♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 18 Disember 2012

Rehatkan Minda Bersama KELUARGA

  


Bercuti??? ala... nanti bos marah, cuti dah dibekukan (belum isi borang dah bagi tau kat hubby macam ni masa hubby suruh cuti).... pandai² jer... buat andaian sendiri.

Takde tempat lain ker??? kan dah pergi sana tahun lepas.... tapi macam best jugak kalau pergi lagikan hihihihihi... Amir mesti teruja kalau pergi sana .....
Kata² ini telah menyebabkan hati tersentuh .... terus isi borang cuti, walaupun sebenarnya hati sebelum tu berbelah bagi nak cuti atau tidak.. tq sangat² kat big boss sebab luluskan cuti minggu lepas hihihihihi....


   Destinasi pertama kami ..... 

Destinasi kedua kami ....



Bicara Hati : Walaupun hanya 2 hari 1 malam tapi seronok sangat hihihihihi.... 






Isnin, 17 Disember 2012

Isnin yang Kalut

  


Kepenatan semalam melayan anak bujang berjalan-jalan huhuhuhuhu.. sudahnya pagi ni terbabas bangun, EL oh nonononono... tak bolehlah kerja banyak, MB nak datang gegegegege.... ade pulak yang kene pancung kang kalau tetibe EL (padehal saya ni takde kene mengena pun dengan MB nak datang hahahaha)

Sudahlah pagi ni kelangkelibut .. memang takde maknenya nak bluesss,bawak kereta pun mulut ni tak berhenti terkumat kamit harap dipermudahkan... hadoilah.. jumpe pulak kereta terkedek-kedek mengalahkan kura-kura memang menguji kesabaranku.

Alhamdulillah amir tak meragam elok jer, malam tadi dah pesan amir nak bagi cikgu hadiah ibu.. yang ibu beli lekat-lekat kat peti sejuk tu (merujuk FM)...amir nak bagi cikgu boleh x?? eh² pandailah pulak dia nak bagi hadiah kat cikgu .. oklah kebetulan ibu ade beli lebih ingatkan nak bagi pengunjung setia blog ni ... tapi dah amir nak ade kuranglah sikit, insyaallah nanti kire lagi kalau ade lebih barulah boleh bagi kawan² blog pulak...

Hadoilah... masuk opis, pc ku mabuk pulak gegegegege.... sudahlah pagi ni ade laporan nak dihantar haru dibuatnya, nasib baiklah mabuknya tak lame... cuma internet jer tak boleh nak bukak laju ... Blog lagi lah.. langsung tak boleh bukak huhuhuhuhu .... :(

Entry² percutian nampaknya terperaplah tak boleh nak publish sampailah pc ok huhuhuhuhu... takpelah yang penting kerja-kerja haruslah disiapkan, sistem² jangan buat hal sudah .. pang nanti ... campak sungai klang .. dekat jer tu huhuhuhuhu ....


Bicara Hati : Memang kalutlah hari ni ...





Ahad, 16 Disember 2012

Pasaraya Segi Fresh dan Borong Runcit

    


Hujung minggu waktu sesuailah untuk pergi belanja dapurkan, belanja barang pasar dan ape-ape jerlah segala keperluan dapur.. nanti tak berasaplah dapur kalau takde barang nak masakkan.

Pasar Segi semakin maju .. semakin besar .. siap dah ade duta.. kalau tak salah dutanya kak engku, sediakan jerlah bajet kalau nak berbelanja, lebih jimat kat sini banyak jual borong, kalau ikan udang, siap ade size tau S, M, L dan XL pun ade hihihihihihi ..... tu baru lauk, ikan bilis pulak segala jenis ikan bilis ade.... suke² sebab dekat dengan rumah hihihihihi .... jadi tak payahlah nak jauh² belanja barang dapur (macam lah belanja banyak noooo sangatkan)

Lokasi segi ni kalau daripada klang menuju kebanting betul² sebelah kiri traffic light lepas kilang minyak Sime Darby, sebelum sampai balai polis kebun baru / pekan telok panglima garang.


Sangat² lah besar sekarang....
Ade macam² jual dah.. dah macam pasaraya econsave, giant, tesco pun iyer....
Siap ade tempat permainan budak² ... tapi tu lah kene beli token dulu ...
Memang kopak lah ibu ayah kalau amir merenggek nak main² kat dalam tu ....



   Dah ade kad keahlian ....
Kad baru .. yang lama dah tak boleh guna ....
Ade penjimatan jugak kalau beli barang .. siap dapat diskaun walaupun bukan semua barang.
   
Jenuh pujuk soh turun...
Tekun dia main walupun sorang-sorang ....



Bicara Hati : Bawak RM 50.00 ke pasar sekarang .. tak banyak yang dapat di belikan, semua pun dah mahal huhuhuhuhuhu....







Sabtu, 15 Disember 2012

iSTiMEWANYA 1 Safar 1434H

   


Ramai Yang Bangga Melahirkan Anak Pada 12/12/12. Liputan Meluas Diberikan Di Dada-Dada Akhbar. Sampaikan Ada Yang Sanggup Melakukan "Operation" Mengeluarkan Baby Pada Tarikh Yang Terjadi 100 Tahun Sekali Itu Mengikut Kalendar Barat. Namun Ramai Yang Lupa Pada Tarikh Dalam Kalendar Islam Pada Hari Ini Iaitu 1/2/34 Hijrah 1 Safar 1434H


BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.


Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.


Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.




Bicara Hati : Moga hati kita sentiasa dilindungi agar tidak mudah kurafat, dalam keadaan yang serba maju ... pelbagai cara juga boleh digunakan untuk menyesatkan hati kita tanpa kita sedar (^___^)v





Jumaat, 14 Disember 2012

Jangan Mudah Membuat Penilaian

  




InsyaAllah .. biasanya ape jua perubahan yang ingin di lakukan pastinya akan ade cabaran dan dugaan, semoga kuat menghadapinya ......


Bicara Hati : (^___^)v

Khamis, 13 Disember 2012

Mewarna guna TABLET

  
   
  
Anak bertuah.. haiii anak betuah ..... bile disuruh mewarna, dah ade hobi baru dah.. mewarna pakai tablet jer lah ibu senang... jom lah buat ibu.. amir ajar ...(haru ibu dibuatnya tau.. anak lai celik gadjet)

Tak boleh nak salahkan sape pun.. memang perkembangan dan peredaran masa macam tu.. kalau saya larang lagi kuatlah memberontaknya.. sepupu mupu semua pun dah memang main kan....


Mewarna lembu katanya....


Tekun ... dah siap.. mesti tunjukk bagi tahu cantik tak...
Kadang ibu suke menyakat .. tak cantik pun.....
Cantik lagi yang amir warna kat buku hahahahaha... saje saikoo dia...


Gambar ni memang buat bergaduh.. amir kata ketam ...
saya dengan hubby dok kata udang ...
sudahnya diwarnakan kuning sebab dia tak boleh nak bayangkan warne sebenar ketam....
Iyerlah ketam sebelum masakkan warna ade oren².. ade hitam² sikit... tapi dah di masak warna lain.... u yang jadi kuning sudahnya tu...
 
 

Amir dah jemu dah layan game kat tab tu.... tu yang dia layan mewarna ni pulak.. percayalah.. tak lama lagi tu jemulah .. kang tak pasal keluar ayat.. 'Amir bosanlah ibu sorang² kat rumah' huhuhuhuhu ... tu saje nak suruh bawak berjalan lah tu...





Bicara Hati : Rindunya zaman kecik² main buaian kat pokok nangka mak depan umah, bukan sebarang buaian tau.. satu tali jer... ikat dengan pelepah kelapa.. sekarang kalau soh main.. mau patah dahan pokok tu hihihihihihi... ;p





Bertapa

  


Bersyukur .....
Hari ini 29 Muharram ...
Semalam 12.12.2012 
Masa berlalu terlalu pantas .....
Tanpa disedari .....
 
08.12.2012
Hari sabtu .... 
Dipaksa bekerja ....
Gigih menyiapkan segalanya ......
Kerana akan berlibur lara bermula isnin .....
(^____^)v
 
09.12.2012
Menghadiri jemputan kenduri sanak saudara ....
Hubby?? Final exam ...
Good Luck For Hubby ....
 
10.12.2012
Bangun seawal pagi ....
Menyiapkan segala mala bekalan untuk desinasi percutian ...
Pertama kali bercuti bersama mak dan abah .... 
Kami kesatu destinasi yang tinggi gitu ....
Perjalanan yang dipermudahkan ....
Alhamdulillah sampai jua dengan selamat ..... 
Sangat² seronok .... Ditambah hujan renyai² seperti merestui kehadiran kami ....
Nanti sambung Entry ... Entry tarikh ini adalah autopublish ....

11.12.2012
Sambung lagi kesatu destinasi ....
Destinasi yang memang telah lama dihajati ....
Sesuai sebagai destinasi riadah bersama keluarga ....
Tempat yang semakin ramai diketahui ....
Mandilah sepuas hati ( eh² terbocor rahsia)
Pergi tempat mandi-manda ....

12.12.2012
Pulang kerumah sendiri ....
Berbakul² baju bajan perlu dibasuhi ...
Mata sempat lagi jeling² FB & dan Blog 
hihihihihihi ....

13.12.2012
Masuk opis ...
Blurr .... Macam² atas meja ...
Segala fail² ... Tak tahu mane mau mulekan dulu ...
Sudahnya Bukak Blog (Yeahhh pc dah okk .. tak mabuk dah)
Gegegegege ... Mau sambung cuti lagi boleh???? huhuhuhuhu ....
Badan mule terasa sakit² ...



Bicara Hati: Setelah beberapa hari meninggalkan opis, hasilnya .. bertapalah dimeja ini hari ni, haruslah menyiapkan segala kerja yang ditinggalkan .....




Rabu, 12 Disember 2012

Mengidam Durian Crepe 121212

  

Tiada kata mampu dilafazkan bile tekak dah lama teringin dan mengidam nak merasa..... Akhirnya dapat jugaklah merasa.. nak buat sendiri memang tak terbuat hihihihihi...


 
Gebu nya dalam gambar .....
Realitinya besar lagi tangan Amir


   
Sedappppp...... krimimimimi yumiiii....


Bicara Hati : Dulu sebelum kawin tak suke sangat durian pun, dah kawin ni hubby suke sangat beli dan makan... nak tak nak lame-lame pun jadi suke jugak hihihihihihi..... suke yang bukan kategori keterlaluan... ade makan jer.. takde tak kisah pun .....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...