati.
Seekor je kambing goleknya .. nahh selambak masa kenduri dah siap bakar .. jadinya habis kenduri .. senanglah orang kampung nak amik makan ... tapi kambing tak cukup hihihihihi ... amboi boleh tahan jugak yer... ramai yang suka.. mujurlah ada satay ayam .. alamak!!! satay pun tak boleh cover semua suka hahaha.... syukur jugak banyak menu .. jadi banyaklah pilihan ....
Gambar tetamu yang datang tak sempat amik, ni gambar kandid jer masa kenduri dan tengah sibuk bungkus berkat hihihihihi ..... penat jangan cakaplah esok semua pun kerja macam biasa hihihihi ... semua pun siapkan kemas malam tu jugak ... takpa rumah kami kat belakang takda dah nak kalut balik ... esoknya balik kerja sambung lagi kemas kat rumah mertua ...
Alhamdulillah dipermudahkan ... majlis kesyukuran berjalan lancar .. hanya jemput orang kampung untuk kenduri lepas isyak, tapi ada jugak kawan² hubby nak datang beraya rumah dengan jiran lama .. kami jemputlah sekali.. lepas tu mereka singgah rumah.. tapi rumah kami persinggahan je lah .... makan kat rumah fil.
Bicara Hati : Tetiba ada yang tegur, cikgu bila lagi nak buat kambing golek kat rumah sendiri .. amboiii mendalam maksudnya tu yer... kami senggih je suami isteri.