♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 21 September 2013

Resepi Agar - agar Oreo Paling Senang Dan Sedap



Bila anak dah buat permintaan di malam hari, iyer di malam hari yang tak berapa nak malam lagi .. kira² lepas maghrib gitu .... ibu nak makan agar² oreo lah sedappkan. Manalah ada ibu yang sampai hati nak kata .. ala .. ibu penatlah, ala.. takda bahanlah .. kalau takda bahan pun saya akan suruh hubby beli ... jugak, mujurlah ada bahan²nya kat rumah .. dan agar² yang dah lama beli tu tak tamat tempoh lagi kikikikiki ...;p


Bahan² yang saya gunakan super duper senang .. yang ada kat rumah sahaja .. janji oreo ada .. itu yang penting.

Agar² 20g
Oreo
Susu Cair
Serbuk koko dan gula (tiada dalam gambar.)
Air secukupnya


Caranya pun mudah sahaja basuh agar² .. masukkan air.. saya ikut sukatan panjang plastik agar20g yang saya gunakan.. maknanya kan ada plastik agar² tu .. korang dah bukak jangan buang, korang dah basuh agar².. gunakan plastik agar² tu .. buat sukatan untuk letak air kat agar² tadi... pastikan basuh plastik tu dulu.. bukan basuh dengan air sabun yer.. kang pingsan pulak korang makan... kira macam bilas² dengan air gitu.. itulah tips supaya agar² tidak terlalu cair atau keras wiwiwiwi .....
ok dah masukkan air masak dia ... letakkan gula ikut selera masing² nak manis ke tidak.




Sementara air agar² mendidih... si bujang buang krim oreo .. haruslah tolong ibukan.. sebab amir yang buat permintaan. hihihihihi .. lepas buang krim masukkan biskut oreo dalam blender dan campurkan satu tin susu cair serta satu sudu besar serbuk koko. Bila agar² tadi dah mendidih barulah masukkan semua bahan yang dah blander ni ... senang jerkan... (^____^). Tunggu sampai beul² masak dan likat.. barulah matikan api.





Tara... inilah hasilnya ... ada lebihan oreo tu saya saja patah² masukkan kat agar² ni .. jadi bila makan terasalah sikit kerangupan biskut oreo u.. emmm sedappnya.. senang jerkan....



Percaya tak inilah kali petama saya buat, memula tu macam ala... macam mana nak buat ni ... ala .. macam mana ni , saya pikirkan secara logik dan senang jer.. inilah resepinya.. inilah hasilnya.. alhamdulillah menjadi .. sebekas saya bawak pergi opis, satu bekas untuk makan kat rumah ... kalau ikutkan yang sebekas tu amir nak makan dengan kawan² tadika .. no.. no .. no.. kang tak cukup haru .. baik makan kat rumah jer... dan percaya tak.. sebelum tidur.. dia dah mintak tolong potongkan dia nak makan... ni memang betul² nak makan ni .. dia makan 2 potong jer.. dia kata sedapp.. esoknya dia sambung lagi makan... siap bawak pergi rumah akak ipar kikikikikiki .... sebekas tu banyak sangatkan... tak habis kami 3 beranak.


Selamat Mencuba .....



Bicara Hati : Hnaya buat agar² atas permintaan amir sahaja, kalau tiada permintaan memang tak buat.



Jumaat, 20 September 2013

Khasiat Buah Delima

Baru² akak ipar bagi buah delima merah, walaupun tak berapa nak merah .. api asal nampak jer mesti teringat dulu nak bersalin dah tetiba mengidam nak makan delima merah ni tau.. haru wehh.. masa tu dah kat atas katil pun tunggu hari jer ... tetiba baca majalah nampak gambar buah delima ni.. terus tekak rasa macam nak makan delima.

Sajalah saya google sana sini, banyak khasiat buah delima ni kan... jadi saya kongsikan serba sedikit.. tak kongsikan semuanya pun... saya amik sikit² jer...

Kaya dengan vitamin C, kalsium dan fosforus. 
Penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.

Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Mengurangkan Berat Badan.

 Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin

Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol. Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah. Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

Motivasi Diri Dihari Jumaat











Khamis, 19 September 2013

Buai Laju - Laju Tunggu Tuan Puteri




Laju ... laju .. buaiku laju .....
sayalah putera tunggal anak masya .....


Laju .. laju buaiku laju ......
Sapa yang sudi nak meminang saya ...
Saya nak kawin dengan puteri raja ... 


hahahahahaha ..... saya tak katan lagi mana boleh di pinang, sayakan lelaki ... jangan marah semua ... ibu amir tengah tension tu .. dia bizi .. jangan kacau dia .. jom layan amir.



















Mesyuarat Batal , Rezeki Ditempat Lain



Yahoooo..... meeting batal suka², tak payah nak hadap leteran. Cian bos .. bos tak sihat eh ... bos demam, bos pening ... sabar yer bos ... saya buat kerja macam biasa hihihihihihihi ..... tak ganggu bos, bos rehatlah, saya bukan suka bos sakit .. saya cuma suka takda meeting jer... huhuhuhuhu.. boleh siapkan kerja lain.

Rezeki ditempat lain, mesyuarat batal ... makanan dah tempah .. haruslah kami makan kenyang pagi ni sampai tenghari nanti ... rezeki² jangan ditolak ... bihun dan apam sudah masuk dalam perut dengan selamat.

Semalam baru cerita pasal statistik nuffnang, hari ni bukak akuan nuffnang .. nuffnang baik hatilah bagi cpuv baru Olay JAS Bundle.. yahooooo sukanya.. sukanya ... kalau korang bermina nak tahu jangan lupa klik kat iklan tu yer, untuk makluma lanjut. 


Cek nuffnang yang baru ni saya cash out dah bank-in pun .. dah beli sesuatu saja buat kenang²an .. nanti saya cerita eh. (^_____^)v Bukan nak menunjuk² atau poyo kehapa.. cuma satu inspirasi buat diri .. lagipun ada cpuv ni lagi semanagt nak menulis kat blog, walaupun kadang² tu dah macam merapu meraban jer membebel kat blog ni.












Dua Hari Audit Seharian Meeting



Tajuk kemain poyooo mengalahkan big bos besar .. tapi itulah hakikat bila kita berkerja bukan sebagai bos huhuhuhuhuhu .. kulikan ginilah ... ikut jadual dah diaturkan, tu belum lagi big bos .. yang tak berapa big tu.. esok nak cuti .. dia dah pesan awal² .. hari ni bagi kat dia siap² apa yang patut sebelum dia cuti gegegegege ... hingattt saya robot ke bos, boleh kerat dua huhuhuhuhu .... opss... ingat saya ni boleh di klon ke .. bahagi² satu masuk meeting, satu duduk kat tempat duduk buat kerja.

Kot kalau bohsan kang keluarlah meeting awal, bukan orang penting pun kan .. kan.. tapi yang pasti dua hari hal audit sebelum ni pastilah menjadi isu hangat hangit kikikikiki ...;p pasrah ... tadah telinga.

Hujung minggu depan ada audit lagi .. hohohoho pingsan .. nama semua orang nak datang ni ... apa bestnya ka sini, makan best eh.. hihihihihi .. makan best takpa .. jangan hentam lebih eh... ;p

Bulan depan .. iyer bulan depan pun dah ada jadual .. kene pergi pantai timur .. tak nak .. tak nak .. sapa nak gantikan ni .. tolonggggggggggggg .... balik kene bincang atas katil dengan hubby ni .. kikikiki (dah macam takda tempat lainkan) kalau kene kerja jauh² ni memang kene susun jadual.. maklumlah nak pergi 3 hari 2 malam kan .... harappp sangat adalah orang lain sudi gantikan.



Entry autopublish tuan tanah bizi .. meeting, nanti saya singgah bw eh...








Rabu, 18 September 2013

Statistik Nuffnang Semakin Positif Pada Hujung Minggu



Jarang² bukak, kadang bukak jugak setiap hari .. ikut mood tuan tanah lah .. paling suka tengok keywords yang mereka cari ... dan juga suka tengok uv, alhamdulillah makin lama makin meningkat .. banyak perubahan .. blog aku yang dulu².. bukan yang sekarang .. memang jauh beza huhuhuhuhu ..... terutama hujung minggu ... ni saja print screen minggu lepas dan minggu ni .. dah korang jangan nak propa kata elehhh masya eksyen lah tu huhuhuhuhu .... tertanya² jugak .. apalah yang dia orang carikan ... jangan yang bukan² sudahlah.. setakat ni banyak yang cari resepi popia nestum dah jadi macam entry popular sepanjang hari, minggu, bulan pulak ... memang orang suka buat agaknya .. bukan masa raya jer.


Minggu lepas ...


Minggu baru ni .. cuti hari isnin .. entry autopublish hari isnin satu jer... uv pun sama macam hari biasa .. wiwiwiwiw .. suka².. sayang korang, terima kasih yer.. sudi singgah bog saya .. walaupun kadang tak sempat nak balas jejak kat semua blog.



opsss.. masih ada cpuv hohohoho.. RHB tu palinggggggggg lama ooo bilalah nak kredit, jari dah gatal ni....



Terima kasih sangat² pada 4 orang blogger ni sebab boleh dikatakan setiap minggu mereka akan mengungguli carta teratas mengunjungi blog ni hihihihihi ... terima kasih banyak².... yer EIDA , AFNE , KEKDA dan Mamalieyna ibu pada 2 hero bam bam .... sambutlah salam flying kiss ni mmmuuuuuaaaahhhhhh ... sayang korang.



Bicara Hati : Masih belajar , masih berusaha memperbaiki blog .. masih banyak yang kurang berbanding blog lain yang seusia blog saya ... huhuhuhu .. kekangan masa .. kekangan masa....




Suka Hati Tanpa Berkata


½ hari telah berlalu tanpa entry.

Panahan asmara .. baru belajar bende baru kikikikikiki .. sila jangan muntah kalau mahu tengok ..... 


Semalam yang berdebar² ..... mulut mampu tersenyum, dalam hati allah sahaja yang tahu.





Hari ini lagi berdebar .. alhamdulillah audit dah selesai ... opssss ... takut di buatnya mujurlah tiada kuiri yang besar² ....











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...