Assalamualaikum Semua....
Gambar Ihsan Google jer... so sweet....
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam
Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam
Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.
Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. “
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan. Untuk lebih lanjut boleh klik SiNi
Tak sabarnya nak tunggu malam esok nak tengok hihihihihi....
- Sweet jer -
Semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.. dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah Amin... (^__^)v